BAB 28

Romance Completed 119020

Erin mengacau gulai ayam yang sedang mendidih itu perlahan. Setelah itu, Erin menitiskan sedikit kuah gulai itu atas tapak tangannya untuk di rasa. Erin tersenyum puas. Cukup rasa. Gulai ayam itu adalah permintaan Rayyan untuk makan tengah hari nanti.

Dua, tiga hari ini, hubungannnya dengan Rayyan bertambah baik. Ada sedikit perubahan. Rayyan juga kerap bermanja dengannya. Selalu memintanya memasak itu ini untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam. Nasib baiklah makanan yang diminta oleh Rayyan itu tidak susah untuk disediakan.

Erin tunduk sedikit untuk mengecilkan api dapur apabila kuah gulai itu hampir keluar dari periuk. Setelah itu, Erin kembali menegakkan tubuhnya. Seketika Erin tersentak tubuhnya tiba-tiba di peluk dari belakang. Tidak semena-mena tubuhnya mengeras untuk beberapa saat.

"Dah siap hurmm?" Perlahan suara itu tetapi cukup rapat di telinga Erin sehingga meremang bulu roma Erin merasakan hembusan nafas di lehernya.

"Dah hampir siap. Awalnya awak sampai?" Jawab Erin sambil menggeliat kegelian. Pelukan Rayyan pada pinggangnya terasa semakin kemas.

"Saya lapar." Bisik Rayyan. Belakang leher Erin yang berlapis dengan rambut panjangnya di kucup lembut oleh Rayyan.

"Awak sabar kejap jer lagi. Awak pergi la duduk sana." Erin cuba menghalang perbuatan Rayyan. Dia tidak selesa kerana kerjanya terganggu.

"Saya tak boleh nak sabar. Cepatlah." Rayyan mengemaskan lagi pelukannya pada tubuh Erin apabila Erin cuba meleraikan pelukan itu. Telinga Erin dikucup lembut.

"Pergi la sana. Makin lambat saya masak, makin lambat awak boleh makan." Erin menoleh sekilas melihat wajah Rayyan. Wajah itu begitu hampir dengannya.

"Saya tak nak makan gulai tu." Kata Rayyan seraya meleraikan pelukannya. Dia berdiri di sisi Erin.

"Habistu awak nak makan apa?" Tanya Erin semula. Jangan cakap suruh dia masakkan benda lain pula!

"Saya nak makan awak..." Jawab Rayyan separa berbisik. Erin menutup matanya mendengar jawapan itu. Tiba-tiba wajahnya terasa panas.

"Boleh?" Meleret suara Rayyan bertanya dengan senyuman nakal di bibir.

"Ishh apa ni? Pergi la duduk sana!" Erin memandang Rayyan dengan wajah garang seolah sedang marah. Ishh setiap hari mahukan itu pula. Ingat dia apa?

"Selagi awak tak bagi saya tak akan duduk sana!" Tegas Rayyan. Erin menelan liur kesat. Dah kenapa dengan suaminya itu.

"Awak nak apa ni? Masih siang la." Erin mula rasa tidak selesa. Kerjanya terbatas dengan rengekan Rayyan itu.

"Awak tahu tak berdosa menolak keinginan suami Erin Aulya?" Rayyan tersenyum jahat tetapi Erin mula mendengus tidak puas hati.

"Tapi kenapa? Bukan ke sebelum ini awak tak nak semua ni berlaku?!" Bentak Erin tidak puas hati. Riak wajah Rayyan terus berubah mendengar kata-kata yang lancar keluar dari mulut Erin sebentar tadi.

"Okay!" Rayyan terus melangkah menjauh dari Erin.

Erin memejamkan matanya rapat. Bibirnya digigit kuat. Rasanya ingin sahaja dia menampar mulutnya sendiri. Dia tidak suka apabila kerja di dapur terganggu. Sudahnya dia akan berasa marah dan bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu.

"Awak..." Erin memandang Rayyan yang sudah duduk di meja makan. Wajah tegang itu membuatkan Erin rasa bersalah.

Erin terus mematikan api dapur. Dia mahu menghidangkan makan tengah hari kepada Rayyan. Melihat wajah serius Rayyan itu membuatkan Erin berasa pening. Sudah semestinya Rayyan terasa dengan kata-katanya sebentar tadi.

Rayyan hanya melihat sahaja Erin yang bergerak ke hulu ke hilir tanpa perasaan. Dari kata-kata Erin tadi, dia telah sedar tentang sesuatu hakikat. Ye! Kenapa dia bertindak seperti itu. Kenapa dia boleh jatuh ke dalam pelukan Erin dua malam lepas hanya kerana kata-kata Erin yang mencabar egonya?

Rayyan meraup kasar rambutnya. Dia telah tersasar. Jauh tersasar dari perancangannya. Dia tidak sepatutnya menyentuh Erin malam itu dan malam setelahnya. Rayyan mengeluh. Tidak tahu ingin marah kepada Erin yang segaja perangkap dirinya atau marah dirinya kerana terlalu terpengaruh dengan kata-kata Erin.

*
* *
* *

Erin memandang kereta Rayyan yang bergerak meninggalkan perkarangan rumah. Tidak tahu bagaimana ingin dia katakan tetapi hanya dengan mengeluh sahaja dapat dia menggambarkan rasanya ketika itu.

Rayyan betul-betul marah padanya. Salamnya juga tidak bersambut apatah lagi maafnya. Rayyan tidak mengendahkan permintaan maafnya. Sebaliknya selesai makan, Rayyan terus masuk ke dalam kereta dan bergerak meninggalkan rumah.

"Bodoh la kau Erin! Kau dah hancurkan rancangan kau sendiri!" Marah Erin kepada diri sendiri sambil berjalan masuk ke dalam rumah. Terkumat-kamit mulutnya membebel kepada diri sendiri kerana telah membuat masalah. Dalam pada itu, telefonnya tiba-tiba berbunyi membuatkan Erin menjerit terkejut.

"Ishh!" Erin mendengus sambil mengeluarkan telefon dari poket seluarnya. Terlihat ada satu pesanan ringkas dari mummynya.

'Assalamualaikum Erin. Erin ada apa-apa rancangan tak dengan Ayyan hujung minggu nanti?' - Puan Rodziah.

Erin mengerutkan dahi membaca pesanan ringkas itu. Tiba-tiba sahaja mummynya bertanya jika dia ada rancangan hujung minggu nanti dengan Rayyan. Rancangan apa? Rancangan berperang? Rayyan mana pernah ada di rumah setiap kali hujung minggu. Entah ke mana lelaki itu pergi pun dia tidak tahu.

'Tak ada mummy.' Balas Erin. Tak sampai seminit, mesejnya terus dibalas.

'Hari sabtu nanti hari ulang tahun Ayyan. Apa kata kalau kita rancangkan sesuatu?' - Puan Rodziah.

Seketika Erin terfikir. Betulkah? Ahh dia tidak tahu bila ulang tahun kelahiran Rayyan. Erin mengigit bibir perlahan. Patutkah dia setuju? Dia boleh ambil peluang itu untuk memujuk Rayyan.

'Okay mummy. Jumpa hujung minggu nanti.' Balas Erin. Setuju sahaja. Itulah peluang untuk memujuk Rayyan.

Manakala di pejabat, Rayyan terus masuk ke dalam biliknya tanpa menghiraukan pandangan dari kakitangan di office itu. Rayyan melabuhkan punggung ke atas kerusi kerjanya dengan kasar.

Bagi mengalihkan perhatian daripada memikirkan tentang Erin, Rayyan terus membuka file yang bertimbun di depannya bersama komputer. Dia tidak mahu memikirkan tentang Erin. Tentang apa yang telah terjadi.

Akhirnya, Rayyan betul-betul tenggelam di dalam pekerjaan. Sesekali dia melihat file di depannya, sesekali matanya tertacap pada skrin komputer. Jarinya ligat menari di atas papan keyboard.

Bunyi seseorang mengetuk meja kerjanya membuatkan jari jemari Rayyan terhenti bergerak. Rayyan pantas panggung kepala memandang siapa yang mengetuk meja kerjanya dan memasuki biliknya tanpa mengetuk pintu dahulu. Seketika Rayyan terdiam melihat wajah seorang lelaki yang cukup hensem di depannya.

"Long time no see bro!" Sapa lelaki itu bersama senyuman lebar sehingga menampakkan lesung pipitnya. Rayyan terkelu.

"Jangan cakap kau dah tak kenal aku?" Kata lelaki itu lagi apabila melihat Rayyan masih membisu. Perlahan Rayyan bangkit dari duduknya.

"Amir Irfan!" Kata Rayyan perlahan.

"Yes it's me. Amir Irfan." Lelaki yang bernama Amir Irfan itu terus mendepakan tangan dengan senyuman semakin lebar.

"Ya Allah Mir! Bila kau balik Malaysia? Kenapa kau langsung tak bagitahu yang kau balik Malaysia?" Akhirnya wajah Rayyan yang terkejut tadi terus bertukar ceria. Dia terus mendapatkan Amir Irfan lalu tubuh itu dipeluk erat.

"Dah seminggu aku kat Malaysia. Baru hari ni kesempatan untuk datang jumpa kau. Apa macam? Suprise tak?" Jawab Amir Irfan sebaik sahaja Rayyan melepaskan pelukan.

Amir Irfan ialah sahabat Rayyan sewaktu di LA dulu. Mereka kenal setelah seminggu Rayyan mula belajar di universiti yang sama dengan Amir Irfan ketika di LA. Mereka juga berpisah setelah kedua orang tua Rayyan membuay keputusan untuk kembali tinggal di tanah air.

"Makin hensem sekarang kau eh? Muka pun dah macam mat saleh." Puji Rayyan. Rasanya sudah setahun tidak berjumpa dengan sahabatnya itu. Sejak dia pulang ke Malaysia, dia langsung tidak berhubung dengan Amir Irfan.

"Kau pun apa kurangnya. Dah la kahwin senyap-senyap. Sampai hati kau." Amir Irfan membuat wajah sedih. Rayyan ketawa kecil.

"Eh jom la duduk dulu. Takkan nak berbual sambil berdiri." Rayyan terus menjemput Amir Irfan untuk duduk di sofa. Banyak benda yang ingin dia tanya pada sahabatnya itu. Sudah lama tidak bertemu.

"Kau apa khabar sekarang? Family kau sihat?" Tanya Rayyan. Keluarga Amir Irfan cukup baik dengannya ketika berada di LA dulu.

"Alhamdulillah semua sihat. Kau pula macam mana? Balik Malaysia untuk kahwin ye sebenarnya?"

"Alhamdulillah aku sihat macam yang kau tengok sekarang. Aku pun tak sangka semua ni terjadi tapi kau tahu kan dari dulu aku tak mampu membantah kata-kata mummy aku?" Amir Irfan mengangguk faham apa yang cuba Rayyan sampaikan.

"Macam mana dengan kau? Tiba-tiba balik Malaysia. Kau ada kerja kat sini atau kau saja-saja pulang bercuti?"

"Sebenarnya aku akan menetap terus kat sini. Sekarang dalam proses pemindahan."

"Really? Kau dan keluarga kau sekali?" Rayyan teruja mendengar khabar itu. Sejak dia pulang ke Malaysia, dia masih tidak punya sahabat. Masanya selalu dihabiskan di pejabat bersama file yang bertimbun. Itulah sahabatnya.

"Yeah. Tak akan aku sorang kot? Dan aku ada satu lagi berita gembiea untuk kau?" Amir Irfan mula mengukir senyuman misteri.

"Apa dia? Ada awek LA tersangkut pada kau ke?" Tanya Rayyan mengusik. Dia tahu Amir Irfan sangat anti dengan awek LA.

"Ishh mengarut kau! Susah weyh nak cari awek LA yang dara. Semua terbuka." Cebik Amir Irfan. Rayyan ketawa mengekek.

"Habistu apa yang gembiranya? Kau nak masuk meminang aku ke? Kalau macam tu sorry. Aku dah jadi milik orang." Usik Rayyan lagi.

"Kepala paip kau! Tak ada masa aku nak meminang kau. Kalau hensem lain la." Kutuk Amir Irfan. Rayyan ketawa lagi. Amir Irfan menjeling. Sudah lali dengan usikan mengarut Rayyan.

"Habistu apa? Kau dapat berita kau pregnant ke?" Tanya Rayyan lagi. Kali ini Amir Irfan rasa ingin sangat dia tampak kasutnya pada mulut Rayyan.

"Aku bakal bertunang!" Jawab Amir Irfan ceria bersama tepukan tangan.

"Wow congcragtulations bro! Dengan awek LA ke?" Rayyan turut gembira mendengar berita itu.

"Of course awek melayu. Lebih original." Amir Irfan tersenyum bangga.

"Tapi aku ada perkara nak minta tolong dengan kau. Harap kau boleh tolong." Kata Amir Irfan.

"Untuk kau apa sahaja aku akan tolong. Jangan suruh aku aku cuci gigi ikan paus sudah." Lagi-lagi Rayyan berloyar buruk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience