BAB 36

Romance Completed 119020

Erin memandang siling di atas kosong. Dia masih belum mengantuk. Jari-jemarinya ligat bermain sesama sendiri. Erin masih memikirkan tentang gambar-gambar yang dia dapat. Tengah hari tadi, dia mendapat gambar baru. Rayyan dengan perempuan yang sama.

Erin mengeluh berat. Dia ingin bertanya kepada Rayyan tentang itu tetapi dia tahu tidak akan ada jawapan untuknya. Pertanyaan itu juga mungkin hanya akan membangkitkan kemarahan Rayyan terhadapnya kerana terlalu menyibuk.

Menyibuk? Tetapi aku isterinya yang sah! Aku berhak tahu tentang dia. Dengan siapa dia keluar dan dengan siapa dia berkawan. Atau aku hanyalah sekadar seorang gundik halal baginya? Sekali lagi Erin mengeluh.

Erin membaringkan tubuhnya menghadap ke arah sliding door. Kelihatan cahaya kilat. Nampaknya hari nak hujan. Erin terus menyelimuti tubuhnya sehingga ke paras leher. Cahaya kilat itu membuatkan dia berasa sedikit gementar.

"Kalau berpisah adalah keputusan aku, adakah semuanya baik-baik saja? Aku hanya ingin dia menemukan kebahagiaannya sendiri." Kata Erin perlahan.

Erin mengusap dadanya yang terasa pedih seolah ada sesuatu yang tajam mencucuk-cucuk hatinya. Tubir matanya juga terasa panas. Erin memejamkan matanya rapat tidak mahu air matanya menetes. Dia tidak mahu kalah hanya kerana gambar-gambar itu. Mungkin orang yang menghantar gambar-gambar itu ada niat lain di sebaliknya.

Erin menarik nafas dalam cuba berfikiran positif. Dia tidak boleh terus percayakan gambar-gambar itu. Dia perlu siasat terlebih dahulu supaya dia mendapat bukti kukuh untuk dijadikan sebab jika sesuatu perkara berlaku di masa depan.

Erin terasa sedikit tenang. Tiba-tiba fikiran Erin teringat akan berita yang di sampaikan Alicia tengah hari tadi.

*Imbas kembali*

"Dari tadi kita berbual panjang tentang aku, apa kata kalau kau pula yang bercerita Ca. Tadi kau cakap ada berita gembira yang kau kata nak bagitahu aku." Kata Erin setelah puas bercerita.

Bermacam soalan di tanya oleh mereka dan semestinya tentang bagaimana dia boleh berkahwin. Macam mana dia boleh mengenali Rayyan. Mereka juga meminta untuk melihat gambar perkahwinannya. Mahu tidak mahu, Erin terpaksa menunjukkan apa yang mereka minta.

Bersama sahabatnya, Erin dapat melupakan apa yang mengganggu fikirannya. Dia hanya bergelak gembira seolah tiada kesedihan di dalam dunia itu. Hanya bahagia yang dia rasa.

"Haah Ca. Kau pun ada bagitahu kitorang. Berita apa yang gembira tu?" Sahut Farhan.

"Betul ni korang nak tahu?" Tanya Alicia ingin kepastian. Bibirnya sudah merekah dengan senyuman.

"Cepat la! Apa dia?" Gesa Ain. Mereka semua tidak sabar untuk tahu berita gembira apa yang ingin Alicia sampaikan.

"Sebenarnya..." Alicia masih cuba bermain. Keningnya diangkat dengan senyuman tidak luput dari bibir.

"Sebenarnya?" Tanya Iqbaal semula.

"Sebenarnya aku dapat tawaran sambung belajar!" Jerit Alicia. Tangannya terus di tepuk-tepuk.

"Wahh taniah Ca! Dekat mana? Dalam bidang yang sama ke?" Tanya Erin turut teruja.

"Mestilah! Tak akan aku nak beralih bidang pula? Dekat UK. Sebenarnya sepupu aku yang kat sana tolong uruskan permohonan aku."

"Senyap-senyap jer ye kau? Tak cakap pun dekat aku!" Erin terus membuat wajah merajuk.

"Sorry la. Sebenarnya aku nak ajak kau sekali tetapi disebabkan kau dah bersuami, jadi ianya sangat mustahil." Alicia tersenyum tipis.

Impian dia dan Erin sangat besar. Mereka hanya ingin menumpukan perhatian kepada pelajaran. Mereka juga berangan untuk menyambung pelajaran ke luar negara suatu hari nanti tetapi apabila waktu itu tiba, hanya Alicia yang dapat pergi.

"Tak apa la. Dah rezeki kau." Erin tersenyum walaupun dia rasa sedih ketika itu. Dia cemburu dengan Alicia.

"Tapi jangan risau. Aku janji aku akan selalu call kau bila aku ada di sana. Bila aku balik, aku juga tak akan lupa buah tangan untuk kau." Alicia kembali cuba menceriakan suasana.

"Yelah tu? Entah-entah sampai jer sana kau terus lupa aku di sini." Cebik Erin.

"It's okay Erin. Kalau Ca lupakan kau, kitorang ada untuk kau di sini. Jadi kita di sini sama-sama lupakan dia di sana." Usik Bahiyyah.

"Sampai hati kau orang. Hiks!" Alicia pula membuat wajah menangis membuatkan mereka semua tertawa.

"Bila kau akan ke sana?" Tanya Fatihah.

"Hujung bulan nanti."

"Ermm banyak masa lagi untuk aku habiskan dengan kau." Kata Erin.

"Betul tu!" Sahut Alicia.

"Tapi hanya korang berdua je la. Esok kami semua dah bertolak balik ke negeri masing-masing." Kata Iqbaal.

"Tak apa. Aku faham korang semua tinggal jauh-jauh."

"Tapi kitorang akan cuba berkumpul sebelum kau bertolak ke UK nanti."

Alicia pantas mengangguk setuju. Selepas ini mereka semua akan terikat dengan tanggungjawab masing-masing. Bermakna lagi susah untuk mereka berkumpul apatah lagi Alicia yang akan terbang jauh ke negara orang.

*Tamat imbas kembali*

Erin menyeka air matanya yang mengalir. Dia berasa sedih. Terlalu sedih. Dia tidak tahu apa yang akan berlaku di masa depan tetapi dia akan kehilangan Alicia. Dia tidak tahu kepada siapa patut dia mengadu apabila Alicia pergi nanti.

*
* *
* *

Rayyan yang ketika itu sedang makan bersama sahabatnya Amir Irfan cepat-cepat menghabiskan makanan di dalam pinggannya. Melihat cahaya kilat itu membuatkan dia risau tentang Erin yang berada di rumah seorang diri.

"Bro aku balik dulu la. Dah nak hujan ni!" Kata Rayyan seraya bangun berdiri.

"Ok. Hati-hati drive. See you next time." Amir Irfan turut bangun berdiri. Dia terus berjabat tangan dengan Rayyan.

"Kau pun!" Jawab Rayyan.

"Rayyan..." Rayyan yang baru ingin melangkah pergi terus terbantut apabila Amir Irfan kembali memanggilnya.

"Luahkan pada dia. Daripada apa yang kau ceritakan aku tahu kau sebenarnya jatuh cinta pada dia. Jujur dengan dia tetang segalanya supaya dia tahu. Jangan sampai dia dah jadi milik orang lain baru kau terhegeh-hegeh nak luahkan perasaan kau. Dia terlalu baik bro. Banyak lelaki di luar sana sedang menantikan dirinya." Kata Amir Irfan penuh dengan maksud.

"Belum masanya. Aku belum sedia lagi." Jawab Rayyan.

"Ambil masa kau tetapi jangan terlalu lama. Hati perempuan. Kau faham la sendiri. Sekali dia terluka, sampai bila pun perasaannya tak akan pernah sama lagi." Pesan Amir Irfan lagi.

"Aku tahu. Aku pergi dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

Rayyan terus berlari menuju ke kereta. Dia mahu cepat sampai rumah. Bunyi detuman kilat di dada langit itu lagi membuatkan Rayyan risaukan Erin. Dia tahu Erin pasti berada dalam keadaan takut oleh kerana kisah silamnya waktu kecil.

Rayyan memecut laju untuk pulang ke rumah. Hujan mula turun. Dari rintik-rintik semakin lebat sehingga jalan kelihatan kabur. Kilat terus saling sambung menyambung. Rayyan cuba mendail nombor Erin bagi menanyakan keadaan gadis itu tetapi malangnya panggilan itu bersambung ke peti suara. Erin mematikan telefonnya.

Sebaik sahaja tiba di rumah, Rayyan melihat ruang tamu sudah gelap walaupun jam baru menunjukkan hampir pukul 10 malam. Rayyan bergegas berlari naik ke bilik setelah mengunci pintu utama. Rayyan melepaskan nafas lega apabila melihat tubuh Erin terbaring di atas katil sebaik pintu bilik di buka.

Perlahan Rayyan bergerak mendekati katil. Rayyan duduk melutut di sisi katil. Wajah lena Erin dipandang sayu. Mata gadis itu kelihatan sembab bermakna Erin menangis. Rayyan tertanya-tanya apa yang membuatkan Erin menangis? Adakah kerana takut dengan bunyi guruh di luar?

Rayyan tunduk mengucup dahi Erin lembut. Dia terus kembali berdiri untuk pergi membersihkan diri dahulu sebelum tidur. Baru saja Rayyan ingin melangkah pergi, tiba-tiba pergelangan tangannya di pegang Erin. Rayyan kembali memandang ke arah Erin.

"Awak belum tidur?" Tanya Rayyan terkejut.

"Saya tak boleh tidur. Bunyi guruh buat saya takut." Jawab Erin perlahan.

Rayyan kembali duduk berlutut di sisi katil. Tangan Erin yang memegang pergelangan tangannya di alihkan lalu digenggam erat. Tangan itu terasa cukup sejuk.

"Saya kat sini jadi awak tak perlu takut." Pujuk Rayyan lembut.

"Awak pergi mana sekarang baru balik? Awak langsung tak fikirkan saya kat rumah?" Tanya Erin dengan nada penuh rajuk.

"Sebab saya fikirkan awak la saya pulang awak malam ni. Saya baru lepas jumpa kawan." Jawab Rayyan.

"Kawan? Perempuan?" Tanya Erin lagi. Rayyan mengerutkan dahi.

"Lelaki. Kawan lama saya sewaktu di LA dulu. Dia baru jer pulang ke sini." Jujur Rayyan tetapi itu sebuah penipuan bagi Erin.

"Awak tidurlah dulu. Saya nak pergi mandi." Rayyan terus melepaskan genggaman pada tangan Erin tetapi sekali lagi Erin memegang tangannya erat.

"Teman saya tidur. Saya takut." Erin memandang wajah Rayyan meminta simpati.

"Kejap lagi saya temankan awak tidur. Biarkan saya bersihkan diri dulu." Kata Rayyan tetapi mendapat gelengan dari Erin. Rayyan mengeluh kecil.

"Saya takut!" Kata Erin semakin mengeratkan pegangan pada tangan Rayyan apabila bunyi guruh semakin kuat.

"Yelah!" Rayyan mengalah.

Akhirnya Rayyan memanjat naik ke atas katil lalu berbaring rapat di sebelah Erin. Erin pantas memeluk tubuh Rayyan erat. Rayyan turut membalas pelukan Erin. Kepala Erin di usap lembut.

"Kenapa awak menangis?" Tanya Rayyan lembut.

"Saya cuma sedih sebab Alicia akan tinggalkan saya." Jawab Erin sebak.

"Alicia nak pergi mana?" Tanya Rayyan lagi.

"Dia nak pergi UK sambung belajar. Dia tipu saya. Dia janji dia akan selalu ada di sisi saya bila saya sedih tapi dia akan tinggalkan saya." Tangisan Erin kembali pecah. Teresak-esak dia menangis di dada Rayyan. Sebenarnya fikiran dia lebih terganggu tentang Rayyan. Alicia hanya sebagai alasan.

"Dia hanya nak pergi sambung belajar. Bukan pergi mana pun. Bila dia balik, awak boleh jumpa dia atau awak ajer yang pergi melawat dia kat sana nanti." Rayyan menggeleng.

Erin tidak membalas sebaliknya terus menangis. Rayyan tidak tahu bagaimana mahu memujuk Erin apabila melihat gadis itu begitu sedih malam itu. Dia hanya terus mengusap kepala Erin lembut membiarkan gadis itu melepaskan segalanya.

"Saya nak berpisah dengan awak..."

Tangan Rayyan mengusap belakang kepala Erin terus terhenti. Jantungnya yang normal tadi juga terus berdegup laju. Rayyan menelan liur. Terasa berpasir. Perlahan Rayyan menjarakkan dadanya dari wajah Erin. Mata gadis itu sudah tertutup rapat. Tiada lagi bunyi esakkan kecuali dengkuran halus.

"Saya tak akan lepaskan awak Erin. Tolong bertahan sedikit sahaja lagi." Kata Rayyan lalu memeluk erat tubuh Erin.

Jujur dia katakan, setelah apa yang terjadi hari itu dan ketika Erin menghilang semalaman, dia tersedar sesuatu yang aneh dalam dirinya. Sebelum ini dia tidak kisahkan tentang Erin tetapi setelah itu, dia tidak mampu melupakan gadis itu walaupun sesaat. Rindu itu hadir tanpa di minta.

Dia juga sedar dia mula cemburu dengan lelaki yang rapat dengan Erin. Melihat Erin bersama Raiq, hatinya terasa sakit seperti di hiris. Begitu juga apabila melihat pandangan Khaleed terhadap Erin. Dia berasa panas. Dia benci dengan pandangan itu. Apatah lagi Erin memanggil Khaleed 'abang'. Bagi Rayyan, panggilan itu hanya sesuai untuknya sahaja.

Dia menceritakan semua yang dia rasa kepada Amir Irfan untuk meminta nasihat sahabatnya itu. Dan setelah mendengar penjelasan Amir Irfan. Dia yakin dengan perasaannya yang sebenarnya. Rasa dia terhadap Erin bukan hanya sebatas tanggungjawab lagi. Malah lebih daripada itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience