BAB 26

Romance Completed 119020

'Jagalah sebelum hilang. Pertahankan selagi boleh. Sabar Erin, ada tahapnya. Faham dia ada maksud di sebaliknya. Jangan sampai hilang baru kamu nak menyesal. Ingat pesanan mummy. Kalau Erin pergi suatu hari nanti jangan cakap kami tak ingatkan.' - Puan Rodziah.

Kata-kata mummynya tadi masih bermain di fikiran Rayyan. Dia cuba untuk mencerna dan mencari maksud di sebalik kata-kata mummynya itu tetapi langsung dia tidak temui jawapan. Dia tidak faham apa yang mummynya cuba sampaikan.

'Kalau Ayyan dah bosan dengan anak mama suatu hari nanti, pulangkan lah dia dengan cara yang baik pada kami. Selagi kami ada, kami akan jagakannya.' - Puan Elisya.

Itu pula apa yang dikatakan oleh Puan Elisya. Sama sahaja, Rayyan tidak dapat menangkap maksud di sebalik kata-kata itu. Adakah sebenarnya mummynya dan Puan Elisya sudah tahu akan hubungan dia dan Erin yang sebenar? Rayyan menggeleng tidak mungkin.

Keluhan terlepas dari bibir Rayyan. Kenapa mesti ada rasa debar saat mendebarkan Erin akan pergi darinya? Kenapa mesti ada rasa takut? Pelbagai soalan bermain di fikiran Rayyan tetapi satu pun tidak dapat dia jawab. Tanpa Rayyan sedar, waktu hanya berlalu tanpa dia melakukan apa kerja.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan pada pintu pejabatnya membuatkan Rayyan terkejut dan lamunannya terus berkecai. Pen yang berada di tangannya juga terlepas sehingga jatuh ke lantai akibat terkejut. Rayyan berdehem kecil lalu memandang ke arah pintu.

"Masuk!" Arah Rayyan. Tidak sampai satu minit, PA nya Sarah melangkah masuk.

"Boss dah masuk lunch. Boss tak nak keluar? Kesian Puan dari tadi tunggu boss." Kata Sarah.

Ketika itu barulah Rayyan sedar waktu yang berlalu. Dia juga terlupa akan Erin yang turut berada di office itu kerana asyik memikirkan kata-kata Puan Rodziah dan Puan Elisya.

"Mana dia sekarang?" Tanya Rayyan.

"Masih dekat bilik rehat." Jawab Sarah.

Rayyan sengaja menyuruh Erin menunggunya di bilik rehat daripada berada di biliknya. Dia bimbang jika Erin bosan berada dalam biliknya. Di bilik rehat, ada juga katil, tv untuk Erin bersantai.

"You boleh pergi rehat. I keluar sekejap lagi." Kata Rayyan. Rayyan terus mematikan komputer di depannya.

"Baik boss!" Sarah menunduk hormat lalu keluar dari bilik Rayyan.

Rayyan mencapai telefonnya dan kunci kereta lalu terus berdiri. Dengan laju, Rayyan keluar dari pejabatnya dan menuju ke bilik rehat. Dia ingin mengajak Erin keluar makan di luar. Rayyan melangkah masuk ke dalam bilik rehat itu. Matanya terus tertacap pada sosok tubuh Erin yang sedang berbaring di atas katil.

"Erin bangun..." Kejut Rayyan lembut apabila melihat Erin tertidur. Mungkin kerana terlalu bosan.

"Erin..." Rayyan menyentuh lembut bahu gadis itu sehingga Erin tersedar dari lenanya.

"Ermm awak...maaf saya tertidur tadi. Bosan sangat." Erin terus bangun sambil membetulkan rambutnya.

"Dah masuk lunch. Jom keluar makan." Ajak Rayyan.

"Awak tak sibuk ke? Nanti awak lambat masuk pejabat."

"Jadual saya kosong hari ni, jadi apa kata kalau kita manfaatkan dengan keluar jalan-jalan? Mungkin lepasni tak dapat keluar lagi." Cadang Rayyan. Bibir Erin terus melebar dengan senyuman apabila mendengarkan itu.

"Betul ni?" Tanya Erin teruja.

"Atau awak tak nak? Kalau tak nak tak apa..." Rayyan mengangkat kedua bahunya. Sahaja ingin mengusik Erin.

"Mestilah saya nak. Jom!" Erin terus bangun berdiri.

Tanpa berkata lebih, Erin menyatukan tangannya dengan tangan Rayyan. Rayyan hanya membiarkan sahaja Erin menggenggam erat tangannya. Akhirnya, mereka berdua keluar dari office itu dengan bergandingan tangan. Semua mata melihat pasangan itu dengan rasa cemburu dan gembira.

"Kita nak pergi makan kat mana?" Tanya Rayyan sebaik sahaja mereka berada dalam perut kereta.

"Apa kata kalau kita pergi Pavilion? Dah lama saya tak ke sana. Alang-alang tu boleh jalan-jalan sambil makan aiskrim. Teringin nak makan aiskrim." Jawab Erin. Rayyan hanya mengangguk setuju.

Kereta Rayyan terus bergerak meninggalkan perkarangan office itu menuju ke Pavilion. Erin tidak mampu untuk menyembunyikan senyumannya. Dia gembira kerana akhirnya dapat meluangkan masa bersama Rayyan tanpa perlu dia mengajak.

*
* *
* *

Sudah 30 minit mereka berada di Pavilion dan 30 minit itu juga mereka tidak berhenti berjalan mengelilingi setiap pelosok Pavilion itu. Rayyan hanya mengikut sahaja langkah Erin walaupun tidak faham apa yang sebenarnya Erin cari.

Mereka berjalan beriringan seperti pasangan lain. Erin langsung tidak melepaskan tangannya dari mengenggam tangan Rayyan. Tangannya yang sebelah lagi sibuk memegang aiskrim. Matanya liar melihat sekeliling. Walaupun hari bekerja, tetapi pengunjung agak ramai di Pavilion itu.

"Kenyang ke berjalan dengan hanya makan aiskrim?" Tanya Rayyan. Dia sudah naik bosan. Mereka hanya berhenti apabila aiskrim di tangan Erin habis untuk membeli aiskrim lain.

"Kenyang. Rugi awak tak nak." Jawab Erin sambil memandang wajah Rayyan.

"Apa kata kalau kita pergi makan sesuatu yang lain? Saya lapar." Kata Rayyan. Dari tadi perutnya minta diisi tetapi dibuli oleh Erin.

"Tahan kejap ye sayang? Saya nak cari sesuatu sebenarnya tetapi tak jumpa." Kata Erin manja.

"Awak cari apa? Ni entah dah kali ke berapa kita lalu tempat sama."

"Adalah!" Erin tersengih. Rayyan mengjulingkan mata meluat. Inilah sebab dia malas bawa perempuan keluar.

Erin meneruskan langkah. Sebenarnya Erin sendiri tidak tahu apa yang ingin dibelinya. Yang dia tahu, dia ingin menghabiskan masa hari itu bersama Rayyan. Dia tidak mahu lepaskan peluang itu kerana dia tahu, entah bila pula dia akan dapat keluar bersama Rayyan.

"Awak..." Panggil Rayyan.

"Hurmm?" Sekilas Erin memandang Rayyan sebelum dialihkan pandangan ke arah lain.

"Saya nak tanya sesuatu boleh? Tentang Mak Ngah." Tanya Rayyan.

"Kenapa dengan Mak Ngah?" Tanya Erin semula.

"Boleh saya tahu kenapa awak panggil dia Mak Ngah sedangkan awak tak ada pertalian darah dengan dia? Mak Ngah tak ada anak ke?" Tanya Rayyan ingin tahu. Keluarga itu terlihat sangat akrab dengan pembantu rumah mereka.

"Sebab Mak Ngah yang jaga saya dan kakak dari kecil. Mak Ngah tak ada anak tapi dia pernah jaga anak adiknya. Adiknya meninggal dalam kemalangan." Jawab Erin santai.

"Jadi mana anak saudaranya itu?"

"Sama seperti mama dan papanya. Dia pergi disebabkan kemalangan jalan raya sehari setelah tamat belajar. Kalau tak silap saya, waktu tu saya berumur 15 tahun." Erin mengukir senyuman tipis mengingatkan itu. Manakala Rayyan terkejut.

"Mak Ngah tak kahwin ke?" Tanya Rayyan lagi. Pertanyaan Rayyan kali ini membuatkan tawa Erin pecah.

"Awak tak tahu?" Tanya Erin sambil memandang wajah blurr Rayyan.

"Tahu apa?" Rayyan sudah pelik. Ada yang tak kena ke dengan soalannya tadi.

"Pak Om dan Mak Ngah itu suami isteri. Takkan awak tak tahu?" Erin menggeleng kepala. Mulut Rayyan sudah berbentuk huruf O. Dia tak tahu!

Langkah Erin mula semakin perlahan. Erin melihat sekeliling sebelum ternampak satu kedai emas. Entah kenapa hati Erin terdetik ingin masuk kedai itu. Tanpa banyak soal, Erin terus menarik Rayyan mengikut langkahnya masuk ke dalam kedai emas itu.

"Ishh apa ni main tarik jer! Kalau terlanggar orang tadi macam mana?" Kata Rayyan sebal. Suka hati dia jer main tarik-tarik.

"Minta maaf la. Bukan susah pun." Balas Erin. Rayyan ketawa sinis mendengar balasan itu. Terasa ingin dia siku Erin.

Erin melepaskan tangan Rayyan lalu berjalan dari satu cermin ke satu cermin. Sehingga langkahnya berhenti pada cermin yang ada rantai leher. Erin melihat satu persatu sehingga seuntas rantai menarik perhatiannya. Lama dia melihat rantai itu.

"Boleh saya tengok yang tu?" Kata Erin kepada jurujual itu sambil menunjuk ke arah rantai yang berjaya menarik perhatiannya.

"Kejap ye." Jawab jurujual itu lembut.

Dia terus mengeluarkan rantai yang di tunjukkan oleh Erin tadi lalu diberikan pada Erin. Erin menilik rantai itu. Cukup ringkas tetapi terlihat elegen. Erin terus melirik ke arah harga.

"Awak nak?" Tanya Rayyan apabila melihat Erin terus menilik rantai di tangannya.

"Tak nak. Saya tengok jer." Jawab Erin lalu tersenyum tipis. Dia terus mengembalikan rantai itu kepada jurujual.

"Kalau awak nak, ambil la. Saya bayarkan." Erin terus menggeleng.

"Awak pun tahu kan saya tak berminat sangat dengan barang hiasan macam ni. Cukup dengan cincin kahwin ni." Kata Erin sambil menayangkan cincin yang tersarung di jari manisnya.

"Awak pasti?" Tanya Rayyan cuba menduga. Erin pantas mengangguk.

"Jom pergi makan. Lepastu awak boleh hantar saya balik terus." Erin kembali meraih tangan Rayyan lalu melangkah beredar dari kedai emas itu. Rayyan melirik ke arah rantai yang dipegang oleh Erin tadi sebelum mengikut langkah Erin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience