Arta duduk diatas bangku panjang yang diperbuat daripada kayu jati. Jaket hitam yang dipakainya dizip hingga ke leher. Angin sejuk malam mencengkam hingga ke tulang belulangnya. Sesekali dia melihat ke kiri dan kanannya mencari susuk tubuh yang menghubunginya meminta untuk berjumpa secara rahsia. Dia tidak pasti siapakah entiti terbabit tapi tekaannya hanya dua sama ada insider informer atau pun Thamin sendiri. Awan gelap berarak memenuhi dada langit yang gelap dan disimbahi oleh samar cahaya bulan. Angin sejuk yang bertiup kuat umpama memberi tanda yang hujan semakin hampir.
“Arta Erza”. Panggil satu suara garau dari arah belakangnya. Arta pantas bangun memandang kearah belakangnya.
“Razak Ibrahim?!”. Arta bungkam. Tidak menyangka lelaki itu yang datang menemuinya pada malam itu. Lelaki yang dia sangkakan sudah mati ditelan bumi sejak kematian Madam Jane kerana lansung tidak pernah memunculkan diri sejak dari kejadiaan itu.
Razak tersenyum nipis sebaik saja wajah Arta menyapanya. Dia mengambil tempat duduk disebelah Arta sebelum menyuruh lelaki itu kembali mengambil tempat disebelahnya.
“Susah bukan?”. Soalnya setelah lama mendiamkan diri. Arta mengalihkan pandangannya kearah Razak. Tidak mengerti dengan soalan lelaki itu.
“Bekerja dengan agensi”. Jawabnya. Arta tidak menjawab pertanyaan dari lelak itu. Tidak mahu menjawab. Tidak mahu jatuh kedalam perangkap permainan kata Razak Ibrahim.
Razak tergelak halus. Dia tahu benar sikap Arta. Banyak dia dengar dari Jane mengenai Arta. Cukup banyak.
“Apa pendapat kamu mengenai agensi Arta?”. Soal Razak lagi.
Arta masih mendiamkan diri. Bukan tidak mahu menjawab soalan lelaki itu tapi adakah jawapannya akan memberi sebarang makna. Jawapannya akan tinggal menjadi satu perbualan kosong antara dia dan Razak Ibrahim pada malam ini. Mungkin Razak ingin membaca isi hatinya adakah dia masih setia pada agensi atau tidak selepas kejadian Madam Jane membuangnya. Arta memandang kearah kanannya. Razak masih memandangnya. Menanti jawapan keluar dari mulutnya. Arta mengalihkan kembali pandangannya. Menarik nafas dalam sebelum menghembusnya perlahan.
Razak inginkan kebenaran dari hatinya?. Bersediakah lelaki itu mendengarnya. Cemuhan dan makian yang akan keluar dari mulutnya. Agensi bukanlah satu masalah baginya. Tapi Madam Jane dan Razak Ibrahim sendiri adalah punca bagi segalanya. Menubuhkan satu agensi rahsia demi mengaut keuntungan. Kegagalan mereka berdua dalam memimpin adalah punca kepada perpecahan dua kuasa antara Yesa dan Thamin. Mengunakan hampir kesemua anak yatim yang dijaga melalui organisasi Kampung Bidadari untuk bekerja dengan agensi.
Tidak cukup dengan itu demi mengukuhkan lagi kekuatan agensi mereka mencipta separate group of entity yang dinamakan agen Elit untuk kegunaan agensi. Memberikan kuasa kepada the founder dan VVIP yang sentiasa memberi dana untuk meneruskan agensi milik Madam Jane dan Razak Ibrahim hinggakan mereka sendiri mula hilang kuasa terhadap agensi atau dalam kata lain mereka pula yang berada di bawah tapak kaki the founder sedangkan agensi sendiri ditubuhkan oleh Madam Jane dan juga Razak Iberahim. Jika Razak bertanyakan kepadanya apakah pandangnya mengenai agensi. Jujurnya jawapannya hanya satu. “Ianya adalah sesuatu yang tidak patut wujud in the first place”.
Cukuplah Madam Jane mengunakan alasan memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan dan memberi peluang kepada mereka yang ingin mencari kebenaran dan keadilan melalui cara tersendiri. That’s not the point. Itu adalah hanya penipuan. Mungkin sebelum ini dia gagal untuk benar-benar memahami. Tapi sekarang tidak lagi. Segala kata yang keluar dari mulut Yesa, Thamin mahupun Razak Ibrahim sendiri adalah satu penafian agar apa yang mereka lakukan seperti kelihatan revelen dan benar sedangkan ianya hanyalah satu ketamakan dan kegilaan.
Soalan dari Razak Iberahim itu lansung tidak memberi sebarang makna baginya. Dia punya satu soalan yang lagi besar ingin ditanya kepada lelaki itu. Kemana Razak Ibrahim menghilangkan diri sejak kematian Madam Jane hinggakan Yesa dan Thamin yang mengambil alih kuasa pimpinan agensi. Kemana lelaki itu menghilang ketika the founder mula campur tangan dan memainkan peranan mencetuskan perbalahan dengan menekan Thamin dan juga Yesa untuk mencari pucuk pimpinan baru. Sedangkan segalanya akan selesai jika Razak Iberahim mengunakan kuasa vetonya sebagai pengasas agensi dan berkeras untuk mengantikan Madam Jane. Tapi kenapa tidak?. Kenapa Razak membiarkan. Tindakan seorang pengecut.
Razak tergelak halus sebelum dia meraup wajahnya. Arta memang tidak akan menjawab soalannya.
“Now I see apa yang Jane selalu cakapkan pasal kamu Arta”. Tuturnya. Bibirnya masih tidak lekang dengan senyuman. “Ask me anything Arta. Apa saja. I will answer”. Razak memberi peluang kepada Arta untuk bertanya. Razak mengaku yang dia tersilap langkah memulakan perbualan dengan Arta dengan cara bertanya pelbagai soalan. Seharusnya dia yang membuka peluang kepada Arta untuk bertanya dan bukan dirinya yang mahukan jawapan keluar dari mulut Arta.
“Why now?”. Soal Arta. Keningnya bertaut. Jujur dia mahukan jawapan dari Razak Ibrahim. Kenapa baru ketika itu lelaki itu muncul.
Razak mendengus perlahan. “Courage”. Jawabnya. Dia berjeda seketika sebelum menyambung. “I don’t have it”. Tambahnya lagi. Hujung bibir Arta terangkat sedikit. Tersenyum sinis. Setelah apa yang Razak dan Madam Jane lakukan dan kini lelaki dihadapannya itu berani memberi alasan yang dia tidak punya keberanian untuk lakukannya. Apakah Razak tidak sedar disebabkan alasan bodoh itu perkara buruk akan berlaku.
“Disebabkan alasan itu banyak perkara..”. Katanya terhenti bila Razak memintas.
“Yesa cuba tangkap Thamin?”. Soalnya memintas. “Yes. I know”. Jawabnya perlahan. Arta mengetap giginya. Razak memang mengikut jejak mereka dalam diam.
“Arta..”. Panggilnya perlahan. “Things about being leader is choice that you have is not always Yes or No”. Dia menarik nafas dalam. “Try be in our position Arta”. Tuturnya lagi.
“Agency need Thamin for Kampung Bidadari and agency need Yesa for his skill of leadership and credebility. I cannot say no to Thamin and yes to Yesa and either way”.
Arta mendengus kuat. Kini Razak ingin mempertahankan tindakkannya dengan membiarkan Yesa dan Thamin bergaduh berebutkan pimpinan agensi.
“The moment you choose sided.It will be a time when tyranny will take over. The weak will getting weaker and the strong will getting stronger”
“The only way is let them be. Let them choose what will be. And you reap the result at the end. Keep them in check”.
Arta memandang wajah Razak yang sedang termenung jauh. Maksudnya memang Razak sengaja membiarkan Yesa dan Thamin berebutkan kuasa. Dia mahu Yesa dan Thamin berlawan tanpa perlu mengotori tangannya sendiri. Tanpa perlu membuatkan dirinya di dalam posisi yang sukar. Tanpa menghancurkan kredibilitinya dengan tidak memilih mana-mana pihak. Adakah Razak Ibrahim mempunyai perancangan untuk menghapuskan Yesa dan juga Thamin?. Keningnya terangkat.
Dia yakin yang Thamin dan Yesa akan bermati-matian berlawan demi memimpin agensi. Adakah Razak memilih untuk menunggu dan melihat kerana dia yakin yang Thamin mahupun Yesa tidak akan berjaya mendapatkan apa yang mereka inginkan dek kerana ketamakkan itu akan menghancurkan mereka berdua. Adakah Razak punya keinginan untuk menjatuhkan agensi dengan mengunakan Thamin dan Yesa sebagai alasan? Jika benar begitu malah the founder juga tidak mampu untuk berkata apa-apa dek kerana punca pergaduhan itu sendiri datangnya dari mereka juga.
Razak membalas pandangan Arta yang sedang memandangnya dengan riak wajah keliru dan terkejut. Dia mengangguk perlahan seolah mengiakan apa yang sedang bermain difikiran lelaki itu sebelum bangun berdiri dihadapannya.
“Checkmate”. Tuturnya sebelum berlalu pergi meninggalkan Arta yang bungkam dan mati kata.
Share this novel