BAB 1

Crime Completed 2168

13 Julai 2020 - Dua bulan kemudian, Waktu semasa…

Long Ani menjerit dari kejauhan bila melihat susuk tubuh anak daranya di laman rumahnya. Dia mendengus kuat. Mulutnya terkumat kamit menyumpah seranah. Laju kakinya menapak naik setiap satu tangga yang menghubungkan antara dapur ke ruang utama rumah. Rumah pusaka yang ditinggalkan oleh suaminya yang mempunyai reka bentuk rumah kampung lama. Dia mencari-cari rotan sepanjang lengan yang diletakkan di atas almari kayu usang. Sebaik saja tangannya mencapai barang yang dikehendaki kaki dihayun menuju ke pintu utama rumah.

“Kau buat apa tu!. Masuk sekarang!”. Sergahnya kuat. Dada Long Ani berombak menahan marah. Matanya menjengil merah.

Cempaka menolak tangan lelaki yang memegang lengannya. “Balik lahh…”. Tuturnya separa merayu. Risaunya mengunung. Darahnya berderau bila memikirkan apa yang akan terjadi sebentar lagi.

“Balik!”. Tegasnya lagi. Sesekali dia menukar pandangan ke arah ibunya yang sedang tercegat berdiri di depan pintu rumahnya. Cempaka menapak laju menuju ke kaki tangga rumahnya membiarkan Asyraf yang masih tercegat tidak berkutik. Dia tidak mahu menambah masalah yang sedia ada. Sudah berkali dia pesan pada Asyraf jangan datang ke rumahnya lagi. Tapi lelaki itu degil. Entah dari mana lelaki itu tahu yang dia pulang ke kampung.

“Masuk kedalam!”. Mercerlung mata Long Ani memberikan arahan sebaik saja Cempaka berdiri di hadapannya.

Cempaka patuh menuruti. Laju langkah kakinya masuk kedalam rumah tanpa banyak soal. Lagi pun apa gunanya dia melawan kalau sama saja pengakhirannya nanti. Sama ada dia akan dipukul sehingga lunyai oleh ibunya atau mungkin Asyraf sekali akan turut terlibat dikerjakan. Apa ibunya kisah akan mulut-mulut orang yang berkata. Tidak kira lah anak sesiapa pun dikampung itu ibunya tidak akan teragak-agak hendak membalun mereka sekali jika berani-berani cuba memasuki campur perihalnya. Ah ibu!. Senang-senang saja kau sakitkan tubuh badan ini.

Long Ani masih bercekak pinggang di depan pintu rumahnya. Rotan ditangannya masih dipegang kejap. Anak teruna Lebai Ali masih lagi tercegat berdiri di laman rumahnya tidak berganjak. Dia menjengilkan matanya bila Asyraf masih berdiri memandangnya ke arahnya. “Tunggu apa lagi?”. Sergah Long Ani. Dia merenung tubuh Asyraf yang tinggi lampai dan kulitnya yang putih melepak. Lansung tidak seperti wajah Lebai Ali yang gelap itu.

Wajah ibu Asyraf, wanita dari bandar yang pernah menjadi perbualan hangat satu ketika dulu terbayang di layar matanya. Lebai Ali pada waktu mudanya menjadi rebutan orang tua di kampung untuk dijadikan menantu. Namun, tiba-tiba pulang membawa seorang gadis bandar yang cantik. Hampir saja satu kampung hendak mengusir Lebai Ali keluar dari kampung mereka. Manakan tidaknya semua gadis-gadis makan hati bila Lebai Ali lebih memilih orang luar dari gadis kampungnya sendiri.

“Tak reti nak balik?”. Soal Long Ani. Asyraf bergerak perlahan berlalu pergi. Berat sungguh langkah kakinya. Sesekali dia menoleh kebelakang, tapi Long Ani masih setia menanti di pintu rumahnya. Selagi susuk tubuh itu tidak hilang dari pandangannya. Selagi itu lah dia tercegat berdiri.

“Cempaka Sari!”. Jerit Long Ani bagaikan halilintar sebaik saja Asyraf hilang dari pandangannya. Dia memegang rotannya kuat.
Cempaka yang sedari tadi menanti di ruang tamu berlari menyembah kaki ibunya. Kata maaf diulang berkali-kali. Tapi Long Ani lansung tidak terkesan. Rotan yang dipegangnya di hanyun tinggi sebelum dilibas kuat ke atas tubuh anaknya. Jeritan Cempaka tidak diendahkan. Pukulan demi pukulan hinggap bersama cacian dan makian. Posisi yang sama, makian yang sama berulang-ulang tidak ubah seperti pita rakaman yang dimainkan tanpa henti.

“Kau tahu apa salah kau”. Soal Long Ani sambil tangannya sibuk menjahit bajunya yang koyak. Tingkap kayu rumahnya dibuka luas membiarkan angin malam mengisi ruang rumahnya.

Cempaka hanya mendiamkan diri malas hendak menjawab. Sepertinya dia sudah dapat mengagak apa yang ingin dikatakan oleh ibunya. Dia termenung ke luar tingkap memandang kegelapan malam. Perit kesan luka pukulan tengah hari tadi masih terasa dibelakangnya dan dia sepertinya tidak punya tenaga hendak diajak berborak.

“Kau tahu ibu Asyraf tu gila?. Kau tahu keluarga mereka tu bawa sial. Kau nak masuk ke keluarga sial begitu?”. Soal Long Ani bertalu-talu bila anaknya hanya mendiamkan diri tidak menjawab soalannya. Cempaka menghela nafas berat mendengar sumpahan ibunya kepada keluarga Asyraf. Tidak terhitung sudah berapa kali ibunya mengingatkan kepadanya mengenai ibu Asyraf yang dikatakan bawa sial itu.

Dia mengelengkan kepalanya perlahan menjawab soalan ibunya. Tidak pasti sama ada ibunya melihat atau tidak. Gelengan kepala yang tidak membawa sebarang maksud. Hanya untuk memuaskan hati ibunya. Kalau dia melawan? . Apa sengaja cari pasal lagi untuk dipukul. Tangan dan belakangnya yang masih berbirat merah kesan libasan tengah hari tadi saja masih ada.

“Aku tak suka kau berkawan dengan dia”. Long Ani menambah lagi. Suaranya sedikit mengendur.

Cempaka mengangguk. Asyraf sajakah?. Tidak. Semua orang dikampung itu tidak dibenarkan ramah atau berkawan rapat dengannya. Jika ada yang datang kerumahnya untuk bertemu dengannya ibu naik hantu. Ibu jadi gila. Ibu sanggup tidak tidur malam mengambil upah menjahit baju. Ibu sanggup bangun dikala semua orang lain diulit mimpi untuk jualan nasi lemak demi mengumpul wang untuk menghantarnya keluar dari kampung. Atau sebenarnya lebih tepat lagi demi memastikan yang dia tidak perlu jejakkan kaki dirumah itu.

Jika orang lain selalu meminta anak mereka yang bekerja diluar bandar pulang kerana rindu tapi lain pula baginya. Ibunya sanggup membanting tulang mencari wang lebih demi memastikan yang dia sentiasa cukup hidup di bandar dan tidak perlu pulang ke kampung. Pernah sekali dia menghulurkan wang dari gajinya tetapi ibunya menepis duit yang dihulurkannya. Pedih hatinya tak terkata bila diperlakukan begitu. Awalnya disangkakan ibunya marah kerana jumlah yang dihulur tidak mencukupi. Rupanya ibu naik angin dek kerana kepulangannya secara tiba-tiba pada hari itu. Dia tidak mengerti akan sikap ibunya dan mungkin tidak akan pernah dapat memahami.

Ya. Itulah ibu. Pernah saja dia hampir naik gila bila memikirkan apa yang bermain di kepala ibunya. Emosi ibu mula tidak keruan setiap kali dia mengambil cuti bekerja dan memaklumkan hendak pulang ke kampung. Seolah-olah kehadirannya kerumah itu bagaikan malapetaka buat ibunya. Lagi sehari cutinya masih berbaki. Tapi hari-hari yang mendatang terlalu sulit buatnya. Kalau diikutkan hatinya dia sudah tidak lagi mahu menjejakkan kaki ke rumah itu. Tapi bila difikirkan tiada tempat lain hendak dia meluahkan perasaan dan berkongsi sayang dia memberanikan diri untuk pulang dengan harapan ibunya berubah. Dan setiap kali itu jugalah harapan itu punah.

“Esok kemaskan barang kau. Aku sudah maklumkan kepada Wak Jeman untuk hantarkan kau ke stesen bas”. Tutur Long Ani.

“Baik ibu”. Ringkas dan pendek jawapan Cempaka. Bukan dia tidak punya kenderaan sendiri tapi dia lebih memilih untuk tidak membeli. Pernah sekali dia menyatakan hasrat untuk memiliki sebuah kereta tapi ditentang hebat oleh ibunya. Sudahnya dia malas hendak ambil pusing. Ibunya lebih rela membiarkan anak gadisnya itu bersusah payah menaiki bas selama berjam-jam daripada punyai kenderaan sendiri.

Long Ani menghulurkan sampul surat yang kelihatannya dari luar agak tebal isinya. Cempaka mengambil tanpa banyak soal. Dia menghela nafas berat. Gajinya bukannya tidak cukup untuk menampung kehidupannya di bandar tapi wang yang diberikan oleh ibunya itu sebagai tanda yang dia tidak perlu bersusah payah pulang ke kampung.

“Jangan kau lupa untuk bayar sewa rumah. Lebihan dari itu untuk kau belanja. Nanti hujung bulan ibu kirim lagi duit”. Seraya dengan itu Long Ani bangun dari duduknya berjalan ke bilik tidurnya. Cempaka melihat sampul berisi wang yang diberikan ibunya dengan mata yang sedikit bergenang. Ditahan nafasnya sekuat mungkin agar air matanya tidak jatuh. Pedih dan perit diperlakukan begitu oleh ibu sendiri. Satu perasaan yang dia tidak dapat ungkapkan dengan kata-kata.

Haiii pembaca!. Minta sokong and support novel yang ditulis yaaa. Saya sangat mengalukan cadangan penambahbaikan dan sebagainya!. Terima kasih kerana membaca!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience