BAB 48

Romance Completed 119020

Erin yang terjaga dari tidurnya lebih awal hanya mendiamkan diri dalam pelukan Rayyan. Tidak terasa sejuk aircond. Haba dari tubuh Rayyan mengalir terus ke tubuhnya membuatkan dia berasa hangat dan selesa.

Erin merenung wajah Rayyan yang putih bersih. Wajah itu cukup sempurna bagi Erin. Tidak ada cacat celanya. Tidur Rayyan sangat lena. Maklum saja, selepas subuh tadi baru mereka semua melelapkan mata.

Erin masih tertanya-tanya kenapa Rayyan tiba-tiba melafazkan kata cinta. Erin juga ragu-ragu dengan cinta Rayyan itu. Rayyan sendiri yang kata kepadanya, untuk jatuh cinta padanya itu sangatlah mustahil tetapi tiba-tiba sahaja Rayyan mengatakan cinta.

Patutkah aku dengar penjelasan daripada dia terlebih dahulu? Lepas tu barulah aku membuat keputusan kembali. Erin terus bermonolog dengan diri sendiri dalam hati. Dia bimbang jika cinta yang di lafazkan Rayyan itu adalah cinta palsu untuk menutup hubungan dia dan perempuan itu.

Erin mengeluh kecil. Nanti sajalah dia fikir tentang rumah tangganya. Dia sudah penat. Lebih baik dia fikir bagaimana ingin selesaikan masalah Esya. Lagipun jika benar Rayyan cintakan dirinya, Rayyan pasti akan bertahan dan terus menunggu, fikir Erin.

"Dah puas tengok muka abang?" Lembut suara itu menegur tetapi cukup untuk membuatkan Erin yang sememangnya merenung wajah Rayyan terkejut.

Erin terus mengalihkan pandangannya ke arah lain. Malu apabila di tegur begitu. Erin terus bergerak untuk melepaskan pelukan Rayyan pada tubuhnya tetapi Rayyan pula bertindak mengeratkan lagi pelukan itu.

"Abang tanya, dah puas tengok muka abang?" Sekali lagi Rayyan mengulang soalannya. Matanya masih di pejam rapat.

"Mana ada saya tengok muka awak." Nafi Erin. Tetapi tiba-tiba sahaja jantungnya mula berdegup laju.

"Abang tahu dari tadi sayang tengok muka abang. Abang nampak tau?" Perlahan Rayyan membuka matanya. Pipi putih Erin sudah kelihatan kemerah-merahan.

"Macam mana awak nampak? Awak kan pejam mata." Tanya Erin tanpa memandang Rayyan yang kini sudah merenungnya.

"Memang la abang pejam mata tapi mata hati abang tak pernah tertutup. Hati abang nampak sayang terus pandang abang." Mendengar jawapan Rayyan itu membuatkan bibir Erin mencebik.

"Sayang..." Panggil Rayyan meleret.

"Hurmm...?" Erin terus memandang Rayyan. Rayyan pula tersenyum apabila dapat menarik perhatian Erin manakala Erin sekali lagi berasa malu. Dia sudah tertarik dengan panggilan 'sayang' itu.

"Sayang cintakan abang tak?" Tanya Rayyan.

"Tak!" Sepatah Erin menjawab.

"Sayang nak dengar penjelasan abang tak tentang siapa sebenarnya perempuan tu?"

"Tak nak!"

"Kalau macam tu, abang akan tanya soalan yang sama esok pagi. Abang akan buat sayang cakap sayang cintakan abang dan ingin dengar penjelasan abang."

"Jawapannya tetap sama."

Rayyan hanya mengangguk sambil tersenyum. Dia pasti akan ada hari itu. Mungkin esok, mungkin lusa. Berapa lama pun Rayyan tak kisah. Dia akan pertahankan rumah tangganya sebagaimana Erin cuba pertahankan.

"Saya nak bangun." Kata Erin sambil menolak lengan Rayyan yang masih melilit pinggangnya.

"Awal lagi." Rayyan enggan melepaskan pelukan itu. Kalau boleh, dia mahu terus begitu.

"Apa yang awalnya? Dah pukul 10 pagi. Saya nak bangun nak mandi. Lepas tu nak ke hospital. Awak dah janji nak teman saya buat checkup dengan kakak."

"Ermm sayang. Alang-alang sayang dah sebut pasal Esya, boleh abang tahu sesuatu?" Tanya Rayyan.

"Tentang apa?" Tanya Erin semula.

"Tentang sayang cakap sayang pergi jumpa dengan Esya bersama Khaleed. Kenapa sayang pergi jumpa dia?" Rayyan baru teringat tentang itu. Penjelasan apa yang Erin perlukan daripada Esya sehingga berjumpa dengan Esya bersama Khaleed sekali?

Erin menarik nafas dalam mendengar soalan itu di ajukan. Tidak semena-mena perkara yang di bualkan olehnya bersama Esya beberapa hari lalu kembali menerpa masuk ke kotak ingatannya. Seketika Erin mula terfikir sesuatu. Adakah sewaktu dia berjumpa dengan Esya waktu itu Esya sudah mengandung?

"Saya rasa tak penting untuk awak tahu!" Balas Erin. Kalau boleh dia tidak mahu bercerita. Dia tidak mahu ingat lagi.

"Tapi sayang tetap kena cerita. Abang ingin tahu kenapa. Mungkin dari situ kita boleh bantu Esya."

Erin diam. Kalau dia cerita pun tak ada apa yang dapat bantu Esya kerana kisah itu tidak ada sangkut paut dengan kisah sekarang. Tetapi apabila melihat Rayyan memandangnya dengan penuh pengharapan, Erin tetap bercerita.

*
* *
* *

*Flashback*

"Abang boleh Erin tanya tentang sesuatu perkara?"

"Tanya la. Apa pun yang Erin tanya abang akan jawab."

Erin tersenyum manis. Mudah bercakap dengan Khaleed berbanding Rayyan yang dingin itu.

"Erin nak tahu siapa sebenarnya perempuan yang abang pernah cakap dekat Erin di universiti dulu..." Erin memandang wajah Khaleed dari sisi penuh debar menanti jawapan.

"Untuk soalan ni abang tak akan jawab. Siapa dia biarlah terus menjadi rahsia." Senyuman tipis terukir di bibir Khaleed yang tenang memandu.

"Perempuan itu..." Sengaja Erin menggantungkan ayatnya untuk menarik perhatian Khaleed dan dia berjaya apabila sekilas Khaleed memandangnya.

"Perempuan yang abang maksudkan tu Erin kan?"

"Erin seperti yang abang cakap. Siapa pun dia biarlah ia tetap menjadi rahsia. Kalau abang cakap pun, tak ada apa yang akan berubah kan?"

Erin terus menatap Khaleed. Jelas wajah yang tadinya tenang kini bertukar keruh.

"Kenapa abang tak jujur dengan Erin yang abang sebenarnya sukakan Erin?" Erin tetap bertanya walaupun dia tahu Khaleed tidak menyukainya.

"Erin..."

"Abang! Erin cuma mahukan penjelasan sahaja. Jujurlah pada Erin. Mungkin dari situ abang akan berasa tenang. Abang akan dapat lupakan Erin." Potong Erin terlebih dahulu.

"Kenapa abang tak jujur dengan Erin waktu di universiti dulu yang abang sebenarnya sukakan Erin?" Sekali lagi Erin mengulang pertanyaannya.

"Sebab abang tak sedia. Waktu itu kita sama-sama masih terikat dengan dengan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Jadi abang tak mampu jujur sebab abang bimbang itu akan mengganggu pembelajaran Erin. Abang tunggu sehingga kita tamat belajar tetapi siapa sangka kan? Takdir Allah." Khaleed terus tersenyum kelat. Erin pula terus menyandarkan tubuhnya.

"Cukuplah setakat itu. Abang tak nak cerita lebih." Kata Khaleed perlahan. Erin hanya diam.

"By the way Esya belajar kat mana sekarang? Lama abang tak nampak dia." Tanya Khaleed menukar topik perbualan.

Erin terus memandang Khaleed dengan pandangan pelik. Khaleed mengenali Esya? Setahu dia tidak ada orang tahu bahawa dia mempunyai kembar. Hanya Alicia sahaja yang tahu. Esya hanya menamatkan pelajaran di sekolah menengah.

"Abang kenal kakak?" Tanya Erin semula kepada Khaleed.

"Kenapa pula tak kenal? Kita dari sekolah menengah yang sama dulu."

Jawapan itu lagi membuatkan Erin pening. Lagi banyak persoalan yang datang masuk ke kotak fikirannya.

"Jadi abang kenal Erin sewaktu kita di sekolah menengah lagi?" Tanya Erin. Khaleed pantas mengangguk.

"Erin mesti pelikkan? Tetapi itulah hakikatnya. Abang dah kenal Erin sejak dari sekolah menengah. Waktu tu abang senior Erin jadi mungkin sebab itulah Erin tak kenal abang. Abang kenal Erin selepas abang nampak Erin datang ke sekolah bersama Esya. Waktu tu Esya ada hati dekat abang tapi abang tolak dengan alasan abang cakap abang dah ada Erin." Jelas Khaleed.

Terus melemah bahu Erin. Sejak sekolah menengah? Kenapa dia langsung tidak perasan? Erin mula tertanya-tanya, mungkinkah itu membuat Esya benci padanya.

"Abang boleh kita jumpa kakak? Ada sesuatu yang Erin nak tanyakan pada kakak. Abang ikut sekali ok?" Erin tidak betah untuk diam. Alang-alang dia sudah bersama Khaleed, biarlah dia rungkaikan semuanya hari itu.

"Boleh. Dekat mana?" Tanya Khaleed.

"Kejap Erin call kakak."

Khaleed hanya mengangguk. Erin pula terus mendail nombor Esya untuk memberitahu hal itu.

*End Flashback*

"Habistu apa jadi sayang? Esya mengaku dia sukakan Khaleed?" Tanya Rayyan yang masih panasaran dengam cerita Erin.

"Hurmm kakak mengaku dia pernah sukakan abang Kha. Kakak juga mengaku dia mula bencikan saya sejak hari abang Kha menolak perasannya. Dia cakap saya adalah perampas."

Satu senyuman terukir di bibir Erin. Sedih? Siapa saja tidak sedih? Dia adalah mangsa keadaan. Dia tidak tahu apa yang terjadi antara Esya dan Khaleed tetapi tiba-tiba sahaja dia di benci oleh kakak kembarnya sendiri.

Rayyan mengangguk. Barulah dia faham permasalahan yang berlaku antara Erin dan Esya rupanya sejak dari sekolah menengah. Dan ianya berpunca kerana hanya seorang lelaki?

"Sayang okay?" Tanya Rayyan apabila Erin mula diam. Perlahan Erin mengangguk.

"Cukup la awak tahu setakat tu. Saya nak pergi mandi." Perlahan Erin bangkit dari pembaringan.

"Sayang..." Erin terus memandang Rayyan. Keningnya diangkat tanda bertanya apa?

"Tak ada apa la. Kita mandi sama-sama nak?" Rayyan tersengih.

"Ishh tak nak la! Awak lupa? Saya tak percayakan awak lagi!" Cepat Erin meloncat turun dari katil.

"Sayang jangan la lompat. Bahaya untuk baby." Geram pula Rayyan melihat Erin yang bergerak sesuka hatinya.

"Sorry sayang. Ibu lupa!" Cepat-cepat Erin menggosok perutnya yang masih rata.

"Sayang hati-hati dalam tandas. Jangan sampai jatuh. Ingat baby." Pesan Rayyan sebelum Erin masuk ke dalam bilik air. Erin hanya mengendahkan kata-kata Rayyan.

Rayyan duduk di birai katil sambil memikirkan sesuatu. Patutkah dia meminta pertolongan daripada Khaleed? Mungkin dengan itu dapat menyelesaikan masalah Esya. Rayyan menggeleng. Tak akan dia mahu Khaleed jadi pak sanggup? Mustahil Khaleed setuju.

Rayyan terus memikirkan cara lain. Dia perlu bantu Erin selesaikan masalah Esya. Melihat dari Tuan Zakri memang tiada apa yang akan selesai.

Happy Reading!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience