BAB 6

Romance Completed 119020

Seperti yang dirancangkan, seminggu selepas itu, Erin sudah bergelar tunangan orang. Di atas permintaannya, majlis pertunangan itu hanya diadakan secara kecil-kecilan sahaja. Hanya menjemput saudara mara terdekat. Bagi Erin tidak perlu la terlalu meriah kerana hanya sekadar majlis pertunangan.

Sejak hari itu juga Erin tidak berhubung dengan Rayyan. Erin sendiri tidak tahu ke mana lelaki itu menghilang. Masih marahkan Rayyan kerana dia menerima risikkan itu? Ah Erin tidak mahu tahu. Lebih bagus tiada gangguan dari lelaki itu.

Erin membawa buku rujukannya di tangan. Anak tangga asrama dipandang. Erin mengeluh kecil. Entah kenapa dia berasa tangga itu terlalu tinggi untuk dia panjat. Walhal sudah bertahun dia ulang alik memanjat tangga itu.

Sampai sahaja di biliknya, Erin melangkah masuk. Dia melihat Alicia yang sibuk menekan keyboard laptop. Sesekali matanya melihat ke arah kertas yang berselerak di atas meja. Erin menggeleng kecil.

"Kau dah makan?" Tanya Erin. Serasanya Alicia langsung tidak turun ke kafe untuk mengisi perut.

"Belum. Aku sibuk nak siapkan assignment Prof Eric ni. Tak sempat nak isi perut." Jawab Alicia sambil matanya terus melekat pada pada skrin laptop.

"Kalau ye pun turun la makan dulu. Nanti perut masuk angin, kau juga yang susah." Erin menggeleng kecil. Itulah akibatnya apabila selalu kerja bertangguh.

"Nanti siap aku pergi la cari makan." Balas Alicia.

"Kau nak makan apa? Biar aku tolong belikan." Pelawa Erin. Kesian melihat Alicia.

"Tak apa la. Aku boleh turun sendiri nanti. Kau rehat la, kau pun baru balik dari pustaka." Tolak Alicia tidak mahu menyusahkan. Dia terus memandang wajah Erin.

"Kau tak sihat ke Erin? Muka kau nampak pucat sangat." Alicia terus menegur apabila melihat wajah pucat Erin.

"Aku ok. Pening kepala sikit jer. Mungkin sebab penat menghadap buku jer. Kau pun tahun minggu ni last kita study."

"Kau duduk dulu rehat. Biar aku pergi turun bawah cari apa yang boleh kita makan. Lepastu kau makan ubat." Alicia berdiri lalu mendekati Erin. Tangannya naik memegang bahu Erin lalu ditolak lembut supaya duduk. Saat itu juga Alicia sedikit tersentak.

"Wehh tubuh kau panas sangat! Kau pasti ke kau hanya sakit kepala? Aku rasa kau demam la." Alicia menyentuh dahi Erin pula. Terasa cukup panas.

"Aku ok la. Aku cuma penat. Lepas rehat dan makan ubat nanti mesti tak ada apa-apa." Erin mengukir senyuman tipis. Tidak mahu Alicia risau.

"Kau tunggu kejap ok? Aku turun belikan makanan untuk kita." Alicia terus berlari keluar dari bilik itu menuju ke bawah. Erin yang melihat menggeleng.

Alicia berjalan laju untuk menuju ke kafe Universiti. Lankah Alicia terhenti apabila terdengar seseorang memanggil namanya. Alicia melihat ke arah datangnya suara itu. Matanya dikecilkan cuba mengecam siapa yang memanggilnya.

"You siapa?" Tanya Alicia. Seperti pernah melihat tetapi lupa di mana.

"I Rayyan..." Jawab Rayyan kekok.

"Ahh Rayyan. Sorry I nak cepat tadi sampai I tak cam you." Alicia menepuk dahi sendiri.

"You nak pergi mana? Erin mana?" Tanya Rayyan.

"I nak pergi kafe kejap. Erin dekat atas. Dia tak sihat."

"Tak sihat?"

"Ha'ah. I nak pergi cari sesuatu yang boleh kami makan sebelum Erin makan ubat."

"Boleh you panggil Erin turun? I boleh bawa dia ke klinik."

"Bagus juga tu. Kalau macam tu, you tunggu sini kejap. I naik panggil Erin."

Rayyan mengangguk. Alicia terus berlari memanjat tangga naik ke atas semula. Sementara itu, Rayyan menuju ke kafe Universiti itu.

*
* *
* *

Erin turun ke bawah bersama Alicia. Erin memicit kepalanya yang terasa berpusing. Cuaca panas membuatkan Erin berasa semakin pening. Dia memegang kemas lengan Alicia bimbang jika terjatuh nanti.

"Thanks Alicia. Nah untuk you. I dah belikan sesuatu untuk you jadi you tak perlu ke kafe." Rayyan menghulurkan plastik di tangannya kepada Alicia.

"Thank you Rayyan. Jaga sahabat I baik-baik." Alicia menyambut huluran daripada Rayyan itu.

"Macam mana awak boleh tiba-tiba muncul di asrama ni? Saya ok jer la. Tak perlu ke klinik pun." Kalau ikutkan hati Erin, malas nak ke klinik. Dia turun pun setelah dipaksa oleh Alicia.

"You naik dulu Alicia. Jangan risau, lepas balik dari klinik nanti, I call you supaya you boleh jemput Erin di bawah ni." Kata Rayyan kepada Alicia tanpa menghiraukan kata-kata Erin tadi.

"Ok, tapi you ada nombor telefon I ke?" Tanya Alicia.

"Tak ada tapi Erin ada." Jawab Rayyan ringkas. Alicia hanya mengangguk.

Erin memandang langkah Alicia yang mula meninggalkannya. Semakin lama pandangannya semakin kabur. Erin menggeleng kecil. Kepalanya terasa berdenyut. Wajah Rayyan dipandang.

"Ikut I ke klinik sekarang." Ajak Rayyan tegas.

"Tak nak. I cuma sakit kepala jer. Lepas makan ubat dan rehat nanti ok la sakit kepala ni." Erin berkeras tidak mahu ke klinik.

Rayyan mengacing gigi. Penat betul dia melayan kedegilan Erin. Tapak tangannya terus hinggap di dahi Erin. Erin tersentak dengan tindakan Rayyan yang tiba-tiba itu. Jantungnya mula berdegup laju. Erin menolak lembut tangan Rayyan dari terus melekat di dahinya.

"Badan you panas sangat. You jangan degil boleh tak? Kita ke klinik sekarang." Rayyan menarik lembut tangan Erin supaya mengikut langkahnya. Akhirnya Erin mengalah dan mengikut sahaja.

"You ok tak ni?" Tanya Rayyan apabila langkah Erin semakin perlahan. Erin menggeleng. Sungguh kepalanya terasa sakit.

"You boleh jalan?" Tanya Rayyan lagi. Kali ini Erin mengangguk pula. Kalau dia tidak boleh jalan sekalipun takkan dia perlu minta Rayyan mendukungnya.

"Jom cepat sikit. Panas ni." Sekali lagi Rayyan menarik lembut tangan Erin. Sampai sahaja di kereta, Rayyan membukakan pintu kereta untuk Erin. Tanpa banyak soal, Erin memboloskan diri ke dalam perut kereta. Kepalanya disandarkan.

Rayyan turut masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan sebelum kereta itu mula bergerak meninggalkan kawasan Universiti. Erin hanya memejamkan matanya rapat menahan bisa denyutan di kepala.

Suasana di dalam kereta cukup hening sehingga kereta yang dipandu oleh Rayyan masuk ke kawasan klinik. Setelah memakirkan kereta, Rayyan terus mengajak Erin turun.

"Kenapa wajah you pucat sangat? Kalau sakit kepala takkan wajah you nampak pucat sampai macam ni sekali?" Tanya Rayyan. Wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia risau. Erin hanya mampu menggeleng tidak tahu.

"Jom cepat kita masuk cek kat dalam." Rayyan terus berjalan terlebih dahulu. Baru beberapa tapak melangkah, Erin memanggilnya kembali.

"Apa?" Tanya Rayyan. Erin tidak menjawab sebaliknya menghulurkan tangannya kepada Rayyan. Rayyan kembali berundur dan menyambut huluran itu.

"Maaf." Ucap Erin perlahan. Tangan Rayyan digenggam kemas.

Selepas daftar, Erin dan Rayyan duduk di kerusi kosong yang ada di situ menanti doktor panggil untuk masuk ke bilik rawatan. Rayyan menjeling sekilas memandang Erin di sisinya. Tidak lama selepas itu, nama Erin dipanggil. Pantas Erin berdiri.

"Nak I temankan?" Tanya Rayyan.

"Tak apa. Saya masuk sendiri." Tolak Erin lembut. Rayyan hanya mengangguk.

*
* *
* *

"Doktor cakap apa?" Tanya Rayyan sebaik Erin keluar dari bilik rawatan itu.

"Doktor cakap saya demam panas dan tak cukup rehat jer." Jawab Erin lalu melabuhkan punggung di sebelah Rayyan semula untuk menunggu ambil ubat.

"I dah cakap you tak sihat tapi you cakap you pening kepala jer. Nasib baik I paksa you datang klinik ni!" Erin hanya mengangguk kepala mendengar bebelan Rayyan.

"By the way macam mana awak tahu saya tak sihat?" Tanya Erin pelik.

"Kebetulan I nak pergi jumpa you tadi, tiba-tiba I nampak Alicia. Bila I tanya, Alicia cakap you tak sihat." Jawab Rayyan. Erin mengangguk faham.

"Awak masih marahkan saya?" Tanya Erin lagi.

"Apa maksud you?" Tanya Rayyan semula.

"Yeah, lepas saya bergelar tunangan awak, awak langsung hilang dan hari ni tiba-tiba saja awak muncul." Rayyan mengeluh kecil mendengar kata-kata Erin.

"I bukan saja-saja hilang. I baru balik dari outstation di Jepun dua minggu. I tak ada hak nak marah you. Itu keputusan you, jadi apa-apa pun lepas ni, you tanggung sendiri. Ingat, I hanya terima keputusan you sebab family kita. Jadi I nak pesan pada you, apa pun yang I lakukan pada you hanya sekadar tanggungjawab. Tolong jangan simpan apa sahaja yang I lakukan supaya hati you tak jatuh cinta pada I dan terluka suatu hari nanti." Jawab Rayyan panjang lebar.

"Saya faham." Jawab Erin.

Mereka terus mendiamkan diri. Erin hanya memandang lurus ke depan memikirkan semula keputusan yang dia buat. Tak lama setelah itu, namanya dipanggil. Pantas Erin panggung kepala sedikit terkejut.

"Biar I ambilkan. You tunggu sini." Kata Rayyan terlebih dahulu belum sempat Erin bangun. Erin hanya mengangguk.

Selesai urusan mengambil ubat dan membuat bayaran, Rayyan terus mengajak Erin untuk pulang. Di dalam kereta, masing-masing menyepi. Sehingga sampai di depan pagar asrama, barulah Erin bersuara.

"Thank you sebab bawa saya ke klinik dan bayarkan ubat saya." Ucap Erin.

"Erin..." Panggil Rayyan. Erin terus memandang wajah Rayyan.

"Ye?"

"Tak apa la. Kita cakap lain kali bila you dah sihat. Call la Alicia supaya turun jemput you di bawah ni." Rayyan tidak jadi mengatakan niat sebenar dia datang mencari Erin.

"Tak apa. Saya boleh naik sendiri. Tidak perlu susahkan Alicia untuk turun."

"Kalau macam tu, pergi la naik rehat. Jangan lupa makan ubat. Kalau ada apa-apa perlukan pertolongan call I."

"Terima kasih. Saya naik dulu. Assalamualaikum." Erin terus membuka pintu kereta.

"Waalaikumsalam." Jawab Rayyan.

"Awak drive elok-elok." Pesan Erin lalu melangkah keluar dari perut kereta. Dia melambai tangan kepada Rayyan sebelum menutup pintu kereta itu.

Rayyan tersenyum tipis. Pesanan yang cukup ringkas tetapi tidak pernah Erin penat mengulanginya. Setiap kali mereka akan berpisah setelah bertemu, Erin tidak pernah lupa berpesan kepadanya supaya hati-hati memandu.

->

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience