BAB 39

Romance Completed 119020

Rayyan memapah seorang perempuan duduk di atas kerusi yang tersedia di hospital itu. Kaki perempuan itu sudah pun berbalut.

"You okay?" Tanya perempuan itu apabila melihat Rayyan seperti tertekan.

"I okay." Jawab Rayyan ringkas. Dia turut melabuhkan duduk di sebelah perempuan itu untuk menanti ambil ubat.

"You nampak macam ada masalah. Gaduh dengan dia?" Tanya perempuan itu lagi. Rayyan pantas menggeleng.

"You dah bagitahu dia tentang kita?" Lagi-lagi perempuan itu mengajukan soalan. Sekali lagi Rayyan menggeleng.

"Bila you mahu berterus terang dengan dia? I tak nak nanti kalau dia tahu sendiri dan I di tuduh jadi perampas. Lagi teruk you dengan dia mungkin bergaduh besar."

"I tak jumpa masa yang sesuai untuk jujur dengan dia." Balas Rayyan.

"You selalu cakap benda yang sama. Lebih baik you jujur dengan dia secepat mungkin sebelum orang lain yang bagitahu dia apabila nampak kita bersama. I tak rasa dia akan percayakan you lagi lepas ni kalau dia tahu tanpa you yang bagitahu."

"Tapi I rasa dia sudah tahu..." Keluhan berat terlepas dari bibir Rayyan.

"Apa maksud you?" Perempuan itu terus memandang Rayyan.

"Tak ada apa. Lupakan pasal itu. Pandai la I uruskan dia nanti." Rayyan menarik nafas dalam lalu di hembus perlahan.

"I kalau boleh tak nak susahkan you tapi Amir tu pula terlalu berfikiran negetif. Padahal I boleh jer jaga diri I." Kata perempuan itu lebih kepada diri sendiri.

"Tak ada apa susah. Lagipun I buat semua ni sebab Amir. Dia tolong I jadi I tolong dia. Dia buat macam ni pun sebab dia sayangkan you. Dia tak nak apa-apa terjadi pada you." Balas Rayyan. Perempuan itu terus diam dan hanya tersenyum tipis.

"I bagi amaran pada you lagi. Jujur dengan dia sebelum dia tahu sendiri. Kalau itu yang berlaku, percayalah sampai bila pun dia tak akan percayakan you." Tegas perempuan itu.

Rayyan hanya mengangguk lalu memandang lurus ke depan. Bagaimana dia ingin jujur? Dia tidak pasti apa perasaan si dia terhadapnya.

*
* *
* *

Erin berdiri di depan pintu bilik Esya. Dia menarik nafas dalam sebelum mengetuk pintu bilik itu.

"Siapa?" Terdengar suara penghuni bilik itu dari dalam.

"Kak ni aku." Jawab Erin.

Erin menanti dengan sabar jika pintu bilik itu akan di buka untuknya. Setelah beberapa minit berlalu, masih juga pintu bilik itu tidak terbuka membuatkan Erin mengeluh. Sekali lagi Erin mengangkat tangan untuk mengetuk pintu bilik itu, tetapi belum pun sempat dia mengetuk, pintu bilik sudah terbuka.

"Kau nak apa?" Tanya Esya dingin.

"Boleh aku masuk?" Tanya Erin.

Esya tidak membalas sebaliknya dia terus membuka pintu bilik itu lebih luas membenarkan Erin masuk. Erin melepaskan nafas lega. Erin melihat Esya yang kembali duduk di atas katilnya. Erin teragak-agak ingin duduk di mana. Sudah lama dia tidak masuk bilik Esya. Terlalu lama!

"Duduk la!" Kata Esya apabila melihat Erin masih berdiri. Erin tersengih kekok. Perlahan dia duduk di birai katil.

"Kau sihat kak?" Tanya Erin memulakan bicara.

"Kau ada nampak aku sakit ke?" Tanya Esya semula. Erin pantas menggeleng.

"Baguslah kalau kau sihat. Dah lama rasanya kita tak jumpa." Erin memandang Esya yang menghadap telefon. Tiada balasan.

"Kau nampak makin cantik sekarang kak." Puji Erin ikhlas.

"Cakap apa yang kau nak cakap Erin. Tak perlu nak puji-puji aku. Buang masa. Taktik kau tu dah lapuk." Sekilas Esya memandang Erin.

Erin tersenyum tipis. Sedikit gembira apabila Esya masih ingat kelakuannya. Waktu kecil-kecil dulu dia suka memuji Esya cantik apabila ada sesuatu yang ingin dia katakan atau minta daripada Esya.

"Boleh aku tanya apa maksud kau tentang keluar jumpa skandal tadi?" Tanya Erin berterus-terang. Itu tujuan sebenar dia masuk ke bilik Esya.

"Tanya suami kau sendiri." Jawab Esya.

"Nampaknya kau tahu sesuatu. Boleh kau bagitahu aku kak?" Erin tahu Esya tahu tentang suaminya.

"Aku malas la nak cakap apa. Kalau kau nak tahu, tanya suami kau sendiri. Kalau aku bagitahu kau mungkin tak akan percaya dan kau mesti cakap aku mahu fitnah suami kau." Esya menatap wajah Erin. Wajah yang sangat mirip dengannya.

"Kalau aku tanya, belum tentu dia mahu jujur dengan aku." Erin melepaskan keluhan berat.

"Jadi itu bukan masalah aku." Balas Esya.

Erin mengeluh lagi. Esya enggan bercerita. Erin ingin tahu apakah benar gambar yang selalu dia terima itu adalah skandal yang cuba Esya maksudkan. Atau dia dan orang yang menghantar gambar itu salah faham?

"Kau boleh keluar. Aku rasa tak ada apa yang perlu kita cakapkan." Kata Esya tegas.

"Okay." Erin pantas bangun berdiri dan menuju ke pintu.

"Erin..." Panggilan daripada Esya itu membantutkan langkah Erin yang baru ingin keluar.

"Hurmm?" Erin kembali berpusing memandang Esya yang turut memandangnya.

"Tak ada apa la. Kau boleh keluar." Kata Esya. Erin menggeleng.

Erin terus melangkah keluar dari bilik Esya. Pintu itu di tutup rapat. Nampaknya dia sendiri yang patut turun padang siasat. Tetapi bagaimana? Dan macam mana kalau kenyataan nanti seperti yang dia fikirkan? Kuat ke dia ketika itu?

Tetapi dalam masa yang sama Erin terfikirkan Esya. Entah kenapa dia dapat rasakan ada kelainan pada Esya tetapi tidak pasti apa itu. Wajah Esya juga terlihat seperti menanggung satu beban walaupun Esya cuba menutup dengan menghadap telefon.

*
* *
* *

Apabila masuk waktu makan tengah hari, semua mula berkumpul di meja makan termasuk Rayyan yang baru sampai. Cuma Esya sahaja tidak menyertai mereka. Erin langsung tidak mengendahkan kehadiran Rayyan di meja makan. Masih terasa dengan apa yang berlaku dalam kereta pagi tadi.

"Ayyan ambil la makan. Mama masak biasa-biasa jer. Teringin pula nak makan menu masakan kampung." Kata Puan Elisya sebaik sahaja mereka semua selesai mengaminkan doa.

"Tak apa mama. Rayyan tak cerewet tentang makanan. Semua Ayyan makan." Jawab Rayyan tersenyum tipis. Rayyan melihat Erin sudah pun mula menyuap nasi ke mulut.

"Tu ikan bakar, cicah dengan air asam. Erin yang bersungguh buat semua tu. Habis melecur tangan gara-gara terpegang bara api waktu bakar ikan tadi." Kata Puan Elisya. Kepala di geleng. Tak nak dengan teguran orang tua, begitulah.

"Sayang ok?" Tanya Rayyan sambil memandang Erin. Dia melihat jari tangan kiri Erin kemerah-merahan.

"Ok." Balas Erin pendek.

Rayyan tahu Erin pasti merajuk dengannya. Lihatlah wajahnya yang dingin itu. Dari tadi tidak mahu bercakap dengannya.

"Meh sini biar abang suapkan." Pelawa Rayyan. Saja ingin memujuk.

"Tak payah. Yang sakit tangan kiri bukan kanan. Lagi pun sakit sikit saja. Masih boleh makan sendiri." Tolak Erin. Puan Elisya dan Tuan Zakri mula memandang Erin pelik.

"Erin...tak baik cakap macam tu dengan suami." Tegur Tuan Zakri lembut. Erin tidak membalas sebaliknya meneruskan suapannya.

"Ayyan dari mana?" Tanya Puan Elisya.

"Jumpa kawan lama." Jawab Rayyan. Tangannya di hulur untuk mengambil ikan bakar dan air asam.

"Kawan Ayyan dari LA tu?" Tanya Tuan Zakri pula.

"Ha'ah. Mana papa tahu?"

"Hari tu papa ada terserempak dengan daddy kamu. Waktu tu dia ada sekali. Jadi daddy kamu la yang kenalkan dia sahabat kamu waktu di LA dulu." Jelas Tuan Zakri. Rayyan mengangguk faham.

"Papa dengar dia dan keluarga dalam proses pemindahan ke sini?" Kata Tuan Zakri lagi.

"Betul tu papa. Sekarang pun dia asyik berulang alik dari LA ke KL, KL ke LA untuk uruskan semuanya. Maklumlah papanya pun dah uzur jadi tak mampu untuk tolong sepenuhnya. Dia pula anak tunggal." Jawab Rayyan.

"Dah la. Makan la dulu. Nanti kita bercerita." Celah Puan Elisya apabila mendengar Tuan Zakri dan Rayyan berbual tanpa menyentuh makanan.

"Yelah. Jemput makan Ayyan. Jangan malu-malu." Kata Tuan Zakri.

Rayyan hanya mengangguk. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan di kunyah perlahan. Tepat tekaannya, masakkan Erin tidak pernah mengecewakan.

Orang pertama yang bangkit dari meja makan itu pastilah Erin. Rayyan memandang Erin yang berjalan ke arah sinki. Wajah itu terlihat muram dan dingin.

Setelah membersihkan tangan dan pinggan yang di gunakan, Erin terus berlalu dari ruang makan itu tanpa menghiraukan pandangan yang ada di meja makan terhadapnya.

"Ayyan gaduh dengan Erin?" Tanya Puan Elisya. Dia dapat rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan anak menantunya. Kalau tak, tidak mungkin Erin senyap sahaja.

"Tak. Mungkin Erin merajuk sebab Ayyan dah janji nak balik rumah mama sama-sama tapi tiba-tiba Ayyan keluar jumpa kawan." Jawab Rayyan.

"Maknanya Ayyan mesti pujuk dia. Jangan biarkan merajuk begitu. Susah Ayyan nanti." Kata Puan Elisya. Rayyan pantas mengangguk.

Sambil menguyah nasi, sambil itulah otak Rayyan ligat berfikir bagaimana dia ingin memujuk Erin. Melihat kebisuan Erin itu membuatkannya tidak dapat duduk senang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience