BAB 54

Romance Completed 119020

Sebaik memakirkan kereta, laju Rayyan berlari masuk ke dalam KLIA2. Melilau matanya mencari kelibat seseorang dicelah orang ramai. Langkah kakinya langsung tidak berhenti.

Sebaik sahaja nampak orang yang dicarinya, laju Rayyan berlari mendapatkan sosok tubuh yang sedang berdiri sambil menghadap telefon di tangan. Tercungap-cungap Rayyan menyusun nafas.

"Alicia!" Rayyan terus memegang bahu Alicia. Alicia yang ralik dengan telefonnya, terkejut lalu terjerit kecil. Cepat sahaja tangannya menepis tangan yang mendarat di atas bahunya.

"Ya Allah Rayyan! Terkejut I." Alicia menampar kasar lengan Rayyan. Rasanya ingin dia cengkik Rayyan ketika itu. Ingatkan siapa tadi tiba-tiba sahaja memegang bahunya.

"Sorry. I'm sorry. I ingatkan I dah tak sempat jumpa you." Rayyan menggosok lengannya yang terkena tamparan Alicia. Tamparan gadis itu tidak pernah tidak berbisa.

"Kenapa you datang? I cuma inform you sahaja. I tak minta pun you datang." Menggeleng kepala Alicia dengan tindakan Rayyan.

"Yes, memang you tak minta I datang tetapi I datang bukan nak hantar you." Balas Rayyan.

"Habistu, you datang untuk apa?" Tanya Alicia. Sebelah keningnya diangkat.

"Untuk batalkan penerbangan you." Jawab Rayyan. Alicia pula terkejut.

"You gila Rayyan? Kalau you nak bergurau, baik you balik. Pergi tolong mentua you uruskan majlis ipar you tu lagi bagus." Alicia mengetap gigi.

"I tak bergurau Alicia. I betul-betul datang sini sebab nak batalkan penerbangan you. I perlukan pertolongan you." Rayyan memasang wajah serius.

"Pertolongan apa? I dah nak naik kapal terbang dah kejap lagi." Alicia cuba mengumpul rasa sabar dengan kerenah Rayyan.

"Sebab tu I akan batalkan penerbangan you. Please Alicia. Kali ni jer. I betul-betul perlukan pertolongan you sekarang." Alicia mengeluh.

"Pertolongan apa? Bukan ke antara you dan Erin dah selesai? Pertolongan apa lagi yang you perlukan dari I?"

"Sebenarnya I ada rancangkan sesuatu. I perlukan you untuk jayakan rancangan ini." Jelas Rayyan ringkas.

"Tapi, kalau mummy I tahu yang I batalkan penerbangan buat kali kedua, memang hilang kepala I Rayyan." Ingat senang-senang jer nak batalkan penerbangan. Hari itu pun dia sudah dibebel. Nasib baik dia pandai bermain drama. Kononnya masih tidak puas untuk berkepit dengan mummynya.

"Then rahsiakan dari mummy you supaya kepala you tidak terlepas dari leher you." Alicia menjengkilkan matanya mendengar kata-kata Rayyan.

"Mana I nak tinggal nanti? Kalau I balik rumah, memang sah-sah mummy I suruh I tidur depan rumah tu jer." Kata Alicia.

"You tinggal la di hotel. Tak kisah la hotel seribu bintang pun, I janji I akan tanggung. Lagipun hanya untuk sehari. Lepastu I akan hantar you ke Pulau Redang." Jawab Rayyan tenang.

"Pulau Redang? Buat apa kat sana? Dah kenapa pula you nak hantar I ke sana?" Rayyan mengeluh apabila Alicia lambat tangkap.

"Rancangan yang I cakap tu, I akan buat di sana. Bukan you sahaja. Family I dan Erin pun akan ke sana. Cuma kita akan pergi dengan bot yang berbeza. You jangan risau, I dah siapkan semuanya. Cuma I lupa nak bagitahu you. Tak sangka pula you nak naik kapal terbang hari ni." Rayyan tersengih. Alicia pula menjeling tajam.

"Please Alicia. Kali ni jer. Kalau you tak nak tolong I, anggap sahaja you buat ni untuk Erin." Rayu Rayyan. Alicia diam sejenak memikirkan kata-kata Rayyan.

"Okay fine! I batalkan penerbangan I. Tapi kali ni jer. Lepasni I betul-betul perlu ke sana. I tak nak nanti I ditendang keluar dari universiti sebab selalu tunda kehadiran I." Rayyan tersenyum lega.

"I janji kali ni jer. Lepasni, I dan Erin akan sama-sama hantar you. Bukan setakat airport tetapi sampai mendarat di UK."

"Lebih-lebih pula kau!" Alicia menjeling meluat.

"Silakan Alicia. I hantar you ke hotel dulu." Rayyan tersengih tanpa rasa bersalah.

Dengan rasa sebal, Alicia terus mengorak langkah. Ye! Anggap sahaja dia buat semua itu demi Erin walaupun dia tidak tahu apa yang Rayyan rancangkan sebenarnya sehingga meminta pertolongannya.

*
* *
* *

Erin duduk bersandar di kepala katil. Jam di dinding di liriknya. Sudah hampir pukul lapan malam. Rayyan masih belum pulang. Erin mengetap gigi geram. Sudah la dia telefon tidak dapat.

Setelah selesai solat isyak, Erin terus berbaring di katil. Dia tidak mahu menunggu Rayyan lagi. Pandai la Rayyan balik. Dia mengantuk. Dia mahu tidur. Penat seharian melayan tetamu. Baru sahaja matanya ingin dipejam, tiba-tiba telinganya menangkap bunyi pintu bilik di buka.

Erin berbalik menghadap ke muka pintu. Wajahnya serius menatap Rayyan yang tersengih. Sebelah keningnya diangkat melihat sengihan lelaki itu. Nampak bahagia. Entah apa yang membuatkan lelaki itu bahagia.

"Dari mana?" Tanya Erin dingin.

"Abang nak mandi kejap. Nanti abang bagitahu." Jawab Rayyan.

Belum sempat Erin bersuara lagi, berdesup Rayyan berlari masuk ke dalam bilik air. Erin mendengus geram dengan tindakan suaminya itu. Perlahan Erin bangkit lalu bersandar pada kepala katil. Kalau terus berbaring, tidak mustahil dia akan terlelap.

Selesai membersihkan diri dan mengenakan pakaian, Rayyan merangkak naik ke atas katil. Pandangan Erin terhadapnya tidak dihiraukan. Dengan wajah selamba, dia duduk rapat di sebelah Erin. Kepalanya disandarkan pada bahu isterinya itu.

"Dari mana?" Erin mengulangi semula pertanyaannya tadi. Dia memandang wajah Rayyan yang elok terlentok di bahunya.

"Ambil Along dekat airport." Jawab Rayyan bersahaja.

"Ambil along dekat airport? Bukan ke abang cakap abang nak pergi jumpa kawan?" Erin mengangkat sebelah keningnya. Curiga dengan jawapan Rayyan.

"Betul la tu. Abang pergi jumpa kawan. Selepas itu, kebetulan along call cakap dia baru sahaja mendarat dekat Malaysia dan minta abang pergi jemput dia dekat airport." Erin memicingkan matanya. Curiga betul dia dengan ketenangan Rayyan.

"Along pergi mana?" Tanya Erin lagi.

"Sayang tak tahu ke? Along balik LA sebab ada urusan dekat sana." Rayyan menatap wajah Erin tidak percaya.

Erin menjungkit bahu seraya mencebik bibir. Mana dia tahu. Tiada siapa bagitahu dia. Tahu-tahu tuan badan pergi dah pun balik semula.

"Sayang, actually ada something abang nak bincang dengan sayang." Rayyan terus beralih tempat duduk. Dari duduk di sisi Erin, dia duduk bersila menghadap Erin. Erin menjungkit kening.

"Jom pergi honeymoon." Ajak Rayyan.

"Honeymoon? Dekat mana?" Tanya Erin. Sekarang bibirnya sedikit merekah dengan senyuman.

"Dua tempat. Satu dalam negara, dan satu lagi luar negara." Erin menegakkan tubuhnya.

"Dalam negara dekat mana? Dan dekat luar negara?" Erin mula teruja.

"Kita akan pergi ke Pulau Redang dua hari dan selepas itu, kita akan terbang ke UK." Jawab Rayyan bahagia melihat reaksi positif Erin.

"UK? Wahh! Boleh tak kalau kita pergi melawat Alicia sekali? Sayang rindu Alicia sangat-sangat." Erin mengerdip-ngerdipkan matanya. Tangannya bergerak memegang tangan Rayyan.

"Lebih dari boleh sayang. Abang ada surprise untuk saya dekat Pulau Redang nanti." Rayyan mencubit geram pipi Erin. Pipi itu terlihat semakin bulat.

"Boleh saya tahu surprise apa?" Rayyan pantas menggeleng.

"Mana boleh! Kalau bagitahu sekarang, tak jadi surprise la nanti." Erin pantas mencebik sedikit kecewa.

"Buat masa sekarang, jom tidur dulu. Esok kita akan ke sana."

"Esok?!" Erin terjerit kecil terkejut.

"Kenapa? Sayang tak setuju ke?"

"Tak bukan tak setuju. Kenapa abang tak cakap awal-awal? Apa pun tak sedia. Macam mana dengan baju?" Menggeleng kepala Erin.

"Tentang tu sayang tak perlu risau. Abang dah sediakan semuanya. Actually abang dah rancang percutian ni lebih kurang seminggu yang lalu." Rayyan tersengih tanpa riak bersalah.

"Betul ni?" Tanya Erin untuk kepastian.

"Betul sayang. Sayang tak perlu risau." Erin menghembuskan nafas lega. Kalau tidak, mahunya tidak tidur malam itu.

"Dah jom tidur." Erin mengangguk menurut.

Perlahan Rayyan membantu Erin untuk berbaring. Setelah itu, dia mematikan semua lampu bilik sebelum turut berbaring di sebelah Erin. Tubuh Erin ditarik rapat ke tubuhnya dan dipeluk erat.

"I love you sayang." Ucap Rayyan. Sekilas bibirnya mendarat di dahi Erin.

Erin tersenyum bahagia merasakan hangatnya bibir Rayyan. Pelukan Rayyan dibalas. Kemuncak kebahagiaan yang dia impikan hampir dicapai. Erin tidak sabar untuk tahu, kejutan apa yang Rayyan siapkan di Pulau Redang.

HAPPY READING<33333333

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience