BAB 38

Romance Completed 119020

Malam itu, sekali lagi Rayyan pulang awal. Tepat pukul 8 malam, Rayyan sudah tercegat di rumah. Rayyan melangkah masuk ke dalam rumah dan melihat Erin duduk bersila di atas sofa sambil menghadap tv. Langsung tidak sedar dengan kepulangannya.

Dengan berhati-hati, Rayyan berjalan mendekati Erin. Rayyan tersenyum melihat Erin yang begitu fokus melihat berita. Dengan kejutan, Rayyan mengucup leher Erin sehingga Erin menjerit terkejut. Sontak Erin meloncat turun dari sofa.

"Rayyan Qhai!" Jerit Erin marah. Dia memandang wajah Rayyan yang tersenyum tanpa rasa bersalah itu.

"Awak ni kan! Selalu jer terkejutkan saya. Cuba la bagi salam dulu bila masuk tu!" Erin membebel tidak puas hati.

"Awak tu yang salah. Fokus sangat pada tv sampai tak sedar saya masuk. Tu nasib baik saya yang masuk tau. Macam mana kalau perompak yang masuk? Dah la pintu depan tu tak kunci." Balas Rayyan tidak kalah mahu membebel.

Erin mendengus marah. Dengan kasar dia kembali duduk di atas sofa. Tangannya naik memeluk tubuh. Wajahnya di masamkan dan mata kembali fokus pada tv.

"Awal awak balik malam ni? Tak jumpa kawan ke?" Tanya Erin.

"Kawan saya sibuk. Lagi pun buat apa jumpa dia hari-hari?" Rayyan pelik dengan soalan Erin.

"Saya nak naik mandi dulu sambil tunggu masuk waktu isyak. Nanti awak ke atas tau? Kita solat sama-sama." Kata Rayyan. Nampaknya ribut yang melanda Erin masih tidak berhenti.

"Ok." Balas Erin pendek.

Rayyan mengusap lembut kepala Erin sebelum terus menuju ke atas. Erin memejamkan matanya rapat merasakan usapan itu. Seketika dia berasa senang dengan layanan itu.

Erin kembali merenung tv tetapi kali ini dia tidak dapat fokus dengan apa yang dia lihat dan dengar. Otaknya lebih memikirkan hala tuju hubungan dia dan Rayyan. Hari itu dia tidak ada menerima gambar Rayyan dengan seorang perempuan. Mungkin Rayyan tidak keluar dengan perempuan tersebut hari itu.

Erin keliru. Dia tidak tahu keputusan apa yang patut dia lakukan. Berpisah? Bolehkah dia lakukan semua itu? Apa pandangan orang tua Rayyan kepadanya nanti jika dia yang membuka langkah untuk berpisah? Dia juga sudah terlanjur mencintai Rayyan. Untuk bertahan juga susah. Dia bimbang jika dia akan kalah dengan perempuan yang bersama Rayyan di dalam gambar itu.

Selepas siap menunaikan solat isyak berjemaah, Erin kembali turun ke bawah untuk menonton tv. Dia tidak keseorangan, Rayyan turut menemaninya turun ke bawah. Entah apa yang merasuk lelaki itu berkelakuan seolah suami mithali.

Lama Rayyan duduk sehingga dia mula menggeliat lenguh. Rancangan di tv juga sudah mula terasa bosan. Rayyan melirik ke arah Erin di sebelah. Kepala isterinya itu sudah elok terlentok di bahunya. Tidak semena-mena bibir Rayyan merekah dengan senyuman.

"Dah mengantuk hurmm?" Tanya Rayyan apabila melihat mata Erin sudah mula kuyu.

Erin hanya mengangguk mengiyakan pertanyaan Rayyan. Rayyan terus mencuit hidung mancung Erin.

"Kalau macam tu jom la naik tidur." Ajak Rayyan.

"Tolong angkatkan. Saya dah malas berjalan." Pinta Erin. Tangannya terus di depakan.

"Awak berat la. Jalan sendiri." Tolak Rayyan enggan menurut permintaan Erin.

Rayyan terus mematikan tv di depannya sebelum kembali memandang Erin.

"Tolong la..." Rengek Erin. Bibirnya di cebikan.

"Dasar saka!" Kutuk Rayyan.

"Tak baik tau cakap macam tu dekat isteri. Saya bagitahu mummy nanti baru awak tahu."

"Awak ugut saya?"

"Mestilah. Ingat awak jer boleh main ugut-ugut saya?"

"Sini cepat!"

Erin tersenyum kemenangan. Sekali lagi dia mendepakan tangannya. Perlahan Rayyan tunduk. Tangannya melilit kemas tubuh Erin dan Erin terus melilitkan tangannya pada leher Rayyan. Apabila tubuhnya diangkat, kakinya pula naik melilit pinggang Rayyan.

"Awak makan apa kat rumah?"

"Makan semua apa yang ada dalam peti ais tu."

Rayyan menggeleng perlahan. Setelah memastikan semua di tutup, Rayyan berjalan memanjat anak tangga menuju ke atas sambil menahan beban tubuh Erin.

Sebaik sampai di bilik, Rayyan terus memanjat naik ke atas katil. Tubuh Erin dijatuhkan perlahan sebelum dia turut merebahkan badannya menindih tubuh Erin. Sempat Rayyan mengucup leher Erin. Rayyan jatuh cinta pada leher jinjang Erin. Terlihat sangat menggoda.

"Awak jangan la!" Erin menolak wajah Rayyan supaya menjauh.

"Can I taste your lips?" Tanya Rayyan berbisik rapat di telinga Erin.

"Macam mana kalau saya tak nak bagi?" Tanya Erin semula.

"Saya tak nak paksa." Jawab Rayyan. Dia terus merebahkan tubuhnya di sebelah Erin. Erin tersenyum tipis.

"Good night kiss!" Kata Erin lalu terus menyatukan bibirnya dengan bibir Rayyan. Rayyan sedikit terkejut tetapi dia membalas kucupan itu.

"Good night." Bisik Rayyan apabila Erin meleraikan kucupan itu.

Rayyan mematikan semua lampu biliknya. Setelah itu, dia kembali berbaring rapat di sebelah Erin. Tubuh Erin di peluk erat. Rayyan terus memejamkan matanya untuk tidur.

*
* *
* *

Rayyan mengerling ke arah Erin yang dari tadi tidak berhenti tersenyum. Seperti yang di janjikan, hujung minggu itu mereka akan rumah keluarga Erin.

"Tak lenguh ke bibir tu dari tadi asyik tersenyum?" Tanya Rayyan.

"Tak! Tak sabar nak jumpa mama, papa, kakak, Mak Ngah dan Pak Om. Rindu mereka sangat-sangat." Jawab Erin ceria.

"Rasanya baru minggu lepas kita jumpa mereka semua. Apa yang rindunya?" Rayyan mengherotkan bibir menyindir Erin.

"Awak yang sememangnya tak ada perasaan tak akan rasa apa yang saya rasa." Balas Erin. Jelingan tajam dia hadiahkan kepada Rayyan.

"Awak cakap apa Erin? Awak cakap saya tak ada perasaan?" Tanya Rayyan tidak puas hati.

"Betul la kan apa yang saya cakap? Kalau awak tu ada perasaan, awak mesti rasa nak jumpa mummy dan daddy awak setiap hari. Ni tak, berbulan tak jumpa pun tak adanya awak rindukan mereka." Jawab Erin berani.

"Yang awak nampak tak puas hati dengan saya ni kenapa? Saya bukan tak rindukan mereka tetapi saya sibuk."

"Tak ada masanya saya tak puas hati dengan awak. Saya tahu awak sibuk. Sibuk keluar dengan betina lain!" Erin merengus kasar.

"Awak cakap apa tadi Erin?" Rayyan memandang sekilas Erin di sisinya. Pantas Erin mengigit bibir.

"Cuba ulang balik ayat awak yang terakhir." Arah Rayyan.

"Saya tak ada cakap apa pun." Erin terus membuang pandang ke luar cermin kereta.

"Kalau awak tak tahu apa-apa, baik awak diam." Kata Rayyan tegas.

Erin tidak membalas. Dia hanya mendiamkan diri. Sekali lagi dia bersuara, mungkin pergaduhan akan berlaku. Suasana kembali sepi sehingga sampai ke rumah keluarga Erin.

"Awak masuk dulu. Saya nak keluar kejap. Ada urusan." Kata Rayyan dingin tanpa memandang Erin.

"Awak nak pergi mana? Urusan apa? Hari ni kan cuti." Tanya Erin.

"None of your business." Jawab Rayyan ringkas.

"Okay!" Erin tersenyum kelat.

Tanpa bersalam terlebih dahulu dengan Rayyan, Erin terus keluar dari perut kereta. Erin memandang kereta Audi putih milik Rayyan mula bergerak meninggalkannya. Satu keluhan terlepas dari bibir Erin.

"Assalamualaikum." Erin terus memberi salam sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumsalam." Terdengar suara Puan Elisya menjawab salam. Terus merekah senyuman di bibir Erin.

"Mama!" Jerit Erin.

Pantas Erin berlari anak mendapatkan Puan Elisya yang berada di ruang tamu. Sememangnya dia menantikan kepulangan kepulangan anak perempuannya yang satu itu. Awal-awal lagi Erin sudah memberitahunya bahawa mereka akan pulang ke rumah hari itu.

"Rindunya dekat mama." Kata Erin. Erin memeluk erat tubuh Puan Elisya. Puan Elisya turut membalas pelukan anaknya itu.

"Mama pun rindu dekat anak mama ni." Puan Elisya meleraikan pelukan itu. Pipi gebu Erin di usap lembut.

"Rindu mama jer? Papa tak rindu?" Tiba-tiba terdengar suara Tuan Zakri mencelah membuatkan Erin terus berpusing memandang Tuan Zakri.

"Tak! Erin rindu mama jer." Jawab Erin dengan senyuman manis.

"Sampai hati. Merajuk la kalau macam tu." Tuan Zakri terus memasamkan wajahnya. Erin pula ketawa mengekek.

"Mestilah Erin rindukan papa juga! Hari tu Erin balik kejap tapi papa dah ke pejabat." Jawab Erin. Langkah kakinya di bawa mendekati Tuan Zakri. Setelah itu, tangan Tuan Zakri terus di salam.

"Sedih tau papa bila mama cakap Erin balik tapi tak tunggu papa..." Tuan Zakri masih dengan rajuknya.

"Sorry papa. Hari tu Erin balik dengan Rayyan jadi singgah sekejap saja. Rayyan pun nak ke pejabat." Pujuk Erin.

"Hah bila kamu dah sebut pasal Rayyan, mama baru teringat. Kamu balik sendiri jer ke? Tak nampak Rayyan pun?" Tanya Puan Elisya.

"Rayyan keluar dengan kawan kejap. Ada urusan katanya." Jawab Erin.

"Jumpa kawan atau jumpa skandal?" Satu suara lain yang mencelah itu mengalih pandangan mereka. Semua mata terus tertumpu ke arah suara itu. Siapa lagi kalau bukan Esya.

"Tak baik cakap macam tu Esya!" Tegur Tuan Zakri tegas.

"Semua lelaki sama sahaja, tak boleh di percayai..." Kata Esya lagi. Senyuman sinis dia ukirkan untuk Erin sebelum berlalu naik ke atas.

Puan Elisya dan Tuan Zakri menggeleng. Erin pula yang terdiam. Otaknya ligat cuba mencerna kata-kata Esya sebentar tadi. Sepertinya Esya tahu sesuatu.

"Jangan dengar cakap kakak kamu tu. Dia kalau tak menyakitkan hati tak sah." Kata Puan Elisya.

"Tak apa. Erin tak ambil hati pun." Balas Erin lembut.

"Erin dah sarapan?" Tanya Tuan Zakri pula.

"Dah tadi sebelum datang ke sini." Jawab Erin.

"Baguslah kalau macam tu. Nanti kita makan tengahari sama-sama." Kata Puan Elisya gembira. Maklumlah anak menantunya itu sudah la jarang pulang ke rumah.

"Ok mama. Mama papa, Erin nak naik atas kejap. Nanti Erin turun balik."

"Yelah."

Erin tersengih. Dia terus berlalu dari ruang tamu itu berlari naik ke atas. Ada sesuatu yang dia ingin tanya pada kakaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience