BAB 14

Crime Completed 2168

1 April 2020 – Dua bulan sebelum; Agensi ; 3.00 petang

Bilik situasi agak kelam kabut pada pagi satu april itu. Madam Jane bergegas ke bilik situasi ditemani oleh Yesa dan beberapa orang kanannya. Mereka dimaklumkan projek sulit yang sudah hampir enam bulan dikendalikan secara sulit telah terbongkar. Pagi itu Paswi yang bertindak sebagai insider informer telah memberikan maklumat bahawa rancangan mereka selama ini telah pun dihidu dan diketahui oleh target mereka yang dinamakan sebagai “Hitam”.

Satu projek mega yang mana agensi dibayar secara sulit dan imbuhannya hanya Madam Jane seorang sahaja yang tahu. Melihatkan ketegaran Madam Jane dalam mengikuti kes tersebut secara konsisten membuatkan Yesa percaya bayarannya bukanlah calang-calang. Malah projek sulit tersebut juga diberikan nama “Sarah Jane” iaitu nama Madam Jane sendiri. Dikendalikan oleh dua agen Elit
agensi iaitu Arta dan Raisa.

“Jane. I rasa kita patut maklumkan pada Arta dan Raisa”. Tutur Thamin menyusulkan idea. Tapi ideanya itu disambut oleh kesunyian. Madam Jane hanya mendiamkan diri.

“Arta dan Raisa. Kita perlu maklumkan mereka”. Tutur Yesa cuba memujuk. Madam Jane memandangnya sebelum mengelengkan kepalanya.

“Kita dah terlalu hampir Yesa!. I tak boleh sia-sia kan projek undercover selama enam bulan ini”. Madam Jane membalas. Dia tahu yang apa yang dia sedangkan lakukan sekarang punya risiko yang terlalu tinggi tapi dia tidak mampu untuk menanggung kerugian sebesar itu dengan memulakan segalanya dari awal.

“I think this is madness”. Tutur Thamin setelah menarik nafas dalam. Kening Madam Jane terangkat tidak mengerti. Yesa juga begitu.

“Arta is coming to agency with our client target. Hitam”. Thamin memaklumkan. Madam Jane menarik nafas dalam.

“Tolong Yesa. Kita hanya perlu pastikan Hitam selamat berada dibawah jagaan kita sampai kita dapat arahan seterusnya dari klien”. Tutur Madam Jane. Yesa mengangguk mengerti.

“Murah sangatkah nyawa pada mata agensi?”. Soal Arta yang tiba-tiba muncul di pintu bilik. Masing-masing memandang kearah Arta yang sedang berdiri bersama seorang lelaki yang bertubuh agak gempal. Soalan yang sebenarnya ditujukan kepada Madam Jane mempersoalkan tindakan wanita itu yang tidak memaklumkan kepada mereka tentang perkara sebenar walaupun Paswi sudah maklumkan dari awal. Baginya Madam Jane sudah mengkhianatinya dan Raisa. Jika tersilap langkah nyawanya dan Raisa boleh melayang begitu saja. Dia yang mengikut segala arahan dari pihak agensi. Malah segala arahan dari Madam Jane tidak pernah dia ingkari. Tapi bila dia dan Raisa dalam bahaya, agensi membelakangi mereka berdua. Ketika dia dan Raisa dalam bahaya meneruskan projek sulit mereka Madam Jane boleh memilih untuk membiarkan semata-mata agar projeknya sulitnya itu berjaya dilaksanakan tanpa cela.

Madam Jane menarik nafas dalam. Dia tahu yang Arta sedang marah dengannya. “Kamu perlu tahu Arta yang nyawa kamu adalah milik agensi dan itu adalah tujuan kamu di agensi ini”. Tutur Madam Jane tenang. Dia sebolehnya cuba mengawal riak wajahnya. Dia tahu yang kali ini dia tersilap langkah. Tapi perjanjianya dengan klien tidak boleh dilanggar begitu saja. Enam bulan sudah dia berusaha untuk kes ini dan dia tidak mahu mengalah disaat akhir.

Arta tergelak sinis. Ya!. Memang nyawanya terletak dibawah tapak kaki agensi. Dia tidak menidakkan itu. Tapi setelah dia berkhidmat separuh mati tidak kah Madam Jane paling tidak cuba untuk melindunginya.

Tapi punca kepada perasaan marahnya yang membuak pada ketika itu adalah bila Raisa yang hampir saja kehilangan nyawa jika tidak kerana dia ada untuk melindungi. Murah sangatkah nyawa bagi mereka?. Arta mempersoalkan dirinya sendiri.

“Tujuan kamu di agensi adalah untuk berkhidmat penuh setia dan kamu Arta Erza tidak boleh mempersoalkan sebarang sebab dan kesan jika ianya demi kepentingan agensi!. Kamu hanya perlu pastikan segala kes yang klient kita pinta berjaya dilaksanakan tanpa cela”. Madam Jane masih lagi tetap dengan keputusannya dan mempertahankan tindakan yang dia pilih pada hari itu.

Arta tidak menjawab. Tiada reaksi. Masih sama saja lagaknya. Madam Jane tidak dapat membaca apa yang sedang bermain di fikiran lelaki itu. Yesa dan Thamin hanya jadi pemerhati. Tidak mahu masuk campur.

“Arta..”. Belum sempat Madam Jane menghabiskan ayatnya bunyi satu das tembakan mengejutkan kesemua yang berada disitu. Satu das tembakan dilepaskan oleh Arta tepat mengenai sasarannya. Lelaki yang baru saja dibawa olehnya sebentar tadi. Target utama dalam projek yang dikendalikan. Tembakan yang tepat mengenai kepala lelaki itu membuatkan percikan darah umpama cat yang disimbah mengenai muka mereka yang berada disitu.

Masing- masing menjerit ketakutan dek kerana terkejut dan perasaan ngeri. Madam Jane yang hampir terjatuh tapi sempat disambut oleh Yesa memandang sekujur tubuh yang sudah pun terbaring kaku di atas lantai dengan darah mengalir membasahi lantai membentuk kolam darah. Masing-masing sudah pun berlari keluar dari bilik tersebut menyelamatkan diri. Manakala Arta masih berdiri dihadapan Madam Jane dan Yesa.

Thamin yang berdiri tidak jauh dari situ juga kaku tergamam dengan tindakan Arta. Madam Jane menahan tubuhnya yang mengigil bagaikan hendak gila pada waktu itu. Mengigil dek kerana perasan marah bercampur gerun dengan tindakkan Arta. Yesa memegang bahu Madam Jane kejap. Cuba menenangkannya. Dia sendiri terkejut dengan tindakan Arta.

“Arta Erza melaporkan diri semula ke agensi sebagai agen Elit dan projek sulit Sarah Jane telah berjaya dilaksanakan”. Tutur Arta tanpa riak sebelum meletakkan pistol yang dipegangnya tadi di atas meja bersebelahan Madam Jane. Rahang Madam Jane bergerak-gerak menahan amarahnya yang membuak-buak bagaikan hendak gila. Dia cuba menenangkan dirinya. Tapi dia kalah dengan perasaanya.

“Arta Erza!. Mulai dari sekarang kamu digantung dari sebarang kerja lapangan dan maklumat rahsia agensi. You’re not entitle to request for any plead and ini adalah keputusan mutlak”. Jerit Madam Jane mengigil menahan amarah. Matanya memerah menikam wajah Arta yang memandangnya tanpa perasaan. Arta tidak terkesan. Masih bersahaja. Mukanya penuh kebencian dan atas sebab itu akhirnya Arta digantung dari kerja lapangan. Setiap langkah kakinya sentiasa diekori oleh agen agensi hinggalah beberapa minggu selepas kejadian itu. Bila pihak the founder masuk campur dan keadaan semakin tegang. Madam Jane membuat keputusan untuk meletakkan Arta di bahagian dokumentasi. Jadi apa yang dikatakan oleh Arta tadi adalah ayat sindiran untuknya. Seorang lelaki yang berkebolehan telah disumbat dan diarahkan untuk melakukan kerja kerani dan bukannya kerja di lapangan. Ternyata Arta masih terasa pahit dengan kejadian itu.

Malah ada juga yang mempersoalkan jika Arta tidak digantung dari kerja lapangan mungkin Madam Jane tidak akan mati. Mungkin segala yang terjadi dapat dihalang. Tapi dia tidak berfikir begitu, dia ada rasa sangsi dengan Arta sejak kes itu. Mungkinkah Arta sanggup lindungi Madam Jane jika dia masih di lapangan?. Dia sendiri tidak dapat menjawab soalan itu. Separuh hatinya mengatakan yang Arta mungkin sudah tidak punya hati dengan agensi dan Madam Jane. Tapi dari sisi lain dia merasakan yang Arta akan melakukan apa yang patut tanpa melibatkan perasaan personalnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience