ELITE

Jasmine Iberahim

Crime Completed 2168
5
(3 ratings)

Synopsis

(Author Signature Message : Buat mereka yang meminati karya yang mempunyai Heavy Plot, Complicated Character, Slow Burn, Crime Thriller dan juga Folklore Horror) Dua bulan lepas, kematian mengejut Sarah Jane pengasas kepada agensi mengejutkan kesemua VVIP, The Founder dan juga agen agensi. Razak Ibrahim yang seharusnya mengambil alih pimpinan agensi juga hilang seolah ditelan bumi.Maka agensi ditinggalkan di tangan Yesa dan juga Thamin. Dua figura berpengaruh di agensi. Yesa tidak percaya kematian Sarah Jane hanya satu kebetulan. Maka dia mula membuka satu fail kes sulit baru yang dinamakan Elite Case. Dikendalikan oleh dua Elit agen agensi iaitu Uyaana Raisa dan juga Arta Erza. Yesa percaya Sarah Jane dibunuh oleh Thamin dek kerana satu fail rahsia yang dinamakan sebagai Fail 6District. Demi mendapatkan Fail 6District yang dikatakan sebagai punca kepada kematian Sarah Jane. Ramai yang terluka dan terbunuh. Kata Yesa dia melakukan semua itu demi kebenaran. Tapi kata Thamin, Yesa hanya melakukan semua itu demi memenangi dan menaiki tahta agensi keparat itu. Penipuan demi penipuan. Kegilaan demi kegilaan. Membuatkan Arta Erza sedar mungkin tiada yang benar- benar mahu menyelamatkan segalanya. Pada ketika itu Razak Ibrahim muncul kembali. Lelaki yang mengasaskan agensi bersama Sarah Jane muncul kembali setelah hilang sekian lama. Manusia itu tidak akan pernah belajar tanpa kesakitan - Arta Erza


Share this novel

Rate this story


Comments

Fatimah Mutazali
2024-01-17 

terima kaseh author baru faham jln cerita ni...cerita yg menarik lain dari yg lain.... sis tunggu Prequal Elite Suria...selamat berkarya.. .

Fatimah Mutazali
2024-01-16  1 Replies

dah habis ke macam tergantung aje... tak berapa jelas kurang faham pun yea..

Fatimah Mutazali
2024-01-14 

Cerita yg menarik banyak kejutan sis suka teruskan berkarya... tq update author

Jasmine Iberahim

26 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience