BAB 27

Romance Completed 119020

Erin keluar dari bilik air bersama tarian kecil. Senyuman terus meleret di bibirnya. Dia hanya mengenakan tuala yang menutup tubuhnya dari paras dada hingga peha sahaja. Erin terus menari kecil menuju ke almari pakaian.

Rayyan yang duduk bersila di atas katil mengerutkan dahi melihat telatah Erin. Dah kenapa dengan bininya itu? Hampir dua jam berada di dalam bilik air, bila keluar siap menari-nari. Apa dah kena sampuk dengan hantu bilik air ke?

"Bahagia semacam ajer saya tengok. Ada berita gembira ke?" Tanya Rayyan ingin tahu apa yang buat Erin begitu gembira malam itu.

"Ada!" Jawab Erin tanpa menoleh ke arah Rayyan. Dia terus mencari baju yang sesuai untuk di pakai malam itu.

"Apa dia?" Tanya Rayyan lagi.

"Awak nak tahu ke?" Duga Erin semula. Dia terus berpusing menghadap Rayyan apabila baju yang dicarinya telah jumpa. Rayyan pula mengangguk kepala.

"Saya dah habis period. Arghhh!" Erin menjerit gembira. Dia telah suci daripada haid. Dia juga baru sahaja selesai mandi wajib setelah haid. Itulah yang membuatnya begitu gembira.

"Apa yang gembiranya habis period?" Rayyan menggeleng. Ingatkan apa tadi. Rayyan terus mencapai ipadnya di atas meja sisi katil.

"Mestilah gembira. Awak tak rasa apa yang saya rasa waktu datang haid jadi lebih baik awak diam." Erin mencebik manyampah dengan komen Rayyan sebentar tadi. Kalau suami lain, dia turut gembira apabila isterinya sudah suci daripada haid.

"Hurmm..." Rayyan mengherotkan bibir mendengar omelan Erin. Erin yang melihat terus mengangkat penumbuk. Rasanya ingin melayangkan penumbuk pada pipi Rayyan itu.

Tanpa menghiraukan Rayyan, Erin melepaskan tuala di tubuhnya sehingga tuala itu jatuh ke lantai. Dengan selamba, Erin menyarungkan baju tidur kain satin yang cukup seksi pada tubuhnya.

Rayyan yang kebetulan melirik ke arah Erin terbutang melihat kelakuan Erin. Entah apa yang merasuk Erin sehingga berani mati melepaskan tuala di tubuhnya sehingga menampakkan tubuh montoknya itu. Rayyan menelan liur.

Sebaik sahaja Erin berpusing ingin menuju ke meja solek, Rayyan terus memandang ipad di tangannya semula. Berlakon seolah tidak sedar dengan apa yang Erin lakukan. Erin melabuhkan punggung ke atas kerusi depan meja solek.

Meja itu disediakan oleh Rayyan. Setelah dia dibenarkan menjadi penghuni tetap dalam bilik itu, bilik Rayyan sudah bertukar rupa. Meja kerja Rayyan dialihkan ke bilik sebelah dan di gantikan dengan meja solek. Bilik di huni Erin sebelum ini akan dijadikan bilik kerja.

Erin mencapai losyen lalu di tekan ke atas tapak tangannya. Erin meratakan losyen tersebut pada kedua tapak tangannya sebelum di ratakan pula pada kedua kulit lengannya. Setelah selesai di lengan, Erin menyapu pula pada kedua betisnya yang putih mulus.

Rayyan yang sesekali menjeling ke arah Erin menarik nafas dalam. Tidak di nafikan perbuatan Erin itu menggugat imannya. Tubuh seksi Erin menjadi santapan matanya. Berkali-kali Rayyan menelan liur.

Erin sedar Rayyan terus memandangnya tetapi bertindak seolah tidak sedar. Dia sengaja lakukan itu untuk menggoda Rayyan. Dia sudah tekad untuk buat Rayyan jatuh ke dalam pelukannya. Dia akan ikat Rayyan dan buat Rayyan tunduk padanya.

Setelah itu, Erin terus bergerak ke arah katil. Erin merebahkan badannya di sebelah Rayyan. Ah boleh dikatakan setiap malam dia tidur sambil memeluk Rayyan. Mujurlah tiada bantahan daripada Rayyan.

"Yang awak seksi-seksi malam ni dah kenapa?" Tanya Rayyan sambil melirik ke arah Erin yang sudah berbaring. Lurah dada Erin kelihatan. Wangian dari losyen yang dipakai Erin semakin menggoda Rayyan.

"Saja..." Jawab Erin meleret bersama senyuman nakal.

"Kenapa? Awak tergoda ke?" Tanya Erin kepada Rayyan pula.

"Jangan mimpi saya akan tergoda dengan awak." Balas Rayyan angkuh. Erin ketawa tetapi cukup sinis di pendengaran Rayyan.

"Well...hanya lelaki yang bersifat songsang sahaja tak tergoda dengan perempuan seksi." Kata Erin bersama senyuman mengejek. Sengaja! Dia sengaja membakar perasaan Rayyan.

"I masih..."

"Then buktikan kalau awak bukan seorang lelaki songsang!" Potong Erin terlebih dahulu tanpa sempat Rayyan menghabiskan ayatnya. Rayyan mengacip gigi mendengar kata-kata Erin.

"You cabar I?" Tanya Rayyan.

"Lebih kurang..." Jawab Erin.

Rayyan benci melihat senyuman mengejek yang diukir oleh Erin ketika itu. Erin seolah ingin merendahkan dirinya sebagai seorang lelaki yang 'betul'.

"You jangan menyesal dengan kata-kata you!" Kata Rayyan tegas.

"Awak tahu kan saya tak akan menyesal dengan kata-kata saya?" Lagi-lagi Erin bersuara santai dengan senyuman manisnya membuatkan ego Rayyan sebagai seorang lelaki tercabar.

Rayyan meletakkan ipadnya di atas meja sisi katil. Dia terus naik menindih tubuh Erin. Erin tersenyum. Rayyan sudah hampir ke dalam perangkapnya. Rayyan yang semakin sakit hati melihat Erin tersenyum tenang, terus tunduk mengucup bibir Erin secara kasar.

Erin hanya membiarkan pelakuan kasar Rayyan. Dia hanya cuba mengikut rentak supaya Rayyan akan bertindak lebih perlahan. Erin tersenyum kemenangan apabila pergerakan Rayyan yang kasar tadi sudah bertukar lembut dan penuh romantik.

Akhirnya, ego seorang Rayyan Qhai gugur di tangan Erin. Tidaklah sesusah mana. Erin berjaya membuat Rayyan jatuh ke dalam pelukannya. Erin akan jadikan malam itu adalah malam yang paling bermakna untuknya.

*
* *
* *

Awal-awal pagi lagi Erin sudah tersedar. Erin terus melihat jam di telefonnya. Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi. Erin menggosok matanya yang masih terasa berat tetapi dia mesti bangun untuk membersihkan diri. Dengan apa yang berlaku malam tadi, sudah semestinya untuk dia mandi wajib.

Erin memandang Rayyan yang masih lena. Senyuman terukir di bibirnya. Tenang melihat wajah itu. Permainan malam tadi berputar di ingatan Erin membuatkan Erin tiba-tiba berasa malu. Entah macam mana dia akan berdepan dengan Rayyan pagi nanti.

Dengan perlahan, Erin mengalihkan tangan Rayyan yang masih berada di pinggangnya. Setelah itu, barulah Erin bergerak turun dari katil dengan pergerakan perlahan. Dia tidak berniat untuk mengejutkan Rayyan lagi.

Erin mengutip pakaiannya dan Rayyan yang berada di lantai. Sempat Erin mencapai tuala sebelum berlari menghilangkan diri ke dalam bilik air.

Selesai membersihkan diri, Erin keluar dari bilik air. Dia melihat Rayyan masih lena berbungkus dalam selimut. Erin melangkah ke arah almari untuk mengambil pakaian. Erin memilih untuk memakai seluar trek dan baju t-shirt sahaja.

Setelah itu Erin membuka lampu. Bilik yang tadinya suram bertukar cerah. Erin melihat Rayyan mula menggeliat. Mungkin tidak selesa dengan cahaya lampu yang cerah itu. Erin terus mendekati katil.

"Awak bangun. Dah hampir masuk waktu subuh ni." Lembut Erin mengejutkan Rayyan.

"Boleh tak kalau awak tutup lampu? Silau la!" Rayyan mendengus tidak puas hati.

"Bangun la. Awak perlu bersihkan diri dulu sebelum masuk waktu subuh." Erin menepuk-nepuk pipi Rayyan supaya lelaki itu bangun.

"Sekejap lagi saya bangun. Saya masih mengantuk."

Erin menggeleng. Setiap kali dia mengejutkan Rayyan, setiap kali itulah dia merasakan seolah-olah dia mengejutkan kanak-kanak. Merengek minta untuk menyambung tidur.

"Tak ada sekejap-sekejap. Cepat bangun!" Suara Erin yang lembut tadi terus bertukar tegas. Rayyan menggaru kepala geram.

"Rayyan Qhai Tan Sri Qhairil..."

"Ye nak bangun la ni. Tak boleh ke kalau mulut awak tu diam pagi-pagi macam ni? Asal pagi jer membebel. Asal pagi jer membebel. Bising tahu tak?!" Rayyan terus melepaskan ketidakpuasan hatinya sambil bangkit dari pembaringan.

"Hey hey! Bila masa saya membebel? Saya kejutkan suruh awak bangun jer. Awak tu yang membebel." Erin bercekak pinggang. Bila masa orang membebel entah.

"Kalau awak tak ganggu saya tidur, saya tak akan membebel." Dengus Rayyan. Erin menggeleng. Kenapalah dia rasakan Rayyan sebenarnya tidak matang?

"Ok saya minta maaf ye little lion. Tapi awak tetap kena bangun dan pergi mandi sekarang." Kata Erin lembut seolah memujuk anak kecil merajuk. Rayyan menjeling tajam.

"Morning kiss!" Kata Erin lalu terus mengucup pipi kanan Rayyan. Rayyan terkedu dengan tindakan Erin tetapi dia memalingkan wajahnya menunjukkan pipi kiri pula kepada Erin.

"Bagi satu minta lebih? Tak bersyukur ini namanya." Omel Erin.

"Bukan tak bersyukur tapi mestilah sama. Baru tidak berat sebelah." Balas Rayyan sambil terus menyua pipi kirinya pada Erin. Erin mengalah. Dia terus mengucup lembut pipi kiri Rayyan.

"Terima kasih. Saya pergi mandi dulu." Rayyan terus berdiri. Dia menggosok lembut pundak kepala Erin sebelum berlalu ke bilik air.

Erin tersenyum bahagia. Dia bahagia dengan layanan lembut Rayyan. Cintanya pada Rayyan semakin mekar.

'I will love you for the rest of my life and I promise, I will make you fall in love with me.' Bisik hati Erin.

Pagi itu, Rayyan ke pejabat dengan senyuman lebar di bibir. Kakitangannya yang memandang pelik ke arahnya tidak dia hiraukan. Yang dia tahu, dia rasa pagi itu lebih indah dari pagi-pagi sebelumnya. Terasa tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience