BAB 12

Romance Completed 119020

-Satu Minggu Kemudian-

Erin berdiri di muka pintu itu. Otaknya ligat mencerna dengan apa yang dilihatnya sekarang. Betul ke dia berada di rumah? Kenapa terlihat seperti hospital sakit jiwa? Ahh Erin seperti mahu gila. Ya! Sekarang dia berada di rumah Rayyan.

Setelah seminggu akhirnya orang tuanya pulang dan dengan itu juga Rayyan memint izin dari kedua orang tua Erin untuk membawa Erin pulang ke rumahnya. Alasan yang sama Rayyan gunakan pada Mak Ngah iaitu mereka perlukan privasi.

Rayyan menoleh melihat Erin yang masih tercegat di muka pintu seolah ingin menjadi pengawal keselamatan tidak bergaji. Dahinya dikerutkan.

"Awak tak nak masuk ke?" Tanya Rayyan. Erin terus mengalihkan pandangannya pada Rayyan.

"Awak pasti ke awak tak salah bawa saya masuk rumah?" Tanya Erin kepada Rayyan semula.

"Apa maksud awak? Betul la ini rumah saya." Pelik Rayyan dengan soalan yang diajukan Erin itu.

"Ini awak panggil rumah? Ini bukan rumah, ni hospital sakit jiwa. Tengoklah, semuanya putih kosong. Dari warna dinding, kain langsir, sofa, lantai semuanya putih." Rungut Erin. Dengan itu tajam mata Rayyan merenung Erin.

"You tak payah nak merungut. Bersyukur I bawa you ke rumah ni, kalau I betul-betul pergi letak you kat hospital jiwa, apa you rasa? Ni rumah I jadi you tak ada hak nak komen apa pun dekorasi dalam rumah ni. Lagipun I tak ada masa nak menghias rumah." Erin mencebik bibir tidak puas hati. Apa Rayyan mahu dia betul-betul tinggal di hospital jiwa?

"Masuk kalau you mahu. Kalau tak nak you boleh angkat kaki dan pergi. Lagipun tiada siapa tahu kita tinggal berasingan kalau you tak bagitahu." Sambung Rayyan.

"Nak masuk la ni!" Erin terus melangkah masuk. Sakit hatinya dengan kata-kata Rayyan itu.

"Ok. Rasanya I tak perlu bagitahu sebab you sedia tahu. Yang pertama, kita tak akan sebilik. Dari tangga tengok kiri itu bilik utama. Bilik I. Dari kanan you boleh nampak ada dua bilik. You boleh pilih salah satu daripada bilik itu." Erin mengangguk kepada faham. Dia tidak terkejut kerana dari awal Rayyan menetapkan semua itu.

"Yang kedua, kita hanya suami isteri di depan orang tua kita. Tapi bila dalam rumah ni, kita hanyalah sekadar rakan serumah." Erin mengangguk lagi.

"Ketiga. I tak akan laporkan pada you jadual I sebab you tak perlu tahu. Kita bawa haluan sendiri. You tak perlu sibuk urusan I dan I tak akan sibuk urusan you. Itu sahaja. Sekarang you boleh pergi naik atas dan kemas barang itu." Akhirnya Rayyan menyudahkan kata-katanya.

Setelah itu, Rayyan terus melangkah ke pintu utama. Erin yang melihat Rayyan ingin keluar terus bertanya.

"Awak nak pergi mana?" Tanya Erin. Rayyan terus menggigit bibir.

"Tadi baru I cakap you tak perlu tahu jadual I. Ke mana pun I nak pergi, bukan urusan you!" Erin menjeling tajam.

"Sebelum I lupa, atas meja tu ada kunci pendua rumah. Ambil dan simpan. Kat tepi tu ada kunci kereta. Pilih salah satu kereta mana yang you nak naik dan jangan mengada untuk susahkan I kalau you nak ke mana-mana."

"And lastly. Jangan lupa hantarkan nombor akaun you. Senang untuk I bank in alaun bulan-bulan untuk you."

"Kenapa perlu bank in? Boleh jer bagi depan-depan. Kita serumah." Tanya Erin.

"Betul tu. Kita serumah tetapi tidak bermaksud kita akan bertemu." Rayyan menayangkan senyuman tidak bersalah.

"Itu sahaja untuk hari ini. I pergi dulu. Assalamualaikum." Rayyan terus menutup rapat pintu utama itu tanpa menunggu balasan daripada Erin.

Erin mengurut dada menahan rasa marahnya yang hampir meletus. Akhirnya Erin melepaskan keluhan berat. Dia terus menarik beg pakaiannya untuk naik ke atas. Baik dia mengemas pakaiannya dari memikirkan si lion kutub yang menyakitkan hati.

*
* *
* *

Erin tersedar dari lena apabila bunyi ketukan di pintu biliknya. Terpisat-pisat Erin bangun. Erin melihat segenap ruang bilik yang gelap itu. Boleh pula dia tertidur selepas mengemas pakaiannya. Nasib baik dia tidak boleh tidur.

"Kejap!" Jerit Erin sedikit kuat supaya orang di luar mendengar suaranya.

Erin bergegas turun dari katil. Dia berlari masuk ke dalam bilik air untuk mencuci muka. Nasib baik bilik itu sudah mempunyai bilik air sendiri. Tidak perlu dia menggunakan bilik air di bawah.

"Awak dah balik?" Tanya Erin sebaik sahaja membuka pintu bilik terlihat Rayyan.

"Hurmm...awak baru bangun tidur?" Balas Rayyan dengan soalan.

Erin tersengih lalu mengangguk. Penat! Dia bukan sahaja mengemas pakaiannya malah mengemas biliknya sekali. Rayyan betul-betul tidak ada masa mengemas rumahnya. Bilik itu berhabuk. Nampak sangat Rayyan tidak pernah masuk ke bilik yang tidak di diami.

"Dah makan?" Tanya Rayyan lagi. Erin menggeleng pula. Saat itu jugalah perutnya berasa lapar.

"Jom turun makan. Saya dah beli sesuatu sebelum balik tadi." Ajak Rayyan. Erin mengerutkan dahi apabila sedar Rayyan ber'awak saya' pula. Tengah hari tadi bukan main ber'I you'.

Erin mengangguk lalu mengikut langkah Rayyan turun ke bawah. Bersinar matanya apabila melihat makanan sudah siap terhidang di atas meja. Tunggu makan sahaja.

"Duduklah makan. Sekadar lihat bukan boleh buat awak kenyang pun!" Kata Rayyan.

"Awak tak makan sekali?" Tanya Erin sambil melabuhkan duduk.

"Saya dah makan kat luar tadi. Awak makan la sendiri. Saya nak naik atas mandi." Jawab Rayyan.

Dia terus ingin melangkah pergi tetapi lengannya ditarik oleh Erin. Rayyan menatap Erin dengan sebelah keningnya diangkat menandakan bertanya "apa?".

"Teman saya makan?" Pinta Erin sambil membuat wajah kasihan.

"Dah kenapa pula kena teman? Bukan ada hantu pun kat dapur ni!" Balas Rayyan tegas.

"Ceh! Minta teman makan pun tak boleh." Balas Erin. Lengan Rayyan dilepas kasar. Wajahnya terus bertukar masam.

Tanpa perdulikan kata-kata Erin, Rayyan berlalu dari situ menuju ke atas. Erin mencapai sudu lalu menyuap makanan ke dalam mulutnya. Bibir Erin merekah dengan senyuman apabila kesedapan makanan yang di makan menyentuh deria rasanya itu.

Selesai sahaja makan, Erin mengemas meja makan itu. Pinggan cawan yang digunakan di cuci sebelum di letakkan ke tempat asal. Erin melangkah naik ke atas semula menuju ke biliknya yang bersebelahan dengan bilik Rayyan. Sengaja dia pilih bilik itu supaya memudahkan kerjanya jika dia memerlukan pertolongan dari Rayyan.

Erin melihat pintu bilik Rayyan yang tertutup rapat. Satu keluhan dilepaskan. Dia tidak pasti selama mana mereka akan begitu. Sejauh mana rumah tangganya yang baru di bina seminggu yang lalu akan bertahan. Melihat sikap Rayyan yang acuh tak acuh membuatkan Erin juga malas memikirkan rumah tangganya.

Next ->

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience