PROLOG

Romance Completed 119020

Awal-awal pagi lagi lena Erin sudah terganggu oleh deringan dari telefonnya. Kepalanya di garu kasar. Dengusan tidak puas hati terlepas dari bibirnya. Sekali lagi telefonnya berdering nyaring meminta diangkat. Walaupun malas, Erin tetap mencapai telefonnya. Bimbang deringan itu menganggu tidur rakan sebiliknya.

"Good morning!" Ucap Erin memulakan bicara sambil matanya terus ditutup rapat menahan kantuk.

"Assalamualaikum. Bangun sayang. Dah nak subuh ni." Terdengar suara Puan Elisya iaitu mamanya membalas di hujung sana.

"Waalaikumsalam mama. Erin nak bangun la ni. Mama kenapa call Erin pagi-pagi macam ni?" Tanya Erin.

"Esok hujung minggu. Mama nak kamu pulang ke rumah. Ada sesuatu yang mustahak mama dan papa nak bincang dengan kamu." Jawab Puan Elisya terus terang tujuan dia menelefon anak gadisnya itu seawal pagi.

"Tak boleh ke kalau cakap dekat phone sahaja? Erin malas la balik rumah. Kakak tu bukan suka sangat kalau Erin ada dekat rumah." Balas Erin.

"Tak boleh sayang. Perkara ni penting sangat. Tak boleh nak bincang dekat telefon. Mama tak kira. Esok kamu mesti pulang ke rumah. Hiraukan kakak kamu tu." Tegas Puan Elisya.

"Yela-yela Erin balik. Erin tutup dulu. Nak bangun mandi sebelum solat subuh." Erin mengalah. Tidak mahu membantah.

"Yela! Jangan lupa esok." Sekali lagi Puan Elisya mengingatkan Erin.

"Ok mama. I love you. Muah. Assalamualaikum." Ucap Erin.

"Waalaikumsalam. I love you too." Balas Puan Elisya. Erin mengukir senyuman tipis.

Dia terus memutuskan talian. Erin menggeliat malas. Matanya semakin dipejam. Selepas beberapa minit, Erin menggeleng kepala. Dia tidak boleh tidur. Dia perlu bangun untuk melaksanakan perkara wajib yang satu itu. Pantas Erin bangkit dari pembaringan. Tidak mahu terus melayan rasa mengantuk itu.

*
* *
* *

Selesai bersarapan, Erin terus turun dari asramanya bersama rakan sebiliknya iaitu Alicia untuk menghadari kuliah pertama pagi tu. Di dalam dewan kuliah, Erin lebih banyak termenung. Otaknya ligat memikirkan apa yang penting sangat mama dan papanya ingin bincangkan sehingga menyuruhnya pulang esok.

Erin bukannya tidak mahu pulang tetapi dia malas bergaduh dengan kakak kembarnya. Erin sendiri tidak pasti apa masalah kakak kembarnya dengan dia. Kakaknya selalu selalu sahaja mencari gaduh dengannya membuatkan cuti hujung minggu Erin tidak tenang jika pulang ke rumah.

"Wehh Erin! Kau termenungkan apa sampai tak perasan kelas dah habis?" Tegur Alicia apabila menyedari Erin berada di dalam dunianya sendiri.

"Hah? Kau cakap apa tadi?" Erin sedikit tersentak apabila bahunya disentuh oleh Alicia.

"Haish kau ni! Kau termenungkan apa sampai tak perasan kelas dah habis?" Alicia kembali mengulang soalannya tadi.

"Tak ada apa. Arr...aku cuma rasa mengantuk jer." Jawab Erin sambil buat-buat menguap untuk menampakkan dirinya sedang menahan kantuk.

"Apa-apa jer la. Ni Prof Eric nak jumpa kau kat bilik dia." Beritahu Alicia.

"Bila? Sekarang ke? Asal?" Bertalu-talu Erin bertanya. Tiba-tiba dia terasa gelabah.

"Ye sekarang. Siapa suruh kau asyik termenung dalam kelas dia tadi. Pandai la kau tanggung."

"Arghh!" Erin menyerabutkan rambutnya yang panjang terurai itu. Bukan dia tidak tahu Prof Eric itu salah seorang Prof yang garang.

"Dah kau tak payah buat perangai macam tu. Baik kau cepat pergi sebelum lagi teruk kau kena." Alicia membetulkan semula rambut Erin yang sudah serabai. Erin melepaskan keluhan berat.

"Jumpa kau kat cafe nanti. Aku pergi jumpa Prof kejap."

Alicia mengangguk perlahan. Mereka beriringan keluar dari dewan kuliah itu dan terus berpisah di muka pintu. Seorang ke hulu seorang ke hilir. Sepanjang berjalan untuk ke bilik Prof Eric, Erin tidak habis-habis mengeluh. Entah macam mana nasibnya nanti.

*
* *
* *

Sebaik tiba di depan pintu bilik Prof Eric, Erin menarik nafas dalam sedalam-dalamnya. Tangannya diangkat untuk mengetuk itu tetapi sesaat kemudian dia berhenti. Erin teragak-agak untuk mengetuk pintu itu. Peluh dingin merenik di dahinya.

Erin memberanikan diri mengetuk pintu itu. Apabila terdengar suara dari dalam memanggilnya masuk, sekali lagi dia menarik nafas dalam lalu dihembuskan perlahan. Erin terus melangkah masuk ke dalam bilik itu.

"Erin have a sit." Kata Prof Eric mempersilakan Erin duduk.

"Thank you." Ucap Erin.

Erin melabuhkan duduk di atas kerusi berdepan dengan Prof Eric. Dingin aircond tidak dapat menyejukkan Erin yang gementar itu. Melihat wajah tegang Prof Eric sudah membuatnya kecut perut.

"You ada masalah ke Erin?"

"Ermm? Apa maksud Pof?" Sungguh Erin blur dengan soalan itu. Masalah? Aku mana ada masalah bisik hati Erin.

"Dalam kelas tadi I perasan you asyik termenung jer sampai tamat kelas I pun you tak sedar. Itu yang I tanya, you ada masalah ke?"

"Oh...tak ada Prof. Saya cuma sedikit mengantuk dan penat. Mungkin sebab berjaga malam untuk study. Maklumlah tak lama lagi dah nak exam final semester." Erin tersengih tanpa rasa bersalah memberi alasan yang mungkin cukup logik untuk didengari.

"Oh come on Erin! You tak perlu terlalu paksa diri you untuk study sehingga larut malam. Kalau you buat macam tu pun belum tentu semuanya berjalan lancar kan? Mesti ada yang tertinggal. Contohnya apa yang I ajarkan tadi. You dah tercicir sebab you seronok duduk dalam dunia you."

"Sorry Prof. Saya janji saya akan lebih bagi perhatian pada apa yang diajarkan dalam kelas nanti."

"It's okay Erin. I just nak ingatkan you. Don't push yourself to much. Seimbangkan waktu rehat dan belajar supaya sel-sel otak you mampu terima dengan senang apa yang you belajar. Kalau tubuh you tak cukup rehat, otak you tetap tak akan terima apa yang you belajar."

"Ermm terima kasih Prof atas nasihat." Erin menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tidak pasti apa yang patut dia balas atas nasihat Prof Eric itu.

"Ok. You can go now. I just nak cakap tu aje." Prof Eric kembali bersuara.

"Ok. Terima kasih sekali lagi Prof."

Erin bangkit dari duduknya. Dia menundukkan sedikit kepalanya kepada Prof Eric sebelum berlalu keluar dari bilik itu. Nafas lega dilepas. Nasib baik la Prof Eric tidak memarahinya, kalau tak sia saja dia kena tadah telinga.

Hey Guys!! Maybe late but anyway happy new year! I hope this year will be a better year than the previous years. Ariss doakan pembaca semua dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan diberikan kesihatan yang baik. Ariss terpaksa terbitkan semula cerita ni guna akaun baru sebab akaun lama memang tak dapat di log in semula...Ariss harap akan ada sokongan seperti sebelum ini. Terima kasih kerana membaca<33

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience