Raisa mengetuk pintu bilik Yesa beberapa kali. Ditangannya satu sampul fail yang baru diambilnya sebentar tadi dari bilik dokumentasi. Sebaik saja suara lelaki itu menyuruhnya masuk dia terus memulas tombol pintu. Raisa tidak dapat menyorokkan wajahnya yang sedikit gelisah. Dia harus mendapatkan kepastian mengenai kes sulit seperti yang Paswi maklumkan padanya sebentar tadi. Dia perlu mendapatkan kepastian daripada Yesa adakah ianya benar atau Paswi hanya mempermainkannya.
“Madam Jane ada kendalikan kes sulit?”. Soal Raisa tanpa berbasa basi. Yesa sedikit tersentak mendengar soalan Raisa. Melihat reaksi yang diberikan oleh Yesa dia sudah dapat menebak apa yang dikatakan oleh Paswi adalah benar. Dia mendengus kuat. Entah kenapa hatinya sedikit kecewa dan perasaan marah mula menjalar. Kata-kata Paswi sebentar tadi mula berlegar-legar dalam kepalanya.
Yesa bangun berdiri merapati Raisa yang sedang berdiri tidak jauh dari pintu biliknya. Wajah Yesa yang sedikit keliru dengan kedatangan Raisa secara tiba-tiba dan soalannya. Lama Yesa mendiamkan diri sebelum membuka mulut bila melihatkan Raisa yang tetap diam berdiri tidak mahu mengalah selagi soalan itu tidak dijawab.
Raisa mendengar penuh sabar Yesa menjelaskan keadaan sebenar. Yesa menjelaskan yang dia sudah sedia maklum mengenai Madam Jane yang mengendalikan kes sulit dan dia sendiri terkejut bila Raisa mendapat tahu akan hal itu. Kes sulit yang hanya dia dan Madam Jane sahaja yang tahu. Yesa hendak bertanya dari mana dia dapat maklumat mengenai kes tersebut tapi setelah dia melihat reaksi Raisa yang masih keliru. Dia dapat mengagak yang sebenarnya Raisa masih tidak tahu kisah sebenar disebalik kes sulit itu.
Raisa hanya mendiamkan diri selepas Yesa menjelaskan perihal sememangnya Madam Jane ada kendalikan kes sulit.
Raisa memandang wajah Yesa lama. Yesa yang sedang memandangnya dan tetap mengunci mulut. Dia mula menyiasat punca kematian Madam Jane secara sulit seminggu selepas kematian mengejut Madam Jane. Iaitu sejak dua bulan lepas. Yesa punya beribu peluang untuk menceritakan perkara sebenar tapi lelaki itu memilih untuk tidak membuka mulut dan membiarkan dia menyiasat tanpa mengetahui yang sebenarnya ada punca lain yang membuatkan Yesa percaya Madam Jane mati dibunuh.
“I was planning nak inform bila Arta ada sekali”. Yesa bersuara setelah lama mendiamkan diri. Jelas kelihatan riak wajah Raisa yang terkejut saat mendengarkan nama Arta keluar dari mulut Yesa. Matanya membulat. Sudahlah Yesa merahsiakan sesuatu yang amat penting darinya dan kini Arta pula?. Dia tidak pasti adakah dia yang terlalu sensitif dengan mempersoalkan tindakan Yesa dan telah melanggar garisan profesional antara mereka berdua. Tapi apa yang dia rasa pada saat itu dan kata-kata Paswi sebentar tadi umpama jarum yang mencucuk-cucuk dadanya.
“Arta akan bantu untuk kes Madam Jane and I was thinking to brief mengenai Madam Jane special case later on”. Sambung Yesa lagi. Dia cuba untuk menyelesaikan kerunsingan dan salah faham gadis itu terhadapnya. Tapi sepertinya rancangan untuk memujuk Raisa tersasar jauh.
“Dua bulan I siasat kes kematian Madam Jane tapi I tak pernah tahu pasal Madam Jane punya kes sulit dan sekarang Arta?”. Suaranya sedikit meninggi. Alasan yang diberikan oleh Yesa hanya menyakitkan hatinya lagi. Yesa hendak meminta bantuan Arta?. Setelah dibiarkan dan digantung dari bekerja di lapangan. Setelah dibuang oleh Madam Jane?. Apa Yesa tidak kenal akan perangai Arta?. Soal Raisa sendiri.
Yesa tersentak. Dia tidak menjawab. Tidak tahu bagaimana hendak menjawab atau pun alasan bagaimana hendak diberikan. Sepertinya mana-mana jawapan yang dia berikan adalah tidak berguna. Yesa menarik nafas dalam. Dipandangnya wajah Raisa yang memerah menahan marah dan dia sendiri yang cuba untuk bertenang dalam keadaan itu.
“Kalau kamu tak suka Arta..”. Ayatnya terhenti disitu bila Raisa memotong laju dengan soalan yang membuatnya mati kata.
“Sebab tak percayakan saya atau sengaja letakkan saya dalam bahaya?”. Soal Raisa kepada Yesa. Soalan yang sama Paswi tanya kepadanya. Soalan sama yang membuatkan emosinya kacau. Matanya memerah dan suaranya sedikit bergetar. Sepertinya bila-bila masa sahaja air mata boleh menitis jatuh dari tubir matanya.
Yesa bungkam. Dia menarik nafas panjang. Badannya terasa sedikit kaku. Wajah Raisa yang memerah memandangnya tanpa kelip.
“Raisa..”. Dia tidak tahu bagaimana hendak memulakan ayat dan menyelesaikan salah faham ini. Dia sendiri masih keliru kenapa Raisa bereaksi begitu dengannya.
“I akan jumpa Arta sebelum tamat jadual dan balik rumah lusa”. Raisa bersuara sebelum berlalu pergi meninggalkan Yesa yang masih diam. Pintu bilik Yesa dihempas kuat tanda protes. Yesa mengeluh berat sebelum bersandar ke meja kerjanya.
Share this novel