BAB 7

Romance Completed 119020

Keluar sahaja dari dewan peperiksaan, Erin berasa ingin menjerit memberitahu dunia bahawa dia sudah bebas dan tidak lagi terikat dengan pelajaran. Tidak lagi perlu mengelek buku setebal kamus ke hulu ke hilir. Ya! Hari itu adalah hari terakhir dia duduki peperiksaan.

Erin berjalan santai bersama Alicia menuju ke asrama. Peperiksaan pun sudah tamat jadi bermakna mereka akan bercuti panjang sebelum hari konvokesyen tiba. Baru sahaja langkah mereka mahu membelok masuk ke asrama perempuan, tiba-tiba terdengar satu suara memanggil nama mereka berdua.

"Eh abang Kha. Ingatkan siapa tadi." Tegur Erin apabila Khaleed sudah berdiri di depannya. Serta merta senyuman manis terukir di bibir Erin.

"Erin dengan Ca baru tamat exam ke?" Tanya Khaleed.

"Ha'ah bang. Baru jer habis. Fuh lega rasanya." Jawab Alicia.

"So macam mana? Semua boleh jawab?" Tanya Khaleed lagi.

"Alhamdulillah semua boleh jawab." Jawab Erin pula.

"Alhamdulillah." Sahut Khaleed.

"Abang dari mana ni?" Erin pula bertanya apabila Khaleed tiba-tiba sahaja boleh muncul depan mereka.

"Abang baru tamat kuliah. Abang ingat nak ajak Erin dan Ca pergi makan. Yelah, lepas ni tak tahu bila pula boleh jumpa."

"Boleh juga bang. Bila lagi kita boleh lepak sama kan?" Setuju Erin.

"Kalau macam tu jom la kita ke kafe. Abang lanja." Kata Khaleed membuatkan senyuman Erin dan Alicia melebar.

"Murah rezeki Ca abang. Baru mengidam nak ada orang lanja makan." Sahut Alicia membuatkan Erin dan Khaleed sama-sama ketawa.

"So apa rancangan Erin dan Ca lepas ni?" Tanya Khaleed apabila mereka semua melabuhkan duduk di kafe.

"Jadi penganggur terhormat!" Jawab Erin.

"Kerja!" Jawab Alicia pula.

"Penganggur terhormat? Apa maksud Erin?" Tanya Khaleed. Erin terus tertawa kecil melihat wajah blurr Khaleed.

"Duduk rumah goyang kaki tapi duit masuk." Terang Erin dengan senyuman tak lekang dari bibirnya.

"Boleh pula macam tu? Dah tu belajar tinggi-tinggi buat apa?"

"Sekadar penuhi syarat." Jawab Erin selamba.

"Abang tahu tak apa maksud sebenar penganggur terhormat yang Erin katakan tadi?" Celah Alicia.

"Apa dia?"

"Sebenarnya Erin tak lama lagi..." Belum sempat Alicia menghabiskan ayatnya, Erin terlebih dahulu mencubit peha Alicia lalu jelingan tajam di berikan kepada Alicia.

"Apa ni main cubit-cubit aku? Sakit tahu tak?!" Alicia memuncungkan mulutnya. Pehanya yang dicubit oleh Erin digosok.

"Tak lama lagi Erin apa?" Tanya Khaleed pelik. Wajah Erin dan Alicia dipandang silih berganti.

"Tak ada apa la abang. Ca ni saja jer sebenarnya. Tak ada penyakit nak juga cari penyakit." Jawab Erin sambil terus menjeling ke arah Alicia. Alicia mencebik bibir.

"By the way cantik cincin kat jari Erin tu. Cincin special ke?" Dari tadi Khaleed memerhatikan cincin di jari Erin. Setahunya Erin tidak pernah berminat untuk memakai apa sahaja bentuk perhiasan di tubuhnya.

"Tak adalah bang. Cincin ni cantik sangat sebab tu Erin beli dan pakai." Bohong Erin. Dalam hati tak berhenti dia menyumpah dirinya kerana pakai cincin itu.

Alicia yang sedang menghirup air terus tersedak mendengar jawapan Erin sebentar tadi. Pandangannya dialihkan memandang Erin. Erin membalas pandangan itu dengan jelingan. Khaleed pelik melihat telatah dua orang sahabat itu.

"Jom la makan. Kejap lagi boleh Ca dan Erin balik asrama kemas pakaian. InshaAllah ada masa lain kali kita jumpa semula." Tegur Khaleed apabila Erin dan Alicia terus berbalas pandangan.

"Betul tu bang. Jom makan!" Erin cuba mengalihkan topik dari terus persoalkan tentang itu.

*
* *
* *

Erin tidak tahu sudah berapa ratus kali dia mengeluh. Fikirnya dia mahu mengganti semula tidurnya yang terbantut disebabkan dia sanggup bersekang mata untuk mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan, tetapi fikirannya itu hanya menjadi abu.

Sekarang dia dalam perjalanan ke Pulau Redang. Mama dan papanya telah merancangkan percutian sempena dia tamat belajar. Kononnya ingin dia menenangkan fikiran setelah penat menghadapi peperiksaan. Pada mulanya tidak dinafikan dia bersemangat, tetapi apabila mengetahui bahawa keluarga Rayyan turut menyertai percutian itu, terus hilang semangatnya.

"Yang kau murung sangat ni kenapa? Orang lain ceria dapat pergi bercuti luangkan masa dengan keluarga, tapi kau murung macam suami jatuh laut." Tegur Alicia melihat Erin dari tadi murung. Erin menjeling tajam ke arah Alicia.

Dia yang mengajak Alicia untuk menyertainya. Sekurang-kurangnya ada teman untuk dia bercakap. Kalau tidak, sudah pasti dia akan menjadi pantung kerana kekok untuk berbicara apatah lagi ada keluarga Rayyan.

Setelah sampai di Pulau Redang, mereka semua membuat pilihan untuk berehat sahaja tanpa melakukan apa-apa aktiviti. Mereka semua akan memulakan aktiviti pertama esok. Erin merebahkan badannya ke atas katil. Alicia melihat menggeleng kecil.

"Aku nak balik." Rengek Erin.

"Lah kau! Kita baru jer sampai kau dah nak balik." Balas Alicia.

"Kenapa la mesti ajak Rayyan sekeluarga? Hishh tak seronok la kalau macam ni." Dengus Erin.

"Ishh kau ni! Apa cakap macam tu? Aku rasa tak salah tau mama dan papa kau ajak keluarga Rayyan tu. Tak lama lagi akan jadi keluarga kau juga. Inilah peluang yang patut kau ambil untuk berkenalan lebih rapat dengan si Rayyan tu. Mana tahu cinta berputik di Pulau Redang."

"Menyesal aku ajak kau Ca. Tak menyebelahi aku langsung." Kata Erin sebal. Alicia hanya tersengih tidak bersalah.

*
* *
* *

Keesokan paginya, Erin tersedar apabila cahaya matahari sudah tegak di atas kepala. Erin melihat katil di sebelahnya, kosong. Alicia sudah bangun. Erin mendengus sebal apabila Alicia tidak mengejutnya. Pantas Erin bangun untuk membersihkan diri lalu bersiap.

Erin keluar daripada resort. Tidak kelihatan sesiapa kecuali pelancong lain. Erin cuba mencari Alicia yang hilang entah ke mana. Kakinya di bawa mendekati persisir pantai. Melilau matanya mencari kelibat orang yang dia kenali.

"Hah Erin. Bangun pun kau!" Tiba-tiba terdengar seseorang menyergahnya dari belakang membuatkan Erin terkejut.

"Hishh kau ni Ca. Terkejut aku tahu? Nasib baik aku ni tak ada sakit jantung, kalau tak dah lama aku mati." Erin mengurut dadanya. Jantungnya yang tenang tadi berdegup laju.

"Mana semua orang?" Tanya Erin apabila melihat hanya Alicia yang menyapanya.

"Ada kat sana. Jom cepat! Semua orang dah tunggu kau. Kita akan lakukan aktiviti pertama." Ajak Alicia. Lengan Erin ditarik lembut.

"Aktiviti apa?" Tanya Erin ingin tahu.

"Selam skuba!" Jawab Alicia semangat. Erin terus tersenyum lebar. Ahh sudah lama dia berangan ingin melakukan aktiviti itu. Dia mahu melihat keindahan dasar laut.

Semua orang sedang bersiap-siap memakai kelengkapan untuk terjun ke laut. Erin memandang Rayyan yang sudah pun siap. Perlahan Erin mendekati rombongan itu. Erin menggaru kepala tidak tahu apa yang patut dia lakukan.

"Erin..." Erin pantas panggung kepala apabila mendengar Rayyan memanggilnya. Erin mengangkat kening melihat Rayyan menggamitnya supaya mendekat.

"Biar I tolong you." Pelawa Rayyan apabila Erin berdiri di depannya.

"Err saya boleh pakai sendiri." Tolak Erin. Rayyan menjeling tajam dan memberi isyarat supaya jangan membantah. Erin menarik nafas dalam lalu dihembus perlahan.

"Okay. Apa yang patut saya pakai dulu?" Erin mengalah.

Dengan bantuan Rayyan, Erin siap terlebih dahulu daripada Alicia. Erin memandang kakinya yang sudah tersarung dengan kasut getah plastik berbentuk itik untuk memudahkan pergerakan di dalam air nanti. Bibirnya tersungging dengan senyuman nakal.

"Awak..." Panggil Erin. Rayyan terus memandang Erin.

"Kalau la kaki itik ni melekat pada muka awak, sakit tak agak-agak?" Tanya Erin sambil mengangkat kakinya yang tersarung kasut getah plastik berbentuk itik itu.

"Penampar nak?" Tanya Rayyan semula. Jelingan tajam dia berikan pada Erin. Erin terus tertawa kecil.

"Tampar la kalau berani." Cabar Erin. Lidahnya dijelirkan. Rayyan yang geram dengan telatah Erin, terus menjentik kuat dahi Erin.

"Arghh!" Jerit Erin sakit. Tangannya terus naik melekat di dahi.

"Ya Allah! Sorry sorry!" Cepat Rayyan menolak tangan Erin yang menutup dahinya sendiri itu.

"Sorry!" Sekali lagi Rayyan memohon maaf. Dahi Erin yang kelihatan merah disiup lalu diusap lembut. Erin sudah mula terkaku dengan tidakkan Rayyan itu.

Manakala kedua belah keluarga yang melihat gelagat Erin dan Rayyan itu sudah tersenyum lebar. Mereka semua berbalas pandangan lalu mengangguk. Alicia yang memegang kamera tidak lepas merakam memori itu.

"Ready?" Tanya Rayyan apabila melihat semua sudah siap.

"Ready!" Jawab Erin dan Alicia semangat.

Satu persatu daripada mereka mula terjun ke dalam laut. Setelah Alicia, tinggal Rayyan dan Erin. Rayyan memandang Erin dengan kening terangkat apabila melihat Erin masih tidak terjun. Erin berpusing memandang Rayyan dan saat itu juga Rayyan mengangguk memberi isyarat supaya terjun.

Setelah Erin dan Rayyan terjun ke dalam air, mereka semua mula menenggelamkan diri ke dasar laut. Erin dan Rayyan beriringan dari belakang. Rasa cuak Erin tadi hilang apabila melihat ikan-ikan yang ceria berenang. Dia berpaling ke arah Rayyan dan tersenyum di sebalik goggle dan alat pernafasannya. Rayyan hanya membuat tidak endah dengan senyuman itu.

Mereka meneroka dasar laut itu dengan ceria. Sesekali Erin memegang bahu Rayyan apabila ada ikan sedikit besar berenang berhampiran dirinya. Alicia yang sememangnya ditugaskan untuk merakam memori itu tidak pernah terlepas. Setiap pergerakan Rayyan dan Erin dirakamnya.

Dua bab dulu okay? Sepatutnya tiga chapter tapi satu chapter tak sempat siap...jadi Ariss update esok pula mungkin empat chapter...Happy Reading!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience