BAB 45

Romance Completed 119020

Dengan pergerakan yang penuh hati-hati, Rayyan bergerak turun dari katil. Erin telah pun tidur setelah mengadu sakit kepala. Rayyan fikir apabila Erin bangun nanti dia mahu membawa Erin ke klinik untuk buat pemeriksaan.

Rayyan turun ke bawah. Dia mahu memasak sesuatu yang boleh diisi ke perut Erin dan dia. Perlahan Rayyan melangkah turun tetapi kakinya terhenti di atas anak tangga itu apabila melihat ada gambar yang di gantung di dinding tangga itu.

"Sejak bila gambar ni ada kat sini?" Tanya Rayyan hairan.

Rayyan melihat gambar yang tergantung. Itu adalah gambar perkahwinan dia dan Erin dulu. Kenapa dia tidak pernah perasan tentang gambar itu sebelum ini sedangkan entah berapa kali dia naik turun tangga itu dalam masa sehari.

Rayyan menggeleng kecewa. Kecewa pada dirinya sendiri. Rayyan menilik satu persatu gambar itu sambil menyetuhnya. Tangan Rayyan terhenti pada satu gambar iaitu gambar di mana ketika dia menyarungkan cincin ke jari manis Erin.

"Maafkan abang sayang..." Kata Rayyan sendiri. Pipi Erin di dalam gambar itu di usap.

Rayyan kembali meneruskan langkah menapak turun ke bawah. Baru sahaja langkah kakinya di bawa untuk masuk ke dapur, tiba-tiba terdengar bunyi loceng rumahnya di tekan.

Siapa pula yang datang waktu-waktu macam ni? Bisik hati Rayyan. Tiba-tiba Rayyan teringatkan mummynya. Detak jantung yang tenang tadi terus berdegup kencang. Dia juga lupa untuk memberitahu PA nya bahawa dia tidak akan masuk pejabat hari itu.

Rayyan memandang pintu utama dengan rasa debar. Jika benar itu mummynya, memang masak dia di persoalkan. Apatah lagi menantu kesayangan tidak sihat. Dia juga lupa untuk menukar telefonnya dari mood silent ke mood biasa.

Sekali lagi loceng rumahnya berbunyi. Rayyan berdoa dalam hati agar orang yang datang itu bukanlah mummynya. Dengan rasa debar, Rayyan melangkah ke pintu utama. Bimbang jika bunyi loceng itu menganggu tidur Erin di atas.

Sebaik membuka pintu utama rumah, Rayyan mengerutkan dahi apabila melihat seorang lelaki yang berdiri di luar pagar. Sebaik sahaja dia mengecam wajah lelaki itu, rasa debar tadi terus hilang. Wajahnya berubah tegang.

Rayyan terus melangkah menuju ke pagar dengan mengawal perasaannya ketika itu. Dia ingin menanyakan tujuan lelaki itu datang ke rumahnya. Adakah untuk mencari isterinya?

"Assalamualaikum bang." Sapa Khaleed apabila Rayyan berdiri di depannya. Hanya pagar itu memisahkan jarak itu.

"Waalaikumsalam." Jawab Rayyan dingin.

"Ermm pertama kali saya nak minta maaf sebab ganggu abang tapi boleh saya tahu kenapa Erin tak jawab call saya?" Tanya Khaleed risau. Risau jika sesuatu berlaku kepada Erin. Apatah lagi semalam dia melihat Rayyan sendiri yang menanti kepulangan Erin.

"Sebelum aku jawab soalan kau, boleh aku tahu tujuan apa kau call isteri aku? Apa dah tak ada perempuan lain kau nak call?" Soalan terus di balas soalan.

"Maaf abang. Kawan saya cakap dia call Erin tapi tak dapat. Jadi kawan saya minta saya untuk bagitahu Erin kereta dia dah siap repair. Saya datang sini pun sebab nak bagitahu itu sahaja sebab saya call Erin tapi tak dapat." Kata Khaleed lemah lembut walaupun jelas-jelas Rayyan menunjukkan ketidaksukaannya atas kehadiran dia ke rumah itu.

"Ermm apa kata kalau kau bagi nombor telefon kawan kau? Nanti aku telefon dia sendiri. Sekarang aku tak boleh nak ambil sebab isteri aku tak sihat." Kata Rayyan.

"Kalau macam tu baiklah. Saya bagi nombor telefon kawan saya."

"Kejap! Aku nak ambil phone aku kat dalam."

Khaleed hanya mengangguk. Sepantas kilat Rayyan berlari masuk ke dalam rumah. Dia hanya mengambil sekeping kertas dan sebatang pen. Malas dia mahu berlari memanjat anak tangga untuk ke bilik hanya semata-mata untuk mengambil telefonnya.

Rayyan kembali berdiri di depan Khaleed. Tanpa membuang masa, Khaleed terus memberi nombor telefon kawannya manakala jari Rayyan laju bergerak mencatat nombor yang di katakan oleh Khaleed.

"Thank you!" Ucap Rayyan. Sekilas dia memandang wajah Khaleed.

"Sama-sama." Jawab Khaleed.

"Ermm...terima kasih juga sebab tolong Erin semalam. Maaf kalau dah susahkan." Kata Rayyan merendahkan ego yang tadi melangit.

"Tak ada apa yang susah. Kebetulan saya lalu lepas hantar kawan ke airport." Senyuman tipis Khaleed ukirkan untuk Rayyan.

"Kalau tak ada apa-apa, saya balik dulu." Kata Khaleed meminta diri untuk pulang.

"Okay. Thanks again!" Ucap Rayyan sekali lagi.

Khaleed mengangguk. Setelah itu, Khaleed terus meloloskan diri ke dalam kereta. Rayyan hanya memandang kereta Khaleed yang bergerak semakin menjauh. Setelah itu, Rayyan kembali berpusing ke belakang untuk kembali masuk ke dalam rumah.

Langkah Rayyan terhenti sebaik sahaja terpandangkan telefon Erin yang dia lempar semalam. Perlahan Rayyan tunduk mengutip telefon itu. Rayyan tersenyum tipis. Melihat skrin telefon Erin yang sudah retak seribu membuatkan Rayyan terfikirkan Erin. Mungkin begitu hati Erin saat ini, fikir Rayyan.

Rayyan mengeluh kecil. Nantilah dia carikan telefon baru untuk Erin. Sekarang dia lebih mahu fokuskan bagaimana ingin dia buat supaya Erin lafazkan cintanya. Hanya itu yang ada di kepala Rayyan saat itu.

Rayyan terus berjalan ingin melangkah masuk ke dalam rumah. Telefon Erin yang di kutip terus di masukkan ke dalam poket seluar treknya. Baru beberapa tapak dia melangkah, kakinya sekali lagi terhenti sebaik bunyi hon kereta di depan pagar rumah. Terus Rayyan berpusing 180° memandang ke arah pagar.

*
* *
* *

Rayyan terkaku. Rasanya ingin sahaja dia menjadi orang bunian saat itu. Dia ingin menghilang. Rayyan berasa menyesal kerana telah merungut tentang mummynya. Lihatlah sekarang. Kereta yang berada di luar pagar itu sudah cukup untuk memberitahu dia siapa yang datang.

Mahu tidak mahu, Rayyan terpaksa membukakan pintu pagar itu bagi membolehkan kereta itu masuk. Rayyan terus masuk ke dalam rumah sebelum kembali dengan remotr kawalan jauh untuk membuka pagar itu. Sebaik sahaja butang di tekan, perlahan pintu pagar itu mula terbuka.

Rayyan memandang kereta Velfire putih yang masuk itu dengan perasaan kosong. Gembira? Jauh sekali! Rayyan pasti sekejap lagi dia akan di soal siasat seolah dialah penjenayah yang paling berbahaya. Sudah cukup masak dengan perangai mummynya yang seperti polis pencen.

"Assalamualaikum." Ucap Puan Rodziah sebaik sahaja keluar dari perut kereta.

"Waalaikumsalam." Jawab Rayyan datar. Tiada semangat.

"Pagi-pagi dah lemah semacam ni kenapa?" Tanya Puan Rodziah lagi apabila melihat anaknya itu lemah semangat semacam ajer.

Rayyan mengerling ke arah kereta. Mummy seorang jer ke? Bisik hati Rayyan. Baru sahaja Rayyan ingin bertanya tentang daddynya, terus sosok tubuh itu keluar dari perut kereta. Lagi-lagi Rayyan rasa semangat hilang.

"Hidup lagi kamu rupanya Ayyan. Ingatkan daddy dah kena cari kain kafan dah hari ni!" Tegas kedengaran suara Tan Sri Qhairil.

"Apa daddy ni? Datang rumah orang tak berjemput lepastu ada ke patut cakap Ayyan macam tu!" Geram Rayyan dengan mulut daddynya yang terkadang lebih tajam daripada mulut mummynya.

"Hah yelah! Beratus kali daddy call, satu pun kamu tak jawab. Mesej daripada Sarah pun kamu tak balas. Kamu tahu tak hari ni kamu sepatutnya hadir meeting penting?!" Tan Sri Qhairil memandang Rayyan tajam. Geram sungguh dia dengan anaknya yang seorang ini. Guna telefon punya la mahal tetapi tidak ada fungsinya.

"Ha'ah la! Ahh macam mana Ayyan boleh lupa?" Rayyan menepuk-nepuk dahi sendiri. Dia betul-betul lupa tentang meeting itu.

"Habistu macam mana daddy?" Tanya Rayyan semula.

"Macam tu la! Nasib baik la si Sarah tu boleh di harap. Dia yang uruskan semuanya." Tan Sri Qhairil menggeleng kepala. Rayyan pula melepaskan nafas lega.

"Hishh dah la cakap pasal pejabat. Bosan saya!" Tegur Puan Rodziah. Pergi sini hal pejabat, pergi situ hal pejabat.

"Ni Ayyan, kamu buat apa kat luar? Erin mana? Kenapa mummy call dia tak dapat? Dia tak sihat ke? Risau mummy sebab call dia tak dapat. Kamu pun sama. Itu yang kami datang tu." Bertalu Puan Rodziah mengajukan soalan.

"Mummy daddy jemput masuk. Tak panas ke kat luar ni?" Rayyan tersengih.

"Haah la. Baru terasa panasnya. Haish!" Cepat-cepat Puan Rodziah berjalan melangkah masuk ke dalam rumah diikuti oleh Tan Sri Qhairil.

Rayyan yang masih berdiri di luar memandang belakang tubuh mummy dan daddynya dengan cebikan. Boleh tak kalau dia lari? Sungguh dia malas mahu bersoal jawab dengan mummynya itu.

Jangan lupa untuk tunggu dua chapter lagi untuk hari ni >.<

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience