BAB 55

Romance Completed 119020

Rayyan memandang wajah Erin yang sudah tertidur. Mereka sampai di Pulau Redang tengah hari tadi. Selepas meletakkan barang mereka, Erin terus mengajaknya untuk melakukan aktiviti di Pulau Redang itu. Terutama sekali selam skuba.

Awalnya Rayyan membantah keras tidak mahu melakukan aktiviti itu. Alasannya hanya satu, Rayyan risaukan keadaan Erin yang berbadan dua itu tetapi Erin pula berdegil mahu melakukan aktiviti selam skuba itu. Gadis itu siap mengugut, jika Rayyan tidak setuju, gadis itu mahu pulang. Mahu tidak mahu, Rayyan terpaksa menurut.

Bermacam aktiviti yang mereka berdua lakukan sehingga Rayyan berasa sedikit penat. Awal rancangannya, dia mahu berehat sahaja hari itu. Hari esok barulah memulakan aktiviti iaitu menjalankan rancangannya tetapi apabila Erin yang begitu teruja ingin melakukan aktiviti, terpaksa la Rayyan ikut.

Rayyan menarik nafas dalam. Rasa penatnya tidak setanding dengan rasa bahagianya. Penat itu berbayar dengan senyuman Erin. Melihat Erin yang tersenyum sepanjang hari itu membuatkan dia berasa lega. Dia harap senyuman itu dapat dia kekalkan sampai bila-bila.

Cuma satu sahaja penat yang tidak berbayar, Alicia. Mengingatkan gadis itu, tiba-tiba Rayyan berasa panas. Dia sudah bagitahu Alicia supaya datang dengan keluarganya dan Erin esok pagi, tetapi sedar-sedar gadis itu sudah pun turut berada di Pulau Redang. Gadis itu juga kerap kali menonjolkan diri di celah orang ramai. Nasib baik Erin langsung tidak perasan.

Rayyan terus membaringkan tubuhnya di sebelah Erin. Tubuh Erin dipeluk erat. Lama Rayyan melabuhkan kucupan di dahi Erin. Gadis yang dulunya dikahwini secara terpaksa tetapi kini menjadi orang yang paling dia takut kehilangan. Rayyan tidak jangka dia akan jatuh cinta sedalam itu pada Erin.

"Love you sayang." Bisik Rayyan. Matanya turut dipejam. Dia perlukan tenaga yang cukup untuk esok.

Keesokkan harinya, Erin terbangun apabila matahari sudah tinggi di dada langit. Perlahan Erin membuka matanya. Tidurnya berasa cukup lama. Nafas dalam ditarik lalu dihembus perlahan.

Erin mengerutkan dahi melihat katil di sebelahnya sudah kosong. Pantas dia bangkit dari pembaringan dan melihat sekeliling. Langsung tidak nampak kelibat Rayyan. Erin turun dari katil dan menuju ke bilik air untuk melihat jika Rayyan ada di dalam bilik air tetapi hampa, Rayyan tidak ada di dalam bilik air.

"Sampai hati abang tinggal sayang sorang-sorang." Kata Erin sendiri. Bibirnya dicebik tanda merajuk.

Erin membawa tubuhnya ke dalam bilik air. Dia mahu mandi dan bersiap. Setelah itu, dia mahu keluar untuk mencari Rayyan. Ke mana lelaki itu pergi. Langsung tidak mengejutkan dirinya. Keluar begitu sahaja. Erin hanya mampu berdongkol geram di dalam hati.

Selesai bersiap, Erin terus keluar dari resort itu. Bibirnya tersenyum lebar apabila matanya disajikan dengan pemandangan air laut yang biru. Saat cantik. Bunyi ombak cukup menenangkan. Dengan langkah perlahan, Erin berjalan untuk mencari Rayyan.

Langkah Erin terhenti apabila tiba-tiba sahaja seorang perempuan berdiri di depannya. Dia memandang pelik perempuan yang turut memandangnya dengan senyuman.

"Awak Erin kan?" Tanya perempuan itu lembut.

"Ye saya Erin." Jawab Erin turut dengan nada lembut.

"Ni untuk awak." Perempuan itu terus menghulurkan sekuntum bunga mawar merah dan sebiji coklat Ferrero Roche.

"Untuk saya?" Tanya Erin tidak percaya. Perempuan itu laju mengangguk.

Lambat-lambat Erin menyambut huluran itu. Semakin pelik dia. Dia tidak kenal pun siapa perempuan itu, tiba-tiba sahaja memberinya sekuntum bunga mawar merah dan sebiji coklat Ferrero Roche itu.

"Terima kasih." Ucap Erin. Perempuan itu hanya mengangguk sebelum berlalu meninggalkan Erin.

Erin mengangkat bahu. Dia meneruskan langkahnya sambil melihat sekeliling jika ada kelibat Rayyan. Tetapi, baru beberapa langkah dia berjalan, tiba-tiba terdengar namanya dipanggil lagi.

"Kak Erin." Erin berpusing ke belakang. Terlihat gadis kecil berdiri sambil memegang sekuntum bunga mawar merah. Erin kira-kira umur gadis kecil itu dalam likungan enam tahun.

"Ye?" Jawab Erin lembut. Dia terus duduk bertinggung di depan gadis kecil itu.

"Untuk Kak Erin." Kata gadis kecil itu. Seperti tadi, sekuntum mawar merah dan sebiji coklat Ferrero Roche.

"Untuk akak?" Gadis kecil itu mengangguk.

Sekali lagi Erin menyambut pemberian itu dengan penuh tanda tanya. Gadis kecil itu pula terus berlari menjauh dari Erin. Pandangan Erin mengikut langkah gadis kecil itu. Terlihat seorang perempuan dan lelaki terus memimpin tangan kecil itu. Mungkin ibu dan ayahnya fikir Erin.

Erin berdiri dan kembali melangkah. Sepanjang langkahnya mencari kelibat Rayyan, hampir 20 orang yang menegurnya. Setiap teguran yang dia dapat pasti diiringi dengan sekuntum mawar merah dan sebiji coklat Ferrero Roche. Erin terpaksa meletakkan coklat Ferrero Roche ke dalam beg tangannya kerana tangannya sudah penuh dengan bunga.

"Puan Erin!" Erin menarik nafas dalam apabila namanya dipanggil lagi. Kini lelaki pula.

"Ni untuk Puan Erin." Kali ini Erin bagaikan mahu pintam. Lelaki itu menghulurkan sejambak bunga mawar merah dan sekotak coklat Ferrero Roche.

"Boleh saya tahu siapa yang arahkan awak semua untuk beri semua ni kepada saya?" Tanya Erin kepada lelaki itu. Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya hanya tersenyum.

Malas-malas Erin menyambut huluran itu. Sejambak bunga mawar merah itu dipeluk. Sempat Erin menghidu bau bunga mawar merah itu. Bau yang tidak asing dari hidungnya. Sekarang Erin tidak perlu bertanya siapa punya kerja itu. Matanya Erin tertacap pada sekeping kertas yang terselit di celah-celah bunga itu. Dengan susah payah, dia mengambil kertas itu.

'Jumpa abang dekat restoran semalam.' Itulah yang tertulis di kertas itu. Erin menggeleng tetapi bibirnya merekah dengan senyuman.

Erin terus melangkah laju menuju ke restoran yang dia dan Rayyan makan malam semalam. Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam restoran itu, dia melihat Rayyan yang duduk di kerusi di mana lelaki itu turut memandangnya dengan senyuman di bibir.

"Sayang..." Rayyan bangkit berdiri lalu berjalan mendekati Erin.

"Sampai hati abang. Dah la tak kejut sayang, lepastu bagi semua ni tanpa bakul. Tengok, dah penuh tangan sayang." Erin menepuk lembut dada Rayyan. Bibirnya dimuncungkan.

"Sorry sayang. Abang tak sampai hati nak kejut sayang sebab abang tengok tidur sayang lena sangat dan abang tak sangka pula tangan kecil sayang ni tak cukup untuk menampung bunga ni." Rayyan tertawa kecil di hujung ayatnya. Tangan Erin diraih lalu dikucup lembut.

"Thank you abang." Ucap Erin sambil menunjukkan bunga mawar merah di tangannya.

"Anything for you sayang." Balas Rayyan lembut.

Erin pantas menghadiahkan satu kucupan ringkas di pipi kanan Rayyan. Ingin dia memeluk lelaki itu tetapi malu dengan pandangan pelanggan lain. Jadi itu sahajalah buat masa sekarang.

"Jom duduk dan sarapan dulu." Rayyan terus mengambil bunga dari Erin. Tangan Erin dipimpin menuju ke mejanya tadi.

Erin hanya mengikut langkah Rayyan. Mereka berdua terus melabuhkan duduk. Rayyan pula pantas membuat pesanan. Erin berasa sedikit malu apabila dia dan Rayyan menjadi pusat perhatian tetapi terselit rasa bangga. Pasti mereka semua cemburu dengannya.

next ->

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience