LAFAZKAN CINTAMU

DayDream

Romance Completed 117664
4.9
(291 ratings)

Synopsis

Puan Elisya bersungguh-sungguh ingin menyatukan anak perempuannya Erin bersama anak lelaki kawannya. Erin pula hanya menurut kerana dia tiada kekuatan untuk menolak permintaan mamanya itu. Terpaksakah dia? Atau rela? Erin sendiri tidak pasti apa yang patut dia katakan. Perkahwinan yang tidak pernah di impikan apatah lagi berkahwin dengan orang yang tidak mencintainya. Walaupun tinggal sebumbung tetapi tidak bermakna mereka duduk sebilik. Erin hanya bayangan saja di dalam rumah suaminya itu tetapi Erin tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Menjaga makan minum suaminya seperti biasa sehingga Erin tersedar hatinya mula berubah atau lebih tepat dia jatuh cinta pada suaminya sendiri. Semakin hari rasa cinta itu semakin subur di hatinya. Menatap wajah sang suami setiap pagi. Apatah lagi sang suami tidak pernah mengeluh atau memarahinya malah sang suami melayannya baik walaupun dia tahu langsung tiada cinta atau lebih tepat sang suami melayannya kerana tanggungjawab. Tetapi Erin tidak pernah kisah tentang layanan itu, yang dia tahu dia mencintai sang suami setulusnya. Saat ingin meluah, saat itu jugalah Erin mengetahui suaminya mempunyai perempuan lain. Sakit? Tiada kata-kata untuk gambarkan rasa itu. Lantas Erin membuat keputusan untuk memedam perasaan itu sendiri. Erin tidak berhenti berhenti memarahi dirinya kerana telah jatuh cinta pada orang yang salah dan akhirnya dia sakit sendiri. Adakah Erin akan terus tetap memendam rasa cintanya itu? Adakah langsung tiada rasa cinta atau sayang dari sang suami kepada Erin? Semuanya akan terjawab dalam LAFAZKAN CINTAMU... START: 26.2.22 END:


Share this novel

Rate this story


Comments

Nana Hyun
2023-09-19 

happy ending, tahniah author. buatlah cerita lagi. teringin nak baca novel drpd author

MAz akmA
2023-09-19 

tahniah..best cerita..tq.

Mia Zara
2023-09-18  1 Replies

Alhamdulillah.. akhirnya mereka bahagia jugak.. tahniah sis

DayDream

241 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience