BAB 21

Crime Completed 2168

Uyaa meletakkan gelas berisi air yang diminumnya di atas meja kuat tanda protes. Matanya mencerlung menikam anak mata Jian yang sedang memandangnya tidak mahu kalah. “Kau keluar dari sini!”. Tutur Uyaa dengan suara meninggi. Sedaya upaya dia mengawal suaranya tidak mahu mengejutkan rakan-rakannya yang lain di dalam bilik tapi dia gagal. Jian benar-benar menguji kesabarannya. Sejak dia pulang dari kerja lapangan seminggu lepas dia terpaksa menghadap muka lelaki itu setiap hari. Terasa sesak nafasnya.
Jian yang masih berdiri menghadapnya tanpa kata membuatkan makin bertambah perasaan jengkel Uyaa dengan lelaki itu. “Kau nak apa dari aku?!” Soal Uyaa lagi sekali. Dia menepuk meja dihadapannya kuat tanda dia tidak punya mood hendak bermain perang mental dengan lelaki itu. Tapak tangannya terasa perit dek kerana tamparan tangannya di atas meja kaca itu tapi tidak dapat dibandingkan dengan sakit dan bengkaknya jiwa dia pada ketika itu.

Jian bergerak menghampiri Uyaa yang sedang mencerlung memandangnya. Dilihatnya matanya Uyaa sedikit memerah. Bukan kerana tangisan tapi perasaan marah yang sedang memakan dirinya pada saat itu.

“Keluar dari tempat itu Uyaa”. Akhirnya Jian bersuara. Ada keluhan halus dihujung katanya. Permintaannya hanya satu. Tapi dia perlu risikokan segalanya untuk permintaanya yang satu itu. Uyaa mendengus kuat dengan gelengan kepala. “No!. Aku tak akan!” Tutur Uyaa menidakkan. Suaranya sedikit rendah dari tadi. Hilang sudah sifatnya yang selalu tampak seperti tenang itu. Musnah pada ketika Jian muncul kembali dalam hidupnya. Hati dan jiwanya diranduk perasaan takut, benci dan jelak.

Jian menarik nafas dalam. Dia tahu bukan semudah itu hendak memujuk gadis dihadapannya itu tapi kesabarannya juga semakin menipis. Dia tahu perbincangan malam ini tidak akan membuahkan hasil. Uyaa terlalu keras kepala dan sukar untuk dipujuk. Tapi dia tidak punya cara lain. Dia harus tetap mencuba. Tanpa jemu.

“Tinggalkan semuanya dan ikut aku Uyaa”. Jian memujuk sekali lagi. Kata-kata yang diutarakan oleh Jian disambut oleh satu jelingan tajam oleh Uyaa. Dia memadang Jian dengan satu pandangan tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Tinggalkan segalanya?. Kerjanya?. Kawan-kawannya?. Segalanya dan ikut dia?. Orang yang sama pernah khinatinya satu ketika dulu?. Tidak mungkin!. Gumam Uyaa.

“Kau gila?. Ikut kau?”. Soal Uyaa kembali dengan sengihan sinis cukup untuk membuat Jian sebal dengannya. Dia melihat wajah Jian semakin memerah memandangnya tanpa kelip. Rahangnya bergerak-gerak menahan amarah. Uyaa mengalihkan pandangannya. Takut tapi egonya terlalu tinggi untuk mengalah. Tidak mahu kalah dalam perang mental antara dia dan Jian pada malam itu.

“Tinggalkan semuanya. Kalau tidak bukan setakat kau dalam bahaya. Kawan-kawan kau..”. Tapi apa yang dikatakan oleh Jian disambut oleh tawa sinis dari Uyaa. Jian mengetap giginya bila katanya itu ditertawakan.

“Aku akan pastikan mereka selamat. Aku bukan macam kau. Tikam belakang dan tinggalkan orang sesuka hati”. Sindir Uyaa dengan sengihan. Jian menelan air liurnya kasar. Hatinya patah. Dia hendak memperjelaskan dirinya tapi sepertinya segalanya sudah terlambat. Uyaa sudah terlalu membencinya dek kerana peristiwa itu. Perasaan marah dan bersalah bercampur baur. Ah!. Bibirnya seolah terkunci. Hatinya pedih.

“Kau akan pilih Thamin atau Yesa?”. Soal Jian setelah lama mendiamkan diri. Dia tidak sepatutnya bertanyakan soalan seperti itu. Tidak sepatutnya!. Soalan yang hanya akan menyulitkan keadaan. Tapi dia sudah tidak sabar lagi dengan sikap Uyaa.
Jelas terpampang raut wajah Uyaa yang terkejut dengan soalan yang diujarkan oleh Jian. Dia fikirkan yang Jian tahu dia bekerja di organsasi tersebut dan atas sebab itu menyuruhnya untuk dia berhenti. Tapi sangkaannya meleset. Ternyata Jian tahu lebih dari itu jika dua nama figura terbesar dalam organisasi tempat dia bekerja disebut.

“Ikut aku Uyaa. Thamin akan bantu kita”. Jian cuba menyakinkan Uyaa yang masih lagi terdiam terkejut. Dia tahu yang Uyaa sedang berteka-teki siapakah dirinya sebenar dalam organisasi pada ketika itu. Tapi dia tidak peduli akan semua itu. Tujuannya hanya satu sejak dia menjejakkan kaki dirumah ini iaitu membawa Uyaa jauh dari organisasi dan segalanya.

“Macam mana kau kenal Thamin?”. Soal Uyaa setelah lama mendiamkan diri tapi Jian memilih untuk tidak menjawab.

“Hubungan kita dah habis sejak kau khianati aku pada waktu itu Jian. Kau lupa?. Aku tak akan lupa”. Tutur Uyaa menghentikan segala pujukan dan idea mengarut dari mulut Jian. Jian harus tahu yang baginya lelaki itu sudah mati dalam hidupnya. Tujuh tahun bukan satu waktu yang singkat baginya. Kenapa lelaki itu perlu tiba-tiba muncul kembali dalam hidupnya!.

Jian terdiam. Bungkam dengan apa yang dikatakan oleh Uyaa. Walaupun dia sudah dapat menjangkakan yang Uyaa membencinya tapi bila dia mendengar kata-kata itu sendiri dari mulut gadis itu hatinya remuk buat sekian kalinya. Ya benar! Memang dia bersalah pada waktu itu. Tapi dia tidak punya cara lain. Uyaa tidak faham yang dia menyayangi gadis itu melebihi segala-galanya. Dia sanggup tinggalkan dan korbankan apa saja. Jian menghela nafas kuat. Dadanya terasa berat.

“Biarkan aku tinggal disini kalau kau nak teruskan apa yang kau buat”. Jian sudah mula mengugut. Dia tidak punya cara lain. Jika dia keluar dari rumah itu dia tidak dapat memerhatikan gerak geri Uyaa dengan lebih dekat. Dia perlu berada dekat dengannya. Uyaa mengelengkan kepalanya. Jian masih tidak mahu mengalah. Membiarkan Jian tinggal disitu dan terus menyesakkan dadanya. Tidak mungkin!. Ditambah pula dia tidak tahu apa hubungan antara Jian dengan Thamin. Dia yakin yang Jian mungkin mempunyai hubungan personal dengan Thamin. Ianya hanya akan membahayakan kedudukannya.

“Tak Jian. Kau keluar dari sini dan aku akan hidup seperti mana aku nak”. Uyaa berkeras. Namun Jian mempersetankan saja apa yang dikatakan oleh Uyaa.

“Biar aku tinggal sini atau yang lain akan tahu siapa kau dan siapa aku”. Tutur Jian sebelum berlalu pergi meninggalkan Uyaa. Uyaa mengigit bibirnya. Serasa mahu saja dia menjerit kuat kearah Jian. Sedaya upaya dia menahan sekuat mungkin suaranya tidak mahu mengejutkan penghuni lain didalam rumah itu. Tangannya laju mengambil telefon bimbitnya sebelum mendail nombor yang disimpan rapi di dalam kenalan telefonnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience