BAB 22

Romance Completed 119020

Rayyan menggeliat tidak selesa apabila bunyi seperti seseorang menangis mengganggu lenanya. Semakin dia cuba tidak mendengar tangisan itu, semakin jelas di pendengarannya. Rayyan mula mendengus marah.

"Anak Senah mana pula menangis di tengah-tengah malam ni!" Marah Rayyan di dalam hati.

Rayyan terus menutup telinganya dengan bantal. Dia berharap tangisan itu hilang. Dia mahu tidur. Akhirnya Rayyan terpaksa bangun. Dia tidak boleh tidur. Tangisan itu seolah menyuruhnya bangun.

"Erin?" Rayyan membuat wajah tidak percaya apabila melihat tangisan tadi adalah milik Erin. Rayyan menggosok mata tidak percaya.

"Erin! Awak dah kenapa menangis awal pagi macam ni?" Tanya Rayyan tidak puas hati. Fikirnya anak Senah mana menangis tadi, rupanya isteri sendiri. Hampeh!

Erin diam tidak menjawab. Esakan kecil terus kedengaran. Erin menarik selimut menutupi tubuhnya. Dia hanya duduk memeluk lutut.

"Perut awak masih sakit?" Tanya Rayyan lagi apabila Erin tidak menjawab. Kali ini Erin mengangguk beberapa kali.

"Habistu kenapa tak cakap? Perlu ke menangis seolah budak kecil yang inginkan susu waktu-waktu macam ni?" Rayyan masih tidak berpuas hati kerana tidurnya terganggu disebabkan masalah Erin. Jam baru ingin mengijak pukul lima pagi.

"Penat saya bercakap, dah seperti bercakap dengan tunggul. Awak baring biar saya letakkan ubat." Arah Rayyan. Dia terus bergerak turun dari katil untuk mengambil ubat.

Rayyan kembali ke katil dengan sebotol minyak angin di tangan. Dia terus menarik selimut yang membaluti tubuh Erin tetapi Erin memegang erat selimut itu supaya tidak terlepas dari tubuhnya. Rayyan menjungkit kening.

"Buka selimut ni Erin! Macam mana nak sapukan ubat kalau awak berbungkus dalam selimut macam ni?" Titik kesabaran Rayyan mula tergugat. Sekali lagi Rayyan menarik selimut itu tetapi di bantah oleh Erin. Erin menggelengkan kepalanya.

"Apa masalah awak ni Erin? Apa yang ada bawah selimut tu sehingga awak tak nak buka? Boleh tak awak jangan berperangai seperti budak-budak? Saya tak ada masa nak layan. Saya penat saya nak rehat. Esok saya perlu ke pejabat pula!" Marah Rayyan. Kesabarannya semakin tipis.

"Saya nak mama..." Kata Erin perlahan. Dia kembali ingin menangis.

"Awak bangun pukul 5 pagi semata-mata cari mama awak? Awak dah kenapa Erin?!" Suara Rayyan naik seoktaf membuatkan bahu Erin terhinjut terkejut.

Tangisan Erin terus pecah. Semakin erat Erin memeluk tubuhnya dengan selimut. Rayyan mengeluh kesal. Dia menghulurkan tangan untuk menarik selimut tetapi Erin lebih pantas menepis. Tubuhnya digerakkan menjauh dari Rayyan.

Rayyan menarik nafas dalam. Rayyan pantas memegang tangan Erin yang sedang menggenggam selimut. Setelah itu dia menarik selimut yang membaluti tubuh Erin sehingga ke hujung kaki tanpa sempat Erin menghalang. Seketika Rayyan terpaku melihat cadar katilnya yang sudah kotor.

"Awak period?" Tanya Rayyan. Matanya tepat memandang wajah Erin. Erin mengigit bibir. Kepalanya dianggukan.

"Dah tu kenapa awak tak cakap dari awal? Kenapa awak tak bangun tukar pakaian awak? Perlu ke menangis macam ni?" Rayyan melemahkan tubuhnya. Punggungnya dirapatkan ke atas permukaan katil.

"Saya malu dan saya rasa bersalah sebab dah kotorkan cadar awak..." Balas Erin. Rayyan meraup rambutnya ke belakang.

"Saya minta maaf. Saya janji saya bersihkan cadar awak nanti." Serak suara Erin bersuara kerana menangis.

"Dah tak payah nak menangis. Saya nak awak bangun pergi tukar pakaian awak sekarang! Saya akan tukar cadar katil ni!" Arah Rayyan. Pening kepalanya. Menangis hanya datang bulan?

"Awak tunggu apa lagi? Pergi la sekarang!"

Perlahan Erin bergerak turun dari katil. Dia terus ke beg bajunya terlebih dahulu untuk mengambil baju ganti. Setelah itu dia terus menghilang ke dalam bilik air. Rayyan pula bergerak menukar cadar katilnya yang telah kotor.

*
* *
* *

Sebaik sahaja keluar dari bilik air, Erin melihat Rayyan sudah pun duduk bersila di atas katil menghadap ke arahnya yang berdiri di depan pintu bilik air. Rayyan pula menepuk-nepuk ruang katil yang kosong di depannya. Erin hanya menurut. Perlahan melangkah mendekati katil.

Jika tadi dia sedih dan takut dimarahi kerana telah mengotorkan cadar Rayyan, kini dia malu. Malu kerana membuat masalah seawal pagi. Seketika Erin berasa ingin menghilang. Tidak dapat menghilang di muka bumi, hilang dari pandangan Rayyan pun sudah cukup.

"Baring!" Arah Rayyan lembut. Sekali lagi Erin menurut. Tubuhnya dibaringkan sebelum Rayyan menarik selimut sehingga ke paras peha.

"Saya letak minyak angin ok?" Kata Rayyan. Erin mengangguk. Rayyan pula tersenyum tipis apabila tiada bantahan dan Erin menurut setiap arahannya.

Perlahan Rayyan menyelak baju tidur Erin sehingga menampakkan perut Erin. Rayyan menuangkan minyak angin di tapak tangannya lalu diratakan dahulu dengan kedua permukaan tapak tangannya sebelum di sapu pada perut Erin. Erin memejamkan matanya apabila terasa kulit tangan Rayyan bergerak di perutnya.

"Biasanya kalau awak period pain, awak buat macam mana untuk hilangkan sakit tu?" Tanya Rayyan sambil tangan terus mengusap perut Erin.

"Tak buat apa sebab biasanya saya akan sakit perut pada hari pertama sehingga hari kedua sahaja. Lepastu mesti ok." Jawab Erin. Wajahnya berasa panas.

Setelah selesai meratakan ubat di perut Erin, Rayyan kembali menarik baju tidur Erin sehingga tidak menampakkan lagi perut Erin. Rayyan meletakkan minyak angin di atas meja lampu sisi katil sebelum tubuhnya di baringkan sebelah Erin.

"Tidurlah. Saya nak rehat kejap sebelum subuh masuk." Kata Rayyan perlahan.

"Terima kasih dan maaf sebab dah hancurkan tidur lena awak malam ni. Saya janji malam esok saya tidur atas sofa saja." Balas Erin.

"Betul ni?" Duga Rayyan pula.

Erin mencemberutkan wajahnya. Bibirnya dicebik tetapi kepala tetap mengangguk beberapa kali. Rayyan sembunyi senyum melihat telatah Erin itu. Tengoklah pipi Erin yang jelas kemerahan-merahan itu. Rayyan rasa seperti ingin sahaja dia gigit.

"Hurmm cengeng!" Kutuk Rayyan.

Rayyan pantas menarik rapat tubuh Erin ke dalam pelukannya. Rambut lebat Erin dielus lembut. Erin pula tersenyum dengan layanan lembut Rayyan. Pelukan hangat Rayyan itu dibalas oleh Erin. Dia berasa selesa berada serapat itu dengan Rayyan. Akhirnya Erin kembali terlelap.

*
* *
* *

Setelah selesai menunaikan solat subuh, Rayyan terlebih dahulu keluar dari bilik meninggalkan Erin yang masih berbungkus dalam selimut. Tidak pasti Erin masih tidur atau hanya buat-buat tidur.

"Good morning. Awalnya Ayyan keluar?" Rayyan terkejut dengan teguran itu. Dia hampir lupa bahawa mummynya ada di rumahnya.

"Good morning mummy. Ayyan fikir nak turun ambilkan air suam untuk Erin." Jawab Rayyan bersama senyuman.

"Kenapa? Menantu mummy tak sihat ke?"

"Menantu mummy period. Perutnya sakit."

"Teruk ke?"

"Tak. Erin cakap biasanya pada hari pertama hingga kedua sahaja dia akan sakit perut, selepas itu ok la."

"Yelah. Kalau macam tu jom la turun. Alang-alang tu mummy boleh tolong buatkan sarapan sekali."

Rayyan hanya mengangguk. Dia terus memimpin tangan mummynya menuruni satu persatu anak tangga.

"Tak ada rezeki lagi la nampaknya..." Kata Puan Rodziah sambil melirik ke arah Rayyan di sebelah.

"Rezeki apa yang tak ada mummy?" Tanya Rayyan tidak faham. Dia menjungkit kening.

"Ishh! Nak merasa ada cucu la. Erin period bermakna Erin masih tidak ada isi." Jawab Puan Rodziah geram.

Rayyan tersentak apabila mummynya tiba-tiba menyebut soal cucu. Bagaimana ingin memberi mummynya cucu jika antara dia dan Erin tidak pernah terjadi apa-apa? Akhirnya Rayyan memilih untuk diam.

Rayyan kembali semula ke bilik bersama secawan air suam di tangan. Dia melangkah masuk ke dalam bilik dan melihat Erin yang masih berbungkus dalam selimut. Rayyan terus merapati katil di mana Erin sedang berbaring.

"Awak tidur atau awak hanya buat-buat tidur Erin?" Tanya Rayyan. Tidak mungkin Erin tidur waktu seperti itu kerana biasanya Erin akan berada di dapur sekarang.

"Bangun Erin. Minum air suam ni dulu!" Arah Rayyan. Dia tahu Erin tidak tidur apabila selimut itu bergerak.

"Tak nak!" Tolak Erin.

"Tak nak apa?" Tanya Rayyan semula.

"Tak nak apa-apa." Rayyan menggeleng. Geram dia dengan kedegilan Erin.

"Awak nak bangun minum sendiri atau saya paksa awak Erin?!" Rayyan mengukir senyuman jahat. Cepat-cepat Erin keluar dari selimut tetapi dia langsung tidak memandang Rayyan.

"Good. Nah minum."

Erin mencebik. Perlahan dia bangkit dari pembaringan lalu menyambut huluran gelas daripada Rayyan. Cukup tiga teguk, Erin memulangkan gelas itu kepada Rayyan.

"Awak tak nak ke pejabat ke?" Tanya Erin sambil melirik ke arah Rayyan yang santai mengenakan baju t-shirt.

"Pergi tapi lewat sikit. Saya turun bawah dulu."

Erin hanya mengangguk. Rayyan terus beredar dari situ meninggalkan Erin dari situ. Sempat Rayyan mengukir senyuman mengejek sebelum menutup pintu bilik. Erin menjerit perlahan. Sungguh dia mahu menghilang. Dia betul-betul malu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience