BAB 33

Crime Completed 2168

Bunyi suara menjerit mengejutkan Arta yang baru sampai di meja Anis. Pandangannya dialihkan kearah pintu bilik milik Yesa.

“Encik Arta!”. Panggil Anis bila lelaki itu sudah pun bergerak kearah pintu bilik Yesa. Dia berlari anak sebelum berdiri dihadapan lelaki itu.

“Tuan sedang ada tetamu. Encik Arta boleh tunggu dulu sebentar”. Tapi Arta tidak mendengar dia menolak sedikit tubuh milik Anis sebelum menyambung langkah kakinya. Arta berdiri dihadapan pintu bilik Yesa lama. Cuba mengecam suara yang sedang didengarinya. Raisa!. Tutur Arta. Dia masih berdiri disitu mendengar dan menanti waktu yang sesuai untuk dia masuk. Anis pula berdiri disebelahnya seperti cacing kepanasan. Tidak berani hendak menghalang Arta.

“Kenapa?”. Soal Raisa. Matanya memerah. Dia tidak dapat mengawal emosinya. Yesa mengatakan yang dia sebenarnya sudah tahu dari awal mengenai kembarnya. Sesuatu yang dia lansung tidak jangka. Yesa tidak menjawab. Hanya memandangnya dengan pandangan sayu. Berdiri tidak jauh darinya.

‘Kenapa?!”. Jerit Raisa kuat sekali lagi. Sakit hatinya.

“Sebab kamu..”. Jawab Yesa perlahan tapi cukup untuk didengari oleh Raisa.

Raisa tersenyum sinis. Dia mengesat air matanya yang sudah pun menitis. Emosinya kacau.
“Jangan guna alasan itu lagi..” Tutur Raisa. Matanya menikam anak mata Yesa. Dia sudah jelak dengan ayat itu. Tujuh tahun Yesa punya peluang dan waktu untuk memberitahunya mengenai Thamin dan abangnya. Tapi sekali pun Yesa tidak pernah buka mulut.

“Jadi selama tiga hari ini atas alasan apa?”. Soal Raisa lagi. Sengaja hendak melihat jawapan apa yang akan diberikan oleh Yesa.

“Sebab kamu..”. Yesa menjawab dengan jawapan yang sama. Riaknya juga masih sama. Berdesing telinga Raisa saat Yesa menutur ayat yang sama buat sekian kalinya. Alasan Yesa melakukan segalanya demi keselamatannya membuatkan dia beras jelak. Raisa mengambil gelas dihadapannya dan memegangnya kejap. Kalau diikutkan hatinya serasanya mahu dibaling saja gelas kaca itu kearah Yesa. Tapi wajah Yesa yang memandangnya menanti seolah dapat mengagak apa yang dia mahu lakukan membuatkan perasaan marahnya semakin membuak-buak.

Prang!!. Bunyi kaca berderai keatas lantai. Gelas yang dipegang olehnya tadi dilemparnya kearah kanan. Jauh daripada Yesa tapi cukup untuk melepaskan geramnya. Tangannya mengigil. Yesa tidak tahu yang dia benar-benar berada di puncak kemarahannya pada waktu itu. Perasaan dikhianati oleh lelaki yang disanjungnya itu membuatkan dia hampir hilang akal.

“Saya tahu Thamin ugut kamu mengenai Wina dan Cempaka..”. Tutur Yesa. Raisa mengangkat wajahnya. Terkejut.

“Jadi saya kurung kamu buat beberapa hari sebab Thamin akan gunakan dendam itu sebagai satu senjata untuk membahayakan kamu”. Sambung Yesa lagi. Raisa hanya mendengar. Masih terkejut. Lidahnya kelu. Sebentar tadi mengenai hal kembarnya dan kini mengenai Wina dan Cempaka pula. Raisa menunduk. Dia memegang dadanya.

“Jadi…?”. Raisa hendak menyoal. Tapi tuturnya tidak terlepas. Mulutnya terasa berat. Badannya terasa lemah. Dia sepertinya sudah hilang segala tenaganya.

Yesa menganggukkan kepalanya walaupun Raisa tidak menghabiskan soalannya.

“Yang Cempaka anak kepada pengetua Kampung Bidadari tempat kamu tinggal?. Ya saya tahu”. Jawab Yesa.

“dan kamu mendekati Wina atas sebab hendak menyiasat punca kematian ayah Cempaka?. Ya saya tahu”. Yesa menyambung katanya.

“juga kenyataan mengenai ayah Cempaka adalah pengetua yang cuba membahayakan kamu tujuh tahun lepas. Ya saya tahu”. Ada bunyi keluhan kuat dihujung katanya.

“Jadi kenapa pura-pura tidak tahu masa saya cakap yang saya sudah maafkan segalanya dan tidak mahu ambil tahu lagi?”. Soal Raisa mengingatkan kembali soalan Yesa kepadanya dua tahun lepas jika dia mahu mencari semula pengetua yang cuba menganyainya. Dia yakin sudah pasti Yesa sudah tahu perancangannya pada ketika itu jadi atas sebab itu Yesa bertanyakan soalan begitu kepadanya.

“Sebab kamu. Sebab saya percayakan kamu..”. Jawab Yesa.

Raisa sudah teresak-esak. Baru tadi perasaan benci dan jelak terhadap Yesa membuak-buak kini diganti dengan perasaan malu, kecewa, marah dan benci mula bercampur baur. Dia yang dimakan oleh perasaan dendam. Sejak dia keluar dari rumah anak yatim itu selain ingin menjadi yang terbaik buat Yesa ada satu misi lain yang ingin dia laksanakan dengan sempurna. Dia mahu membalas dendam keatas Pengetua yang cuba merogolnya tujuh tahun lepas. Peristiwa yang memberikannya mimpi ngeri umpama pita rakaman yang mengulangi aksi yang sama tanpa henti. Mimpi ngeri yang membuatnya bangun dari tidur dengan peluh dek kerana ketakutan. Peristiwa yang membuatkan dia tidak mampu meneruskan hidup sebagai Uyaana Raisa yang menginjak dewasa tapi terhenti pada sebagai Uyaana Raisa yang berumur 18 tahun di rumah anak yatim itu.

Dia mahu membunuh lelaki tua keparat itu. Tapi bila dia mula menyiasat rupanya lelaki itu sudah mati beberapa bulan setelah dia keluar dari rumah anak yatim itu. Bila dia melihat Cempaka perkara pertama yang terlintas diakal fikirannya bagaimana hendak membuat gadis itu mati hati dan jiwa. Sama sepertinya. Bagaimana dia harus lakukan agar dapat membunuh jiwa dan raga gadis itu. Dia mahu Cempaka sengsara seumur hidup. Wina yang rapat dengan Cempaka dan tinggal dirumah anak yatim itu hingga umur 18 tahun merupakan peluang keemasan baginya hendak mengorek rahsia mengenai kematian ayah Cempaka dan juga aktiviti mereka selepas dia keluar dari situ. Cempaka tinggal diluar. Jadi dia perlukan Wina.

Sekarang perasaan malu mula menerjah kesegenap ruang hatinya. Yesa sudah tahu tapi tetap mempercayainya.

“Hentikan siasatan kes sulit kematian Madam Jane. Elit case is done. Kamu pergi ikut Jian”. Arah Yesa. Raisa hanya diam tidak menjawab. Langkah kakinya diatur ke pintu bilik Yesa. Badannya terasa lemah. Dia tidak mahu lagi meneruskan perbualannya dengan Yesa yang menyesakkan dadanya. Dia mahu keluar dari situ. Secepat mungkin.

“Raisa!”. Panggil Arta terkejut bila wajah Raisa terjenggul sebaik saja pintu dibuka dari dalam. Raisa mengesat air matanya tidak menjawab. Dia kemudian melangkah pergi tidak menghiraukan Arta.

Arta mengalihkan pandangannya kedalam bilik pejabat Yesa. Yesa sedang berdiri memandangnya. Pandanganya kemudian dialihkan kearah Raisa yang sudah pun beberapa tapak jauh darinya. Arta mengikut dari belakang manakala Anis sudah pun masuk kedalam bilik mendapatkan Yesa.

“Raisa..”. Panggil Arta lagi sekali. Langkah kakinya menyaingi langkah kaki Raisa yang sudah pun perlahan. Raisa memusingkan badannya menghadap Arta. Matanya memerah.

Arta menarik nafas dalam melihat wajah Raisa.

“Aku lagi teruk dari kau Arta..”. Raisa mengeluarkan kata. “Aku nak dia mati. Baik Cempaka atau Jian”. Tutur Raisa lagi. Air matanya menitis lagi sekali. Bibirnya bergetar menahan perasaan yang sedang bermaharajelala dia dalam jiwanya.

“Tapi kau tak buat bukan?”. Soal Arta kembali. Memujuk.

Raisa mengelengkan kepalanya laju. “Banan kembar aku Arta. Jian dan Banan orang yang sama. Thamin ambil dia tujuh tahun lepas”. Raisa memberitahu dengan esakan halus.

“Aku tahu..”. Jawab Arta. Dia menghela nafas berat. Raisa memandangnya sedikit terkejut. Tapi kemudian dia menunduk. Dia berjalan kearah bangku kayu panjang di tepi koridor sebelum duduk diatasnya. Arta mengikut dan berdiri dihadapannya.

“Tujuh tahun lepas masa kami cukup umur untuk berdikari keluar dari Kampung Bidadari Jian ambil keputusan untuk tetap tinggal disitu buat beberapa tahun lagi. Aku…”. Raisa mengigit bibirnya. Menahan air matanya mengalir. Tekaknya perit hendak membuka cerita.

“Aku berulang kali beritahu yang Pengetua Khalid banyak kali cuba buat benda tak elok. Tapi sekali pun Jian tak pernah cuba untuk faham..”. Raisa mengesat air matanya. Dia menarik nafas dalam bila kenangan tujuh tahun lepas kembali bermain di memorinya. Arta mengambi tempat di sebelah Raisa. Mendengar penuh setia.

“Hinggalah satu malam tu..”. Sambung Raisa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience