BAB 13

Romance Completed 119020

Keesokan paginya, Erin tersedar apabila azan subuh berkumandang. Walaupun otaknya masih memikirkan tidur, Erin tetapi gagahkan dirinya untuk bangun. Jadualnya akan berubah pada hari itu. Jika minggu lepas masih sama seperti sebelumnya, tetapi bukan hari ini.

Erin melangkah keluar dari biliknya menuju ke bilik Rayyan. Pintu bilik itu diketuk dan Erin menantikan sahutan dari orang dalam. Apabila tiada sahutan Erin kembali mengetuk. Kepalanya di geleng apabila masih tiada sahutan dari orang dalam. Akhirnya Erin memilih untuk masuk ke dalam bilik itu.

"Awak bangun la! Dah masuk waktu subuh ni." Erin mengejutkan Rayyan lembut. Seperti yang dia sangkakan, Rayyan masih berselubung di dalam selimut.

"Awak bangun la. Nanti terlepas subuh." Erin menggoncang bahu Rayyan supaya lelaki itu tersedar.

Rayyan mula menggeliat apabila terasa tubuhnya digerakkan. Dengusan tidak puas hati terdengar dari mulutnya kerana tidurnya terganggu. Erin tersenyum kecil melihat Rayyan betul-betul liat untuk bangun pagi. Entah macam mana lelaki itu menunaikan solat subuh sebelum mereka bersama.

"Awak nak apa pagi-pagi ni?" Tanya Rayyan sambil memandang Erin tajam.

"Saya nak awak bangun la. Solat subuh dulu. Lepastu tidur la balik kalau awak ngantuk sangat. Tak nak bangun pun tak ada orang kisah." Jawab Erin dengan senyuman.

"Hurmm...awak keluar dulu. Kejap lagi saya bangun." Rayyan kembali menarik selimut.

"Tak ada kejap-kejap lagi. Sekarang!" Tegas Erin. Selimut ditarik sehingga seluruh tubuh Rayyan terdedah.

Rayyan berdecik sebal. Matanya dibuka seluasnya. Semakin tajam dia memandang Erin. Erin tidak menghiraukan pandangan itu. Kedua belah Rayyan ditarik supaya bangkit dari pembaringan.

"Pergi mandi dan solat subuh. Saya akan tolong gosokkan baju dan buat sarapan untuk awak nanti." Kata Erin.

"Awak sama saja macam mummy. Pagi-pagi dah bising." Balas Rayyan.

Dia turutkan sahaja apa yang diarahkan oleh Erin. Turun dari katil dan menghilang ke dalam bilik air. Erin menggeleng. Dia mengemas dahulu katil itu sebelum bergerak ke almari pakaian. Erin melihat baju Rayyan yang tergantung cantik. Baju kemeja berwarna biru laut terus diambil Erin.

Selesai menggosok baju, Erin hanya meletakkan baju itu di atas katil. Dia terus menuju ke bawah untuk membuat sarapan. Erin membuka peti sejuk. Seketika Erin terpegun. Semalam dia belum sempat meneroka seluruh isi rumah. Pagi ini sahaja dia sempat turun ke dapur.

"Boleh tahan." Puji Erin.

Rumah Rayyan itu kelihatan kosong sahaja. Hanya peti itu boleh di puji. Peti itu penuh dengan bahan basah, buah-buahan dan sayur-sayuran. Itu memudahkan Erin untuk memasak. Tidak perlu dia ke pasar untuk membeli semua itu.

"Apa yang patut aku masak?" Soal Erin kepada diri sendiri. Dia membelek-belek barang yang ada peti itu tetapi dia tidak pasti apa yang patut dia masak.

Hampir lima minit berfikir, akhirnya Erin memilih untuk membuat nasi goreng sahaja. Cukup la untuk sarapan pagi itu. Selepas itu dia akan bertanyakan Rayyan sendiri untuk bersarapan pagi dengan apa nanti.

Siap sahaja memasak nasi goreng kampung itu, Erin terus mengidangkan ke atas meja. Hanya tinggal bancuh air kopi sahaja. Erin berharap nasi goreng kampung itu kena dengan selera Rayyan. Kalau tidak, jenuh dia mahu membuat sarapan lain.

"Siap!" Erin tersenyum puas. Air kopi dibuatnya juga diletakkan ke atas meja.

Erin duduk di meja makan itu menanti kelibat Rayyan. Lama dia bertelengku di meja makan itu sehingga keluhan terlepas. Orang yang ditunggu-tunggu masih tidak muncul. Takkan kembali tidur?

Baru sahaja Erin berura-ura ingin menjenguk Rayyan di bilik, akhirnya kelibat orang yang ditunggu-tunggu turun juga. Bibir Erin tersenyum lebar melihat Rayyan mengenakan baju yang digosoknya tadi.

"Awak jom sarapan dulu." Ajak Erin. Langkah kakinya terus mendekat dengan Rayyan.

"Saya dah lambat. Awak sarapan la sendiri." Tolak Rayyan. Tali leher dibetulkan.

"Baru pukul 7.30 pagi. Sempat lagi kalau awak sarapan." Kata Erin lagi.

"Saya ada meeting penting perlu hadir. Saya tak nak terjebak dalam kesesakan jalan raya dan terlewat ke mesyuarat nanti." Suara Rayyan terus bertukar tegas.

"Habistu siapa nak habiskan nasi goreng tu? Penat saya masak untuk awak." Erin menjuih bibir meminta simpati.

"Sarapan dulu hurmm?" Erin sekali lagi mencuba nasib walaupun sedikit gugup melihat wajah garang Rayyan.

"Yelah Puan Erin Aulya!" Jawab Rayyan mengalah. Dia terus menuju ke meja makan.

"Yes!" Jerit Erin kecil. Akhirnya Rayyan mengalah.

*
* *
* *

Selesai bersarapan, Erin terus membawa pinggan yang digunakan ke sinki. Tangannya dicuci lalu Erin cepat-cepat mengejar langkah Rayyan yang sudah ke depan. Dia mahu menghantar Rayyan hingga ke kereta. Tidak salahkan dia mencuba jadi isteri yang baik.

"Awak!" Panggil Erin. Rayyan yang mendengar namanya dipanggil tidak jadi untuk masuk ke dalam kereta.

Erin berlari mendekati Rayyan di garaj kereta itu. Kerana ingin cepat, selipar pun tidak sempat dia sarung. Rayyan menggeleng kepala melihat Erin yang berkaki ayam.

"Apa lagi awak nak Puan Erin Aulya? Saya dah lewat ni!" Tanya Rayyan tegas. Geram pula dia dengan Erin.

"Salam." Kata Erin sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Rayyan.

Rayyan hanya menyambut salam itu walaupun sedikit terkejut. Terasa tangannya dikucup lembut. Entah kenapa Rayyan berasa tenang. Sebaik sahaja berdiri tegak, Rayyan membalas kucupan Erin di tangannya pada dahi Erin. Erin sedikit tersentak tetapi dia tetap mengukir senyuman.

"Hati-hati bawa kereta." Pesan Erin sebaik sahaja melepaskan kucupan di dahinya.

"Awak pun. Duduk diam-diam kat rumah. Kalau nak keluar jangan lupa bawa kunci pendua." Pesan Rayyan apabila melihat kunci pendua rumah masih berada di atas meja makan. Erin mengangguk perlahan.

"Saya pergi dulu. Assalamualaikum." Rayyan terus meloloskan diri ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan.

"Waalaikumsalam." Jawab Erin.

Erin memerhatikan kereta Rayyan yang mula keluar meninggalkan garaj kereta itu. Tangannya dilambai. Setelah kereta itu hilang dari pandangan, barulah Erin kembali berpusing untuk masuk ke dalam rumah.

Nampaknya hari pertama dia menjalankan tugasnya sebagai isteri berjalan lancar. Erin berharap apa yang dia rancangkan dapat membuat hati Rayyan yang beku itu cair. Tak apa. Dia akan cuba perlahan-lahan.

Erin mengelilingi ruang tamu rumah itu. Sofa disentuh. Berhabuk. Maklumlah seminggu ditinggal tidak berpenghuni. Kalau berpenghuni pun belum tentu tidak berhabuk. Bukankah Rayyan cakap dia tidak ada masa untuk menghias rumah? Sudah pasti lelaki itu tidak mengambil kisah tentang kebersihan rumahnya kecuali bilik yang dia diami.

Setelah puas berpusing di ruang tamu, Erin terfikir untuk melihat di belakang rumah. Terlopong mulut Erin melihat belakang rumah itu. Kolam ikan tetapi seperti tempat perbuangan sampah. Airnya yang sudah bertukar hijau dan berlumut. Erin menggeleng.

"Apa la masalah laki ni? Kalau ye pun sibuk dengan kerja, carilah pembantu rumah. Sekurang-kurangnya tak adalah rumah besar dan cantik ni jadi macam rumah hantu di luar dan hospital sakit jiwa di dalam." Bebel Erin sendiri. Sakit matanya melihat.

Erin kembali masuk ke dalam rumah. Dia tidak boleh hanya duduk dan melihat. Dia mahu kemaskan rumah besar itu supaya terlihat seperti rumah. Kalau terus biarkan rumah itu begitu, kemungkinan besar dia akan ke hospital jiwa betul-betul nanti.

Last! Stay tuned for next chapter. Masih dalam proses mengedit >_< Happy Reading!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience