BAB 11

Romance Completed 119020

Rayyan menapak perlahan turun ke bawah. Sunyi sahaja rumah itu kerana hanya ada dia, Erin dan Esya. Mak Ngah dan Pak Om sudah dia suruh bercuti dengan alasan inginkan privasi lebih. Padahal itu hanyalah bohongan semata-mata. Sebenarnya dia melakukan itu untuk lebih bebas, tidak perlu berlakon.

Rayyan berjalan menuju ke dapur. Pagi itu terpaksalah dia mengambil alih untuk membuat sarapan untuknya dan Erin disebabkan Erin tidak boleh berjalan. Ye hanya mereka berdua. Jika Esya mahu makan pandai la dia cari sendiri nanti. Rayyan tersenyum sinis.

Rayyan berdiri di depan pintu peti ais melihat apa yang patut dia sediakan untuk mereka berdua. Dia tidaklah pandai memasak tetapi boleh la sekadar mengenyangkan perut. Itu pun setelah kerap kali dia menemani Puan Rodziah memasak di dapur.

Rayyan sedikit tersentak apabila tubuhnya di peluk dari belakang. Rayyan memandang jari-jemari halus yang memeluk erat tubuhnya. Rahangnya terus diketap rapat. Tanpa berfikir panjang, Rayyan meretap tangan yang memeluk tubuhnya lalu menolak tubuh itu jauh darinya.

"You gila ke Esya?!" Jerkah Rayyan. Dadanya turun naik menahan marah. Senyuman manis yang di tayang oleh Esya membuatkan marahnya semakin memuncak.

"Yes memang I gila. I gilakan you Rayyan." Jawab Esya tanpa sedikit pun rasa malu. Dia kembali cuba mendekati Rayyan tetapi Rayyan pantas menolak tubuh itu menjauh darinya.

"Jangan sentuh I. I jijik dengan tangan kotor you tu." Tegas Rayyan.

"Rayyan I betul-betul maksudkan apa yang I cakap. I cintakan you." Rayya memasang wajah geli mendengar kata cinta yang meluncur keluar dari mulut Esya.

"You sedar tak apa yang you cakapkan? I ni adik ipar you, suami adik you! Sepatutnya you tak patut cakap pasal cinta tu."

"Dari semalam you tak habis-habis dengan Erin. Apa yang istimewanya Erin? Setakat Erin bersepah di tepi jalan. Langsung tidak layak untuk bergelar isteri you!"

"Erin ada segalanya dan dia tidak setanding perempuan lain termasuk you!"

"Perempuan yang lain yang you cakap bersepah di tepi jalan itu adalah golongan you. Perempuan yang tidak tahu harga diri!" Sembur Rayyan. Senyuman sinis di ukirkan untuk Esya. Esya mengetap kerana berasa terhina dengan kata-kata Rayyan.

"Please RayyanI betul-betul cintakan you. I sanggup jadi isteri kedua you." Esya tetap juga merayu walaupun baru sebentar tadi Rayyan mengeluarkan kata-kata pedas.

"Tak akan ada yang kedua atau ketiga! Hanya Erin yang akan jadi isteri I!" Semakin kuat Esya mengetap bibir.

"Dah la Esya. Boleh tak you pergi dari sini? I nak masak untuk isteri I. You jangan menyemak kat dapur ni." Rayyan kembali berpusing menghadap peti ais. Hilang moodnya untuk memasak.

Esya terus berlalu dari situ menuju ke biliknya. Kakinya dihentak-hentak menunjukkan bahawa dia sedang protes. Rayyan menutup pintu peti kasar. Dia menyandarkan tubuhnya pada pintu peti itu. Rayyan hanya berharap satu sahaja. Cepat-cepat minggu itu berlalu supaya dia boleh pulang ke rumahnya.

*
* *
* *

Erin tersedar dari lenanya apabila berasa cahaya matahari mula menembusi biliknya. Matanya terus di buka perlahan. Erin terus melihat ke arah sofa. Kosong bermakna Rayyan telah bangun. Dengan hati-hati Erin bangkit dari pembaringan kerana bimbang kakinya kembali sakit.

Erin menggaru kepala apabila masih tidak melihat kelibat Rayyan setelah keluar dari bilik air selepas selesai mencuci muka. Akhirnya Erin memutuskan untuk keluar dari bilik. Terjengket-jengket dia berjalan menuruni satu persatu anak tangga.

Erin mengerutkan dahi apabila rumah itu betul-betul sunyi. Tiada suara Mak Ngah mahupun kelibatnya. Kelibat Rayyan juga masih tidak kelihatan. Erin terus bergerak ke arah dapur apabila terdengar sesuatu dari arah dapur. Erin mengecilkan matanya.

"Apa saja mamat tu buat pagi-pagi dekat dapur ni?" Kata Erin sendiri. Dia melangkah untuk mendekati Rayyan. Kakinya yang mula berdenyut tidak dihiraukan.

Rayyan mengacau perlahan bubur nasi yang hampir masak. Disebabkan moodnya hancur kerana ulah Esya tadi, dia hanya membuat bubur untuk dia dan Erin. Tak kisahlah apa pun, janji kenyang perut dan tak mati kebulur fikir Rayyan.

Senduk yang digunakan Rayyan untuk mengacau bubur itu terjatuh. Dia tersentak apabila tiba-tiba tubuhnya di peluk erat dari belakang. Rayyan mengetap bibir marah. Dengan kasar Rayyan meretap lengan memeluknya lalu tubuh itu ditolak keras.

"Apa lagi yang you nak?!" Tanya Rayyan dengan suara yang meninggi.

"Arghh sakit!" Jerit Erin.

Seketika suasana sunyi. Bunyi esakkan terus mengisi sunyi itu. Rayyan memusingkan tubuhnya. Rayyan rasa mahu menjerit apabila dia sudah salah orang.

"Ya Allah Erin! Sorry." Rayyan terus menutup api dapur. Dia duduk mencangkung di depan Erin yang sudah menangis teresak esak.

"Saya minta maaf. Saya tak sengaja peluk awak." Tenggelam timbul suara Erin meminta maaf. Rayyan cuba menyentuh bahu Erin tetapi Erin terlebih dahulu menepis.

"Erin saya betul-betul minta maaf. Saya tak sengaja tolak awak." Rayyan memandang sayu ke arah Erin. Tubuh Erin kelihatan menggigil seperti takut.

Erin memeluk erat lututnya. Wajahnya disebamkan antara dua lututnya. Terhinjut-hinjut bahunya kerana menangis. Rayyan pula menggaru kepala yang tidak gatal. Apa perlu dia buat? Takkan dia hanya perlu lihat Erin menangis seperti tengok drama melayu?

"Erin look at me." Rayyan menyentuh bahu Erin tetapi sekali lagi Erin menepis. Dia berundur menjauh dari Rayyan.

"Tolong jangan sakitkan saya. Saya betul-betul tidak sengaja peluk awak." Rayu Erin. Air matanya tidak berhenti mengalir. Rayyan mengeluh kecil.

"Saya minta maaf. Saya bukan nak sakitkan awak, saya cuma terkejut." Kata Rayyan.

"Tolong jangan nangis lagi. Awak tahukan saya tak suka tengok perempuan menangis?" Sambung Rayyan. Kali ini dia bergerak menyeka air mata Erin. Lega apabila Erin tidak lagi mengelak.

"Saya minta maaf."

"No! Awak tak salah, tak perlu minta maaf. Saya yang salah sebab tolak awak. Saya minta maaf sebab dah sakitkan awak." Jari Rayyan tidak berhenti menyeka air mata Erin yang tidak berhenti mengalir.

Semakin menjadi-jadi esakkan Erin. Rayyan buntu. Dia bukan pakar dalam memujuk perempuan. Sekali lagi dia mengeluh kecil.

"Erin..." Rayyan menarik tubuh Erin lalu di peluk. Belakang kepala Erin di usap lembut berharap tangisan Erin akan reda.

"Awak buat saya rasa teruk sangat bila awak terus menangis macam ni. Saya lebih rela awak marah atau pukul saya balik asalkan awak tak nangis."

Rayyan melonggarkan pelukannya apabila esakkan Erin sedikit reda. Kedua belah pipi Erin di pegang. Matanya redup memandang ke dalam mata Erin. Rayyan melepaskan nafas lega apabila bibir itu mengukir senyuman tipis.

"Dah jangan nangis lagi. Jom kita sarapan. Saya dah masakkan bubur." Perlahan Erin mengangguk. Dia terus cuba kembali berdiri tetapi kakinya berasa sakit.

"Kaki saya..." Tercebik-cebik bibir Erin. Kolam matanya mula memenuhi semula.

"Jangan nangis! Awak duduk diam-diam biar saya angkatkan." Dengan itu, Rayyan terus mencempung tubuh Erin lalu diletakkan ke atas kerusi. Erin mendesis sakit.

"Terima kasih." Ucap Erin.

"Kejap saya ambilkan bubur." Erin hanya mengangguk.

Erin memandang Rayyan yang duduk berdepan dengannya dan elok sedang menjamu bubur nasi. Dahinya berkerut memandang Rayyan.

"Makan Erin. Pandang saya bukan boleh buat awak kenyang pun." Tegur Rayyan tanpa memandang Erin.

"Nak makan la ni." Erin terus menyuap bubur itu ke dalam mulutnya. Walaupun terasa payah, dia paksakan anak tekaknya supaya menerima bubur itu.

"Awak..." Erin meletakkan mangkuk bubur itu ke atas meja.

"Hurmm?"

"Mana semua orang? Mak Ngah pun dari tadi tak nampak batang hidung." Melilau mata Erin melihat segenap ruang dapur itu.

"Mak Ngah dan Pak Om cuti. Kakak awak mungkin dalam bilik mungkin juga sudah keluar..." Meleret suara Rayyan di hujung ayat apabila melihat kelibat Esya yang berjalan menuju ke pintu utama.

"Cuti? Kenapa tiba-tiba?" Tanya Erin pelik.

"Saya yang suruh mereka cuti. Saya perlukan privasi bersama awak." Rayyan menjatuhkan pandangannya pada Erin.

"Privasi la sangat!" Bisik Erin di dalam hati.

"Tak baik kutuk suami Erin Aulya." Tegur Rayyan. Erin mengerdipkan matanya beberapa kali terkejut.

"Cepat la makan. Kejap lagi saya bawa awak naik atas. Mandi dan sapu ubat pada kaki awak." Erin menggeleng perlahan. Mangkuk itu ditolak jauh darinya.

"Kenapa?" Tanya Rayyan.

"Sebenarnya saya tak makan bubur." Erin tersengih menayangkan gigi putihnya yang tersusun cantik.

"Kenapa awak tak bagitahu awal-awal? Kalau tak saya boleh masak benda lain." Rayyan mengeluh kecil.

"Eh tak apa. Saya boleh makan bubur ni. Tak nak susahkan awak." Erin kembali menarik mangkuk bubur itu. Sesudu bubur disuap ke mulut.

"Dah jangan paksa kalau tak boleh. Jom saya bawa awak naik atas. Awak pergi mandi dan sementara tu saya masakkan benda lain untuk awak." Rayyan merampas mangkuk bubur di tangan Erin lalu diletakkan jauh dari gadis itu.

Tanpa perkataan seterusnya, Rayyan bangun lalu terus mencempung tubuh Erin. Terkejut Erin dengan tindakan drastik Rayyan. Lengannya terus melilit erat pada leher Rayyan.

"Awak turunkan saya. Saya boleh jalan sendiri."

"Jangan nak mengada Erin Aulya. Semalam doktor dah pesan jangan banyak gerakan kaki awak. Kalau tak lambat sembuh nanti!"

Erin mengalah apabila mata Rayyan sudah tajam menikam matanya malah suara lelaki itu mula kedengaran dingin. Erin membiarkan sahaja tubuhnya diangkat lalu dibawa naik ke atas.

Next ->

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience