BAB 41

Romance Completed 119020

Rayyan memandang gelagat pelanggan yang datang untuk menjamu selera di restoran itu. Bermacam ragam apatah lagi yang membawa anak kecil. Terpaksa melayan kerenah anak yang tidak berhenti meragam.

"Thanks bro sebab tolong aku. Terkejut aku apabila Rania bagitahu dia hampir dilanggar oleh kereta." Suara Amir Irfan itu kembali menarik perhatian Rayyan dari terus melihat kanak-kanak yang sedang berlari.

"Hal kecil jer. Nasib baik hanya kaki yang terseliuh." Balas Rayyan. Senyuman kecil terukir di bibir.

"Itulah. Entah macam mana dia jalan hingga tak perasan ada kereta yang lalu." Keluh Amir Irfan.

"Biasalah perempuan. Kalau tak mengelamun tak sah." Amir Irfan mengangguk setuju dengan apa yang di katakan Rayyan.

"Tak sabar rasanya nak selesaikan semua ini. Lepas ni aku boleh jagakan dia setiap masa. Tak perlu susahkan kau lagi." Kata Amir Irfan lagi.

"Apa yang susahnya? Aku hanya buat apa yang aku mampu. Teman Rania keluar makan jer. Tak ada yang susah." Amir Irfan mengangguk.

"Apa pun macam mana dengan kau? Dah bagitahu isteri kau pasal ni?" Tanya Amir Irfan. Itu yang dia dan Rania risaukan. Sikap Rayyan yang mahu berahsia itu hanya mendatangkan salah faham jika di ketahui orang lain.

"Dia dah tahu." Jawab Rayyan datar.

"Kau yang bagitahu atau dia tahu sendiri?"

"Aku pun tak tahu macam mana dia boleh tahu."

Itu yang menjadi pertanyaan bagi Rayyan. Bagaimana Erin boleh tahu dia keluar dengan seorang perempuan. Apakah Erin mengikut gerak gerinya? Tidak mungkin! Setahunya Erin hanya duduk di rumah sahaja.

"Habistu isteri kau cakap apa? Dia marah? Kau jelaskan perkara sebenar pada dia?" Bertalu Amir Irfan menyoal.

"Dia tak ada cakap apa. Buat apa dia nak marah? Dia bukannya ada perasaan pada aku pun!" Rayyan tersenyum sinis. Hatinya terasa pedih apabila mengingatkan pengakuan Erin.

"Mana kau tahu dia tak ada perasaan pada kau?"

"Dia sendiri yang mengaku. Dia tak cintakan aku." Rayyan mendengus sebal.

"Nampaknya senjata makan tuan. Kau yang buat amaran tu tapi sebaliknya kau yang jatuh cinta pada dia." Amir Irfan ketawa mengekek. Sendiri buat sendiri kena.

"Kau tahu tak aku tengah sedih sekarang? Boleh pula kau ketawa!" Marah Rayyan.

Puas dia berfikir apa yang boleh dia buat untuk tarik balik peraturan yang dia buat itu. Patutkah dia jujur? Jika dia jujur, pastilah Erin ketawakan dirinya nanti. Rayyan buntu!

"Sorry. Kau pasti ke dia betul-betul tak cintakan kau?" Kesian pula Amir Irfan melihat Rayyan. Dari dulu sampai sekarang, apa sahaja yang di buat oleh Rayyan, pasti akan berbalik padanya. Itukah yang di panggil karma?

"Kalau dah tuan punya badan mengaku, apa yang tidak pastinya?" Rayyan menggeleng kepala.

"Mungkin dia cakap sahaja dia tak cintakan kau tetapi dia sebenarnya terlalu cintakan kau. Lagi pun dari awal lagi kau dah bagi amaran pada dia supaya jangan jatuh cinta pada kau. Kalau aku pun tak akan berani mengaku. Buat malu jer kena reject." Sindir Amir Irfan. Rayyan pantas memberi jelingan tajam.

"Okay. Apa kata kalau kau jujur pada isteri kau tentang perasaan sebenar kau. Mungkin dari situ kau akan tahu perasaan sebenar dia pada kau?" Cadang Amir Irfan.

"Bagaimana pula kalau dia betul-betul tak cintakan aku? Malu lah aku!" Rayyan sudah terbayang bagaimana Erin akan ketawakan dirinya nanti.

Amir Irfan yang geram dengan alasan yang di beri Rayyan terus menyepak kaki Rayyan di bawah meja. Menyeringai Rayyan menahan sakit.

"Sakitlah Mir!" Rayyan sedikit tunduk menggosok betisnya yang kena sepakan Amir Irfan.

"Padam muka kau! Heii kau yang buat peraturan tu jadi kau mestilah berani untuk bubarkan peraturan tu. Yang penting sekarang jujur perasaan kau terhadap dia. Kalau dia ketawa sampai berguling-guling, terburai isi perut pun, itu belakang kira." Tegas Amir Irfan. Geram pula dia mahu hempuk kepala sahabatnya itu. Biar bergegar sikit. Mana tahu nak cerdik.

"Tak nak aku. Jatuhlah ego aku..."

Amir Irfan terus ketawa. Terbahak-bahak dia ketawa dengan suaranya sengaja di kuatkan. Rayyan yang melihat Amir Irfan tiba-tiba ketawa menjungkit kening.

"Kau kan Rayyan! Tak habis-habis dengan ego kau. Nah pertahankan la ego kau tu! Pertahankan sampai ada lafaz minta cerai yang keluar dari mulut bini kau. Yang lagi best, tiba-tiba ada surat tuntut fasakh! Aku sepatutnya tunggu tengok penderitaan kau, bukan kebahagiaan kau!" Kata Amir Irfan. Dia tidak kisah lagi jika Rayyan ingin terasa hati. Terkadang kalau dengan cara elok tak jalan, dia kena ajar dengan cara sedikit kotor.

"Tak baik kau cakap macam tu kat aku." Rayyan sedikit tersentak dengar kata-kata yang meluncur keluar dari mulut Amir Irfan.

"Dah tu, kau nak suruh aku cakap macam mana? Aku bagi nasihat dengan cara elok kau tak nak dengar. Macam-macam alasan. Itu je la yang aku mampu cakap. Dan terlihat seperti itu juga yang kau inginkan sekarang!" Rayyan terdiam. Dia terus membuang pandang ke arah lain.

"Aku bagi nasihat kau buat kali terakhir Rayyan. Jujur dengan dia. Abaikan apa sahaja reaksi dia. Hanya itu satu-satunya cara untuk kau selamatkan hubungan kau sekarang. Kalau kau tetap macam ni, kau jangan pelik apa aku cakap tadi jadi kenyataan!" Kata Amir Irfan lagi. Rayyan memejamkan matanya. Satu persatu perkataan yang keluar dari mulut Amir Irfan cuba di hadam.

*
* *
* *

Hari hampir melabuhkan tirainya. Terlihat cahaya sang mentari yang ingin menenggelamkan diri kaki bumi. Rayyan pulang ke rumah dalam keadaan sarat memikirkan tentang dia dan Erin.

Rayyan pelik apabila melihat rumah sunyi sahaja. Perlahan Rayyan masuk ke dalam rumah. Sejak pulang dari rumah mummynya semalam, Erin langsung tidak bercakap dengannya. Mereka hanya membuat hal sendiri.

Rayyan terus melangkah menuju ke biliknya. Dia mahu melihat jika Erin berada di dalam bilik. Rayyan mengerutkan dahi apabila kelibat Erin tiada dalam bilik. Dia mula tertanya-tanya di mana Erin.

"Erin..." Panggil Rayyan. Dia menjenguk ke dalam bilik air, juga tiada.

Rayyan menggaru kepala. Takkan Erin keluar? Rasanya semua kereta ada di bawah garaj. Rayyan melangkah ke balkoni bilik. Tiada.

"Erin Aulya!" Panggil Rayyan lagi. Kali ni sedikit kuat.

Rayyan keluar dari bilik dan belari menuruni anak tangga menuju ke bawah. Langkah kakinya terus di bawa ke dapur. Juga tiada. Rayyan semakin pelik apabila tidak terlihat langsung kelibat Erin. Tiba-tiba Rayyan teringatkan taman belakang rumahnya. Laju Rayyan menapak ke pintu belakang.

Nafas lega di lepas apabila melihat Erin sedang duduk bersantai sambil membaca novel. Kakinya di rendamkan ke dalam kolam. Rayyan tersenyum tipis.

"Awak!" Tegur Rayyan sebaik berdiri di sisi Erin. Erin pula terus mendongak memandang Rayyan yang berdiri.

"Hurmm..." Hanya itu yang keluar dari bibir Erin. Erin kembali memandang novel di tangannya.

Rayyan turut melabuhkan duduk rapat di sisi Erin. Kaki seluarnya di lipat sehingga ke paras lutut sebelum turut di rendamkan kakinya ke dalam air kolam. Sejuk air kolam membuatkan Rayyan berasa tenang.

"Awak masih marahkan saya tentang dekat rumah mama?" Tanya Rayyan sambil memandang wajah putih bersih Erin dari sisi.

"Saya ada hak ke untuk marah?" Tanya Erin semula tanpa memandang Rayyan.

"Awak cemburu?" Sengaja Rayyan bertanya soalan itu.

"Huh! Tak ada masanya saya nak cemburu. Saya marah sebab awak tu masih suami orang. Awak patut tahu pahala dan dosa." Rayyan tersenyum kelat. Kecewa!

Manakala Erin sedaya upaya menahan gelodak di hati. Fokusnya pada novel di tangan sudah terganggu di sebabkan pertanyaan Rayyan. Erin tertanya-tanya, kenapa Rayyan tiba-tiba mengajukan soalan seperti itu? Adakah Rayyan sudah tahu tentang perasaannya?

"Maaf." Kata Rayyan sepatah. Pandangannya di buang ke air kolam yang berombak kecil di sebabkan pergerakan kakinya.

"Untuk apa?" Tanya Erin. Wajah Rayyan terus di pandang. Rayyan diam tidak menjawab.

Erin menatap wajah Rayyan. Wajah itu langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi. Kecewa pun tidak, marah pun tidak, sedih lagi jauh. Hanya terlihat wajah kosong tanpa perasaan.

Erin mula terfikir mungkin Rayyan sengaja ingin memperangkapnya dengan soalan-soalan itu. Rayyan mungkin akan menyuruhnya untuk sedar diri dan lupakan tentang perasaan itu jika dia tahu. Erin menarik nafas dalam. Gelodak di hati cuba di tenangkan.

tak ada yang menarik pda ep ni...jumpa esok dengan dua chapter...thanks for reading...ILYSM<33

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience