BAB 32

Romance Completed 119020

Setelah memakirkan kereta, Rayyan berlari masuk ke lobi hospital. Dia memandang sekeliling sebelum berlari mencari wad yang dinyatakan oleh Amir Irfan. Dari jauh Rayyan sudah nampak sosok tubuh Amir Irfan yang berdiri di depan satu pintu wad. Langkah besar dia bawa mendapatkan sosok tubuh itu.

"Mir! Mana isteri aku?" Tanya Rayyan termengah-mengah kerana penat berlari. Beberapa kali Amir Irfan memejamkan celikkan matanya. Terkejut.

"Kat dalam. Tengah tidur." Jawab Amir Irfan. Dadanya diurut lembut. Alhamdulillah panjang umur.

Rayyan terus menolak pintu wad itu lalu melangkah masuk. Perlahan dia mendekati tubuh Erin yang terbaring di atas katil. Rayyan mengeluh kesal melihat wajah pucat Erin. Pantas Rayyan menyentuh lembut pipi Erin yang lena itu. Amir Irfan yang baru melangkah masuk terus mendekati Rayyan.

"Doktor cakap dia ok. Hanya tekanan darah dia tinggi dan dia tidak ada tenaga. Perutnya kosong." Jelas Amir Irfan kepada Rayyan. Tiba-tiba Rayyan teringatkan kata-kata Raiq semalam. Erin sanggup tidak menjamah apa-apa makanan hanya kerana ingin makan bersamanya.

"Macam mana kau boleh hampir langgar dia?" Tanya Rayyan. Matanya memandang wajah Amir Irfan meminta penjelasan.

"Bukan salah aku. Dia yang tiba-tiba lintas jalan tanpa toleh kiri dan kanan. Nasib sempat brek." Jawab Amir Irfan. Benar. Dia yang keluar ingin mencari makan terkejut apabila hampir sahaja terlanggar seorang perempuan yang tiba-tiba melintas jalan.

"Habistu kau yang angkut dia ke sini? Kau angkat dia?" Rayyan memicingkan matanya.

"Dah tu? Kau nak suruh aku seret dia? Dah dia pengsan. Terpaksa la aku angkat dia dan bawa ke hospital ni." Jawab Amir Irfan.

"Kau angkat dia?" Sekali lagi Rayyan menyoal.

"Bersyukur la aku tak seret dia sampai hospital ni!" Rayyan mengeluh kecil. Satu rasa tidak senang menjentik tangkai hatinya apabila Amir Irfan mengangkat tubuh Erin.

"Macam mana kau tahu dia seorang yang aku sangat kenal?" Tanya Rayyan lagi.

"Well...aku terpaksa pecah privasi dia. Aku buka phone dia dan aku tengok ada banyak panggilan terlepas daripada nombor kau. Jadi aku fikir kau kenal dia. Untuk kepastian lagi. Aku selidik lebih dan aku dapati ada banyak gambar perkahwinan kau dan dia dalam phone tu. Sebab tu aku call kau." Jawab Amir Irfan tenang.

"Erin. Panggil dia Erin." Geram pula Rayyan mendengar Amir Irfan menyebut Erin 'dia.'

"Okay fine. Erin!" Amir Irfan berdecik.

"Apa pun terima kasih bro." Ucap Rayyan. Wajah Erin kembali dipandang. Sedikit lega apabila tiada yang teruk berlaku pada gadis itu.

"No problem. Kalau macam tu, aku balik dulu. Selebihnya kau uruskan okay?" Amir Irfan tersengih.

"Okay. Sekali lagi terima kasih." Rayyan menepuk bahu Amir Irfan.

"Oh by the way...tu beg tangan Erin dan kek. Aku rasa dia baru pulang beli kek tadi. Mungkin sebab nak cepat, dia lintas jalan tanpa toleh kiri kanan." Kata Amir Irfan sambil menunjukkan ke arah sofa. Rayyan mengangguk.

"Aku tak tahu apa yang terjadi antara kau orang tetapi melihat dari wajah Erin yang sembab, aku tahu dia menangis. Berbincanglah dengan dia secara baik. Jangan sampai berat sebelah. Kesian dekat pasangan kita. Kau faham kan?" Lembu Amir Irfan memberi nasihat. Tidak mahu Rayyan berfikir dia menyibuk pula.

"Aku pergi dulu." Amir Irfan menepuk bahu Rayyan sebelum berlalu keluar dari wad itu.

Perlahan Rayyan bergerak ke arah sofa. Kotak kek yang berada di atas sofa itu dibuka. Rayyan melihat kek itu sedikit rosak. Mungkin disebabkan jatuh ketika Erin pengsan. Rayyan menarik nafas dalam. Mesti Erin membelikan kek itu untuknya. Rayyan kembali menutup kotak kek itu.

Rayyan melabuhkan duduk di kerusi yang berada di sisi katil. Tangan Erin diraih lalu digenggam. Matanya menatap wajah pucat Erin. Sungguh dia rasa bersalah dengan Erin. Bagaimana dia ingin menebus rasa bersalah itu?

"Maafkan saya." Ucap Rayyan perlahan. Tangan Erin dikucup lembut.

Rayyan menjatuhkan kepalanya ke atas katil. Tangan Erin digenggam kemas. Matanya dipejam. Akhirnya Rayyan terlelap dalam posisi duduk. Hanya kepalanya yang berada di atas katil.

*
* *
* *

Erin tersedar dari lenanya yang terasa cukup panjang. Perlahan Erin membuka matanya. Pandangan yang mula kabur semakin cerah apa Erin memejam celikkan matanya beberapa kali. Sebelah tangan naik memicit kepala. Terasa pening.

Baru sahaja Erin mahu mengerakkan sebelah lagi tangannya, tiba-tiba dia terasa berat seolah ditindih sesuatu. Erin pantas melihat ke arah kanan. Terkejut dia melihat wajah Rayyan yang sedang tidur sambil menindih tangannya.

Lama Erin merenung wajah lena itu. Dia rindu. Sungguh dia rindu. Erin terus mengusap lembut rambut lebat milik Rayyan itu. Wajah Rayyan ditatap sepuasnya. Dia berasa satu beban terbang pergi. Terasa ringan tubuhnya. Tanpa sedar, perbuatan Erin itu telah mengejutkan Rayyan.

"Awak dah bangun?" Serak suara Rayyan bertanya. Perlahan dia menegakkan tubuhnya.

"Macam mana saya boleh ada dekat sini?" Tanya Erin semula.

"Awak tak ingat?" Erin terdiam. Otaknya ligat mencerna semula apa yang terjadi. Setelah beberapa minit, dia mengingat semuanya.

"Kek! Mana kek saya?" Tanya Erin. Pantas dia bangkit dari pembaringan. Rayyan terkejut. Kek juga yang dicari gadis itu.

"Kat sana. Kek awak rosak. Mungkin sebab jatuh." Jawab Rayyan. Erin terus mencebik bibir.

"Maaf. Saya beli kek tu untuk awak. Tapi tak sangka pula jadi macam ni." Tiba-tiba Erin rasa kecewa. Setelah check out hotel pagi tadi, dia ingin pulang ke rumah. Tetapi tiba-tiba dia terdetik untuk beli kek baru untuk Rayyan.

"Erin..." Panggil Rayyan. Erin terus memandang wajah Rayyan.

"Mana awak pergi semalam? Awak tahu tak semalaman saya tunggu awak balik? Kenapa awak matikan fon awak?" Bertalu Rayyan menyoal.

"Maaf. Semalam saya bermalam di hotel. Saya hanya ingin bersendirian." Jawab Erin. Senyuman tipis dia ukirkan.

"Saya minta maaf tentang semalam." Ucap Rayyan tulus.

"Saya yang sepatutnya minta maaf. Saya patut beritahu awak awal-awal lagi. Kalau tak mesti tak akan jadi macam ni." Lagi-lagi Rayyan mengeluh kesal. Bagaimana Erin boleh katakan itu adalah salahnya?

"Bukan salah awak. Salah saya. Saya sepatutnya jawab panggilan awak." Erin hanya tersenyum.

Rayyan bangkit berdiri. Tubuh Erin dipeluk erat. Erin sedikit tersentak tetapi dia tidak menghalang. Pelukan hangat itu membuatnya berasa tenang. Rayyan memejamkan matanya rapat. Seketika rasa risau yang menghantuinya sejak daripada semalam terbang pergi. Rayyan mula berasa tenang.

"Saya minta maaf." Ucap Rayyan. Sekilas dia labuhkan kucupan pada leher Erin. Erin mengangguk.

"Awak ada sakit dekat mana-mana? Tanya Rayyan sambil meleraikan pelukan.

"Saya cuma rasa sedikit pening dan mual. Mungkin sebab tak makan semalam." Jawab Erin jujur. Dia berasa sangat lapar.

"Awak nak makan apa-apa? Saya boleh keluar belikan." Tanya Rayyan. Erin menggeleng.

"How about kita makan kek tu? Masih belum terlambatkan?" Erin memandang kek yang berada di atas sofa.

"Tapi kita tak ada sudu dan piring." Jawab Rayyan.

"It's okay. Hanya makan sedikit sempena ulang tahun awak." Erin memandang Rayyan dengan penuh pengharapan. Rayyan mengalah.

Rayyan terus mengambil kek itu lalu di bawa ke katil. Rayyan membantu Erin membuka kotak kek. Nasib baik ada pisau kek yang tersedia. Erin pantas memotong kek itu. Sebahagian kecil dia ambil menggunakan pisau kek lalu disuap ke mulut Rayyan. Rayyan menyambut suapan itu tanpa sedikit penolakan.

"Happy birthday awak. May Allah always bless you. Thank you for being the best husband." Ucap Erin. Rayyan tersenyum kelat. Suami terbaik?

"Saya nak hadiah." Pinta Rayyan.

"Sorry. Saya tertinggal hadiah awak dekat rumah mummy." Jawab Erin apabila teringatkan tentang hadiah.

"Tapi awak boleh bagi hadiah cara lain." Rayyan mengenyit matanya.

"Cara apa?" Polos Erin bertanya.

"Cara ni..." Serentak itu. Rayyan memaut leher Erin. Bibir Erin terus disambarnya.

Membulat mata Erin terkejut. Erin menolak-nolak dada Rayyan tetapi Rayyan bertindak memperdalamkan lagi ciuman itu. Erin mengalah. Dia turut membalas ciuman itu. Matanya dipejam. Rayyan hanya melepaskan ciuman itu untuk mengumpul nafas.

"Thank you sayang. Saya dapat hadiah lebih mahal daripada apa yang awak beli." Ucap Rayyan. Erin pula tersipu malu.

"Macam mana dengan mummy? Mummy tahu saya kat sini?" Tanya Erin apabila teringatkan mummynya. Rayyan menggeleng.

"Tak sanggup saya nak beritahu. Saya masih sayangkan kepala saya." Kata Rayyan sambil memegang lehernya. Erin ketawa geli hati. Takut rupanya! Rayyan tersenyum senang mendengar tawa itu.

"Jom makan kek ni buat alas perut seketika." Kata Rayyan. Pisau kek di tangan Erin diambil.

Rayyan terus menyuap kek ke mulut Erin. Erin tersenyum bahagia dengan layanan itu. Mereka makan kek itu sambil bercerita. Seketika Erin lupa rasa kecewanya pada Rayyan. Tanpa mereka sedar, sudah separuh kek dihabiskan. Langsung tidak terasa manisnya kek akibat ralik berbual tentang bagaimana Erin menyiapkan kejutan ulang tahun untuk Rayyan.

Double update for today. Terima kasih pada yang baca. Terima kasih pada yang komen. Ariss baca semua komen readers cuma Ariss tak balas sebab tak tahu nak balas apa >.< dan terima kasih pada yang donated. HAPPY READING!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience