BAB 1

Romance Completed 119020

Keesokan harinya seperti yang dijanjikan dengan mamanya. Erin akan pulang ke rumah hari itu. Selepas menunaikan solat subuh, Erin terus bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Wajahnya di oles dengan sedikit make up menyerlahkan lagi kecantikkannya. Erin melihat penampilannya di pantulan cermin.

Tepat pukul 7 pagi, Erin terus mahu keluar dari bilik asrama tetapi tiba-tiba dia teringat bahawa dia belum memaklumkan kepada sahabatnya Alicia tentang kepulangannya ke rumah keluarganya hari itu. Erin lantas bergerak ke katil Alicia.

"Ca aku lupa nak bagitahu kau, aku balik rumah family aku hari ni." Beritahu Erin sambil menepuk perlahan bahu Alicia yang kembali tertidur selepas solat subuh tadi. Alicia mula menggeliat apabila tubuhnya disentuh.

"Kau dengar tak?" Soal Erin ingin kepastian.

"Ermm...aku dengar. Hati-hati. Enjoy your day!" Balas Alicia dalam mamainya.

"Ok. Aku akan pulang sini secepat mungkin. Kesian kau bosan nanti sorang-sorang." Erin sekali lagi menepuk perlahan bahu Alicia.

Alicia mengangguk perlahan dan kembali menarik selimutnya sehingga paras leher untuk menyambung tidur. Bila lagi boleh tidur sepanjang hari seperti itu melainkan pada hujung minggu dan cuti tertentu. Disebabkan mereka sudah di final semester, jadual mereka sedikit padat.

Sebaik sahaja sampai di bawah, Erin sudah melihat kereta Vellfire berwarna hitam milik papanya sudah terparkir di luar pagar asrama Universiti itu. Erin terus berlari anak mendapatkan kereta. Sebaik sahaja tiba di kereta itu, seseorang lelaki berumur lingkungan 60-an turun.

"Assalamualaikum and good morning Pak Om." Sapa Erin mesra.

"Waalaikumsalam dan selamat pagi Erin." Balas Pak Om. Dia terus membukakan pintu kereta untuk Erin.

"Terima kasih Pak Om." Erin melangkah masuk ke dalam kereta itu. Senyuman manis diukirkan kepada Pak Om.

Pintu kereta itu mula tertutup perlahan. Pak Om terus masuk dalam kereta bahagian driver. Dia adalah driver kepada Tuan Zakri iaitu papa kepada Erin. Sudah berpuluh tahun dia berkhidmat untuk keluarga itu.

"Pak Om tahu tak apa yang penting sangat mama dan papa ingin bincangkan dengan Erin sehingga mama suruh Erin balik?" Tanya Erin.

"Pak Om tak tahu la Erin. Tetapi Pak Om dengar ada tetamu istimewa nak datang hari ini."

"Tetamu istimewa? Siapa tu Pak Om?"

"Entah. Pak Om tak pasti. Erin tengok nanti la."

"Yelah. By the way Pak Om dengan Mak Ngah sihat? Lama Erin tak tanya khabar. Maklumlah Erin balik rumah pun 2 bulan sekali." Erin ketawa kecil di hujung ayatnya.

"Alhamdulillah kami sihat. Tulah siapa suruh Erin tak nak balik? Mak Ngah kamu tu pun mesti rindu sangat nak bergurau dengan kamu. Tapi Mak Ngah kamu tu tengah bercuti sekarang."

"Alaa Erin bukan tak nak balik tapi Pak Om tahu la kakak tu macam mana. Kalau Erin balik dia selalu jer cari kesalahan Erin. Ada jer benda yang dia mahu gaduhkan dengan Erin."

Pak Om tersenyum tipis mendengar celoteh Erin. Dia sudah cukup kenal dengan anak majikannya yang seorang ini. Sangat lembut dan cukup menghormati dia sebagai driver papanya dan Mak Ngah isterinya sebagai orang gaji di rumah itu. Tidak seperti kakak kembar Erin yang selalu suka mengarah itu dan ini mengalahkan dia pula mem besar dalam rumah itu.

"Sabarlah Erin. Erin pun dah kenal perangai kakak tu macam mana, jadi diam ajelah. Hiraukan kakak Erin tu." Pujuk Pak Om lembut. Erin hanya mengangguk lemah.

Erin terus berbual kosong dengan Pak Om sehingga kereta yang dipandu oleh Pak Om berhenti tepat di hadapan rumah banglo dua tingkat itu. Selepas mengucapkan terima kasih kepada Pak Om, Erin keluar dari perut kereta. Langkah kakinya dibawa ke pintu utama.

"Assalamualaikum." Ucap Erin sebaik melangkah masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumsalam." Terdengar suara Puan Elisya menjawab salam dari ruang makan. Erin terus menyusun langkah pergi ke arah suara itu.

"Eh anak mama dah sampai. Jom duduk sini. Mama dah buatkan sarapan." Ajak Puan Elisya.

Erin terus berjalan mendekati Puan Elisya. Tangan mamanya di salam lalu di kucup lembut kedua belah pipi mamanya. Selepas itu dia melakukan perkara yang sama pada papanya Tuan Zakri. Tuan Zakri tersenyum manis pada anak daranya yang bongsu itu.

"Duduk sayang. Dah lama Erin tak balik rumah. Rindu papa dengan anak manja papa ni."

"Eh papa, mama tak marah ke papa rindukan gadis lain ni?" Erin terus mengusik papanya sambil melabuhkan duduk berdepan dengan kakaknya yang dari tadi menjelingnya.

"Tak apa. Mama tak marah kalau papa rindukan gadis yang seorang ni." Jawab Tuan Zakri lalu terus ketawa.

"Dah-dah kita sarapan dulu. Mesti semua dah lapar." Tegur Puan Elisya apabila dua beranak itu terus berbual dan bergurau di depan rezeki.

Tuan Zakri mengangguk lalu terus membacakan doa makan. Mereka semua makan tanpa bercakap. Selesai sarapan, Puan Elisya mula mengemas dapur manakala Tuan Zakri sudah ke depan. Erin meminta izin dari mamanya untuk naik berehat seketika.

Ketika dia memanjat tangga untuk naik ke atas, tiba-tiba Erin berasa rambutnya ditarik dari belakang menyebabkan langkah kakinya terhenti. Erin terus memusingkan badannya ke belakang.

"Kau dah kenapa Kak? Tiba-tiba jer main tarik-tarik rambut orang? Ingat tak sakit ke?!" Tegur Erin geram dengan sikap kakaknya itu.

"Heh! Kau kenapa tiba-tiba balik hari ni?"

"Suka hati aku la aku nak balik rumah hari ini atau esok. Rumah ni bukan rumah kau pun!"

"Kurang ajar kau ehh? Huh kenapa la aku boleh jadi kakak kembar kau. Menyampah!" Cemuh Esya.

"Lah kau ingat kau jer menyampah? Aku pun menyampah la ada kakak kembar macam kau!" Balas Erin tidak mahu kalah.

"Dah la kak. Malas aku layan kau. Lebih baik aku naik atas tidur. Itu yang lebih bagus!"

Erin terus berpusing menghadap ke depan dan meneruskan langkahnya memanjat anak tangga naik ke atas. Malas bergaduh dengan kakaknya yang seorang itu. Memang tak akan menang kepadanya kalau bergaduh dengan kakaknya.

*
* *
* *

Erin bergegas turun apabila namanya diseru-seru oleh Puan Elisya. Selepas sarapan pagi tadi, dia naik ke atas untuk berehat seketika tetapi tidak menyangka dia terlelap dan tersedar semula apabila jam sudah menunjukkan pukul 1 tengah hari. Bergegas dia bangun untuk membersih diri dan menunaikan solat zohor.

Sebaik tiba dibawah, Erin sedikit terkejut apabila melihat ada tetamu di bawah. Tetamu itu tersenyum manis apabila memandangnya. Erin tersenyum kekok. Dia berjalan mendapatkan Puan Elisya yang duduk atas sofa berdepan dengan tetamu mereka.

"Erin kenalkan Auntie Rodziah dan Uncle Qhairil. Cepat salam Auntie Rodziah." Kata Puan Elisya kepada Erin. Erin pula terus bersalaman dengan Auntie Rodziah manakala satu senyuman manis dihadiahkan kepada Uncle Qhairil.

"Ni la yer Erin? Cantik manis orangnya." Puji Auntie Rodziah.

Erin tersenyum malu mendapat pujian itu. Punggungnya dilabuhkan sebelah Puan Elisya. Entah kenapa Erin berasa janggal. Melihat wajah Auntie Rodziah yang sedang tersenyum merenungnya membuatkan Erin berasa mereka datang bukan sahaja untuk bertandang malah membawa hajat.

"Erin mesti tak kenalkan Auntie dan Uncle?" Tanya Untie Rodziah.

"Tak." Sepatah Erin menjawab sambil tersengih.

"Auntie kawan mama kamu tu. Auntie dan Uncle sebelum ni tinggal di LA dan baru hampir setahun kami pindah balik Malaysia. Sebab itulah Erin tak kenal kami." Terang Auntie Rodziah. Uncle Qhairil hanya mengangguk kepalanya.

"Auntie dengar Erin masih belajar?" Sambung Auntie Rodziah.

"Ha'ah Erin masih belajar. Tapi tahun ni dah final semester. Sekarang pun tengah bersiap untuk exam." Terang Erin.

"Ooo... bagus la kalau macam tu." Erin hanya tersenyum tipis.

"Kalau Auntie nak tanya sesuatu boleh?" Tanya Auntie Rodziah. Erin hanya menganggukkan kepalanya tanda boleh.

"Erin dah ada boyfriend?" Tanya Auntie Rodziah terus terang. Erin tetap tenang walaupun sedikit sebanyak soalan itu membuatkannya berasa hairan.

"Maaf kalau nampak soalan Auntie keterlaluan. Auntie cuma mahukan kepastian jer."

"Tak adalah Auntie. Erin ok jer. Erin tak ada boyfriend. Jawab Erin lembut.
"Auntie kamu ni bukan apa Erin. Yelah sekarang ni bukan senang nak jumpa budak muda macam Erin tak ada boyfriend. Semuanya berpasangan apatah lagi kalau dah punya rupa paras cantik macam Erin." Celah Uncle Qhairil yang dari tadi mendiamkan diri.

"Erin sibuk sangat sampai tak sempat nak fikir pasal couple. Lagipun siapalah yang nakkan Erin ni, Erin bukan cantik pun." Balas Erin merendah diri.

"Ishh siapa cakap Erin tak cantik? Erin cantik tau? Kalau Uncle masih muda dah lama Uncle pinang Erin." Gurau Uncle Qhairil membuatkan tawa di situ pecah. Pipi Erin terus terasa berbahang.

Seketika ruang tamu itu kembali sepi. Auntie Rodziah memandang suaminya sebelum memandang Tuan Zakri dan Puan Elisya silih berganti. Apabila mendapat anggukan dari kedua orang tua Erin, Auntie Rodziah terus membuka bicara tujuan sebenar bertandang ke rumah itu.

"Erin, sebenarnya Auntie dengan Uncle ada hajat datang ke sini. Auntie harap Erin dapat penuhi hajat kami berdua." Tenang Auntie Rodziah bersuara.

Erin pula mula tidak senang duduk. Betul tekaan awalnya tadi. Kedatangan mereka berdua punya hajat tertentu. Erin memandang wajah mamanya, mamanya menepuk lembut lengannya dengan anggukkan kepala.

"Apa hajat Auntie? Kalau Erin boleh penuhi InshaAllah Erin penuhi." Kata Erin sambil tersenyum.

Ketika itulah mata Erin terbuntang apabila Auntie Rodziah meletakkan kotak baldu merah hati di atas meja kopi depan mereka. Erin menelan liur yang terasa berpasir. Tak perlu buka dia sudah dapat mengagak apa yang terisi di dalam itu.

"Auntie Erin..." Erin tidak meneruskan kata-katanya sebaliknya memandang wajah Tuan Zakri dan Puan Elisya memohon bantuan dari kedua orang tuanya.

"Erin jangan risau. Kami tak perlukan jawapan Erin sekarang. Erin ambil la masa untuk berfikir. Kalau Erin dah ada jawapan nanti baru Erin katakan pada kami. Kami tak paksa Erin tapi kami harap jawapan yang Erin berikan nanti dapat membuat kami lepas nafas lega." Terang Uncle Qhairil.

"Betul kata Uncle tu Erin. Erin ambil dan simpan dulu cincin ni. Ambil masa selama yang Erin perlukan untuk membuat keputusan." Akhirnya Puan Elisya bersuara menyokong kata-kata Uncle Qhairil tadi.

Erin memandang kotak baldu di atas meja itu dengan perasaan serba salah. Tidak perlukan masa dia sudah ada jawapan. Jawapannya adalah tidak. Erin tidak pernah berfikir perkara itu apatah lagi berkahwin pada usia muda sepertinya. Tetapi melihat wajah Auntie Rodziah dan Uncle Qhairil membuatkan Erin tidak sampai hati untuk terus menolak.

"Ermm...Terima kasih sebab bagi Erin masa. Biarkan Erin simpan cincin ni dulu. Bila sudah ada jawapan, Erin sendiri akan cari Auntie dan Uncle nanti." Balas Erin seraya mengambil kotak baldu itu.

"Terima kasih Erin." Auntie Rodziah tersenyum lega. Dia berharap jawapan Erin nanti berpihak kepadanya.

"Eh Ziah, Ril jom la kita pergi makan. Tadi saya dah masak siap-siap untuk makan sekali dengan kamu." Pelawa Puan Elisya untuk menukar topik.

"Betul tu. Sibuk berbual sampai lupa jemput makan." Celah Tuan Zakri.

"Eh susah-susah jer."

"Tak ada yang susah Ziah. You bukan selalu datang sini."

"Betul tu. Jom la kita."

Mereka semua bangun menuju ke meja makan. Erin turut menyertai mereka walaupun ingin sahaja dia naik ke atas semula tetapi terasa kurang sopan pula jika dia berbuat begitu.

Next ->

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience