Jeritan suara Kuna memenuhi ruangan rumah sebaik saja dia melihat wajah Uyaa yang sedang berdiri tercegat diruang tamu. Dia berlari anak sebelum memeluk erat kawannya itu. “Lamanya tak jumpa!”. Jerit Kuna dengan sengihan lebar. Uyaa juga turut tersenyum melihat keletah rakannya itu. Bagasi saiz sederhana itu ditarik kesisinya sebelum Kuna membantu mengambil satu lagi beg galas dan kemudiannya diletakkan di atas sofa ruang tamu. Cempaka yang baru selesai makan berjalan ke arah Uyaa dengan segelas air sejuk.
Gelas yang dipegangnya dihulurkan kepada Uyaa yang sudah pun duduk tersandar di sofa dengan senyuman menghiasi bibirnya. “Mana Mok dengan Wina?”. Soal Uyaa bila hanya Cempaka dan Kuna saja yang menyambut kepulangannya hari itu. Air yang diberikan oleh Cempaka disisip sedikit bagi menghilangkan dahaganya.
“Keluar sekejap”. Jawab Cempaka ringkas. Uyaa mengangguk sebelum dia mengalihkan pandangannya ke arah Kuna yang sedang memandangnya dengan mata bersinar-sinar. “Sekejapp..”. Uyaa bersuara sebelum tergelak kecil. Dia sudah tahu yang Kuna sudah tidak sabar hendak bertanyakan mengenai barang yang dikirimnya tempoh hari bukannya rindukan dirinya yang sudah tidak pulang kerumah sejak dua minggu lepas. Kuna tergelak kuat manakala Uyaa sudahpun bergerak kearah beg sandangnya sebelum mengeluarkan satu beg kertas yang berisi barang. Beg kertas tersebut kemudiannya dihulurkan kearah Kuna yang sepertinya mahu menjerit saja sebaik barang tersebut bertukar tangan. “Apa?”. Soal Cempaka kepada Uyaa panasaran dengan reaksi Kuna.
Uyaa meneguk sedikit air sebelum mencebik. “ Barang make up je pun..”. Jawabnya dengan gelengan kepala tidak mengerti dengan sikap kawannya yang satu itu. Setiap kali dia perlu bekerja di luar kawasan setiap kali itu jugalah Kuna akan menyuruhnya untuk membelikan sesuatu untuknya. “Dia buat teruk macam dekat sini takda barang tu”. Sambung Uyaa lagi. Cempaka tergelak sebelum mengiakan. Sudah masak benar dengan perangai Kuna. Dia mengambil tempat disebelah Uyaa.
Kuna yang mendengar perbualan dua orang rakannya pantas menyampuk tidak puas hati membela diri. “Eh barang dari Sabah dengan dekat sini tak sama”. Jawabnya sambil mengambil bau barang makeupnya. Uyaa dan Cempaka mengelengkan kepala sebelum sama-sama tergelak besar.
“Alah dulu kau suruh Uyaa beli set syampu masa dia outstation. Macam la syampu tu made in sana. Aku tengok dekat sini bersepah je”. Tiba-tiba Mok mencelah dari pintu rumah. Kuna mencebik. Wina yang masuk kedalam rumah bersama Mok berjalan mendekati Uyaa dan Cempaka sebelum meletakkan beberapa bungkusan makanan di atas meja ruang tamu. Dia mengambil tempat duduk disebelah Uyaa manakala Mok duduk di sebelah Kuna.
“Ni aku dengan Mok ada belikan makanan. Kau balik sampai lewat malam mesti tak makan lagi kan?”. Soal Wina. Uyaa mengangguk sambil buat muka seposen.
“Haih tak kan company kau bayar tiket flight saja tak bagi makan?”. Soal Kuna tidak bersalah. Cempaka membaling bantal ke arah Kuna sebelum Mok bertindak menarik telinga Kuna. Kuna mengusap telinganya yang sudah memerah. Masing-masing tergelak. Mukanya masam mencuka tidak puas hati.
“Oh! Kita ada orang baru!”. Tutur Kuna dengan nada sedikit eksited setelah masing-masing lama mendiamkan diri. Wina sudah menjengilkan biji matanya manakala Cempaka sudah pun menepuk dahinya. Uyaa memandang Cempaka, Wina dan Mok bergilir-gilir meminta penjelasan bila Kuna tiba-tiba tidak jadi menyambung ceritanya dek kerana panahan mata Wina.
“Kita ada orang baru dalam rumah”. Tutur Cempaka perlahan. Sebaik mana pun dia dengan Uyaa tetap juga dia takut dengan reaksi yang bakal diberikan oleh Uyaa tapi dikeraskan saja hatinya. Fikirnya dia hendak bercerita pada esok hari kerana dia yakin Uyaa pasti penat tapi disebabkan oleh Kuna sudah pun membuka mulut terpaksa juga dia teruskan. Cempaka menjeling sedikit ke arah Kuna dan hasil jelingan itu Kuna tersengih kambing.
“Ahh. Ni Mak Wati punya plan ke macam mana?”. Soal Uyaa memandang Cempaka. Cempaka mengeleng menidakkan manakala Mok pula menyambung “Kuna punya plan”. Kuna sudah pun menjuihkan bibirnya membuat muka bersalah. Mok yang melihat cepat-cepat membetulkan kembali ayatnya. “Dia tolong Kuna. So kita orang decide bagi dia stay sini. Sebab dia tengah cari rumah sewa”. Mok menjelaskan. Secara ringkas. Penat rasanya hendak menceritakan segalanya dari awal pada waktu itu. Tentang Mak Wati lagi. Selesai Mok menjelaskan masing-masing menanti reaksi Uyaa yang sedang menghabiskan sisa air di dalam gelasnya.
“Okay then”. Uyaa bersuara tidak kisah. Lagi pula dia bukan selalu ada dirumah kecuali pada hari cutinya dan dia yakin akan pilihan kawan-kawannya. “Walaupun lelaki?”. Soal Wina tiba-tiba. Keningnya terangkat mendengar soalan Wina. Dia meletakkan gelas yang dipegangnya ke atas meja di hadapannya. Wajah Cempaka dipandangnya lama meminta penjelasan dan kepastian.
Cempaka mengeluh kuat. “Housemate baru kita lelaki Uyaa. Sorry aku ingat nak bagitahu benda ni esok”. Dia berasa sedikit risau dengan reaksi yang diberikan oleh Uyaa. Sepertinya rakannya itu tidak bersetuju dengan keputusan mereka. Memang patut saja Uyaa memberi reaksi begitu. Orang gila saja yang berani membiarkan orang yang baru dikenali tinggal bersama. Tambahan pula berlainan jantina. Dia sendiri tidak mengerti dengan dirinya sendiri. Kenapa dia boleh bersetuju secepat itu dengan Kuna. Bagaimana dia boleh mengalah semudah itu dengan Mak Wati. Kenangan dia ditampar lewat pagi beberapa hari lepas kembali bermain di memorinya. Dia marah benar diperlakukan begitu dan perasaan takut menerjah jika ibunya tahu mengenai hal pembayaran rumah sewa mereka jadi dia mengambil keputusan drastik begitu.
Kuna yang mendiamkan diri sejak tadi tiba-tiba bersuara semula. “Dia gay!”. Lagilah Uyaa membuat muka. Masing-masing mendiamkan diri tidak berani hendak membuka mulut kecuali Cempaka yang sedaya upaya menjelaskan keadaan sebenar pada Uyaa.
“Well. I okay tapi bahaya tahu tak sebulan pun”. Tutur Uyaa dengan senyuman dihujung ayatnya cuba meredakan ketegangan antara mereka. “Mana tahu sebab stay dengan kita tiba-tiba dah tak jadi gay!”. Sambung Uyaa sebelum tergelak halus dihujung ayatnya. Sengaja membuat lawak begitu supaya keadaan yang semakin kekok antara mereka berlarutan. Lawak Uyaa itu menjadi bila ianya disambut dengan gelakan tawa dari Mok dan Wina. Cempaka juga tersengih bila memikirkan kemungkinan itu. Mahu kacau hidup mereka kalau jadi begitu. Silap-silap mereka berlima boleh bergaduh besar jika hal begitu terjadi.
“Aku okay Kuna”. Uyaa menambah lagi bila dilihatnya hanya Kuna yang masih mendiamkan diri. Kuna sudah membuat muka sedih. Disapu nya air mata yang sudah menitis. “Dia buat drama dah!”. Mok memperli sebelum masing-masing tergelak besar.
“Berapa lama cuti Uyaa?”. Soal Cempaka mengalih topik. Mok, Wina dan Kuna sudah pun menghantar isyarat mata. Lusa merupakan hari jadi Uyaa jadi mereka sudah pun membuat perancangan untuk menyambut. “Seminggu. Lepas tu masuk office macam biasa”. Masing-masing mengangguk walhal dalam kepala sudah pun merancang bermacam idea.
Share this novel