BAB 5

Romance Completed 119020

Seperti yang dijanjikan dengan Puan Elisya, Erin akan pulang ke rumah. Di dalam kereta, Erin hanya duduk santai melihat ke luar cermin kereta. Dia sudah dapat mengagak sebab Puan Elisya menyuruhnya pulang ke rumah dan dia sedikit pun tidak gugup. Sudah dua malam dia melakukan solat istikharah. Erin pasti dengan jawapannya dan Erin percaya Allah telah menetapkan sebaik-baik jalan untuknya.

Sampai sahaja di rumah, Erin terus keluar dari perut kereta. Setelah mengucapkan terima kasih kepada Pak Om, langkah kakinya dibawa masuk ke dalam rumah. Tidak kelihatan sesiapa di ruang tamu. Erin menuju ke dapur. Juga sama, hanya kelihatan Mak Ngah sahaja. Erin terus berlari lalu memeluk Mak Ngah dari belakang.

"Assalamualaikum Mak Ngah." Ucap Erin sebaik memeluk tubuh Mak Ngah. Mak Ngah terkejut dengan pelukan Erin ketika itu.

"Waalaikumsalam. Ya Allah Erin! Terkejut Mak Ngah tahu!" Mak Ngah terus berpusing menghadap Erin.

"Hehehe...sorry Mak Ngah. Erin rindu Mak Ngah sangat." Erin mengeratkan lagi pelukannya pada tubuh Mak Ngah. Mak Ngah turut membalas pelukan Erin.

"Tu la, siapa suruh balik rumah dua bulan sekali? Kesian kat Mak Ngah tau? Hari-hari tunggu Erin balik tapi Erin tak juga balik. Lepas ni bila dah jadi isteri orang, lagi la susah nak jumpa." Balas Mak Ngah. Belakang Erin digosok lembut.

"Alaaa Mak Ngah bukannya Erin tak nak balik, tapi Erin malas la gaduh dengan kakak. Ah satu lagi, kalau Erin jadi isteri orang sekalipun, Erin tetap akan balik sini." Pujuk Erin. Pelukannya dileraikan.

"Mak Ngah dengar bakal suami kamu tu anak Tan Sri, betul ke?" Tanya Mak Ngah ingin tahu.

"Betul Mak Ngah." Jawab Erin.

"Wahh untungnya kamu. Jadi menantu orang kaya la nanti."

"Mak Ngah ni, Erin tak pandang semua tu. Erin terima sebab ikhlas "

"Apa kamu cakap tadi? Kamu terima? Bermakna kamu dah ada keputusan la ni?" Tanya Mak Ngah tidak percaya.

"Ye. Erin setuju. Erin tak nak kecewakan mama dan Auntie. Jadi Erin terima dengan seikhlas hati Erin." Jawab Erin yakin.

"Alhamdulillah! Puan dah tahu?"

"Belum. Erin fikir nak bagitahu nanti. Lagipun mama ada jemput Auntie datang sinikan hari ni?"

"Ermm betul tu. Ni Mak Ngah tengah masak untuk makan tengah hari nanti la." Erin mengangguk kepalanya.

"By the way Mak Ngah, mana mama papa kakak? Senyap jer?" Tanya Erin apabila masih tidak kelihatan kelibat tiga beranak itu.

"Puan dan Tuan ada kat belakang tu. Esya ke mana lagi kalau tak keluar? Lepas sarapan tadi terus keluar." Jawab Mak Ngah.

"Ooo...kalau macam tu Erin pergi jumpa mama dan papa kat belakang sekejap. Lepastu Erin tolong Mak Ngah masak."

"Ha yela. Ada juga teman untuk Mak Ngah membawang sambil memasak nanti." Balas Mak Ngah. Erin tersenyum sebelum berlalu dari dapur untuk pergi mendapatkan Puan Elisya dan Tuan Zakri.

Erin mengerling jam di dinding yang sudah menunjukkan pukul satu tengah hari. Pantas Erin meminta izin untuk naik ke bilik. Dia mahu membersihkan diri dan menunaikan solat zohor.

Selesai solat zohor dan bersiap, Erin turun semula ke bawah. Dia membantu Mak Ngah menghidangkan makan tengah hari. Boleh tahan banyak mereka memasak, seolah mahu kenduri pula tetapi Erin tetap tersenyum puas dengan hasil air tangannya.

"Erin jom ke depan sayang. Auntie dan Uncle dah sampai!" Terdengar suara Puan Elisya memanggilnya dari depan.

"Kejap mama!" Balas Erin. Dia bergegas ke sinki mencuci tangannya sebelum ke depan.

Sampai di depan, Erin sedikit terkejut apabila melihat Rayyan turut menyertai kedua orang tuanya. Terus mati senyuman Erin. Dengan perlahan Erin tunduk menyalami tangan Puan Rodziah tanpa menghiraukan pandangan Rayyan terhadapnya.

"Jemput la masuk semua." Erin bersuara perlahan.

Mereka semua melabuhkan punggung di atas sofa ruang tamu itu. Tiba-tiba Erin berasa gugup. Dia duduk berdepan dengan Rayyan. Pandangannya tajam Rayyan menikam dirinya. Erin menggempal tangannya erat menahan rasa gemuruh.

"Erin sihat?" Tanya Puan Rodziah.

"Alhamdulillah sihat Auntie. Auntie dengan Uncle pula?"

"Alhamdulillah kami sihat." Balas Tan Sri Qhairil. Erin mengukir senyuman manis.

Suasana kembali sepi. Erin terus bermain dengan jemarinya sendiri. Rasa gementar cuba ditahan.

"Erin dah ada keputusan soal risikkan tu?" Tanya Puan Rodziah lembut.

Erin terus memandang tepat ke wajah Puan Rodziah. Wajah Puan Elisya di sisinya turut dipandang. Puan Elisya tersenyum turut menanti jawapan dari Erin. Erin menggigit bibir apabila semua mata tertumpu padanya.

"Erin..." Erin tidak meneruskam kata-katanya. Dia memandang wajah Rayyan yang turut memandangnya. Lelaki itu terus mengangkat kening apabila pandangan mereka bersatu.

"Erin terima risikkan tu." Lancar Erin memberi kata putus. Semua yang ada di situ mula tersenyum apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut Erin sebentar tadi.

"Betul ke ni Erin terima? Erin tak terpaksakan?" Tanya Tan Sri Qhairil.

"Erin ikhlas terima. Sedikit pun tidak terasa terpaksa." Jawab Erin tenang. Terasa lapang dadanya apabila dapat meluahkan semua itu.

"Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Erin. Auntie gembira sangat-sangat." Kata Puan Rodziah gembira. Begitu juga dengan Puan Elisya. Bahu Erin diusap lembut.

"Sama-sama Auntie." Balas Erin sambil tersenyum manis.

"Kalau macam tu, kita dah boleh buat majlis bertunang dulu. Minggu depan? Lagipun masih berbaki satu bulan lagi sebelum Erin tamat belajar. Rasanya semuanya dah boleh mulakan." Celah Puan Elisya. Puan Rodziah mengangguk bersetuju dengan cadangan Puan Elisya.

"Erin setuju?" Tanya Puan Elisya kepada Erin. Erin hanya mengangguk walaupun dia berasa begitu cepat.

"Ehem! Mummy Auntie, maaf Rayyan mencelah. Boleh bagi Ayyan bercakap dengan Erin sekejap? Berdua." Celah Rayyan. Semua mata mula tertumpu ke arahnya.

"Ya Allah gembira sangat sampai lupa Ayyan ada. Boleh Ayyan. Silakan." Jawab Puan Elisya.

"Ye betul tu. Ehh Ril, Ziah jom la kita ke meja makan dulu." Ajak Tuan Zakri yang sememangnya dari tadi hanya menjadi pendengar.

"Hah yelah. Kami tunggu kamu berdua di meja makan okay?" Mereka berempat terus bangun dan beredar menuju ke meja makan. Erin dan Rayyan pantas mengangguk.

*
* *
* *

Sebaik sahaja kelibat orang tua mereka hilang, Rayyan terus memandang tajam ke arah Erin. Erin menelan liur melihat pandangan itu. Rasanya mahu sahaja dia menghilang.

"You gila ke? Yang you pergi terima tu kenapa?!" Tanya Rayyan bengang. Suaranya ditahan agar tidak melenting.

"Awak yang suruh saya bertindak dulu jadi itulah keputusan saya. Muktamad!" Jawab Erin berani.

"Huh kenapa tiba-tiba? Bukan ke sebelum ni you sendiri tidak setuju? You cakap you belum sedia nak jadi isteri pada umur muda seperti you!"

"Saya tak sanggup untuk tengok wajah kecewa mama dan Auntie. Jadi itulah keputusan yang terbaik untuk melihat mereka tersenyum."

"Jadi macam mana dengan kita? You fikir dengan keputusan you ni akan buat kita gembira?"

"Awak ni kenapa? Awak sendiri cakap awak tak nak tengok mummy awak sedih, jadi ini la jalan terbaik. Walaupun kita terpaksa berkorban tapi untuk orang yang kita sayang juga!" Erin mula meluat dengan hujahan Rayyan.

"I tak kira, I nak you tarik balik apa yang you katakan tadi!" Arah Rayyan tegas.

"No! Saya tak akan tarik balik apa yang saya katakan. Keputusan saya muktamad! Kalau awak tak setuju, apa kata awak pergi cakap kat family awak yang awak tak setuju?"

"Ok fine! Kalau macam tu kita kahwin. Tapi you jangan menyesal."

"Saya tak akan menyesal dengan apa yang saya katakan."

Erin tersenyum sinis kepada Rayyan membuatkan Rayyan mengetap gigi. Erin terus bangun lalu berjalan menuju ke ruang makan. Rayyan mendengus sebal sebelum bangun dan mengikut Erin menuju ke ruang makan.

"Dah selesai?" Tanya Puan Rodziah. Erin dan Rayyan lantas mengangguk.

"Jadi setuju?" Tanya Puan Elisya pula.

"Kami setuju. Mungkin sudah ditakdirkan kami untuk bersama." Balas Rayyan sambil tersenyum kepada Puan Elisya. Erin menjeling meluat dengan Rayyan.

Puan Elisya dan Puan Rodziah tersenyum lega. Tidak lupa juga Tuan Zakri dan Tan Sri Qhairil. Mereka bersyukur kerana anak mereka menerima tanpa bantahan.

happy reading!!! ariss harap tak ada kesalahan ejaan. dah cek dua kali dah ni. kalau ada abaikan jer la...hehehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience