BAB 51

Romance Completed 119020

Erin duduk di atas buaian yang ada di depan rumah. Dia sedang menanti kepulangan Rayyan. Sudah tiga jam berlalu, tetapi Rayyan masih juga belum pulang. Entah ke mana suaminya itu pergi pun dia tidak tahu. Katanya ingin keluar sekejap sahaja.

Erin memandang telefonnya di tangannya. Telefon yang diberikan oleh Rayyan kepadanya semalam. Dia tidak sangka Rayyan akan mengganti telefonnya yang sudah rosak. Yang buat dia lebih terharu apabila Rayyan membeli telefon model yang sama seperti mana yang Alicia belikan untuknya dahulu.

Tiba-tiba Erin berasa rindu dengan sahabatnya itu apabila nama gadis itu terdetik di hatinya. Erin tertanya-tanya apa khabar gadis itu. Apakah gadis itu baik-baik saja di negara orang? Erin kembali memandang skrin telefonnya yang gelap.

Erin berfikir untuk menelefon Alicia. Jari jemarinya mengetuk-ngetuk skrin telefon. Otaknya ligat berfikir pukul berapa di UK ketika itu. Erin menarik nafas dalam. Dia terus membuka telefonnya. Nombor Alicia didail.

"Assalamualaikum." Ucap Erin. Bibirnya merekah dengan senyuman apabila sekali dail Alicia sudah menjawab panggilannya.

"Waalaikumsalam. Siapa ni?" Terdengar suara Alicia menjawab di corong telefon.

"Ca aku ni, Erin. Aku dah tukar nombor baru." Jawab Erin. Rayyan awal-awal lagi sudah beritahunya nombor lamanya telah dilupus. Alasannya tidak mahu Khaleed menghubunginya lagi.

"Ya Allah Erin! Mana kau pergi hah? Kau tahu tak betapa risaunya aku sebab tak dapat hubungi kau?" Erin mendongak kepalanya ke atas. Tiba-tiba sahaja tubir matanya terasa hangat.

"Maaf. Telefon aku rosak. Sebab tu kau tak dapat hubungi aku." Jawab Erin. Air matanya mula mengalir perlahan.

"Kau okay?" Tanya Alicia. Dia dapat dengar suara Erin lain.

"Ca! Aku rindu kau sangat-sangat." Kata Erin dalam esakannya.

"Alaaa jangan la nangis. Aku pun rindu gila dekat kau. Rasa nak jer pergi jumpa kau sekarang." Balas Alicia. Erin menyeka air matanya.

"Kau apa khabar? Macam mana dekat sana?" Erin menahan nafas buat beberapa saat. Ahh entah kenapa dia begitu cengeng sekarang.

"Aku sihat. Okay la cuma aku sunyi gila sebab tak ada kau." Erin tersenyum mendengar jawapan itu.

"Kau pula apa khabar? Macam mana kau dengan Rayyan? Dah baik?" Tanya Alicia semula.

"Ermm. Aku ada berita gembira nak sampaikan dekat kau." Kali ini Erin tersenyum lebar.

"Apa dia?" Tanya Alicia. Terdengar suaranya turut teruja.

"Aku dah Rayyan dah berbaik! Wahhhh aku tak sangka Rayyan sebenarnya turut cintakan aku. Alhamdulillah. Sabar aku berbayar. Kau tahu tak betapa bahagianya aku sekarang?" Kata Erin semangat. Alicia yang ada disebelah sana sudah tersenyum.

"Congcragtulations babe! Gila bangga aku dengan kau." Balas Alicia. Erin tertawa kecil.

"Tapi aku ada berita lebih gembira daripada tu..."

"Apa dia?"

"Aku akan bergelar seorang ibu tak lama lagi!" Erin terus menjerit sendiri.

"Wow really babe? Kau tak bergurau kan?" Tanya Alicia tidak percaya.

"Gila aku nak bergurau? Betul la. Kau akan jadi Aunty 9 bulan akan datang." Erin tunduk merenung perutnya sendiri.

"Okay note! Lagi 9 bulan aku balik dan jumpa kau. Aunty pun Aunty la, janji aku dapat main dengan baby." Terdengar Alicia ketawa gembira disebelah sana.

"Janji?" Tanya Erin teruja.

"Mestilah aku janji." Jawab Alicia.

"Tak sabar nak jumpa kau. Nak peluk cium kau." Kata Erin.

"Sabar ye sayang. Lagi 9 bulan kita jumpa." Balas Alicia. Erin hanya mampu mengangguk kepala.

"By the way, congcragtulations again babe. Aku tumpang gembira atas kebahagiaan kau sekarang. Ini baru betul-betul gembira, Rayyan cintakan kau dan kau memgandung." Kata Alicia lega.

"Alhamdulillah. Berkat doa kau, semangat yang kau berikan pada aku." Balas Erin tenang.

Saat itu mata Erin terpandangkan sebuah kereta yang baru melepasi pagar. Lagi-lagi membuatnya tersenyum. Orang yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba.

"Babe aku tutup dulu okay? Rayyan dah balik ni." Kata Erin.

"Okay babe. Kau jaga diri tau. Ingat baby. Lagi 9 bulan kita jumpa." Balas Alicia.

"Kau pun. Jaga diri baik-baik dekat negara orang. Kalau kau perlukan pertolongan, call saja aku." Pesan Erin kepada Alicia pula.

"Okay babe." Erin tersenyum tipis.

"Assalamualaikum." Ucap Erin.

"Waalaikumsalam..." Jawab Alicia. Erin terus menamatkan panggilannya bersama Alicia.

Erin memandang sahaja Rayyan yang melangkah ke arahnya sebaik sahaja keluar dari perut kereta. Bibirnya tidak mampu untuk berhenti tersenyum. Rindu yang datang bertandang tadi, terus terbang pergi sebaik melihat wajah Rayyan.

"Lamanya abang pergi. Cakap sekejap je..." Kata Erin penuh dengan nada rajuk sebaik Rayyan berdiri di depannya.

"Maaf sayang. Tadi abang pergi ambil kereta sayang kejap. Selepas itu abang pergi jumpa kawan." Balas Rayyan.

"Kawan? Perempuan?" Tanya Erin.

"Tak. Lelaki." Jawab Rayyan jujur. Erin mengangguk percaya.

"Hubby juga pergi ambil baju kita tadi. Abang fikir, kita akan tinggal dekat rumah mama sementara tunggu masalah Esya selesai. Lagipun Esya perlukan sayang sekarang." Kata Rayyan lagi.

"Terima kasih abang sebab faham. Maaf sebab dah menyusahkan abang untuk berulang-alik dari pejabat ke rumah mama dengan jarak yang sedikit jauh." Erin mencebik bibir. Rayyan pantas mengusap lembut pipi Erin.

"Tak ada yang susah sayang." Perlahan Rayyan mencapai tangan Erin. Dia terus menarik Erin supaya berdiri. Erin pula hanya menurut sahaja.

Setelah Erin berdiri, Rayyan pula yang melabuhkan duduk di atas buaian itu. Erin menjungkit kening dengan tindakan Rayyan ketika itu.

"Sayang sini duduk." Kata Rayyan sambil menepuk-nepuk pehanya.

"Ishh tak nak!" Tolak Erin.

"Duduk la." Lembut Rayyan menarik Erin supaya duduk di atas ribanya. Sekali lagi Erin menurut.

"Rindunya dekat sayang. Rasanya baru sekejap abang keluar." Rayyan memeluk erat pinggang Erin. Kepalanya disandarkan pada belakang tubuh isterinya itu.

"Sayang pun rindu abang." Erin menepuk-nepuk lembut tangan Rayyan yang melilit kemas pinggangnya.

"Sayang, nak tahu sesuatu tak?" Tanya Rayyan tiba-tiba.

"Apa?" Tanya Erin semula.

"Leher sayang..."

"Kenapa dengan leher sayang?"

"Leher sayang sangat menggoda." Tiba-tiba Erin berasa berbahang.

"Jadi sebab itulah sebelum ini abang suka sangat cium leher sayang?" Duga Erin. Rayyan pantas mengangguk.

"Bila sayang nak pakai tudung? Abang tak nak leher sayang jadi tatapan orang lain. Abang cemburu." Lembut Rayyan bertanya tidak mahu Erin terasa.

"Mungkin suatu hari nanti..." Jawab Erin. Rayyan pantas mengangguk.

"Take your time." Satu kucupan Rayyan hadiahkan pada bahu Erin. Rayyan tidak mahu terlalu memaksa kerana dia tahu bukan mudah untuk bertudung bila sudah terbiasa tidak bertudung. Apatah lagi dari kecil tidak bertudung.

"Ishh nanti orang nampak la." Erin mencubit geram lengan Rayyan.

"Kiss bahu jer pun. Lagipun kita bukan tengah buat maksiat." Sekali lagi Rayyan mengucup bahu Erin.

"Sayang, i love you." Ucap Rayyan. Erin tersenyum mendengar sebaris ayat itu.

"Love you too." Balas Erin.

Rayyan tersenyum bahagia. Dia kembali meletakkan kepalanya di belakang tubuh Erin. Bunyi detak jantung Erin itu membuatnya berasa tenang. Rayyan tidak sangka Allah mengurniakan isteri sempurna itu kepadanya. Malah lebih sempurna dari apa yang dia inginkan.

Puan Elisya yang berada di dalam rumah hanya mampu tersenyum kelat melihat kemesraan anak menantunya itu. Dia tahu Erin terasa hati dengannya apabila Erin terus mengelak dari bersua muka dengannya. Dia tidak salahkan Erin, dia yang sudah terlanjur berbicara sehingga mengguris hati perasaan anak dan menantunya.

*
* *
* *

Rayyan memandang wajah Erin yang sudah lena. Kain selimut dibetulkan. Perlahan Rayyan bangun lalu bergerak turun dari katil. Langkah kakinya dibawa ke balkoni bilik.

Rayyan tersenyum merasakan angin malam yang menyapa tubuhnya. Sejuk tetapi menenangkan. Buat beberapa saat, Rayyan menutup matanya. Mahu menikmati suasana itu.

Rayyan kembali membuka matanya. Fikirannya betul-betul terganggu. Sudah puas dia berfikir bagaimana untuk memberi tahu Erin tentang apa yang dia dapati tengahari tadi. Bagaimana reaksi Erin nanti?

Rayyan mengeluh berat. Sekali lagi dia memejamkan matanya mengumpul secebis kekuatan untuk diberikan pada Erin nanti. Dia sendiri juga terasa lemah. Apatah lagi membayangkan apa yang bakal dia perkatakan nanti sudah tentu mengundang air mata Erin.

Setelah berasa tenang, Rayyan kembali melangkah masuk ke dalam bilik. Sliding door dikunci. Dengan hati-hati Rayyan merebahkan badannya ke atas katil. Tubuh Erin terus dipeluk.

Rayyan memejamkan matanya untuk tidur. Di dalam hati, Rayyan berdoa semoga Allah memberi kekuatan kepada dia dan Erin. Rayyan tidak sangka orang yang begitu suci di matanya telah merosakkan Esya.

Keesokkan paginya, Rayyan duduk di birai katil dengan perasaan gelisah. Dia sedang menanti Erin untuk keluar dari bilik air. Tidak sampai beberapa minit selepas itu, Erin keluar dari bilik air dengan hanya berkemban.

"Seksinya sayang kita..." Kata Rayyan sambil melirik Erin dari atas hingga bawah.

"Baru tahu ke?" Erin menjungkit kening.

"Dah lama tahu." Rayyan tersengih.

"Puji-puji ni ada apa-apa ke?" Erin menjungkit kening.

"Sayang pergi la pakai baju dulu. Ada benda abang nak cakap dengan sayang ni." Kata Rayyan lembut.

"Okay." Erin terus menuju ke almari pakaian. Entah apa yang ingin Rayyan beritahunya. Dia perasan dari semalam lagi Rayyan seperti ingin memberitahunya sesuatu.

Selesai memakai baju, Erin kembali mendapatkan Rayyan. Lembut Rayyan menarik tangan Erin supaya duduk berdepan dengannya di birai katil. Erin menurut. Terus melabuhkan duduk.

"Apa yang abang ingin beritahu sayang?" Tanya Erin terus.

"Kalau abang cakap, sayang janji sayang jangan nangis?" Rayyan merenung ke dalam anak mata Erin.

"Tergantung pada apa yang abang akan cakapkan." Jawab Erin. Rayyan memasamkan wajahnya.

"Cakap la apa yang abang ingin cakap sebenarnya? Macam serius sahaja." Curiga pula Erin dengan Rayyan.

"Sebenarnya abang nak cakap tentang apa yang sayang minta bantuan satu hari lepas." Rayyan mengetap bibir.

"Abang dah jumpa ke hotel tu? Dah dapat siapa yang bersama kakak malam tu?" Kali ini Erin turut serius. Sememangnya dia ada minta Rayyan untuk ke hotel yang dinyatakan oleh Esya.

"Dah." Sepatah Rayyan menjawab. Syukurlah kerana kebetulan dia ada rakan yang bekerja di hotel itu jadi mudah untuk dia dapatkan rakaman CCTV.

"Jadi siapa orang tu?" Tanya Erin berdebar.

"Khaleed..." Perlahan Rayyan menjawab tetapi masih dapat didengari oleh Erin.

"Ap...apa maksud abang yang abang Khaleed?" Mata Erin mula berkaca. Tidak mungkin!

"Sayang..." Rayyan menarik nafas dalam.

"Sayang nak bukti!" Kata Erin tegas.

Rayyan mengeluh. Mahu tidak mahu, dia mencapai telefonnya. Video rakaman CCTV yang dia ambil itu terus ditunjukkan kepada Erin. Erin menekup mulut melihat video itu. Air matanya terus mengalir laju.

Ingin sahaja Erin menyangkal apa yang dilihatnya ketika itu. Tetapi dalam video itu, jelas-jelas menunjukkan Khaleed yang memapah Esya bermula dari lobi hotel sehingga ke lif.

"Abang..." Erin memandang Rayyan. Rayyan pantas mengambil semula telefonnya dari tangan Erin.

"Kenapa? Kenapa abang Kha sanggup buat kakak macam tu? Itu bukan yang abang Kha sayang kenal selama ni." Rayyan hanya mampu diam. Dia terus bergerak memeluk tubuh Erin.

"Macam mana sayang nak bagitahu kakak nanti? Macam mana sayang nak berdepan dengan abang Kha selepas ini? Erin percayakan dia tetapi dia rosakkan kakak tanpa sedikit pun rasa simpati." Erin terus menangis semahunya di bahu Rayyan.

"Sayang, kita tenang dulu. Nanti kita sama-sama fikir macam mana nak selesaikan hal ini." Lemah seluruh urat saraf Rayyan mendengar tangisan itu.

"Sayang tak kuat untuk hadap dia." Erin menggeleng kepalanya.

"Kalau sayang tak kuat, biar abang yang berdepan dengan dia. Abang akan buat dia bertanggungjawab atas Esya." Kata Rayyan tegas. Erin terdiam. Air matanya terus mengalir.

"Please sayang jangan nangis lagi. Abang janji abang akan tolong sayang." Rayyan mengusap belakang tubuh Erin untuk menenangkan gadis itu.

Lama mereka berada dalam keadaan begitu sehinggalah akhirnya Erin tenang. Perlahan Rayyan meleraikan pelukan pada tubuh Erin. Satu senyuman diukirkan untuk gadis itu. Dia mahu memberi secebis semangat untuk Erin.

>.<

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience