BAB 15

Romance Completed 119020

Erin duduk di ruang tamu sendirian. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam tetapi Rayyan masih belum pulang. Erin tetap sabar menanti untuk menjayakan misinya malam itu walaupun rasa mengantuk hanya Tuhan yang tahu.

Erin memandang tubuhnya yang hanya tersarung lingerin berwarna hitam. Itu semua idea Alicia. Erin berasa malu sendiri apabila melihat pakaiannya tetapi dia cuba membuang jauh rasa itu. Dia akan lakukan apa sahaja untuk rumah tangganya.

-FLASHBACK-

"Jadi bila kau nak mulakan operasi memikat suami kau?" Tanya Alicia setelah beberapa minit berdiam diri.

"Hurmm aku pun tak tahu. Maybe hujung minggu? Hujung minggu jer Rayyan akan ada dekat rumah." Jawab Erin.

"Apa kata kalau kau mulakan malam ni? Lagi cepat lagi bagus!" Beria-ria Alicia memberi cadangan.

"Tapi nak pikat dia macam mana?" Tanya Erin blurr.

"Aku ada idea. Jom ikut aku pergi shopping. Aku belanja."

"Tadi beria kau suruh aku pikat si Rayyan tu, sekarang kau ajak pergi shopping pula."

"Kita keluar shopping sambil aku akan bagitahu kau apa yang patut kau buat nanti." Erin menjeling tidak percaya.

"Jom la. Aku pasti plan ni berjaya punya. Kalau tak, kita cuba cara lain."

"Hurmm yelah. Aku tukar baju jap!"

Alicia hanya mengangguk. Erin terus berlalu dari ruang tamu naik ke atas menuju ke biliknya.

-Suria KLCC-

Erin dan Alicia sama-sama melangkah masuk ke dalam Suria KLCC dengan perasaan teruja. Sejak mereka sibuk di tahun akhir pengajian, mereka langsung tidak sempat keluar untuk menghabiskan masa bersama. Walaupun bukan hari minggu, pusat membeli belah itu tetap ramai.

"Kita nak beli apa ni?" Tanya Erin.

"First kita cari baju untuk kau dulu ok? Baju untuk jayakan misi memikat suami kau." Jawab Alicia tidak lekang dengan senyuman di bibir.

"Beli baju buat apa? Aku sudah ada banyak baju dekat rumah." Balas Erin.

"Baju yang kau maksudkan tu tak sesuai untuk goda Rayyan. Rayyan lihat pun tak terliur." Sindir Alicia.

"Apa? Buruk sangat ke seluar trak dan baju t-shirt yang aku pakai tu?"

"Maksud aku bukan buruk cuma tak sesuai. Macam mana Rayyan mahu lihat kecantikan kau kalau kau selalu tutup kecantikan kau tu dengan t-shirt besar tu?"

"Jadi baju apa yang patut aku pakai supaya Rayyan pandang aku Tengku Alicia?"

"Soalan yang bagus. Jom ikut saya Puan Erin."

Alicia terus menarik Erin supaya mengikut langkahnya. Erin hanya pasrah dan mengikut sahaja. Matanya liar melihat sekeliling.

"Kita nak buat apa kat sini?" Mata Erin membulat melihat butik di depannya.

"Nak bercucuk tanam." Jawab Alicia dalam sindiran. Erin menjeling tajam.

"Dah sah-sah ni butik pakaian. Yang kau tanya lagi tu kenapa?" Alicia menggeleng. Apa la nasib dapat kawan bengap macam Erin.

"Aku tahu la ni butik pakaian tetapi butik ni hanya jual pakaian dalam wanita. Kau nak beli pakaian dalam ke?"

"Bukan untuk aku tetapi untuk kau!"

"Kenapa pula aku? Aku dah banyak semua tu. Kau cakap nak cari baju jer." Erin mula geram dengan telatah Alicia.

"Baju yang aku cakap tu ada dalam ni. Kau boleh diam tak? Ikut jer la." Alicia terus masuk ke dalam butik itu terlebih dahulu. Erin tercengang.

Erin mengikut langkah Alicia yang berjalan dalam butik itu sambil melihat pakaian dalam. Sesekali Erin mengeluh kecil. Entah apa yang di cari sahabatnya itu.

"Jumpa!" Alicia mencapai satu lingerin berwarna merah hati lalu terus dihulurkan kepada Erin.

"Nak buat apa dengan baju ni?" Sekali lagi Erin bertanyakan soalan tidak masuk akal.

"Buat ulam cicah budu sedap rasanya." Jawab Alicia.

Erin menggigit bibir. Kadang-kadang bercakap dengan Alicia membuatkan dia rasa ingin bunuh diri. Lidah Alicia itu begitu tajam.

"Baju ni kau pakai untuk tidur bersama Rayyan. Gerenti Rayyan telan liur apabila tengok kau pakai baju ni nanti." Kata Alicia.

"Tapi tak terlalu seksi ke?" Seram sejuk Erin melihat 'baju' yang dikatakan Alicia itu. Boleh mendedahkan atas bawah.

"Ok next!" Alicia terus bergerak ke baju seterusnya tanpa menghiraukan pertanyaan Erin. Kalau ikutkan hati Erin, semuanya tidak akan menjadi.

"Wehh apa ni? Aku tak cakap pun setuju untuk pakai baju tu!" Bebel Erin. Alicia hanya buat tidak endah.

Beberapa lingerin lain turut dilihatnya. Mini dress juga dibeleknya. Dia tersenyum sendiri.

-END FLASHBACK-

*
* *
* *

Bunyi deruman enjin kereta di luar rumah mematikan lamunan Erin. Bibirnya yang tersenyum mengingatkan dia hampir sahaja bergaduh dengan Alicia di pusat beli belah tadi terus hilang. Jantung Erin mula berdegup laju.

Sekali lagi Erin melihat tubuhnya, Erin menelan liur. Bunyi pintu kereta di tutup lagi membuatkan Erin seperti cacing kepanasan. Erin mengerling ke arah jam di dinding, sudah menunjukkan pukul 11 malam.

Sebaik sahaja pintu utama di buka, Erin terus merebahkan badannya di atas sofa panjang itu. Matanya dipejam rapat seolah dia tidur. Nafasnya cuba di kawal agar tidak terlalu kelihatan bahawa dadanya turun naik menahan debar.

Rayyan melangkah masuk ke dalam rumah dengan langkah longlai. Pintu utama terus dikunci. Rayyan kembali berpusing untuk menuju ke tangga tetapi matanya jatuh pada satu sosok tubuh yang tidur di atas sofa.

Mata Rayyan terus meliar melihat sosok tubuh itu. Matanya lebih menarik melihat pakaian yang melekat di tubuh Erin. Dari dada, mata Rayyan turun ke bawah sehingga ke betis putih Erin yang terdedah. Satu senyuman terukir di bibir Rayyan.

Rayyan berdiri di sisi Erin. Wajah polos Erin yang tidur dipandang. Rayyan menggeleng kecil. Tubuhnya di bongkokkan sedikit lalu mengangkat tubuh kecil Erin sebelum di bawa naik ke atas.

Tubuh Erin diletakkan perlahan-lahan ke atas katil. Seketika Rayyan terpegun melihat hiasan bilik itu. Entah bila masa Erin menghias bilik itu sehingga menjadi bilik tidur yang sangat selesa pun dia tidak tahu. Itu pertama kalinya dia menjejakkan kakinya dalam bilik tidur Erin.

Pandangan Rayyan kembali jatuh pada tubuh Erin. Rayyan menelan liur. Dia tidak pasti apa motif Erin mengenakan gaun itu tetapi dia tidak mampu menipu dirinya bahawa Erin sangat menggoda.

Erin yang ketika itu hanya berpura-pura tidur cuba bertenang. Dia dapat rasa Rayyan sedang memerhatikan segenap inci tubuhnya. Ingin sahaja Erin bangun lalu menutup tubuhnya dengan selimut.

Deruan nafas hangat yang begitu dekat dengan wajahnya menyebabkan Erin sedikit tersentak tetapi cepat sahaja dia mengawal rasa terkejut itu dengan menggeliat. Rayyan tersenyum sinis. Dada gebu Erin semakin kelihatan apabila Erin menggeliat tadi.

Wajahnya dijauhkan hampir pada dada Erin tetapi perbuatannya terhenti. Rayyan menaikkan sedikit wajahnya. Bibirnya disatukan dengan bibir Erin. Erin menggenggam cadar katilnya erat. Dadanya turun naik merasakan bibir hangat Rayyan bermain di bibirnya.

"Damn it!" Jerit batin Erin. Erin mengemas lagi genggaman pada cadar katilnya.

Rayyan yang tersedar akan sesuatu terus melepaskan bibir Erin. Bibir itu sudah kelihatan lembab. Rayyan meraup kasar rambutnya bersama satu keluhan. Rayyan menarik selimut lalu menutup tubuh Erin. Setelah itu cepat-cepat dia meninggalkan bilik Erin.

Erin menghembuskan nafas lega apabila mendengar pintu biliknya ditutup. Perlahan Erin kembali membuka mata. Bibirnya disentuh. Entah kenapa hatinya berasa gembira. Idea Alicia betul-betul menjadi.

Manakala di sudut lain, sebaik masuk ke dalam biliknya, Rayyan terus menuju ke balkoni bilik. Angin malam yang menyapa terasa cukup tenang. Seketika Rayyan memejamkan matanya rapat menikmati suasana yang tenang itu.

Dia berasa cukup letih hari itu. Bukan kerana kerja, tetapi kerana abangnya. Tengah hari tadi Raiq pergi mencarinya di pejabat. Raiq tidak berhenti melutut di depannya memohon maaf dan meminta dia memujuk mummynya supaya memaafkan abangnya.

Rayyan tidak tahu bagaimana dia ingin membantu abangnya. Melihat daripada kesungguhan Raiq, dia tahu abangnya betul-betul menyesal. Tapi apakan daya? Mummynya walaupun kelihatan lembut tetapi hatinya cukup keras. Apatah lagi terluka disebabkan perbuatan anak sendiri.

Rayyan mengeluh kecil. Perlahan Rayyan duduk bersila di balkoni itu. Tubuhnya disandarkan pada palang balkoni. Dia mahu mengambil angin di situ. Dia mahu menikmati suasana yang tenang. Mahu melepaskan segala rasa lelahnya. Akhirnya Rayyan terus terlelap di balkoni itu.

->

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience