BAB 40

Romance Completed 119020

Rayyan melangkah masuk ke dalam bilik Erin. Dia melihat Erin elok duduk berlunjur kaki atas katil sambil matanya melekat pada skrin telefon di tangan. Dia tertanya-tanya dengan siapa Erin tengah chatting sehingga tersenyum begitu.

"Sayang..." Meleret suara Rayyan memanggil Erin. Sekilas Erin mengerling Rayyan sebelum kembali memandang telefon.

"Awak tengah buat apa tu?" Tanya Rayyan apabila Erin tidak mengendahkannya.

"Tengah tanam pokok bunga. Tak nampak ke?" Jawab Erin. Rayyan mencebik mendengar sindiran itu.

"Tanam bunga dengan si 'abang' tu ke?" Tanya Rayyan lagi. Entah kenapa Erin seperti terhidu bau-bau cemburu dari pertanyaan yang diajukan Rayyan itu.

"Kalau betul pun kenapa? Bukan masalah awak pun." Jawab Erin.

"Siapa kata bukan masalah saya? Masalah saya la tu bila ada isteri tapi sibuk chatting dengan lelaki lain." Erin tersenyum sinis.

"Oh really? Macam mana pula kalau ada suami tetapi suami sibuk keluar dengan perempuan lain? Adakah itu jadi masalah kepada isteri itu? Sindir Erin. Rayyan tersentak mendengar sindiran itu.

"Erin saya..." Rayyan memandang wajah Erin. Erin turut memandang Rayyan menanti bicara lelaki itu.

"Saya apa?" Tanya Erin. Keningnya diangkat tinggi menanti jawapan Rayyan tetapi Rayyan pula menggeleng kepala.

"Baik awak diam kalau awak tak tahu apa-apa." Kata Erin memulangkan ayat Rayyan pagi tadi.

Rayyan mengeluh. Dia terus memanjat naik ke atas katil. Tubuhnya di sandarkan pada kepala katil. Rayyan mencur-curi pandang ke skrin telefon Erin. Lega apabila melihat Erin sebenarnya sedang berchatting dengan Alicia.

"Boleh saya tanya sesuatu?" Kata Rayyan.

"Teruskan." Jawab Erin tanpa memandang Rayyan.

"Pandang saya please..." Pujuk Rayyan lembut.

"Cakap apa yang awak nak cakap." Erin malas melayan kerenah Rayyan. Dia tiada mood. Rayyan yang geram pantas merampas telefon Erin lalu di sorokkan ke bawah bantal yang di tindihnya.

"Rayyan Qhai Tan Sri Qhairil!" Erin bengang dengan tindakan Rayyan yang tiba-tiba itu. Dia sedikit terkejut.

"Rayyan Qhai Tan Sri Qhairil!" Rayyan kembali mengajuk kata-kata Erin. Suka sangat panggil nama penuhnya kalau marah. Erin mendengus marah.

"Pandang saya bila saya bercakap. Awak tahu kan saya tak suka apabila saya bercakap tapi awak sibuk dengan benda lain?" Kata Rayyan tegas.

"Cakap jer la apa yang awak nak cakap. Tak ada bezanya saya pandang awak atau tak. Soalan awak tu tak akan berubah kalau awak tak ubah!" Rayyan mengecilkan matanya. Melawan!

"Awak cintakan saya?" Tanya Rayyan terus terang. Erin pula terdiam mendengar soalan itu. Kelu lidahnya. Dia memandang tepat ke dalam anak mata Rayyan.

"Saya tanya awak, awak cintakan saya?" Sekali lagi Rayyan mengulang soalannya.

Erin mengalihkan pandangan ke arah lain. Dalam diam Erin menarik nafas dalam lalu di hembus perlahan. Erin kembali memandang Rayyan.

"Tak." Jawab Erin sepatah.

"Awak pasti?" Tanya Rayyan lagi. Dia kecewa mendengar jawapan daripada Erin itu.

"Saya pasti. Awak lupa awak pernah bagi amaran pada saya waktu mula-mula kita kahwin dulu supaya jangan jatuh cinta pada awak? Jadi jawapan saya adalah tidak. Saya tak cintakan awak." Jawab Erin tenang. Cukup tenang suaranya.

Sakit? Sedih? Tiada kata-kata untuk menggambarkan perasaannya ketika itu. Terpaksa menipu perasaan sebenar. Erin sedar sesuatu. Dia tidak sepatutnya jatuh cinta pada Rayyan seperti yang pernah Rayyan katakan dulu. Dia hanya akan sakit sendiri.

"Kalau awak tak cintakan saya, kenapa awak sanggup serahkan semuanya kepada saya?" Rayyan tidak puas hati dengan jawapan Erin. Bukan itu yang dia mahu dengarkan.

"Sama seperti yang awak lakukan pada saya. Semuanya sebab tanggungjawab. Saya tak nak ada dosa selama saya jadi isteri awak. Saya mungkin tidak dapat menebusnya tidak kira waktu itu kita masih suami isteri atau hanya sekadar seorang yang pernah saling mengenali." Jawab Erin penuh maksud.

"Erin..." Rayyan menggigit bibir.

"Dah la awak. Saya dah tunaikan permintaan awak supaya jangan jatuh cinta pada awak jadi awak tak perlu tanya saya jika saya cintakan awak atau tidak." Kata Erin. Dia mengalah.

"Saya faham." Balas Rayyan. Hatinya terluka. Terasa perit. Erin memandang wajah kosong Rayyan.

"Alang-alang dah bercakap tentang kita, apa kata kalau bincangkan tentang hala tuju hubungan kita? Apa yang patut kita lakukan sekarang?" Kata Erin.

"Maaf. Saya tak nak bincangkan tentang tu sekarang." Balas Rayyan.

Rayyan menyerahkan kembali telefon Erin. Dia terus berbaring membelakangi Erin. Erin hanya mampu menggeleng. Sungguh dia kecewa ketika itu. Nafas dalam di tarik lalu di tahan buat beberapa saat menahan rasa di hati.

*
* *
* *

Keesokan paginya, setelah bersarapan, Erin dan Rayyan bergerak ke rumah Puan Rodziah pula. Mereka tidak bermalam. Hanya singgah sekejap sebelum bergerak pulang ke rumah mereka. Sepanjang perjalan ke rumah Puan Rodziah, Erin lebih selesa melayan perasaan sendiri.

Sampai sahaja di rumah Puan Rodziah, terlihat wanita itu sudah menantikan kehadiran mereka. Erin pasti mesti Rayyan yang memaklumkan kehadiran mereka ke rumah itu kerana dia tidak beritahu apa-apa kepada Puan Rodziah. Dia hanya mengikut sahaja apabila Rayyan mengajaknya ketika subuh tadi.

"Sampai pun menantu mummy. Rindunya pada Erin." Kata Puan Rodziah. Cepat-cepat dia berjalan mendapatkan Erin yang baru keluar dari perut kereta.

"Assalamualaikum mummy." Ucap Erin.

"Waalaikumsalam sayang. Erin sihat?" Tanya Puan Rodziah lembut. Wajah Erin di tatap.

"Alhamdulillah Erin sihat mummy. Rindu dekat mummy sangat." Jawab Erin. Puan Rodziah tersenyum manis.

"Tapi kenapa nampak macam tak bersemangat je ni? Ayyan buli Erin ke?" Erin pantas menggeleng.

"Tak ada la mummy. Penat sikit jer." Jawab Erin.

"Yelah. Jom la masuk." Ajak Puan Rodziah. Erin hanya mengangguk lalu mengikut langkah Puan Rodziah masuk ke dalam rumah.

Rayyan yang masih dalam kereta, hanya memandang langkah Erin dan mummynya kosong. Rayyan memejamkan matanya. Hanya dadanya yang naik turun sahaja menunjukkan dia masih bernyawa walaupun tuan badan rasa nyawanya sudah hilang pergi.

"Erin, kalau saya cakap saya cintakan awak, boleh tak awak cintakan saya balik?" Bisik Rayyan kepada diri sendiri. Rayyan mengeluh berat.

Bunyi ketukan pada cermin kereta mengejutkan Rayyan. Rayyan pantas menoleh ke cermin. Terlihat Raiq sedang berdiri di tepi kereta sambil tersengih. Itu lagi satu masalah. Rayyan mendengus sebelum membuka pintu kereta untuk keluar.

"Tak nak masuk dalam rumah ke?" Tanya Raiq.

"Buat apa? Tak ada orang jemput pun." Jawab Rayyan. Semakin lebar senyuman Raiq.

"Cemburu la tu sebab mummy dah lebihkan menantu dari Ayyan sekarang." Ejek Raiq. Rayyan pantas mencebik.

"It's okay Ayyan. Abang selalu ada di sisi Ayyan. Come." Raiq menghulurkan tangan kepada Rayyan tetapi Rayyan pantas menepis kasar tangan itu. Raiq terus ketawa.

"Ayyan jangan lupa janji Ayyan. Cakap dekat mummy nanti." Jerit Raiq apabila melihat Rayyan sudah berjalan ke arah muka pintu. Rayyan hanya buat pekak sahaja.

Sebaik masuk dalam rumah, Rayyan mengerutkan dahi melihat hanya Puan Rodziah sahaja ada di ruang tamu sambil menukar bunga di dalam pasu kecil yang di letak atas meja kopi. Melilau matanya mencari Erin tetapi tiada.

"Cari apa Ayyan?" Tegur Puan Rodziah apabila melihat anaknya itu seperti mencari sesuatu.

"Erin mana mummy?" Tanya Rayyan semula.

"Mummy suruh naik berehat dekat bilik. Erin cakap Erin penat." Jawab Puan Rodziah. Rayyan mengerutkan dahi. Apa yang buat isterinya itu penat?

"Ayyan duduk sini kejap. Ada sesuatu mummy nak cakap dengan Ayyan." Kata Puan Rodziah. Matanya melirik ke arah sofa berdepan dengannya. Rayyan menurut. Dia terus melangkah ke arah sofa itu.

"Ayyan gaduh dengan Erin ke?" Lembut Puan Rodziah bertanya. Tidak mahu terlalu masuk campur dalam urusan rumah tangga anak menantunya.

"Mana ada." Jawab Rayyan.

"Mummy tengok seperti ada sesuatu yang terbeban di fikiran Erin. Sebab tu mummy tanya kalau Ayyan ada gaduh dengan Erin." Kata Puan Rodziah. Rayyan terus diam.

"Mummy bukan nak masuk campur urusan rumah tangga Ayyan, tapi sebagai ibu, mummy nak pesan satu jer. Kalau ada masalah, ajak Erin berbincang baik-baik. Jangan diam sahaja. Kesian dekat pasangan kita." Nasihat Puan Rodziah.

"Kami ok je mummy. Tak ada gaduh pun." Balas Rayyan.

"Kalau Ayyan dah cakap macam tu, tak apa la." Puan Rodziah meneruskan kerjanya menukar bunga di dalam pasu kecil itu.

"Daddy mana mummy. Tak nampak pun?" Tanya Rayyan.

"Daddy keluar dengan kawannya tadi. Tengah hari nanti balik la tu." Jawab Puan Rodziah. Rayyan mengangguk perlahan. Suasana kembali sepi.

"Mummy..." Panggil Rayyan perlahan.

"Kenapa?" Tanya Puan Rodziah. Wajah anak lelakinya itu di pandang.

"Boleh kita bincangkan sesuatu, tentang abang." Kata Rayyan. Puan Rodziah terus mengeluh.

"Kalau tentang abang nak balik LA, tak ada apa yang nak di bincangkan. Mummy tak benarkan." Kata Puan Rodziah. Rayyan menggeleng.

"Tapi mummy, mummy tak kesian ke dekat abang? Lagi pun abang nak balik sana sekejap sahaja. Lepas tu abang akan balik sini semula."

"Macam mana Ayyan tahu abang akan balik sini semula? Macam mana kalau abang hilang lagi seperti sebelum ini?"

"Ayyan percayakan abang. Biarlah abang balik ke LA dulu. Biarkan abang selesaikan masalahnya di sana."

Puan Rodziah diam. Dia cuma risau dan takut. Takut kalau anak lelaki sulungnya itu kembali menghilang seperti sebelum ini. Dia tidak mahu semua itu terjadi lagi.

"Mummy cuma takut nak lepaskan abang pergi ke sana. Takut kalau kita tak akan dapat jumpa abang lagi." Perlahan Puan Rodziah bersuara.

"Mummy janganlah fikir bukan-bukan. Kita doa jer pada Allah supaya abang akan balik kepada kita semula apabila selesai urusannya dekat sana. Dan Ayyan janji, kalau abang masih juga tak pulang, Ayyan sendiri akan ke sana cari abang dan bawa abang pulang." Kata Rayyan bersungguh. Cuba memujuk mummynya.

"Lagipun sampai bila abang nak tinggal dekat sini tanpa putuskan ikatan dia dekat sana. Sampai bila abang nak tanggung dosa perempuan itu? Ayyan cuma kesiankan abang. Sebab tu Ayyan minta mummy benarkan abang ke sana. Ayyan percaya abang pun mesti terseksa sekarang." Kata Rayyan lagi. Sekali lagi Puan Rodziah terdiam memikirkan kata-kata Rayyan.

Tak ada salahnya apa yang Rayyan katakan. Sampai bila Raiq mahu tetap disini tanpa menguruskan urusannya di sana. Dia sebagai ibu tidak patut pentingkan diri sendiri. Dia patut percayakan anaknya. Dia juga tidak mahu hanya kerana rasa takutnya, anaknya terus terseksa dan menanggung dosa.

"Boleh mummy?" Tanya Rayyan apabila melihat kebisuan mummynya. Perlahan Puan Rodziah mengangguk.

"Terima kasih mummy. Nanti Ayyan bagitahu abang. Ayyan berani janji yang kali ni abang tak akan tinggalkan kita semua lagi." Kata Rayyan lega. Senyuman terus merekah di bibirnya. Sekali lagi Puan Rodziah mengangguk.

"Ayyan nak naik atas tengok Erin. Nanti Ayyan turun balik." Kata Rayyan lagi.

Rayyan terus bangkit dan beredar dari situ menuju ke atas. Selesai satu masalah. Satu lagi, masalahnya sendiri. Kalau boleh, Rayyan tidak mahu mummynya tahu tentang permasalahan dia dan Erin. Dia akan uruskan sendiri nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience