BAB 44

Romance Completed 119020

Erin membuka matanya perlahan. Dia berasa tidurnya sangat lama. Erin kembali menutup mata apabila pandangannya kabur. Setelah beberapa saat, Erin kembali membuka mata.

Pandangan pertama yang di jamah oleh mata Erin adalah wajah Rayyan yang sedang tersenyum kepadanya. Tidak semena-mena keluhan terlepas dari bibir Erin. Pandangannya terus di alihkan ke arah lain.

"Good morning sayang." Ucap Rayyan lembut.

Erin tidak memberi sebarang reaksi sebaliknya dia terus berbalik tidur membelakangi Rayyan. Dia tidak mahu melihat wajah itu lagi. Wajah yang telah membuatnya berasa sakit.

Rayyan pula berasa sedikit kecewa dan sedih apabila Erin tidak sudi memandangnya sedangkan dari tadi dia menanti Erin bangun dari tidurnya.

"Sayang pandang abang please..." Rayyan cuba membalikkan tubuh Erin supaya memandangnya tetapi Erin bertindak mengeraskan tubuh.

"Abang minta maaf tentang semalam." Kata Rayyan perlahan kepada Erin. Erin tetap mendiamkan diri.

"Janganlah diam jer. Abang lebih suka sayang marah abang dengan menyumpah seranah atau pukul abang. Bukan diam macam ni." Kata Rayyan lagi.

Erin yang mendengar kata-kata Rayyan hanya diam. Matanya di pejam rapat apabila tubir matanya terasa hangat.

"Saya tak nak dengar apa-apa daripada awak Rayyan. Yang saya tahu, saya nak awak lepaskan saya. Sampai bila kita nak terus berlakon macam ni? Saya dah penat." Kata Erin perlahan.

"No! A big no. Abang tak akan lepaskan sayang." Rayyan mengeratkan pelukan pada tubuh Erin.

"Bagi satu sebab kenapa awak tak nak lepaskan saya? Kalau pasal family, awak tak perlu risau. Saya akan uruskan tanpa mereka dapat tahu kebusukan awak." Rayyan menarik nafas dalam mendengar butir bicara Erin.

"Kalau abang cakap sebabnya, boleh saya percayakan abang?" Tanya Rayyan. Tidak ada balasan daripada Erin.

"Pandang abang..." Rayyan cuba membalikkan tubuh Erin supaya menghadapnya. Rayyan lega apabila Erin tidak lagi mengeraskan tubuhnya.

Rayyan memandang ke dalam anak mata Erin. Dia mahu mencari cinta Erin kepadanya dalam anak mata itu. Dia ingin buat Erin lafazkan cinta itu.

"Sekali lagi abang nak tanya sayang, sayang cintakan abang?" Tanya Rayyan lembut. Pipi Erin di usap. Erin pantas menggeleng.

"Sayang pasti sayang tak cintakan abang?" Tanya Rayyan ingin menguji. Kali ini Erin mengangguk pula. Rayyan hanya tersenyum tipis.

"Kalau macam tu biar abang yang mulakan. Kalau abang cakap abang cintakan sayang, boleh sayang balas balik cinta abang?" Rayyan menatap ke dalam mata Erin yang tidak berkelip.

"Jujur abang katakan. Abang jatuh cinta pada sayang. Sebab itu abang tak nak lepaskan sayang. Percayalah abang terlalu cintakan saya." Luah Rayyan. Entah kenapa hatinya berasa lega apabila dia dapat meluahkan kata cinta itu.

"Awak bergurau? Sejak bila awak cintakan saya? Bukan ke awak terlalu bencikan saya sehingga awak sanggup keluar dengan perempuan lain di belakang saya? Saya bukan budak-budak sekolah menengah rendah yang mudah terpengaruh dengan kata cinta." Balas Erin. Senyuman sinis dia ukirkan untuk Rayyan. Dia tidak percaya dengan kata cinta yang baru sahaja keluar dari mulut Rayyan.

"Sayang, abang betul-betul maksudkan. Abang cintakan sayang. Abang nak kita mulakan semula dari awal. Abang akan cuba perbaiki semuanya walaupun mungkin tidak akan sama." Bersungguh Rayyan berkata ingin Erin percaya padanya.

"Maaf. Awak dah terlambat. Apa yang berlaku, biarlah berlalu. Masa tidak boleh di undur kembali. Saya tetap dengan keputusan saya. Saya tak nak teruskan lagi. Saya tak percayakan awak." Tegas Erin.

Rayyan mengeluh. Nampaknya tidak mudah untuk berbincang dengan seorang Erin Aulya.

"Kalau macam tu, kita lupakan sekejap hal itu untuk hari ni tapi abang akan tanya soalan yang sama untuk esok lusa dan seterusnya sehinggalah sayang akan mengatakan yang sayang cintakan abang."

"Jawapan saya tetap sama. Saya tak cintakan awak! Awak dah ada perempuan lain jadi pergilah pada perempuan tu! Kenapa tiba-tiba nyatakan cinta kepada saya sedangkan hati awak untuk orang lain?!" Suara Erin mula berubah. Erin benci dengan kata cinta yang keluar dari bibir Rayyan itu. Dia rasa seolah dia terus di permainkan Rayyan.

"Sayang..." Belum pun sempat Rayyan menghabiskan ayatnya, Erin terus memotong.

"Saya tahu! Awak sebenarnya tengah guna saya untuk berlatihkan? Untuk awak luahkan perasaan awak pada perempuan tu? Awak jangan risau, dia pasti akan terima awak dengan baik. Apatah lagi awak selalu ada di saat dia susah." Kata Erin. Laju Rayyan menggeleng.

"Sayang let me explain. Abang akan jelaskan perkara sebenar." Kata Rayyan.

"Tak payah! Saya tak nak dengar penjelasan apa-apa pun daripada awak. Simpan saja penjelasan awak seperti mana awak simpan sebelum ini. Saya tak nak tahu urusan awak!"

"Kalau sayang tak nak dengar penjelasan daripada abang, apa kata abang panggilkan perempuan yang sayang maksudkan tu ke sini? Biar dia jelaskan pada sayang apa sebenarnya hubungan kami supaya sayang lebih percaya." Rayyan hanya berharap Erin sudi mendengar penjelasannya.

"Cukup Rayyan! Saya tak nak dengar penjelasan daripada awak atau perempuan tu. Yang satu mahu dengar sekarang awak jatuhkan talak pada saya! Bukan cinta palsu awak tu!" Bentak Erin.

"Abang minta maaf. Tetapi keputusan abang tetap sama. Cakaplah berapa kali sayang nak berpisah, abang tak akan sesekali lepaskan sayang. Abang akan buat sayang tetap berada di sisi abang." Kata Rayyan sedih kerana Erin tidak sudi mendengar penjelasannya.

"Jadi saya akan buat sampai awak lepaskan saya!" Tegas Erin.

"Sayang kita lupakan dulu untuk hari ni. Kita bincang lagi kemudian. Sayang tak boleh tertekan sebab sayang tak sihat." Kata Rayyan lembut. Dia tidak mahu berdebat dengan Erin lagi.

"Tolong hantar saya balik rumah mama. Saya tak nak stay dengan awak lagi. Saya benci awak." Perlahan Erin berkata.

Rayyan hanya buat tidak endah. Tubuh Erin di peluk. Sebelah tangannya naik mengusap kepala Erin. Dia mahu Erin berasa tenang apabila dia melakukan itu.

Dalam diam Rayyan mengeluh kecil. Nampaknya tidak tercapai juga hajatnya untuk menyuruh Erin membuat pregnancy test apabila keadaan Erin masih tidak boleh di bawa berbincang.

*
* *
* *

Lena Rayyan sedikit terganggu apabila terasa ada pergerakan di sebelahnya. Cepat sahaja Rayyan membuka matanya. Seperti yang dia rasakan, dia melihat Erin sudah pun turun dari katil.

"Sayang nak pergi mana?" Rayyan terus bangun duduk bersila di atas katil. Erin hanya menjawab pertanyaan Rayyan dengan lirikan mata ke arah bilik air.

"Sayang nak buang air?" Tanya Rayyan lagi.

"Tak. Nak cari nasi!" Jawab Erin. Rayyan menggaru kepalanya. Siapa suruh tanya?

"Sayang nak buang air kecil atau besar?" Erin mengecilkan matanya mendengar pertanyaan Rayyan. Ini kalau ada kaki yang melekat pada muka Rayyan, jangan salahkan dirinya.

"Sederhana." Jawab Erin. Rayyan ketawa kecil mendengar jawapan itu.

"Sayang!" Erin yang baru ingin melangkah terhenti. Tajam dia memandang Rayyan.

"Apa lagi Rayyan?" Tanya Erin. Ini yang buat dia naik angin ni.

"Ermm boleh tak sayang buat pregnancy test ni? Semalam doktor yang rawat sayang cakap kemungkinan sayang pregnant." Kata Rayyan sambil menghulurkan pregnancy test kepada Erin. Terus berubah wajah Erin.

"Boleh?" Tanya Rayyan lagi apabila melihat Erin terdiam.

"Okay! Tolong ambilkan tuala saya sekali. Alang-alang tu saya nak mandi. Panas." Kata Erin.

Rayyan tersenyum. Cepat dia bergerak mendapatkan tuala Erin. Lambat-lambat nanti kena marah pula.

"Nak abang tolong mandikan?" Tanya Rayyan sambil menghulurkan tuala kepada Erin. Erin menjeling tajam.

"Ok ok. Abang tunggu luar ni." Cepat-cepat Rayyan mengangkat kedua belah tangannya.

Erin mendengus sebal. Dia terus melangkah masuk ke dalam bilik air. Pintu itu di hempas kuat melampiaskan rasa hatinya. Rayyan hanya menggeleng.

Rayyan menyandarkan tubuhnya pada dinding sebelah pintu bilik air. Rayyan berharap keputusannya positif. Jika sebelum ini Erin membuat itu kerana ingin mengikatnya, dia juga mahu berbuat perkara yang sama sekarang. Jika Erin mengandung, bermakna Erin tidak dapat lari darinya.

Rayyan berjalan ke hulu ke hilir dalam bilik. Sesekali dia berhenti dan memandang ke arah pintu yang masih tertutup rapat. Rasanya sudah hampir setengah jam Erin berada di dalam bilik air. Masih juga tidak keluar membuatkan Rayyan risau.

"Sayang lama lagi ke kat dalam tu?" Tanya Rayyan sambil mengetuk pintu bilik air.

"Sabarlah!" Jawab Erin bengang.

Tidak lama kemudian, pintu bilik air di buka dari dalam. Rayyan terus menerpa mendapatkan Erin yang baru ingin melangkah keluar dari bilik air. Sempat dia menilik tubuh Erin dari atas hingga ke bawah yang hanya berkemban dengan tuala.

"Jadi apa keputusannya? Positif or negetif?" Tanya Rayya dengan penuh rasa debar.

"Keputusan apa yang positif atau negetif?" Tanya Erin semula.

"Keputusan pregnancy test tu la. Jangan cakap sayang tak buat?" Rayyan memandang Erin dengan rasa tidak percaya.

"Oh! Awak pergilah tengok sendiri. Saya lupa nak tengok. Dekat atas sinki." Jawab Erin.

"Okay!"

Sempat Rayyan mencium pipi Erin sebelum masuk ke dalam bilik air. Jantungnya tidak usah cakap, berdegup seolah baru lepas membuat marathon.

"Gatal!" Dengus Erin. Kepada di geleng.

Erin terus bergerak ke almari pakaian untuk mengambil bajunya. Selesai memakai baju, Erin kembali merangkak naik ke atas katil dan berbaring. Kepalanya terasa sedikit pening.

Manakala Rayyan, terketar-ketar tangannya untuk mengambil kit ujian kehamilan di atas sinki. Rayyan tidak terus memandang kit ujian kehamilan itu. Matanya di pejam rapat. Tidak henti-henti dia berdoa berharap keputusannya positif.

Perlahan Rayyan membuka matanya dan melihat ke arah kit ujian kehamilan yang sudah berada di tangannya. Sebaik ternampak dua garisan merah di kit ujian kehamilan itu, tubir mata Rayyan terasa hangat. Dia rasa seperti tidak percaya keputusannya betul-betul seperti dia harapkan.

"Yes positif!" Jerit Rayyan gembira. Terlalu gembira.

"Sayang!" Jerit Rayyan sambil berlari keluar dari bilik air. Erin yang berada di atas katil memandang Rayyan tajam.

"Dah kenapa terjerit-jerit?" Tanya Erin. Tidak selesa dengan suara Rayyan yang sedikit kuat itu. Kepalanya sakit.

"Positif! Ya Allah terima kasih sayang." Rayyan memanjat naik ke atas katil. Tubuh Erin di peluk erat. Seraya itu air gembira mengalir laju.

"Po...positif?" Tanya Erin terkejut.

Rayyan melepaskan pelukan pada tubuh Erin. Kit ujian kehamilan yang ada di tangannya di berikan pada Erin. Terketar-ketar tangan Erin menyambut kit itu. Saat terpandang garis di kit ujian kehamilan itu, Erin menekup mulut.

"Awak!" Erin memandang Rayyan dengan pandangan berkaca.

"Saya mengandung." Kata Erin sebak.

"Yes awak mengandung! Saya akan jadi daddy dan awak akan jadi mummy tak lama lagi." Kata Rayyan. Air mata Erin terus mengalir. Dia menangis bukan kerana sedih melainkan terlalu gembira atas permata yang di kurniakan Allah itu.

"Terima kasih Ya Allah. Terima kasih sayang atas hadiah yang cukup berharga ni." Rayyan kembali memeluk Erin. Tidak berhenti Rayyan melafazkan rasa syukur.

Selepas ini dia tidak perlu berasa takut apabila Erin mengatakan ingin berpisah. Baby yang akan lahir itu akan menjadi pengikat kasih antara mereka. Rayyan berjanji pada dirinya, dia akan buat Erin tetap berada di sisinya dan membahagiakan isterinya itu.

Rayyan juga mula berfikir cara untuk memberi penjelasan kepada Erin tentang salah faham itu tanpa memberi tekanan kepada Erin. Dia akan cuba sehabis baik sehingga dia akan dapat semula kepercayaan Erin terhadapnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience