BAB 33

Romance Completed 119020

Erin duduk termenung di ruang tamu sambil-sambil menanti kehadiran Alicia. Hari itu dia akan ke universiti sempena hari konvokesyen. Awal-awal pagi lagi dia sudah beritahu Rayyan bahawa dia mungkin pulang lewat tetapi Rayyan hanya mengangguk.

Hubungannya dengan Rayyan? Sudah baik setelah pulang dari hospital hari itu. Cuma sahaja sedikit dingin. Dia dan Rayyan sama-sama mengelak. Dia mengelak kerana malu dengan telah apa yang terjadi. Rayyan mengelak tanpa tahu apa puncanya.

Bunyi hon di depan rumah mematikan lamunan Erin. Erin pantas mencapai beg tangannya lalu menuju ke pintu utama. Erin melihat kereta Alicia sudah ada di depan pagar. Cepat-cepat Erin keluar lalu mengunci rumah.

"Rayyan izinkan?" Tanya Alicia apabila Erin sudah masuk ke dalam kereta.

"Kalau dia tak izinkan, tak ada maknanya aku boleh keluar sekarang ni!" Jawab Erin. Alicia pantas mengangguk.

"Kau dah bagitahu Rayyan kita mungkin balik lewat? Yelah. Kita dah janji nak jumpa dengan kawan lama kita." Tanya Alicia lagi.

"Dah. Dia tidak kisah." Jawab Erin jujur. Alicia menggeleng.

"Kau ada masalah dengan Rayyan?" Tanya Alicia. Dia dapat menghidu sesuatu yang terjadi pada sahabatnya itu. Apatah lagi dia masih tidak mendapat penjelasan tentang kenapa Rayyan menelefonnya pagi hari itu.

"Tak ada." Jawab Erin.

"Tapi pagi hari tu Rayyan ada call aku tanya jika kau ada dengan aku." Sekilas Alicia memandang Erin.

"Arr pasal tu. Aku keluar rumah terlalu awal dan aku lupa nak cakap dekat Rayyan. Sebab tu dia gelabah semacam." Bohong Erin. Dia tersenyum tipis. Alicia hanya mengangguk percaya.

Akhirnya Erin dan Alicia sampai di universiti. Mereka dapat melihat ramai pelajar yang datang. Mungkin yang akan mengambil konvokesyen bersamanya dan mungkin juga masih ada yang belajar. Erin dan Alicia terus masuk ke universiti.

Selesai majlis konvokesyen di universiti, Erin dan Alicia bergerak ke Suria KLCC. Mereka sudah berjanji untuk berjumpa dengan sahabat lama mereka di situ. Erin berasa teruja. Begitu lama tidak bertemu. Hanya sesekali berhubung melalui telefon.

"Wah tak sabar aku nak jumpa mereka semua. Aku tertanya-tanya bagaimana rupa Farhan sekarang. Masih nerd macam dulu ke?" Kata Alicia teruja.

"Ishh kau tak baik cakap macam tu. Aku pasti Farhan mesti jadi lelaki idaman wanita sekarang." Balas Erin sambil cuba membayangkan wajah sahabatnya Farhan.

Mereka mempunyai ramai sahabat cuma berpisah setelah masing-masing belajar di universiti berbeza. Disebabkan jarak yang begitu jauh, mereka tidak bertemu. Hanya telefon saja lah yang menjadi penyambung hubungan mereka semua.

Dari jauh, Erin dan Alicia dapat melihat ada sekelompok manusia yang sedang berbual. Siapa lagi kalau bukan orang yang mereka akan bertemu sebentar lagi. Erin dan Alicia semakin melajukan langkahnya.

"Assalamualaikum." Serentak Erin dan Alicia memberi salam.

Sepuluh pasang mata terus memandang ke arah Erin dan Alicia. Masing-masing terkedu.

"Waalaikumsalam." Jawab Fatihah apabila tiada siapa yang menjawab salam.

"Ya Allah. Erin Alicia!" Mereka semua mula terjerit lalu masing-masing mula berpelukan selain lelaki. Mata pengunjung lain yang melihat tidak mereka hiraukan.

"Hai Farhan. Hai Iqbaal." Sapa Erin kepada dua sahabat lelakinya.

"Hai!" Balas mereka berdua kekok. Mungkin kerana terlalu lama tidak bertemu.

"Wow Farhan. Dah upgrade ye? Kau nampak handsome sangat. Dah tak ada aura nerd tu." Kata Alicia lancar. Erin pantas mencubit lengan Alicia.

"Tak baik la!" Marah Erin. Alicia pantas ketawa.

"Sorry Farhan. Aku gurau jer tapi tak dinafikan kau hensem sangat." Alicia terus memuji Farhan sehingga Farhan tersenyum malu.

"Apa aku yang berdiri kat sini tak hensem ke?" Celah Iqbaal.

"Kau pun tak kurangnya hensem tapi maaflah. Tak boleh puji lebih. Bimbang ada yang cemburu." Balas Alicia.

Matanya melirik ke arah Ain. Mereka tidak sangka dalam diam Ain dan Iqbaal bercinta. Sangkanya mereka hanya bersahabat. Mereka semua terus ketawa membuatkan wajah Ain memerah kerana malu dengan usikan dari sahabatnya.

"Hai guys!" Satu suara lain yang menyapa membuatkan mereka semua memandang ke arah suara itu. Satu sosok tubuh lelaki yang tinggi lampai itu menarik perhatian mereka.

"Abang Kha!" Jerit Erin dan Alicia serentak. Bersinar mata mereka melihat senior idaman suatu ketika dahulu.

"Wow! Ramainya." Komen Khaleed. Semua yang berada di situ mula tersenyum pada Khaleed.

"Macam mana abang boleh tahu kami ada kat sini?" Tanya Erin ingin tahu. Tidak mungkin kebetulan kan? Khaleed tiba-tiba sahaja muncul di situ.

"Abang tengok post ig Alicia. Kebetulan abang ada kat sini. Sebab tu abang pusing. Rezeki abang dapat jumpa awak semua." Jawab Khaleed penuh sopan. Memang sikap aslinya bercakap lembut dengan semua orang.

"Apa-apa pun, tak nak kenalkan abang dengan kawan-kawan Erin ke?" Tanya Khaleed sambil melihat satu persatu wajah yang ada di situ.

"Biar Alicia yang kenalkan." Pelawa Alicia.

"Korang kenalkan, ni abang Khaleed. Senior kitorang waktu di universiti dulu." Kata Alicia mula memperkenalkan Khaleed kepada sahabatnya.

"Pertama, abang kenalkan, ini Iqbaal. Dia pendek tapi sangat comel." Alicia memperkenalkan Iqbaal terlebih dahulu. Erin menggeleng kepala mendengar cara Alicia memperkenalkan sahabat mereka.

"Yang kedua, ini yang hensem ni Farhan. Dulu dia nerd tapi tengoklah sekarang. Wow gitu!" Alicia ketawa kecil di hujung ayatnya tetapi mendapat gelengan dari Erin dan Khaleed.

"Yang ketiga, yang cantik ni Fatihah. Kalau abang tak ada awek, abang boleh cuba dia. Mana tahu tersangkut. Dia masih single mingle." Terus berbahang wajah Fatihah mendengar kata-kata Alicia.

"Keempat. Ini Ain. Abang jangan cuba-cuba nak goda dia. Nanti tak pasal-pasal kaki pendek Iqbaal melekat pada muka abang. Ca tak nak bertanggungjawab kalau mana-mana gigi abang hilang." Semua yang ada di situ ketawa. Iqbaal pantas menunjuk penumbuk kepada Alicia.

"Kelima. Ini Bahiyyah. Dia sudah jadi tunang orang bermaksud tiket sudah kehabisan." Bahiyyah menjeling tajam kepada Alicia.

"Dan yang terakhir..." Alicia terdiam.

Semua mata memandang Alicia sebelum dialihkan kepada Erin. Erin pelik apabila semua mata memandangnya.

"Kenapa?" Tanya Erin pelik.

*
* *
* *

Erin tidak faham apa yang cuba Alicia maksudkan dengan matanya itu. Mereka semua juga masih tidak lepas memandang wajahnya membuatkan Erin semakin tertanya-tanya.

Erin tersentak apabila tiba-tiba ada satu jatuh ke atas dadanya. Perlahan tangan itu naik ke atas. Tubuh Erin terkaku. Rambut panjangnya terasa sedikit diangkat.

"Congcragtulations." Suara itu cukup perlahan berbaik di telinganya. Satu kucupan hinggap di leher Erin membuatkan bahang panas meruap ke seluruh wajah Erin.

Tidak perlu Erin pusing melihat siapa. Dia sudah cukup kenal melalui suara yang berbisik tadi. Erin tunduk melihat rantai yang tersarung di lehernya. Rantai itu...

"Awak!" Erin pantas berpusing ke belakang. Wajah Rayyan menjadi tatapannya. Rayyan tersenyum tipis melihat wajah terkejut Erin.

"Rantai ni..." Erin memegang rantai itu lalu ditunjukkan kepada Rayyan. Dia ingat rantai itu. Rantai yang berjaya menarik perhatiannya ketika di Pavilion.

"Hadiah sempena hari graduet awak." Kata Rayyan lembut. Tubir mata Erin tiba-tiba terasa hangat. Dia terharu. Dia tidak sangka Rayyan membeli rantai itu untuknya.

"Tapi bila masa awak beli rantai ni?" Tanya Erin ingin tahu.

"Hari tu waktu saya hilang kejap..." Jawab Rayyan meleret sambil memandang wajah sahabat Erin yang kebingungan. Mereka semua pasti tertanya-tanya siapa dirinya.

"Ehem!" Alicia berdehem kecil bagi menyedarkan Erin di mana mereka berada.

Erin terus kembali memandang wajah sahabatnya yang penuh tanda tanya. Erin memandang Rayyan. Rayyan hanya mengangguk.

"Korang kenalkan. Suami Erin. Rayyan Qhai."

Wajah yang penuh tanda tanya tadi terus terkejut. Terkejut dengan apa yang baru Erin katakan. Masih tidak percaya.

"Suami Erin?" Tanya Khaleed ingin kepastian. Dia tidak salah dengarkan?

"Ye abang. Suami Erin. Sebenarnya dah hampir empat bulan Erin kahwin." Sekali lagi mereka semua terkejut dengan kenyataan itu. Dalam diam Rayyan menjeling tidak suka panggilan Erin kepada lelaki di depannya.

"Taniah Erin. Terkejut abang tadi. Senyap-senyap je ye?" Khaleed kembali bersuara bersama ketawa kecil. Ketawa yang cukup sumbang di pendengaran Erin dan Alicia.

"Taniah Erin. Sampai hati kau tak bagitahu pun kami yang kau dah kahwin!" Fatihah juga tidak lepas mengucapkan tahniah kepada Erin. Yang lain turut mengangguk kepala.

"Maaf. Aku pun tak sangka bujang aku akan berakhir secepat ini. Semua berlaku tiba-tiba." Jawab Erin kekok.

Erin melirik ke arah Alicia. Pandangan mereka bertembung. Alicia menjungkit bahu. Erin menahan diri supaya tidak terlepas keluhan dari bibirnya.

Erin memandang wajah Khaleed. Dia dapat mengesan perubahan di wajah itu. Walaupun Khaleed cuba tersenyum tetapi masih kelihatan sedih. Tiba-tiba Erin teringatkan kata-kata Khaleed suatu ketika dahulu. Adakah orang yang di maksudkan Khaleed itu adalah dirinya?

Entah kenapa hati Erin mula berbolak balik. Betul ke orang yang di maksudkan oleh Khaleed dulu adalah dirinya? Kalau betul kenapa dari awal Khaleed tidak memberitahunya? Kalau Khaleed yang menjadi suaminya sekarang, pasti semuanya lebih baik.

"Sayang jom! Sebenarnya abang dah tempah satu restoran untuk celebration. Harap sayang suka." Erin kembali memandang Rayyan apabila panggilan itu berubah. Rayyan sengaja berbuat begitu kerana dia tidak suka pandang lelaki yang dipanggil 'abang' oleh Erin itu memandang Erin dengan penuh perasaan.

"Macam mana dengan kami?" Tanya Alicia.

"Semestinya kamu semua boleh ikut. Saya tempah khas untuk awak semua. Bukan hanya untuk Erin." Jawab Rayyan. Senyuman mula merekah di bibir masing-masing.

"Jom. Korang semua pasti dah laparkan?"

Semua mengangguk kecuali Erin yang membisu. Rayyan terus menggenggam tangan Erin lalu menarik supaya mengikut langkahnya. Erin tidak mampu membantah kerana fikirannya lebih kepada memikirkan tentang perubahan Khaleed.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience