BAB 4

Romance Completed 119020

-1 Bulan kemudian-

Erin memejamkan matanya rapat cuba untuk tidur tetapi matanya tetap tidak mahu terlelap. Erin membuka matanya kembali lalu memandang siling kosong di atas. Fikirannya berserabut memikirkan exam final semester dan risikkan itu.

"Sudah sebulan kita simpan cincin tu, apa kata kalau Erin bagi kata putus. Lagipun masih berbaki satu bulan lebih sebelum Erin tamat belajar. Mama harap keputusan Erin positif."

Kata-kata Puan Elisya kepadanya tengah hari tadi masih terngiang-ngiang di telinganya. Kalau ikutkan hati, mahu saja Erin menolak risikkan itu tetapi dia tidak mahu Puan Elisya kecewa dengan keputusannya. Wajah mengharap Puan Elisya dan Puan Rodziah jelas tergambar di matanya membuatkan Erin semakin tidak sampai hati menolak risikkan itu.

Selama sebulan itu juga setiap hari dia bertemu dengan Rayyan. Rayyan akan datang berjumpanya sekadar memenuhi permintaan Puan Rodziah. Mereka pula hanya akan duduk dan bersantai di kafe Universiti. Mereka berbual kosong sebelum Rayyan akan meminta diri untuk pulang. Walaupun layanan Rayyan baik terhadapnya tetapi Erin sedikit pun tidak berminat dengan Rayyan, mungkin mereka betul-betul tidak serasi.

Erin mengiringkan badannya ke kiri. Bibirnya digigit perlahan. Otaknya ligat memikirkan perkara itu. Patutkah dia terima agar kedua belah keluarga bahagia? Tetapi bagaimana pula dengannya? Bahagiakah nanti? Erin melepaskan keluhan. Otaknya buntu untuk menemukan jawapan pada persoalan itu.

Erin menggeliat malas di atas katil. Waktu subuh sudah masuk. Perlahan Erin bangkit dari pembaringannya. Longlai sahaja langkah kakinya dibawa menuju ke bilik air. Mengantuk. Itulah yang boleh disimpulkan apabila Erin sendiri tidak pasti sudah pukul berapa dia terlelap semalam.

Selesai solat subuh, Erin terus bersiap walaupun otaknya hanya memikirkan bantal dan selimut sahaja. Ahh dia tidak boleh sambung tidur, kalau dia berbuat begitu mahu dia tak akan ke kelas hari itu. Erin menjeling ke arah Alicia yang turut bersiap itu.

"Ca..." Panggil Erin lemah.

"Ermm?" Jawab Alicia sambil terus menghadap cermin di depannya.

"Kau nak kahwin tak?" Tanya Erin tiba-tiba.

"Haishh kau ni dah kenapa Erin? Kau mimpi dilamar oleh putera Raja ke semalam?" Alicia menggeleng kepala pening dapat soalan seperti itu pagi-pagi lagi.

"Kau nak ke tak?" Tanya Erin semula.

"Nak kalau ada laki hensem macam dalam drama Korea. Lepas tu kaya raya. Boleh bagi apa yang aku nak." Jawab Alicia sambil otaknya sudah terbayang apa yang dikatakannya.

"Ceh! Kalau macam tu apa kata kalau kau gantikan tempat aku. Terima risikkan tu dan kahwin dengan laki tu."

"Ciss. Tak nak aku!"

"La tadi kau cakap nak kahwin dengan anak orang kaya, tapi bila aku bagi anak orang kaya kau tolak pula. Anak Tan Sri tau?"

"Memang la itu apa yang aku inginkan tapi aku tak nak orang punya. Eh sah-sah la risikkan tu untuk kau, tak akan aku pula kena terima?"

"Haaaa aku tak nak! Kau pun tahu aku tak pernah terfikir pun nak kahwin dengan usia macam ni!" Alicia terus berpusing mengadap ke arah Erin.

"Apa punya bengap la kau ni Erin. Kalau kau tak nak, cakap je la terus kat mama kau yang kau tolak risikkan tu. Habis cerita. Tak perlu pening kepala fikir." Kata Alicia.

"Heh! Kalau semudah kau cakap tu dah lama aku buat tau? Tak tunggu satu bulan ni." Erin mengeluh kecil.

"Walaupun mama aku tak cakap terus terang tapi aku tahu mama aku berharap sangat aku terima risikkan tu. Lagi-lagi risikkan tu dari kawan baik mama aku, mestilah mama aku nak sangat berbesan dengan kawan baik dia tu." Sambung Erin.

"Rumit juga masalah kau ni. Harap-harap mama aku tak mandai-mandai nak jodohkan aku dengan mana-mana laki nanti. Haru hidup aku." Alicia ketawa kecil di hujung ayatnya.

"Ahh by the way. Kau hari-hari jumpa dengan Rayyan, tak akan langsung tak ada perasaan kot kat mamat tu? Hensem apa?"

"Haishh kau ni Ca. Kalau la hati aku ni sukakan Rayyan tu, tak adanya aku pening-pening kepala fikir. Terus terima jer. Tapi yang jadi masalahnya aku dengan dia memang tak serasi. Entah la. Bila dengan dia aku tak rasa apa-apa. Seolah kami ni adik-beradik." Luah Erin lagi.

"Macam mana nak serasi kalau hati kau tu batu? Cuba bila dia ajak kau keluar kau ikut dengan baik. Lepas tu jangan la asyik ajak lepak kat kafe Universiti ni. Sah-sah la nampak macam kau bersahabat dengan dia. Cuba kau keluar jalan-jalan dengan dia luar dari Universiti ni, mungkin dari situ kau boleh kenal hati budi dia dan hati kau terpaut pada dia."

"Karut-karut. Aku tak ada masa okay nak keluar dating macam orang lain couple. Lebih baik duduk lepak dekat kafe tu lepas tu masing-masing bawa haluan sendiri. Jimat masa jimat minyak kereta. Kalau keluar bersama nanti dia perlu ambik hantar aku pulang. Buang masa jer!"

"Hah itu la susah cakap dengan kau Erin. Ada jer alasan kau bagi. Huh mengpenat aku cakap dengan kau. Buang air liur jer." Alicia menjeling tajam ke arah Erin. Erin pula terus dengan muka tidak bersalahnya.

Tepat jam menunjukkan pukul tujuh pagi, mereka berdua sudah turun ke bawah untuk bersarapan sebelum masuk ke kuliah pertama. Erin berjalan lurus tanpa langsung menoleh kiri kanan. Dia hanya dengan dunianya sendiri. Erin tersedar apabila dia berasa dirinya telah melanggar seseorang.

"Sorry sorry. I tak perasan tadi." Kalut Erin meminta maaf.

"It's okay." Balas pemilik tubuh yang dilanggar Erin tadi. Erin terus mendongak sedikit.

"Ehh abang Kha." Erin tersenyum manis apabila melihat wajah itu.

"Erin nak pergi mana pagi-pagi ni sampai sebesar abang ni pun Erin boleh langgar?" Tanya Khaleed. Dia adalah senior kepada Erin.

"Erin nak pergi sarapan tapi itu la. Bila jalan dah sambil termenung, semua yang ada kat depan pun dah tak nampak." Erin ketawa kecil di hujung ayatnya.

"Apa yang Erin menungkan pagi-pagi ni? Erin seorang jer? Alicia mana?"

"Tak ada apa la abang. Fikir tentang exam final semester nanti. Alicia patah balik naik atas tadi, tertinggal barang katanya."

"Oh kalau macam tu jom la kita ke kafe. Alang-alang tunggu Alicia boleh abang berbual dengan Erin. Bukan selalu dapat jumpa Erin. Maklumlah masing-masing sibuk." Ajak Khaleed.

"Ermm boleh. Jom." Setuju Erin.

*
* *
* *

Mereka berdua terus berjalan beriringan ke kafe. Khaleed dan Erin duduk berdepan. Walaupun masih pagi dan jam baru mahu menginjak pukul 8, tetapi sudah ramai pelajar lain di kafe itu duduk bersantai sementara menunggu kuliah pertama.

"Erin abang nak tanya sesuatu boleh?" Tanya Khaleed lembut.

"Ermm tanya la. Abang nak tanya apa?" Erin memandang wajah Khaleed menanti apa yang lelaki itu ingin tanyakan.

"Abang selalu nampak Erin lunch dengan seorang lelaki di kafe ni. Siapa tu? Dia bukan student kat sini kan sebab abang tak pernah nampak dia sebelum ni?"

"Arr dia. Dia kawan Erin. Haah dia bukan student. Dia dah bekerja. Kalau tak silap Erin umur dia sama dengan umur abang."

"Oh...abang ingatkan boyfriend Erin. Mana la tahu kan? Tamat belajar nanti Erin terus kahwin." Khaleed tersenyum tipis. Entah kenapa dia berasa lega mendengar jawapan Erin tadi.

"Ishh karut la abang ni. Erin masih tak terfikir semua tu. Erin masih muda la. Sepatutnya Erin yang tanya abang, bila abang nak tamatkan belajar? Umur abang dah 26 tahun tau. Sesuai sangat kalau nak kahwin." Balas Erin.

"Tiga tahun jer tua dari Erin. Abang pun masih tak terfikir hal tu. Maklumlah, awek pun tiada."

"Laaa dah abang selalu tolak perempuan yang sukakan abang, macam mana abang nak ada awek? Atau abang dah ada pilihan sendiri?" Khaleed tersenyum mendengar pertanyaan Erin.

"Dah senyum macam tu, betul la kan apa yang Erin tebak? Siapa gadis bertuah tu abang? Boleh Erin tahu? Mana la tahu Erin boleh tolong pikat dia untuk abang." Bersungguh Erin bertanya.

"Siapa dia tu biarlah jadi rahsia. Lagipun abang tak pasti dia sukakan abang atau tak. Kami pun jarang bertemu."

"Alaa share la dengan Erin. Erin janji Erin tak bagitahu sesiapa." Erin memgerdip-ngerdipkan matanya.

"Suatu hari nanti Erin sendiri akan tahu siapa dia. Tak perlu tahu sekarang." Khaleed terus merahsiakan gadis yang berjaya mencuri hatinya.

"Bertuahnya gadis tu. Kalau la Erin di tempat gadis tu. Bahagia hidup." Kata Erin perlahan.

"Aikk Erin cemburu ke?" Tanya Khaleed.

"Mana ada. Cuma terasa untung badan bila ada orang hensem crushkan kita." Khaleed menggeleng kepala melihat telatah Erin. Pandangannya tidak lepas memandang wajah di depannya itu.

"Good morning abang. Wahh awal abang hari ni?" Alicia yang muncul di kafe itu terus menegur sebaik melihat lelaki yang duduk dengan Erin adalah. Khaleed.

"Good morning Ca. Rezeki abang la ni dapat jumpa dua Princess Universiti pagi ni." Balas Khaleed lalu tersenyum pada Alicia.

"Dah jumpa barang yang kau tinggal tu?" Tanya Erin.

"Dah." Jawab Alicia seraya melabuhkan duduk ke atas kerusi sebelah Erin.

Mereka bertiga terus bersarapan bersama sambil berbual kosong. Khaleed tidak lepas memandang Erin. Gelak ketawa Erin yang bergurau dengan Alicia terlekat kemas dalam memorinya.

"Aku rasa abang Kha ada hati pada kau la." Kata Alicia. Mereka berdua dalam perjalanan menuju ke dewan kuliah.

"Mengarutlah kau Ca. Kau tahu tadi abang Kha cakap dia dah ada pilihan sendiri." Erin memperlahankan suaranya di hujung ayat.

"Wahh betul ke? Siapa?"

"Ermm aku pun tak tahu sebab abang Kha tak nak cakap."

"Wahh untungnya gadis tu. Bukan calang-calang orang yang crushkan dia."

"Kan?"

Erin dan Alicia sama-sama ketawa sebelum masing-masing melangkah masuk ke dalam dewan kuliah. Mereka terus mendapat tempat duduk di baris paling depan. Mereka berdua lebih suka duduk di depan kerana mudah dengar dan faham apa yang lecturer terangkan.

->

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience