BAB 9

Romance Completed 119020

Satu bulan bagaikan satu minggu bagi Erin. Terasa begitu cepat masa berlalu. Erin menilik dirinya di cermin. Badannya sudah tersarung dengan baju putih. Baju pertama di hari itu. Hari di mana dia akan bergelar isteri pada umur yang tidak pernah dia bayangkan.

Bunyi ketukan pada pintu membuatkan Erin berasa berdebar-debar. Usah ditanya perasaannya ketika itu. Jantungnya berdegup laju seolah dia sedang dalam acara larian marathon. Perlahan Erin memusingkan badannya menghadap ke pintu bilik.

"Oh my God! Aku tak salah masuk bilikkan?" Tanya Alicia sambil melangkah masuk ke dalam bilik Erin.

"Ishh kau ni Ca. Betul la ni bilik aku." Erin mencemberutkan wajahnya.

"Alaa jangan la buat macam tu. Aku cuma terkejut. Kau cantik sangat hari ni." Puji Alicia.

"Mana ada. Biasa jer!" Balas Erin malu mendapat pujian itu. Alicia bukan orang yang mudah memuji orang lain.

"Eleh nak merendah diri konon. Tapi serius kau nampak cantik sangat. Mungkin ini orang katakan seri pengantin baru." Alicia terus memuji Erin. Erin memegang kedua pipinya dan tersenyum

"Ca kau rasa aku akan bahagia ke dengan dia? Kau pun tahukan perkahwinan ni kami buat atas orang tua kami." Perlahan Erin bersuara. Entah kenapa saat-saat akhir ini juga dia tergugat dengan keputusan yang dibuat.

"Kau tak boleh cakap macam tu Dear. Yang tu kau fikir bila dah sah jadi isteri dia nanti. Macam yang aku cakap, aku percaya Allah telah menetapkan sebaik-baiknya jalan untuk kau dan ada bahagia sedang menanti kau di depan sana."

"Tapi dia langsung tak cintakan aku Ca." Tiba-tiba Erin berasa ingin menangis.

"Sama juga dengan kau kan? Kau pun tak cintakan dia. Jadi kau tak perlu risau. Cinta bila-bila masa boleh dipupuk selepas kahwin nanti. Siapa sangka nanti bila kau dah sah jadi isteri dia nanti dia akan cintakan kau. Lagikan air laut pun berubah, inikan pula hati manusia. Think positive okay? Tak nak la sedih-sedih." Alicia menggosok lembut bahu Erin. Memberi semangat kepada sahabatnya yang seorang itu.

"Thanks Ca. Berutungnya aku ada sahabat macam kau!" Erin mendepakan tangannya. Alicia terus memeluk erat tubuh Erin. Dalam gembira, ada terselit rasa sedihnya juga. Sudah pasti lepas ini dia tidak dapat untuk melepak dengan Erin seperti selalu.

"Assalamualaikum." Suara seseorang memberi salam telah menarik perhatian Erin dan Alicia. Mereka berdua meleraikan pelukan lalu memandang ke arah pintu.

"Waalaikumsalam Auntie." Jawab Alicia. Puan Elisya tersenyum manis kepada Alicia.

"Jadi dah siap?" Tanya Puan Elisya. Erin mengangguk perlahan.

"Jom turun. Pengantin lelaki dah sampai. Majlis dah nak mula." Ajak Puan Elisya.

Erin bangkit berdiri. Nafas dalam ditarik lalu dihembus perlahan. Langkah kakinya dibuka. Seraya itu juga Erin berdoa dalam hati, semoga Allah mempermudahkan segala urusannya sebentar lagi. Akhirnya Erin turun ke bawah diiringi Puan Elisya dan Alicia.

Erin duduk bersimpuh di atas kusyen pengantin tidak jauh dari Rayyan. Di sebelah kiri kanannya ada Puan Elisya dan Puan Rodziah. Alicia duduk di sebelah Puan Rodziah manakala di sebelah Puan Elisya ada kembarnya Esya. Erin memandang Esya, tetapi Esya langsung tidak memandangnya.

Dengan lafaz bismillah, majlis bermula. Semua mula senyap dan dengar sahaja. Hanya tok kadi dan Rayyan sahaja bersuara. Erin tidak pasti bagaimana mahu gambarkan rasa hatinya. Dalam beberapa minit sahaja, ijab qabul selesai dan Erin sah bergelar isteri kepada Rayyan Qhai.

Selesai membaca doa, suasana kembali sunyi untuk memberi peluang kepada pengantin lelaki menunaikan solat sunat nikah. Erin memandang Puan Elisya di sisi kanannya. Mata Puan Elisya berkaca membuatkan Erin turut berasa sebak. Tangan kanannya digenggam kemas oleh Puan Elisya manakala tangan kirinya digenggam kemas oleh Puan Rodziah.

*
* *
* *

Erin berasa semakin tidak tentu hala apabila melihat kelibat Rayyan. Acara pembatalan air sembahyang akan bermula. Juru gambar juga sudah sedia untuk merakam memori itu. Erin panggung kepala sebaik sahaja Rayyan sudah duduk di depannya.

"Assalamualaikum." Ucap Rayyan lembut.

"Waalaikumsalam." Jawab Erin. Erin menatap ke dalam anak mata Rayyan. Pandangan itu tidak sedingin selalu.

Alicia menghulurkan satu bekas hantaran yang ada cincin di atas itu. Rayyan mengambil sebentuk cincin, begitu juga Erin. Terketar-ketar tangan Erin saat dia menghulurkan tangannya pada Rayyan untuk Rayyan menyarungkan cincin pada jarinya. Setelah Rayyan menyarungkan cincin pada jarinya, giliran Erin pula untuk menyarung cincin pada jari Rayyan.

Erin tunduk menyalami tangan Rayyan. Sebaik sahaja Erin menegakkan tubuhnya, bibir Rayyan terus mendarat di dahinya. Saat itu jugalah air mata Erin mengalir. Ya itu bukan lagi khayalan, itu adalah kenyataan. Dia sudah bergelar seorang isteri. Tanggungjawabnya sangat besar.

"Jangan nangis please. Saya tak suka awak nangis." Pujuk Rayyan. Air mata Erin yang mengalir diseka lembut. Erin mengangguk lalu mengukir senyuman.

"Jaga anak mama baik-baik. Mama harap Ayyan sabar dengan perangai Erin. Walaupun dia keras kepala, tetapi hati dia lembut. Mama percayakan Ayyan." Kata Puan Elisya apabila Rayyan duduk di depannya.

"InshaAllah mama. Ayyan cuba yang terbaik untuk Ayyan dan Erin." Jawab Rayyan. Tangan Puan Elisya disalam sebelum bergerak ke Puan Rodziah.

Rayyan memeluk erat tubuh Puan Rodziah. Puan Rodziah mengusap lembut belakang tubuh Rayyan. Rayyan tersenyum tenang merasa usapan tersebut.

"Anak mummy dah jadi suami orang. Besar tanggungjawabnya. Mummy harap Ayyan tak rasa terbeban dengan semua ni. Jaga Erin baik-baik. Mummy percaya Erin akan jadi isteri terbaik untuk Ayyan." Rayyan mengangguk perlahan. Setelah itu Rayyan bergerak ke arah Tuan Zakri.

"Alhamdulillah. Lepas ni papa dah boleh tidur lena. Terima kasih Ayyan terima anak papa. Papa percaya Ayyan mampu bahagiakan anak papa. Jaga anak papa baik-baik."

"Sama-sama papa. InshaAllah Ayyan akan cuba yang terbaik untuk bahagiakan Erin." Tangan Tuan Zakri disalam.

Rayyan sendiri tidak pasti sejauh mana ia akan berlaku. Perkahwinan itu bukan apa yang dia impikan. Tetapi dia tidak mampu menolak takdir. Setelah semuanya selesai, Rayyan menunggu Erin yang masih berpeluk erat dengan Tuan Zakri.

Bahagiakah Erin bersamanya? Mampukah dia bahagiakan Erin seperti mana dia janjikan dengan mama papa Erin? Rayyan tidak mampu menjawab persoalan itu. Dia juga mangsa keadaan. Bukan Erin sahaja.

Petang itu, suasana mula sunyi. Semua tetamu mula beransur pulang. Tiada majlis bersanding di sebelah pihak perempuan. Semuanya atas permintaan Erin. Majlis bersanding hanya akan diadakan bagi sebelah pihak lelaki sahaja. Erin menarik nafas lega apabila semuanya sudah selesai.

Erin berjalan bersama Puan Elisya menuju ke pintu utama di mana keluarga mentuanya berkumpul untuk pulang terlebih dahulu. Begitu juga dengan Rayyan. Mereka akan bertemu semula esok untuk majlis di sebelah pihak lelaki.

"Erin mummy balik dulu. Jumpa Erin esok." Kata Puan Rodziah.

"Terima kasih mummy sudi terima Erin sebagai menantu mummy." Ucap Erin. Tubuh Puan Rodziah dipeluk.

"Mummy yang sepatutnya ucap terima kasih pada Erin sudi jadi menantu mummy." Balas Puan Rodziah. Setelah meleraikan pelukan, Puan Rodziah mengucup lembut kedua belah pipi Erin.

"Daddy balik dulu. Kita jumpa esok pula." Celah Tan Sri Qhairil. Erin bergerak menyalami tangan Tan Sri Qhairil.

"Terima kasih daddy." Erin mengukir senyuman manis.

Setelah itu Erin bergerak mendekati Rayyan. Rayyan juga akan mengikut keluarganya pulang. Tangan Rayyan terus di salam. Wajahnya berasa berbahang apabila bertembung pandangan bersama Rayyan.

"Bersiap sedia untuk malam esok." Bisik Rayyan perlahan rapat di telinga Erin yang berlapis tudung. Erin mencubit pinggang Rayyan geram. Jelingan tajam dia hadiahkan.

"Dah-dah. Sabar ok? Lebih-lebih tunggu malam esok." Tegur Tan Sri Qhairil. Berdesing telinga Erin mendengar kata-kata itu. Wajahnya semakin berasa berbahang.

"Kami balik dulu. Assalamualaikum." Ucap Tan Sri Qhairil.

"Waalaikumsalam. Hati-hati drive." Balas Tuan Zakri.

Keluarga Tan Sri Qhairil terus melangkah masuk ke dalam kereta. Erin melambai tangannya apabila kereta itu bergerak meninggalkan perkarangan rumahnya.

"Dah jom masuk. Nak magrib dah ni." Ajak Puan Elisya. Mereka bertiga terus masuk ke dalam rumah.

"Mama papa, Erin naik dulu. Nak tukar pakaian nak mandi. Dah melekit ni." Kata Erin.

"Yelah. Naik la rehat." Balas Puan Elisya.

Erin tersenyum kecil sebelum perlahan melangkah memanjat tangga. Baru sahaja Erin mahu melangkah masuk dalam bilik, tiba-tiba terasa gaunnya seolah tersangkut. Erin berpusing ke belakang. Saat itu juga matanya bertembung dengan mata Esya yang sedang tersenyum sinis memijak gaunnya.

"Suka la kau kan bila dapat kahwin dengan anak orang kaya?" Tanya Esya sinis.

"Siapa tak suka. Dapat suami kaya, lepastu hensem pula." Balas Erin juga sama sinis.

"Kau tahu? Sepatutnya aku yang pakai baju ni. Aku yang sepatutnya jadi isteri Rayyan. Bukan kau! Kau langsung tak layak untuk Rayyan."

"Heh kau kenapa kak? Hari tu kau juga yang tolak risikkan mummy untuk kau, lepastu sekarang kau nak meroyan sebab aku yang jadi menantu mummy tu kenapa?" Bengang Erin dibuatnya. Sudahlah dia berpenat hari itu, Esya pula mencari gaduh dengannya.

"Hari tu aku tak tahu yang dia tu dari keluarga ternama. Kalau aku tahu, aku tak akan tolak risikkan tu."

"Kau kan kak, tak habis-habis dengan duit. Kau ingat duit boleh beli kebahagiaan ke?"

"Memang duit tak boleh beli kebahagiaan tapi dengan duit aku mampu beli segalanya yang aku mahu."

"Dah la kak. Penat aku bercakap dengan kau. Memang patut Allah tak jodohkan kau dengan Rayyan. Orang macam kau tak layak dapat suami kaya. Mahu papa kedana suami kau tu suatu hari nanti."

"Dah la. Aku nak masuk rehat. Semakin penat aku layan kau." Erin menarik gaunnya yang dipijak Esya lalu melangkah masuk ke dalam bilik. Esya mengetap bibir geram.

"Tak apa, kau berbahagia dulu. Aku akan tunggu waktu untuk tengok kau jatuh tersungkur nanti." Kata Esya dengan penuh rasa dengki.

*
* *
* *

Keesokkan harinya majlis di sebelah pihak lelaki berlangsung di hotel. Erin duduk di dalam bilik bersiap. Tubuhnya sudah siap tersarung dengan gaun pengantin. Gaun itu adalah pilihan Rayyan. Bagi Erin, Gaun itu cukup cantik. Rayyan mempunyai selera yang sangat baik.

Erin memandang kakinya yang tersarung heels. Erin menelan liur. Sepanjang hidupnya, dia tidak pernah memakai heels. Bolehkah dia berjalan nanti? Erin sudah berkeras menolak tidak mahu memakai heels itu tetapi pemilik butik itu kata dia akan kelihatan lebih anggun apabila mengenakan heels. Apatah lagi dapat menyamakan ketinggian mereka.

Erin mula cuak apabila Puan Elisya mula memanggilnya dan Rayyan supaya bersedia kerana majlis akan bermula. Erin memandang Rayyan yang sedang santai bermain telefon dengan wajah meminta simpati.

"Awak." Panggil Erin.

"Apa?" Tanya Rayyan tanpa mengalihkan pandangannya dari skrin telefon.

"Tengok ni..." Kata Erin. Gaunnya sedikit diangkat ke atas bagi menampakkan heels di kakinya.

"Kenapa?" Tanya Rayyan. Matanya terus memandang ke arah kaki Erin.

"Macam mana saya nak jalan dengan heels ni? Kalau jatuh nanti macam mana? Tak ada kasut lain ke?" Tanya Erin bertalu-talu.

"Kalau awak jalan elok-elok tak akan jatuh." Jawab Rayyan ringkas. Matanya kembali melekat pada skrin telefon.

"Haish. Saya mana pernah jalan pakai heels. Tiba-tiba malam ni kena pakai heels setinggi ni. Kalau jatuh nanti bukan saya jer yang malu, awak pun malu." Rungut Erin lagi.

"Jangan mengada-ngada boleh tak? Nanti awak pegang la tangan saya macam yang dicadangkan oleh design baju ni."

"Hishh susah betul cakap dengan orang tak ada perasaan ni!" Kutuk Erin. Gaunnya yang diangkat sedikit ke atas tadi ditolak jatuh semula.

"Awak cakap apa tadi Erin?" Tanya Rayyan. Tajam matanya memandang ke arah Erin.

"Mana ada cakap apa-apa." Erin memasamkan wajahnya tidak puas hati.

"Dah awak tak yah ngada-ngada. Jom! Mama dah panggil." Rayyan terus berdiri. Erin turut bangun berdiri.

"Awak..." Rengek Erin cuba meminta simpati buat kali terakhir.

"Cepat la!" Gesa Rayyan.

"Nak cepat la ni!" Erin melangkah mendekati Rayyan dengan berhati-hati. Bimbang jika terjatuh.

"Awak jangan risau, saya tak akan benarkan isteri saya jatuh di khalayak ramai. Jom!" Erin hanya mengangguk kepala tanda percaya pada Rayyan.

Rayyan dan Erin keluar dari bilik persiapan di mana Puan Elisya dan Puan Rodziah sudah menantikan mereka diluar. Mereka berjalan menuju ke dewan. Bunyi suara tetamu yang hadir cukup membuatkan Erin berasa berdebar.

Sebaik melangkah masuk ke dalam dewan itu, Erin menelan liur melihat jumlah tetamu yang hadir. Cukup ramai. Erin semakin berasa gugup melihat jarak yang perlu dia berjalan untuk sampai ke pelamin yang berada di atas pentas sana.

"Relax. Saya ada di sisi awak jadi awak tak akan jatuh." Kata Rayyan lagi cuba menenangkan Erin. Erin menarik nafas dalam lalu dihembus perlahan. Lengan Rayyan dipegang kemas.

Seketika dewan itu mula gelap. Suasana dewan bertukar sepi. Mungkin tetamu terkejut apabila tiba-tiba sahaja dewan bertukar gelap. Tidak lama selepas itu, satu lampu bernyala dan dihalakan ke arah Erin dan Rayyan. Saat itu jugalah suasana dewan kembali bertukar meriah dengan bunyi tepukan.

Rayyan menepuk lembut tangan Erin memberi isyarat mereka akan berjalan. Erin mengangguk tanda sedia. Mereka berdua mula berjalan. Ucapan taniah daripada tetamu yang hadir menyapa pendengaran Erin membuatkan Erin mengukir senyuman. Dia memandang ke kiri dan kanannya dengan senyuman terus diukirkan pada bibir.

Apabila mereka sampai di depan pentas barulah dewan kembali bertukar cerah sepenuhnya. Erin berasa seperti ingin pengsan apabila melihat anak tangga yang perlu dipanjatnya. Memang la tidak banyak tetapi cukup membuatnya ketar ketir.

Dewan yang sedia riuh semakin riuh dengan suara sorakan dan tepukan. Erin pula terkejut apabila tubuhnya tiba-tiba melayan di awangan. Lantas Erin melilitkan lengannya pada leher Rayyan. Jantung Erin terus berdegup kencang.

"Apa awak buat ni?" Bisik Erin di telinga Rayyan. Wajahnya berasa penas.

"Tolong awak naik tangga ni." Balas Rayyan.

Dari jauh ada sepasang mata memandang pengantin baru itu dengan perasaan yang tidak dapat digambarkan. Tangannya digenggam. Dadanya turun naik menahan rasa.

Rayyan meletakkan Erin ke atas pelamin sebelum dia turut melabuhkan duduk di sebelah Erin. Erin dan Rayyan melihat wajah-wajah tetamu yang hadir. Erin tidak berhenti mengukir senyuman gembira melihat kemeriahan itu.

Majlis bersanding terus bermula. Kedua orang tua mereka mula naik menepung tawar. Setelah itu diikuti oleh saudara mara terdekat. Selesai acara menepung tawar, acara seterusnya bermula iaitu penggambaran.

Bermula dari bergambar bersama keluarga, kemudian saudara mara dan berakhir dengan kawan-kawan. Kebanyakannya ialah kawan Rayyan kerana Erin tidak memberitahu sesiapa tentang perkahwinnya. Hanya Alicia sahaja yang tahu.

Setelah itu mereka berdua bergerak ke meja makan beradap. Sekali lagi Erin memegang kemas lengan Rayyan ketika menuruni anak tangga. Rayyan hanya membiarkan sahaja sehingga mereka sampai di meja makan beradap.

Selesai makan beradap, Rayyan dan Erin bergerak bebas. Rayyan bersama sahabatnya manakala Erin bergerak menuju ke meja Alicia di mana Alicia sedang duduk bersama orang tuanya. Erin menyapa dan bertanya khabar keluarga itu.

"Hai." Rayyan yang ketika itu sedang berbual salah seorang sahabatnya terus menoleh apabila mendengar seseorang menegur.

"Hai." Balas Rayyan malas. Esya tersenyum melihat kedinginan Rayyan.

"I pelik, macam mana you boleh setuju kahwin dengan Erin sedangkan you dan dia sama-sama tak mencintai." Kata Esya sinis.

"Tak ada apa yang pelik kalau sudah jodoh. Cinta boleh dipupuk bila-bila masa sahaja." Jawab Rayyan tenang. Sedikit tidak terusik dengan kata-kata Esya.

"You tahu tak Erin sebenarnya terima risikkan tu sebab dia tahu you dari keluarga orang ternama? Erin hanya mahukan duit you. I tak tahu macam mana you boleh tertipu dengan wajah polos Erin tu." Esya terus cuba menghasut fikiran Rayyan.

"I tahu jadi you tak perlu bagitahu." Meluat Rayyan dengan sikap kembar Erin itu. Sikapnya langsung tidak berubah. Sama seperti mereka pertama kali bertemu dulu.

"Kalau you tahu buat apa you jadikan dia isteri? Dia hanya nak kikis harta you!" Geram Esya melihat ketenangan Rayyan.

"Kalau I tak jadikan Erin sebagai isteri I, tak akan I nak jadikan you pula sebagai isteri I? I rasa you lebih buruk dari Erin yang you cuba burukkan tu." Sinis Rayyan membalas.

"I bukan nak burukkan Erin tapi I cakap benda betul." Esya tidak mengalah. Yang dia tahu dia ingin pasangan itu bergaduh.

"You ingat you boleh manipulasi fikiran I semudah tu? I kenal Erin, dia bukan macam you. Walaupun mungkin betul apa yang you cakapkan tu, ada I kisah? Erin dah sah jadi isteri I jadi harta I adalah harta dia. I tak kisah kalau dia kikis harta I sehingga I tinggal sehelai sepinggang. Yang penting isteri I bahagia. Bukankah itu salah satu tanggungjawab seorang suami? I warning you awal-awal! Jaga mulut you bila mahu mengata. I tak suka orang mengata isteri I walaupun ipar I sendiri." Tegas Rayyan berkata mempertahankan Erin membuatkan Esya bengang.

"You akan menyesal suatu hari nanti!" Kata Esya.

"Bukan masalah you kalau I menyesal suatu hari nanti atau sekarang." Balas Rayyan selamba.

"Sorry. I pergi dulu. I nak cari isteri I." Sengaja Rayyan menekan perkataan isteri itu bagi menyakitkan hati Esya.

Majlis itu akhirnya berakhir dengan jayanya. Erin melepaskan nafas lega apabila semuanya selesai. Serasa terlepas sudah bebannya. Erin melabuhkan duduk ke atas kerusi. Kakinya sudah naik lenguh. Heels di kaki terus dibuang.

"Lenguh?" Tanya Rayyan. Erin pantas mengangguk lalu melihat Rayyan melabuhkan duduk di atas kerusi berdepan dengannya.

Semua tetamu sudah pulang. Hanya tinggal dia dan kedua orang tua mereka sahaja di dalam dewan itu. Mahu berehat seketika sebelum bergerak pulang.

"Ayyan, apa kata kalau Ayyan tidur hotel sahaja malam ni? Pagi esok baru bergerak pulang ke rumah." Cadang Puan Rodziah. Dia tahu anak dan menantunya pasti kepenatan.

"Tak boleh. Ayyan kena balik kemas baju sebab esok pagi Ayyan akan ke rumah mama sebelum mama dan papa terbang ke Singapura." Tolak Rayyan memikirkan dia tidak mengemas lagi bajunya.

Erin mencebik bibir. Majlisnya baru selesai tetapi mama dan papanya akan ke Singapura selama seminggu. Papanya juga yang meminta mereka tinggal di rumah itu untuk menemani Esya. Rayyan pula hanya bersetuju.

"Kalau macam tu, jom la balik. Dah lewat ni. Kamu berdua mesti penat." Ajak Tan Sri Qhairil. Erin dan Rayyan pantas mengangguk.

Mereka semua bergerak keluar dari hotel menuju ke tempat parkir kereta. Erin berpisah dengan orang tuanya di situ. Dia akan bermalam di rumah mentuanya untuk malam itu.

Sebaik sampai di rumah mentuanya, Erin keluar dari perut kereta dengan keadaan terjengket-jengket. Urat-urat kakinya terasa tegang. Rayyan yang melihat menggeleng kepala.

"Nak saya dukungkan seperti tadi?" Tanya Rayyan. Kesian pula dia melihat Erin. Erin hanya menggeleng kepala.

"Dah cepat masuk. Macam nak hujan jer ni." Kata Puan Rodziah apabila melihat biasan cahaya kilat memenuhi ruang langit. Angin yang bertiup juga berasa semakin dingin.

"Assalamualaikum."

Salam itu telah menghentikan mereka berempat yang baru ingin melangkah masuk ke dalam rumah. Pantas mereka melihat ke arah pagar. Terlihat sosok tubuh seseorang sedang berdiri di depan pagar rumah itu.

Mereka semua berbalas pandangan. Tertanya-tanya siapa yang datang ke rumah selewat itu. Kalau tetamu yang dijemput ke majlis bersanding, kenapa datang ke rumah? Sudah jelas-jelas dekat kad jemputan itu mereka menulis lokasi.

Puan Rodziah menekan remote kawalan jauh di tangannya. Perlahan pagar itu bergerak terbuka. Bagaikan di sambar petir, tubuh Puan Rodziah, Tan Sri Qhairil dan Rayyan terkaku melihat sosok tubuh yang berdiri tidak jauh di depan sana.

"Siapa tu?" Tanya Erin berbisik kepada Rayyan.

Tidak ada respon dari Rayyan membuatkan Erin pelik. Pelik melihat suami dan mentuanya terkaku memandang ke arah tetamu yang tiba-tiba muncul di depan rumah mereka selewat itu.

Agak-agak siapa tetamu tu ye? Satu bab dulu okay? Ariss sedikit sibuk >_<. HAPPY READING!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience