DUA BULAN SEBELUM
8 April 2020 – Selatan semenanjung ; 1:45 petang
Bangunan hospital dihadapannya dipandang lama. Panas mentari yang membakar kulitnya tidak dihiraunya. Peluh mula merenik didahinya. Rekan menarik nafas dalam sebelum kakinya diatur laju melangkah masuk ke dalam perkarangan hospital. Usai tiba di salah satu wad yang ditujunya, langkah kakinya terhenti buat sekian kalinya lagi. Dia termanggu. Gengaman tangannya dikuatkan. Rahangnya bergerak. Dia harus kuat. Hanya dia sahaja yang mampu ubah keadaan yang dia sedang alami pada ketika ini. Demi Eri Suria kekasih hatinya.
Bunyi deringan telefon mengejutkan lamunannya. Rekan mengangkat panggilan penuh debaran bila mana nama yang dikenalinya tertera di skrin telefon pintar miliknya.
“Macam mana?”. Soalnya laju sebaik saja panggilan diangkat olehnya. Tapi bunyi keluhan halus jelas kedengaran disebelah sana. Rekan tetap menanti penuh sabar. Masih berharap dia boleh mendengar sedikit berita baik dari pemanggil yang dinantikannya itu sejak lewat petang semalam.
“Madam Jane terlalu sibuk”. Tuturnya sedikit perlahan. Nadanya sedikit kecewa. “Aku tak dapat bercakap dengan dia Rekan”. Tambahnya lagi. Rekan mengetap giginya kuat.
“Aku perlukan bantuan dia Haswina. Kalau tidak aku akan kehilangan Suria”. Pinta Rekan bersungguh. Suaranya kedengaran sedikit tersekat-sekat dan serak. Mungkin kerana sudah beberapa hari dia tidak mendapat rehat yang cukup. Badannya terlalu letih. Tapi dia tidak boleh mengalah begitu sahaja. Tidak selepas dia sudah pergi sejauh ini.
“Aku terlalu perlukan dia”. Tambahnya lagi. Sudah cukup untuk membuatkan Haswina tahu bertapa terdesaknya dia pada ketika itu untuk menyelamatkan kekasih hatinya Suria dan juga dirinya sendiri. Hanya Madam Jane sahaja yang mampu menghentikan dan mengubah semua ini. Paling tidak itu yang dia percaya.
“Rekan..”. Panggil Haswina perlahan. Dia mahu lelaki itu menyerah kalah. Segala pengorbanan Rekan pada ketika itu tidak akan membuahkan sebarang hasil. Dia yakin sekali. Madam Jane terlalu sibuk dengan urusannya mengenai Arta Erza dan juga the founder.
“Rekan. Beri Suria kepada kami. Kau tak akan dapat lari selamanya”. Pujuk Haswina walaupun dia tahu Rekan tidak akan mendengar katanya. Ini bukan kali pertama dia memujuk lelaki itu untuk tidak terus-terusan melarikan diri bersama Suria. Sampai bila Rekan mampu untuk hidup sebagai pelarian.
“Bukan mereka semua sudah berikan kebebasan buat aku dan Suria!. Kenapa semua ini perlu terjadi?!”. Soal Rekan sedikit meninggi. Suaranya mula teresak menahan tangis. Haswina menelan air liurnya kasar. Tubir matanya bergenang mendengarkan esakan halus Rekan. Air matanya menitis juga akhirnya. Tapi tangisnya ditahan sekuat mungkin dari didengari oleh Rekan.
“Kau tahu bukan harga bagi sebuah kebebasan?”. Soal Haswina perlahan. Esakan halus masih jelas kedengaran dihujung telefon. Haswina mengesat air matanya. Nafasnya ditarik nafas dalam membiarkan Rekan dengan dunianya buat seketika sebelum dia teringatkan sesuatu yang penting untuk diberitahu kepada lelaki itu.
“Kau kena bergerak sekarang Rekan. Mereka sudah hantar orang untuk kesana”. Haswina memberitahu. Walaupun mulutnya terasa berat untuk membocorkan maklumat itu dengan menikam belakang ketuanya sendiri tapi dia lagi kasihan akan Rekan dan juga Suria. Jika Rekan tertangkap sudah pasti tiada jalan keluar lagi. Jika Rekan tertangkap kali ini mungkin nyawa Suria akan melayang. Walaupun dia sendiri tidak yakin jika Suria mampu bertahan menjadi pelarian dalam keadaannya begitu.
“Siapa?”. Soal Rekan. Jantungnya berdebar kuat. Sekali lagi dia perlu melarikan diri dan juga menyelamatkan Suria. Haswina tidak menjawab. Dia tahu benar gerangan orang yang dihantar oleh Yesa tapi dia tidak mahu memberitahu kepada Rekan. Cukuplah sekadar Rekan tahu setakat itu.
“Sekarang!”. Tegas Haswina sekali lagi sebelum panggilan dimatikan bila dia mendengar bunyi derapan kaki menghampirinya dari belakang. Dia memandang skrin telefonnya lama. Mengharapkan yang Rekan berjaya untuk melarikan diri dan bersembunyi buat sekali lagi.
HARI YANG SAMA
8 April 2020 – Selatan semenanjung ; Agensi ; 2.14 petang
Mesyuarat yang mengambil masa hampir dua jam akhirnya berakhir. Sarah Jane menghela nafas berat. Dia memerhati satu persatu tubuh manusia yang tadi memenuhi ruang bilik mesyuarat yang kini sudah beransur pergi. Dia bangun dari kerusinya berjalan kearah jendela memerhati keluar. Langit biru yang dicemari oleh awan mendung menandakan kemungkinan hujan akan turun dalam beberapa jam lagi. Mungkin. Itu telahan dia. Tapi hal alam tiada sesiapa pun yang tahu. Hanya Allah yang tahu dan sebaik-baik perancang.
Mungkin awan mendung itu hanyalah untuk memayungi kawasan yang terlalu panas. Entiti-entiti bertuah yang diberikan peluang untuk berlindung dibawah awan mendung dari cahaya mentari yang membakar kulit. Telahannnya mungkin benar atau juga mungkin salah. Dia hanya manusia biasa. Tidak sempurna dan sentiasa perlu belajar dari segenap sisi. “Manusia tidak akan belajar tanpa kesakitan”. Gumamnya.
Belajar itu mudah. Melupakannya juga mudah. Tapi belajar melalui kesakitan dan keperitan itu adalah sesuatu yang lebih efektif. Tidak pernah gagal membuatkan mereka yang belajar melalui kesakitan itu untuk sentiasa mengingatinya. Terpasak di dalam hati dan juga kotak memori. Cukup rasa. Hinggakan setiap kali kotak memori mengulang kembali hati akan bereaksi dengan memberikan satu kesakitan yang maha hebat. Hinggakan satu tubuh akan turut memberi respon. Itulah kesakitan dan pelajaran yang sebenar.
“Jane..”. Suara garau seorang lelaki menegurnya dari belakang. Dia memusingkan tubuh badannya. Sebaik saja raut wajah yang dikenalinya dilihatnya dia merapatkan tubuhnya. Mereka berpelukan buat seketika. Lelaki itu menepuk-nepuk dibelakangnya memberikan satu perasaan selamat dan nyaman. Terasa bebannya sedikit ringan.
“Oh God. Razak. Apa patut I buat?”. Soal Jane dengan suara mengendur. Dia meleraikan pelukannya.
“Tidur..” Jawabnya dengan sengihan. Kumisnya yang tebal dirautnya sedikit. Ideanya itu disambut tawa halus.
Kalaulah semudah itu. If only and only if. Tapi tidak untuknya. Jika dia mengelak harini. Esok dia tetap perlu menghadapinya. Wajah Razak, lelaki yang dikenalinya sejak dua puluh tahun lepas yang setia berdiri disebelahnya dipandang seketika. Dia menghela nafas perlahan.
“Never did I know mereka akan semarah ini”. Tutur Razak setelah lama mendiamkan diri. Pandangannya turut dilontar keluar tingkap. Merenung dada langit yang kian ditutupi oleh awan mendung.
“Sebab mereka nak kan dia”. Jawab Jane ringkas. Wajah Arta Erza terbayang dimatanya. Seorang lelaki lewat 20an yang maskulin. Kulitnya sawo matang dan air mukanya garang. Tidak banyak soal mengenai apa saja yang mereka minta lakukan. Sentiasa melakukan dengan sempurna. Tapi Arta tidak juga semudah itu mengikut telunjuk. Dia gemar melakukan sesuatu mengikut apa yang dia fikirkan patut dia lakukan. Secara mudahnya Arta bukan mudah untuk dikendalikan. Hanya dia seorang sahaja yang lelaki itu percayai hinggalah lewat dua minggu lepas. Mungkin jambatan kepercayaan antara mereka bukan setakat retak. Malah ranap.
Dia tidak menyangka keputusannya untuk mengantung Arta dari kerja lapangan menghasilkan respon yang begitu negatif. Semua jari ditunding kearahnya. Mereka mengatakan yang dia terlalu obses dengan kedudukannya dan melihat Arta sebagai ancaman. Ya!. Dia tidak menafikan yang dia berasa sedikit takut dan gusar dengan Arta. Dengan kebolehannya. Tapi tidak sebagai satu ancaman untuk kedudukannya mahupun kuasanya. Dia tahu Arta bukan seorang yang gila kuasa. Tapi dia silap. Ancaman terbesar kepada kuasanya bukanlah Arta!.
Dia mengambil kesempatan atas apa yang terjadi. Mengatur langkah dengan niat pengantungan Arta dari kerja lapangan dapat mengekang perbalahan dalam senyap antara dua figura besar di dalam agensi mereka. Iaitu antara Thamin dan Yesa.
Tapi sangkaannya meleset. Rupanya ada sesuatu yang lebih besar dari itu. The founder sudah menjadikan Arta sebagai target dari awal lagi. Rupanya mereka punya cita-cita untuk menjadikan Arta sebagai pengantinya untuk mengambil alih pimpinan agensi dan itulah yang menjadi punca kemarahan terbesar the founder bila mengetahui dia mengantung Arta dari kerja lapangan.
Sumpah! Lansung dia tidak terfikir akan hal ini. Walhal pada dasarnya dia mengantung Arta kerana dia yakin Arta telah mengingkari arahannya dan hukuman yang sepatutnya telah diberikan. Kesempatan itu diambil juga dengan harapan agar Arta tidak akan menjadi punca dan juga ancaman buat Yesa dan juga Thamin. Dua figura besar dibawahnya yang sepatutnya menjadi calon untuk mengantikan dirinya bukannya Arta seperti yang dimahukan oleh the founder. Kalaulah Yesa dan juga Thamin ada bersama ketika mesyuarat tadi. Dia tidak tahu apa yang dia patut lakukan lagi.
“Mungkin dah tiba masanya untuk kita stop?”. Razak mengalihkan pandangan kesisinya. Memandang wajah Jane yang gusar. Jane membalas pandangan Razak. Mencerna idea dari lelaki itu. Wajahnya tampak serius.
“Kita cuci tangan”. Tambahnya lagi dengan dua belah tangannya memberikan gaya seperti sedang mencuci. Dia tersengih dihujungnya. Mengusik Jane yang raut wajahnya penuh kerisauan hinggakan hatinya juga turut diranduk kerisauan.
Jane tergelak halus. Dia menjeling kearah lelaki itu. Razak dan humournya. Tidak pernah gagal membuatkan hatinya berbunga setiap musim. Tapi senyumannya hanya seketika dan pudar bila memikirkan idea yang diberikan oleh Razak. Mungkinkah sudah tiba masanya untuk dia berundur dan berhenti dari semuanya. Usianya juga bukan muda lagi. Sudah hampir menjangkau 50 tahun. Hampir 20 tahun dia berkhidmat dengan agensi tanpa jemu. Mungkin dia patut pertimbangkan apa yang Razak katakan.
Tapi apa yang Razak cadangkan membawa satu timbangan yang berat. Berhenti atau dalam kata lain “mencuci tangan” seperti apa yang Razak katakan membawa maksud tiada lagi agensi, elit agen atau pun the founder. Tiada lagi Yesa atau pun Thamin. Tiada lagi Kampung Bidadari. Jika dia mahu melepaskan segalanya adakah mereka yang lain turut bersedia untuk kehilangan segalanya?.
“Biarkan mereka?”. Soal Jane. Razak mengangguk perlahan.
“Thamin dan Yesa?”. Soal Jane kembali. Razak menarik nafas dalam.
“Jane..”. Panggil Razak perlahan. Ada nada kerisauan disitu.
“Jangan sampai Thamin bahaya kan you”. Tuturnya lagi. Jane tersenyum nipis. Itu adalah harga bagi kuasa dan kejayaannya. Dia tidak dapat mengelak.
“I…” Jane tidak mampu meneruskan kata. Dadanya terasa sesak. Rintik hujan mula kelihatan di jendela kaca.
Razak memegang bahu milik Jane. Merapatkan tubuh wanita itu kesisinya. “Wanna share the umbrella?”. Soalnya. Jane mengesat hujung matanya. Dia memadang wajah Razak mengangguk. Bibirnya mengukir senyuman.
Share this novel