BAB 49

Romance Completed 119020

Perlahan Erin membuka matanya, kepalanya terasa sedikit pening. Erin terus mengangkat tangan untuk menyentuh kepalanya tetapi tiba-tiba dia rasa terhalang. Erin mengeluh kecil apabila melihat tangannya yang sudah berbalut.

"Dah bangun sayang?" Satu suara yang menegur itu sedikit membuatkan Erin terkejut. Erin terus memandang ke arah suara itu di mana pemilik suara turut merenungnya tajam.

"Macam mana rasanya dapat jadi heroin? Seronok?" Sekali lagi suara itu menyapa pendengaran Erin. Erin hanya mengendahkan saja walaupun nada suara itu membuatnya berasa panas.

"Kakak...macam mana dengan kakak?" Tanya Erin sambil bangkit dari pembaringan. Tubuhnya di sandarkan pada kepala katil.

Erin memandang tangannya yang sudah berbalut. Kesan daripada luka merebut pisau dari Esya. Begitu sekali mama dan papanya mengabaikan Esya. Nasib baik dia terdetik untuk pergi menjenguk Esya di bilik apabila Esya langsung tidak muncul di meja makan.

Rayyan pula meraup rambutnya ke belakang. Nafas kasar di lepas sehingga Erin dapat mendengar dengusan itu.

"Awak patut fikirkan tentang awak dulu Erin bukannya orang lain. Bagaimana kalau saya cakap yang Esya baik-baik saja dan yang tidak baik-baik saja sekarang adalah awak?" Rayyan mengacip gigi menahan dari suaranya melantun tinggi.

"Apa maksud awak yang saya tidak baik-baik saja? Saya rasa saya ok saja. Tidak ada sakit di mana-mana. Dan orang lain yang awak cakap tu adalah kakak saya! Saya ada hak untuk risaukan dia." Jawab Erin.

"Macam mana awak boleh cakap yang awak baik-baik saja sedangkan kita hampir kehilangan malaikat kecil kita beberapa jam yang lalu? Kalau saya terlambat sedikit saja, kita betul-betul akan kehilangan malaikat kecil kita yang sedang berada dalam rahim awak sekarang!"

Erin terkedu mendengar kata-kata yang meluncur keluar dari bibir Rayyan. Matanya memandang wajah kesal Rayyan.

"Ap...apa maksud awak yang kita hampir kehilangan malaikat kecil kita?" Tanya Erin gugup.

"Awak lupa yang awak mengandung Erin?" Tanya Rayyan. Erin terdiam. Bibirnya di gigit perlahan. Rayyan yang melihat reaksi Erin itu menggeleng kecewa.

"Doktor dah sahkan. Dua minggu. Awak mengandung dua minggu." Kata Rayyan perlahan.

Erin pantas tunduk merenung perutnya. Terketar-ketar tangannya naik menyentuh perutnya yang masih kempis. Tubir matanya terasa hangat. Ye memangnya dia lupa kerana waktu itu dia lebih risaukan Esya.

"Awak..." Perlahan Erin memanggil Rayyan.

"Saya kecewa Erin. Kalau ye pun awak bencikan saya tetapi awak tidak sepatutnya jadikan nyawa malaikat kecil itu sebagai galang gantinya." Kata Rayyan tanpa memandang wajah Erin. Erin pula pantas menggeleng.

"Tak! Bukan itu yang saya maksudkan. Saya..." Kata-kata Erin terhenti apabila telefon Rayyan tiba-tiba berbunyi.

Sekilas Rayyan memandang Erin sebelum mengeluarkan telefonnya dari poket seluar. Skrin telefon ditatap sekejap sebelum sekali lagi dia melirik ke arah Erin. Rayyan menarik nafas dalam, langkah kakinya terus dibawa beredar dari wad Erin.

Erin memandang tubuh Rayyan yang menghilang di sebalik pintu wad dengan pandangan kabur. Kelopak matanya sudah penuh. Bila-bila masa sahaja air jernih itu akan mengalir di pipinya.

Erin terus menundukkan kepalanya apabila air jernih itu akhirnya jatuh menyentuh pipi. Terhinjut-hinjut bahunya menahan tangis. Begitu sekali Rayyan memarahinya? Sehingga tidak mahu mendengar penjelasannya dan beredar meninggalkan dirinya begitu saja? Dia betul-betul tidak sengaja.

*
* *
* *

Rayyan berlari mendapatkan seorang wanita yang duduk bersandar pada dinding hospital itu. Sebaik berhenti di depan wanita itu, nafas dalam ditarik. Tatapan datar wanita itu terhadapnya tidak diendahkan.

"Apa lagi kali ni? Macam mana Erin boleh masuk wad?" Tanya Alicia dingin.

"Esya." Hanya itu yang keluar daripada mulut Rayyan.

"What? Minah sewel tu buat apa sampai Erin masuk wad?" Tanya Alicia terkejut.

"Panjang ceritanya. Kalau you nak tahu, apa kata kalau you pergi tanya Erin sendiri?" Rayyan membalas pandangan datar Alicia.

"Macam mana you dengan dia? You dah jelaskan pada Erin siapa perempuan tu?" Tanya Alicia mengubah topik. Rayyan menggeleng.

"Kenapa? Sampai bila you nak berahsia?" Tanya Alicia lagi. Dia cukup bengang dengan Rayyan.

"I cuba untuk jelaskan tetapi Erin tak nak dengar." Jawab Rayyan cuba mempertahankan diri.

"Habistu you pun diam je la?" Alicia menjungkit kening. Rayyan pula terdiam.

"I kecewa dengan you Rayyan. You langsung tak tahu tanggungjawab you sebagai suami. Kalau macam ni perangai you, I tak teragak-agak untuk bawa Erin pergi bersama dengan I ke UK." Kata Alicia.

"No! I tak akan benarkan Erin ke mana-mana. Dia isteri I. Dia tak boleh ke mana-mana tanpa izin I!" Bantah Rayyan tegas.

"So? I tak kisah dia isteri you or tak. Kalau perangai you terus macam ni, seperti yang I cakap, I tak teragak-agak untuk bawa Erin pergi bersama I. Erin seorang wanita yang baik. Dia layak dapat kebahagiaan dan seorang suami yang lebih baik dari you."

"Alicia I..."

"Dah la Rayyan. I tak nak dengar apa-apa alasan dari you. Yang I tahu, you jelaskan perkara sebenar pada Erin. I cuma nak tengok Erin bahagia seperti mana dia impikan selama ini." Potong Alicia terlebih dahulu.

"Percayakan I. Kali ni sahaja. I janji I akan tepati seperti mana yang I cakapkan." Kata Rayyan.

"Ingat janji you Rayyan. I tunggu berita tu. Kalau sekali lagi I tahu Erin menangis, you tak akan pernah jumpa Erin lagi!" Tegas Alicia memberi amaran. Rayyan pantas mengangguk pasrah.

"Ni telefon yang you minta. I belikan model sama seperti mana yang you rosakkan tu." Kata Alicia lalu menghulurkan beg plastik di tangannya.

"Thank you." Ucap Rayyan sambil menyambut huluran itu.

"Kalau dah tak ada apa-apa, I minta diri dulu." Kata Alicia lagi.

"You tak nak masuk melawat Erin?" Tanya Rayyan. Alicia pantas menggeleng.

"Jagakan dia untuk I. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

Alicia terus beredar dari situ meninggalkan Rayyan. Dia bukan tidak mahu melawat Erin, cuma dia mahu memberi ruang kepada dua orang itu. Dia mahu Rayyan buktikan janjinya yang ditabur.

*
* *
* *

Rayyan kembali ke wad Erin. Perlahan daun pintu itu ditolak. Rayyan terkejut melihat Erin yang duduk memeluk lutut. Wajahnya disebamkan antara lututnya itu.

"Sayang..." Tegur Rayyan perlahan. Langkah kakinya dibawa mendekati katil. Beg plastik yang berisi dengan telefon di letakkan ke tepi.

"Sayang kenapa ni? Kenapa nangis? Ada sakit di mana-mana?" Tanya Rayyan cemas apabila melihat air mata Erin mengalir di pipi sebaik gadis itu mengangkat wajahnya.

"Kenapa awak tinggalkan saya? Marah sangatkah awak kepada saya?" Tanya Erin kembali dalam esakkanya.

"Mana ada abang tinggalkan sayang. Tadi abang keluar pergi jumpa seseorang kejap ambil barang." Jawab Rayyan. Jarinya terus bergerak menyeka air mata Erin .

"Saya minta maaf. Bukan itu yang saya maksudkan. Saya cuma risaukan kakak." Rayyan menggeleng. Dia terus memeluk Erin. Kepala Erin diusap lembut.

"Sayang tak salah. Abang yang salah. Abang yang patut minta maaf. Abang tak sepatutnya marahkan sayang dan abang sepatutnya faham sayang." Balas Rayyan rasa bersalah.

"Saya betul-betul minta maaf..." Sekali lagi Erin memohon maaf. Rayyan memejamkan matanya rapat. Dia betul-betul suami tidak berguna.

"Sayang please jangan nangis. Abang maafkan sayang. Sayang tak salah dalam hal ni." Rayyan memegang kedua belah pipi Erin. Ibu jarinya ligat bergerak menyeka air mata Erin.

Rayyan mengeluh apabila air mata Erin tidak berhenti mengalir malah tangisan gadis itu semakin menjadi-jadi. Sekarang Rayyan rasa dia betul-betul gagal. Dia gagal jadi suami terbaik untuk Erin. Terketar-ketar tangan Rayyan memeluk tubuh Erin.

"Sayang..." Panggil Rayyan.

"Sayang betul-betul nak berpisah dengan abang?" Tanya Rayyan dengan suara bergetar. Lama dia menanti, tidak ada jawapan daripada Erin melainkan bunyi esakannya.

"Abang cintakan sayang. Terlalu cintakan sayang. Tapi nampaknya, abang langsung tak mampu untuk buat sayang bahagia." Kata Rayyan lagi. Tiba-tiba dadanya terasa sakit.

"Sayang pandang abang kejap...." Pinta Rayyan lembut. Perlahan dia meleraikan pelukan pada tubuh Erin.

"Sayang cintakan abang?" Tanya Rayyan. Sekali lagi Erin tidak menjawab.

"Abang tahu sayang cintakan abang. Boleh sayang lafazkan cinta itu? Abang janji, sayang lafazkan sekali saja abang akan simpan selamanya." Sambung Rayyan. Erin terus menundukkan kepalanya.

"Sayang..." Rayyan sedikit kecewa dengan diamnya Erin ketika itu.

"Awak...boleh awak bagi saya masa?" Kata Erin perlahan tanpa memandang Rayyan.

"Kenapa? Sayang tak percayakan abang?" Tanya Rayyan. Erin menggeleng.

"Kalau betul awak cintakan saya, awak akan tunggu saya kan?" Kali ini Erin mengangkat kepala. Wajah Rayyan dipandang. Rayyan menarik nafas dalam. Kepalanya dianggukan.

"Terima kasih. Maaf kalau saya ego tetapi saya betul-betul perlukan masa." Kata Erin.

"Abang faham." Balas Rayyan.

Rayyan memandang wajah Erin mencari secebis kekuatan. Masa? Sampai bila? Dia juga akan terseksa dengan perasaannya sendiri nanti. Tetapi Rayyan terpaksa akur. Dia percaya pada Erin.

Dah banyak kali baca...tapi tah la ¯⁠\⁠_⁠༼⁠ ⁠ಥ⁠ ⁠‿⁠ ⁠ಥ⁠ ⁠༽⁠_⁠/⁠¯ By the way...mesti semua terkejut ann sebab Ariss tiba2 terbit novel baru...heheheh... sebenarnya novel tu novel berkunci...Ariss harap tetap ada sambutan seperti novel Lafazkan Cintamu walaupun novel baru tu novel berkunci...Tq pada yg support Ariss<333

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience