BAB 56

Romance Completed 119020

Erin yang baru keluar dari bilik air berkerut dahi tidak melihat kelibat Rayyan. Hanya ada sepasang dress berwarna merah hati sahaja di atas katil. Erin terus merapati katil itu. Sekeping kertas yang ada di atas dress itu diambil.

'Jumpa abang dekat pantai.' Itulah yang tertulis di kertas itu. Erin tertanya-tanya apa lagi yang lelaki itu rancangkan. Hari itu, dia sudah dapat bermacam kejutan. Cepat-cepat Erin menyarung dress itu ke tubuhnya.

Setelah siap, Erin melangkah keluar dari resort. Perlahan kakinya dihayun menuju ke pantai. Sempat Erin melihat pelacong lain yang sedang menikmati suasana malam di Pulau Redang itu.

Dalam pada itu, sekilas Erin melihat kelibat seseorang. Erin cuba mencari balik sosok tubuh yang hilang di sebalik orang ramai. Dia salah lihat ke? Rasanya dia seperti melihat Alicia tadi. Melilau Erin mencari sosok tubuh yang dilihat sekilas tadi, tetapi tidak ada.

Erin menggeleng kepala. Mungkin dia salah lihat? Mana mungkin Alicia berada di situ kerana dia tahu sahabatnya itu sedang berada jauh di negara orang. Dia terlalu rindukan sahabatnya itu.

Erin meneruskan langkahnya menuju ke pantai. Sampai di persisiran pantai, Erin mencari kelibat Rayyan. Tidak ada. Dia langsung tidak nampak kelibat Rayyan. Erin mendengus sebal apabila Rayyan tidak ada di situ padahal Rayyan memintanya ke pantai.

Erin berpusing berpeluk tubuh menghadap laut yang kelam. Bunyi desiran ombak begitu menenangkan. Erin terfikir, bila kali terakhir dia rasa setenang itu. Seluruh tubuhnya terasa ringan seolah satu beban terbang pergi. Pantas Erin memejamkan matanya.

Sebaik membuka matanya kembali, Erin terkejut. Suasana menjadi begitu gelap. Tidak ada lagi bunyi bising suara pelacong lain. Seketika Erin terkaku. Perlahan tubuhnya di pusing ke belakang. Lampu-lampu di resort juga mati.

"Erin..." Samar-samar Erin dapat menangkap bunyi suara seseorang memanggil namanya.

"Erin..." Sekali lagi suara itu menyapa pendengaran Erin.

"Abang. Abang kat mana?" Tanya Erin. Erin yakin itu adalah suara Rayyan. Erin mengecilkan matanya cuba mencari kelibat Rayyan di dalam kegelapan malam.

Seketika, suasana yang gelap tadi, terus bertukar cerah. Semua lampu kembali terpasang. Erin juga terkejut melihat sekarang dia sudah dikelilingi lampu LED yang membentuk, bentuk hati. Tertanya-tanya sejak bila lampu LED itu ada disekelilingnya.

"Sayang..." Erin panggung kepala memandang ke arah datangnya suara itu.

Erin terkaku. Kedua tangannya naik menekup mulut terkejut. Erin memandang Rayyan dengan rasa tidak percaya. Bukan sahaja Rayyan yang ada, malah di belakang lelaki itu, semua ada. Mama, papa, Esya, Khaleed, daddy, mummy, Raiq dan Alicia yang sedang tersenyum memandangnya. Dan disekelilingnya, pelancong lain turut memandangnya.

Erin hanya memandang Rayyan dan keluarga mereka berjalan mendekatinya. Jantung Erin berdegup laju. Dia tertanya-tanya itukah suprise yang dimaksudkan oleh Rayyan? Jika benar, Erin akui itu benar-benar kejutan. Dia terkejut dengan kehadiran keluarganya dan keluarga mentuanya.

Apabila Rayyan sudah berdiri tegak di depannya, Erin terus ingin membuka mulut untuk berkata-kata tetapi Rayyan terlebih dahulu memberi isyarat supaya Erin tidak bersuara. Erin menurut. Rayyan pantas tersenyum manis melihat kepatuhan Erin.

Erin mula terfikir kejutan apa pula yang seterusnya. Apatah lagi Rayyan tidak membenarkan dia membuka mulut. Sekali lagi Erin memandang sekelilingnya. Situasi itu...wajah Erin terus berubah. Jangan cakap... Erin memandang tepat ke dalam anak mata Rayyan.

Saat itu juga Rayyan mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya dan ia merupakan sehelai kain putih yang telah dicoretkan sesuatu menggunakan permanent marker. Setelah membuka lipatan kain itu, Rayyan menunjukkan pada Erin. Erin terkesima. Seperti yang bermain di fikirannya.

"Will you stay by my side for the rest of my life Erin Aulya?"

Itulah apa yang tercoret di kain putih itu. Air mata Erin terus jatuh berguguran menyetuh pipi gebunya. Dia tidak sangka itu kejutan yang Rayyan siapkan. Situasi yang sangat sama, cuma perasaan yang berbeza. Jika dulu kerana terpaksa tetapi sekarang kerana cinta.

Setelah beberapa minit, suasana bertukar riuh dengan suara pelancong supaya Erin mengatakan 'YES'. Semakin lebat air mata Erin. Dia sungguh terharu. Langsung tidak menjangkakan bahawa situasi dahulu kembali terulang tetapi keadaan yang lebih istimewa.

"Yes I will!" Jawab Erin sambil mengangguk kepalanya.

Sekali lagi suasana riuh malah lebih riuh daripada tadi kerana suara jeritan 'Taniah' diiringi oleh bunyi tepukan tangan. Rayyan tersenyum tetapi air matanya turut mengalir. Pantas Rayyan menarik nafas dalam cuba menahan sebak di dada.

Kini Alicia mendekat dengan mereka. Dia menghulurkan satu kotak baldu yang berisi dengan cincin. Cincin perkahwinan mereka sebelum ini. Erin terus memandang jarinya. Ye! Kenapa dia tidak sedar cincin itu terlepas dari jarinya. Tetapi Erin lega, kerana cincin itu kembali tersarung di jari manisnya.

"Maaf abang bagi cincin sama. Abang tak akan tukar cincin ni kerana hanya cincin menjadi bukti bagaimana kita terikat." Kata Rayyan perlahan. Erin pantas mengangguk faham.

Rayyan berdiri di sisi Erin, setelah itu, Puan Elisya dan Tuan Zakri terus mendekat. Pantas Erin memeluk erat Puan Elisya. Bagaimana dia ingin menebus rasa bersalahnya kerana pernah timbul rasa marah terhadap mamanya kerana hal itu sebelum ini sedangkan sekarang dia bahagia kerana hal itu? Erin hanya mampu menangis teresak-esak di bahu Puan Elisya.

"Kenapa sedih sangat ni hurmm?" Puan Elisya mengusap belakang Erin lembut. Cuba menenangkan Erin. Erin pantas menahan nafas buat beberapa saat. Perasaannya sedikit tenang.

Erin meleraikan pelukan pada tubuh Puan Elisya. Dia beralih memeluk tubuh Tuan Zakri pula. Tuan Zakri turut membalas pelukan itu. Kepala Erin yang berlapis selendang diusap penuh kasih sayang. Hatinya tidak berhenti mengucup rasa syukur atas kebahagiaan anaknya yang satu itu.

Puan Elisya menyerahkan sekeping kertas kepada Erin sebaik sahaja meleraikan pelukan pada tubuh Tuan Zakri. Erin menyambut kertas itu dengan senyuman dan terus membaca apa yang tertulis di kertas itu.

"Mama dan papa menumpang bahagia atas kebahagiaan Erin sekarang. Tiada yang lebih baik untuk kami melainkan mendengar anak kesayangan mama dan papa sangat bahagia sekarang. Semoga rumah tangga Erin kekal hingga ke jannah. Kami tak sabar untuk lihat cucu pertama kami nanti."

Erin menyeka air matanya. Dia kembali menatap wajah Puan Elisya dan Tuan Zakri. Kepalanya diangguk. Setelah itu, Puan Rodziah dan Tan Sri Qhairil pula mendekat. Puan Rodziah turut memberi sekeping kertas sepertimana Puan Elisya memberikan kepadanya tadi. Satu senyuman Erin ukirkan untuk mentuanya sebelum tulisan di kertas itu dibaca.

"Terima kasih Erin. Terima kasih atas segalanya terutama sekali baby yang bakal lahir nanti. Kami tak sabar nak tunggu detik-detik itu. Sekarang mummy rasa sayang mummy melebihi rasa sayang mummy pada Ayyan." Erin tersenyum lebar membaca ayat akhir itu. Rayyan yang mencuri pandang kertas itu hanya berdecik sebal dengan mummynya.

"Daddy pun tak kisah lepasni daddy akan jatuh pangkat." Sempat Tan Sri Qhairil berkata. Erin hanya tertawa kecil.

Erin bergerak memeluk Puan Rodziah. Terima kasih meniti di bibirnya walaupun suaranya sudah tenggelam timbul. Puan Rodziah mengusap belakang Erin membuatkan Erin berasa semakin tenang. Setelah Puan Rodziah dan Tan Sri Qhairil mundur, Esya dan Khaleed pula mendekat.

Erin tersenyum kepada kakak dan abang iparnya. Esya menghulurkan tangan menyeka air mata Erin yang masih tidak berhenti mengalir. Setelah itu, dia Esya menghulurkan kertas kepada Erin. Erin menyambut kertas itu dengan ucapan terima kasih.

"Firstly, akak dan abang minta maaf atas apa yang berlaku sebelum ini. Hanya kerana kami, Erin dan Rayyan yang menanggung. Kami juga ingin berterima kasih kepada Erin. Taniah untuk Erin dan Rayyan. Kami berdua tumpang bahagia atas kebahagiaan Erin. Kami juga berdoa semoga rumah tangga Erin sekuat seorang yang bernama Erin Aulya." Erin menekup wajahnya membaca ayat itu. Air matanya yang hampir kering kembali lebat turun membasahi pipi.

Esya pantas bergerak memeluk Erin. Dia hanya diam membiarkan Erin menangis di bahunya. Puan Elisya dan Tuan Zakri yang melihat menahan air mata dari mengalir. Akhirnya doa mereka dimakbulkan Allah. Melihat dua beradik kembali berbaik.

"Jangan lupa untuk compare anak siapa lebih cantik or hensem nanti." Bisik Esya sebaik Erin kembali tenang.

"Deal!" Jawab Erin. Dia pantas meleraikan pelukan.

Esya dan Khaleed terus berundur. Kini giliran Raiq pula mendekat. Raiq menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Rayyan sudah menggeleng melihat abangnya manakala Erin ternanti-nantikan kertas daripada Raiq.

"Actually abang tak sediakan kertas macam yang lain." Kata Raiq tenang. Terus terlopong semua mulut yang ada di situ.

"Abang tak tahu pun konsep dia macam ni. Ayyan tak cakap apa-apa. Ayyan cuma ajak abang datang ke sini." Jujur Raiq tetapi mendapat jelingan tajam daripada Rayyan.

"Ahh apa pun. Taniah Erin. Terima kasih kerana sanggup terima Ayyan yang tak pernah nak kalah ni. Along harap Erin dikurniakan kesabaran setebal wallet Ayyan untuk hadapi perangai Ayyan di nasa-masa akan datang." Cepat-cepat Raiq berundur lalu menyorok di belakang Puan Rodziah apabila melihat pandangan Rayyan terhadapnya. Erin pula sudah ketawa terkekeh-kekeh. Kesabaran setelah wallet Rayyan?

Orang terakhir. Orang yang sangat ditunggu-tunggu Erin. Erin memandang wajah Alicia yang sudah berdiri tepat di depannya. Air matanya cuba ditahan agar tidak mengalir lagi. Jadi betullah orang yang dia pandang sekali imbas tadi adalah Alicia? Alicia menghulurkan sekeping kertas kepada Erin.

"So how babe? Kau percaya sekarang tentang kebahagiaan yang aku cakapkan dulu? Kau percaya sekarang dengan apa yang terjadi dulu membawa makna yang sangat istimewa sekarang? Doa aku untuk kau sampai ke langit. Syukur Alhamdulillah. Congratulations babe. Taniah untuk kebahagiaan kau sekarang. Aku tak sabar nak tunggu anak fruit aku lahir."

Erin memandang Alicia dan mengangguk. Ye dia percaya sekarang. Dia percaya dengan jalan yang Allah telah tetapkan untuknya itu. Perlahan Erin bergerak memeluk Alicia. Air mata yang ditahan tetap mengalir. Alicia menggeleng.

"Dah la tu nangis. Kau tak bosan ke asyik nangis jer? Dulu nangis kononnya tersakiti, sekarang dah bahagia pun kau nak nangis ke? Dah tu bila nak senyumanya?" Kata Alicia. Erin mencebik. Dia pantas mencubit Alicia geram membuatkan Alicia terjerit sakit.

Rayyan yang melihat sahabat itu menggeleng tetapi bibirnya merekah dengan senyuman. Raiq yang masih berada di belakang Puan Rodziah turut tersenyum melihat senyuman Alicia. Matanya tidak lepas memandang gadis yang baru ditemui beberapa jam yang lalu.

"Sesuaikan kalau jadi menantu mummy yang kedua?" Bisik Raiq di telinga Puan Rodziah. Puan Rodziah pula mencubit Raiq tetapi tidak dinafikan dia juga sukakan sahabat menantunya itu.

"Sayang, belum habis..." Kata Rayyan yang dari tadi mendiamkan diri.

Kini Erin berpusing menghadap Rayyan. Rayyan pula memegang bahu Erin lalu memusing lembut tubuh Erin menghadap ke arah pantai. Sempat dia tarik Erin untuk berundur beberapa tapak ke belakang.

"3, 2, 1..."

Dan saat itu juga, beberapa mercun naik dan meletup di udara. Erin terkejut. Matanya membulat cantik. Letupan mercun itu pula bukan letupan biasa melainkan membawa ayat iaitu I Love You. Suasana kembali riuh dengan jeritan dan tepukan melihat suasana itu. Erin memeluk erat lengan Rayyan. Matanya tidak lepas memandang mercun yang terus meletup di udara.

Suddenly idea tiba2 datang mencurah-curah...tiga jam hadap fon nak siapkan dua chapter...berpinar rasanya mata...tak nak tunggu esok...sebab Ariss tahu semua tunggu Erin dan Rayyan sangat lama...HAPPY READING!!

Share this novel

Rohani Hussin
2023-09-12 15:13:25 

lama tertunggu2 sambungannya..tq ye update


NovelPlus Premium

The best ads free experience