BAB 19

Romance Completed 119020

"Assalamualaikum."

Bunyi orang memberi salam di pintu utama itu membuatkan Erin yang berada di meja makan tersenyum lebar. Tidak perlu dia melihat siapa yang memberi salam, dia sudah tahu. Siapa lagi kalau bukan Rayyan suaminya.

Boleh di katakan sejak kebelakangan ini, Rayyan selalu sahaja pulang ke rumah untuk makan tengah hari. Rayyan tidak akan pulang apabila dia sibuk atau perlu berjumpa client di luar. Erin mematikan api gas sebelum cepat-cepat dia ke depan.

"Waalaikumsalam." Jawab Erin.

Erin tersenyum lebar melihat wajah Rayyan. Entah kenapa Erin berasa dia baru sahaja memperoleh oksigen. Dia terus menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Rayyan. Rayyan menyambut salam itu seperti biasa. Sudah terbiasa tindak tanduk Erin.

"Awak masak apa tengah hari ni?" Tanya Rayyan.

"Udang masak lemak cili api seperti yang awak minta." Jawab Erin bersama senyuman tidak lengkang dari bibirnya. Tadi Rayyan ada menghantar pesanan ringkas padanya meminta dia masakkan udang masak lemak cili api untuk makan tengahari.

"Terima kasih. Saya nak naik mandi dulu. Panas sangat ni." Kata Rayyan. Sebenarnya dia jatuh cinta pada udang masak lemak cili api yang Erin buatkan ketika Alicia datang bertandang hari itu. Di sebabkan itulah dia meminta Erin untuk membuatkan untuknya.

"Ok. Saya tunggu awak dekat bawah ye?"

Rayyan hanya mengangguk. Dia terus berjalan memanjat tangga naik ke atas. Erin pula berlalu ke dapur semula. Sementara menunggu Rayyan mandi, dia ingin menghidangkan makanan tengah hari mereka berdua.

Erin berasa saat itu, dia la orang paling bahagia. Walaupun dia dia tahu Rayyan tidak cintakan dirinya, tetapi Rayyan pulang untuk makan tengahari bersama itu sudah cukup baginya. InshaAllah perlahan-lahan. Dia akan buat Rayyan jatuh cinta padanya. Dia akan buat cintanya terbalas.

Hampir 20 minit menanti, Erin melihat Rayyan yang bergegas turun ke bawah. Erin mengerutkan dahi apabila melihat Rayyan seperti berada dalam keadaan kecemasan. Lagi membuatkan Erin pelik apabila melihat Rayyan terus menuju ke pintu utama.

"Awak!" Erin terus berlari untuk mendapatkan Rayyan. Dia tertanya-tanya ke mana Rayyan ingin pergi.

"Awak tunggu kejap!" Erin memegang erat lengan Rayyan. Rayyan terus tersentak dengan pegangan Erin pada lengannya itu.

"Awak nak pergi mana? Ada sesuatu terjadi?" Tanya Erin risau.

"Erin maaf. Sesuatu terjadi, saya perlu balik ke pejabat sekarang." Jawab Rayyan.

"Awak tak makan dulu?" Tanya Erin lagi. Rayyan menggeleng.

"Saya nak cepat. Awak makan sendiri ok?" Erin sedikit kecewa mendengar jawapan Rayyan.

"Saya bungkuskan untuk awak? Awak boleh makan di pejabat bila ada masa nanti."

"Tapi saya nak cepat ni!"

"Lima minit. Saya bungkuskan untuk awak." Erin memandang ke dalam anak mata Rayyan penuh mengharap.

"Okay. Five minutes." Rayyan mengalah.

Erin tersenyum. Dia terus berlari masuk ke dalam dapur untuk bungkusan makan tengah hari untuk Rayyan. Seperti yang dijanjikan, lima minit, Erin kembali tercegat di depan Rayyan. Beg kertas ada ada di tangannya di hulurkan kepada Rayyan.

"Makan tau..." Pesan Erin.

"Terima kasih. Saya pergi dulu." Ucap Rayyan.

Erin tunduk menyalami tangan Rayyan. Rayyan membalas salam Erin dengan kucupan di dahi isterinya itu. Lama dia mengucup dahi Erin. Entah kenapa hatinya berasa sedikit bersalah.

"Saya minta maaf sebab tak dapat makan dengan awak hari ini. Saya betul-betul ingin cepat." Kata Rayyan sebaik sahaja melepaskan kucupan di dahi Erin. Anak mata Erin di tenung.

"Tak apa. Saya faham." Erin mengukir senyuman manis untuk Rayyan.

Rayyan menarik nafas dalam melihat senyuman yang di ukirkan oleh Erin. Pantas Rayyan menarik tubuh Erin lalu di peluk erat. Erin tersentak dengan tindakan Rayyan tiba-tiba itu. Jantungnya berdegup laju.

"Saya betul-betul minta maaf." Sekali lagi Rayyan memohon maaf. Erin tersenyum tipis. Tubir matanya berasa hangat. Pantas Erin menarik nafas dalam. Mengawal emosinya.

"Saya ok." Balas Erin lembut.

"Awak makan ok? Saya pergi dulu. Assalamualaikum." Rayyan meleraikan pelukan. Pundak kepala Erin di usap lembut sebelum berlalu ke keretanya.

"Hati-hati drive. Waalaikumsalam." Erin melambaikan tangan pada Rayyan.

Tidak lama selepas itu, kelibat kereta Rayyan terus hilang dari pandangan. Erin tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi tetapi Rayyan betul-betul terlihat cemas. Erin hanya berdoa di dalam hati agar Allah mempermudahkan segala urusan suaminya.

*
* *
* *

Rayyan berlari anak masuk ke dalam office. Butang lif di tekan. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, dia terus masuk. Pintu lif tertutup dan kembali terbuka di tingkat lima. Rayyan dapat melihat kakitangannya yang bergerak ke hulu dan ke hilir. Masing-masing kelihatan sibuk.

"Sarah masuk bilik I sekarang!" Arah Rayyan tegas.

Sarah selaku PA Rayyan terus bangun. Buku nota di capainya sebelum bergegas ke bilik majikannya. Seperti biasa, Sarah mengetuk pintu bilik itu terlebih dahulu. Setelah menerima arahan, barulah dia melangkah masuk.

"Ceritakan pada I apa sebenarnya yang terjadi!" Kata Rayyan tanpa berbasa basi.

"Sebentar tadi saya telah mendapat panggilan dari pekerja di Melaka ada pergaduhan berlaku di tapak pembinaan. Tidak tahu apa punca sebenar mereka bergaduh tetapi seorang dari buruh kita meninggal jatuh di tapak pembinaan. Pekerja lain menjadi saksi bahawa dia di tolak oleh seorang buruh lain. Sekarang pihak polis sedang menyiasat punca berlaku pergaduhan tersebut." Jelas Sarah. Rayyan yang mendengar memicit dahinya.

"Bos diminta untuk ke Melaka hari ini juga untuk selesaikan masalah ini." Sambung Sarah.

Mendengarkan itu lagi membuatkan Rayyan pening kepala. Sudahlah dia mengecewakan Erin untuk makan tengah hari bersama. Sekarang dia perlu terbang ke Melaka pula. Tiba-tiba! Bagaimana dia akan beritahu Erin? Dia sudah cukup bersalah melihat wajah kecewa Erin di rumah tadi walaupun Erin cuba tidak mempamerkannya.

Rayyan melirik ke arah jam. Baru pukul dua petang. Rayyan berkira-kira mahu ke Melaka dengan kereta sendir atau kapal terbang. Jika memandu sendiri, Rayyan bimbang akan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Jika dengan kapal terbang, dia perlu mencari tiket penerbangan pula.

"You tolong carikan tiket ke Melaka secepat mungkin." Putus Rayyan. Dia malas bersesak dalam lalu lintas.

"Baik bos." Jawab Sarah.

"One more..." Belum pun sempat Rayyan mengatakan ayat seterusnya, telefonnya pula berdering minta di angkat. Rayyan berdecik marah.

Sebaik sahaja melihat nama daddynya, Rayyan terus menjawab panggilan itu. Pasti ada perkara penting yang daddynya mahu bincangkan tentang apa baru terjadi.

"Kenapa daddy?" Tanya Rayyan memulakan bicara.

"Ayyan tidak perlu ke Melaka. Sekarang daddy dalam perjalanan ke sana. Daddy sendiri akan urus apa yang berlaku di sana." Kata Tan Sri Qhairil.

"Kenapa pula daddy yang pergi. Macam mana dengan mummy?"

"Daddy dah bagitahu mummy. Ayyan jangan risau. Lagipun Raiq ada di rumah bersama mummy. Daddy akan uruskan semuanya. Ayyan cuma perlu uruskan apa yang patut di sini dan tengokkan mummy. Ayyan pun tahu mummy masih marahkan Raiq. Apa-apa nanti daddy akan bagitahu Ayyan."

"Terima kasih daddy." Ucap Rayyan lega.

"Ermm...daddy tutup dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Hati-hahti di sana. Apa-apa bagitahu Ayyan."

"Ye!"

Tan Sri Qhairil terlebih dahulu mematikan talian. Rayyan hanya berdoa semoga daddynya selamat sampai di sana dan dipermudahkan segala urusan. Setelah itu Rayyan kembali memandang PA nya.

"You tak perlu cari tiket untuk I. Tan Sri sudah ke sana untuk uruskan semuanya." Kata Rayyan. Sarah mengangguk perlahan.

"You boleh keluar, buat kerja you." Kata Rayyan sekali lagi.

"Baik. Saya keluar dulu." Sarah menundukkan sedikit kepalanya pada Rayyan sebelum berlalu keluar dari pejabat Rayyan.

Rayyan terus menekan-nekan papan keyboard komputernya. Dia mahu menyelesaikan beberapa perkara sambil menanti pemberitahuan terbaharu dari daddynya nanti. Laju sahaja jari jemari Rayyan berlari di atas papan keyboard itu.

Masa yang berjalan terasa begitu pantas. Rayyan menggosok lehernya yang terasa lenguh akibat terlalu lama menhadap komputer. Tubuhnya direnggangkan agar rasa lenguh itu hilang. Rayyan mengerling ke arah jam di skrin komputer yang sudah menunjukkan pukul enam petang. Dia langsung tidak sedar akan masa yang berlalu.

Rayyan menggosok perutnya yang terasa lapar. Seketika Rayyan teringat akan bekalan yang diberi oleh Erin tadi. Rayyan terus mencapai beg kertas yang di letakkan di hujung meja kerjanya. Rayyan membuka beg kertas itu lalu mengeluarkan satu bekas plastik.

Makanan itu sudah sejuk. Rayyan melepaskan keluhan kecil. Ingin sahaja dia buang tetapi apabila mengingatkan Erin bersusah payah memasak untuk memenuhi permintaannya, Rayyan tidak sampai hati mahu membazir. Dia terus mencapai sudu dan garfu yang turut disediakan oleh Erin lalu sesuap nasi disuap ke dalam mulut.

Rayyan tersenyum tipis. Walaupun lauk dan nasi itu sudah sejuk, tetapi sedikit pun tidak menjejaskan kesedapan lauk yang di masak oleh Erin. Bagi Rayyan, masakkan Erin tidak pernah mengecewakan. Apa sahaja yang di masak oleh Erin, pasti cukup kena dengan seleranya.

NEXT ->

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience