BAB 47

Romance Completed 119020

Tidur Rayyan terganggu apabila bunyi deringan daripada telefonnya. Rayyan merengus tidak puas. Itulah sebab kenapa dia lebih suka silentkan telefonnya.

Sekali hari telefon Rayyan memekak minta di angkat. Rayyan menggaru kepala kasar. Mahu tidak mahu, dia terpaksa bangun. Rayyan bersandar pada kepala katil lalu mengambil telefonnya di atas meja lampu sisi katil.

"Mama? Kenapa mama call waktu-waktu macam ni?" Kata Rayyan perlahan apabila melihat panggilan itu dari Puan Elisya. Cepat sahaja Rayyan membuka lampu meja di sebelahnya.

"Assalamualaikum Rayyan!" Ucap Puan Elisya di hujung sana sebaik sahaja Rayyan menjawab panggilannya. Rayyan mengerutkan dahi mendengar suara Puan Elisya seperti cemas.

"Waalaikumsalam mama. Kenapa ni?" Tanya Rayyan risau. Sempat Rayyan mengerling Erin yang tidur. Tangan Rayyan terus mengusap lembut kepala Erin.

"Maaf mama ganggu Ayyan waktu-waktu macam ni. Mama call Erin tapi tak dapat. Nasib Ayyan jawab." Rayyan menegakkan tubuhnya. Suara itu terdengar sedih dan cemas.

"Mama kenapa ni? Apa yang berlaku?" Tanya Rayyan turut risau mendengar nada suara itu.

"Mama tak boleh cerita dekat sini. Boleh tak kalau Ayyan dan Erin balik rumah mama sekarang. Penting sangat." Pinta Puan Elisya penuh mengharap.

"Sekarang?" Rayyan sedikit terkejut. Cepat sahaja mata Rayyan melirik ke arah jam. Tiga pagi.

"Ye sekarang. Ni tentang Esya. Mama betul-betul perlukan Erin sekarang."

"Kalau macam tu, Ayyan dan Erin balik sekarang. Mama tenang dulu okay?"

"Terima kasih Ayyan. Mama tunggu."

Rayyan memandang skrin telefonnya yang gelap. Mama memutuskan panggilan begitu sahaja. Rayyan meletakkan kembali telefonnya di atas meja lampu sisi katil.

Cepat sahaja Rayyan melompat turun dari katil. Lampu bilik di buka. Bilik yang tadi suram kini bertukar terang benderang. Rayyan terus menuju ke almari pakaian untuk menggantikan pakaiannya saat itu.

"Sayang..." Rayyan menyentuh lembut bahu Erin untuk mengejutkan gadis itu sebaik sahaja selesai menukar pakaiannya.

"Sayang bangun..." Walaupun tidak sampai hati, Rayyan terpaksa juga untuk mengejutkan Eein yang sedang tidur.

"Awak jangan la ganggu saya. Saya betul-betul letih sekarang." Kata Erin apabila tidurnya terganggu.

"Ye abang tahu tapi sayang mesti bangun dulu. Kita balik rumah mama." Rayyan rasa cukup bersalah saat itu apabila melihat ketidakselesaan Erin di sebabkan tidurnya terganggu.

"Pukul berapa sekarang?" Tanya Erin sambil cuba membuka matanya walaupun begitu berat.

"Pukul 3.15 pagi." Jawab Rayyan.

"Hurmm? Kenapa awak tiba-tiba saja nak balik rumah mama waktu-waktu macam ni?" Tanya Erin pelik. Dia memandang Rayyan yang sudah bertukar baju.

"Tadi mama telefon abang minta kita balik sekarang. Kita balik ye?" Terus berubah wajah Erin saat mendengar kata-kata Rayyan.

"Kenapa? Sesuatu terjadi kepada mama ke?" Cemas Erin bertanya. Dia terus bangkit dari pembaringan.

"Abang tak tahu. Mama cuma minta kita balik sekarang." Rayyan menyentuh lembut dahi Erin. Terasa suam-suam. Tidak seperti ketika mereka mahu tidur tadi. Tubuh Erin tiba-tiba menjadi panas.

"Kita balik hurmm? Sayang ganti baju." Erin mengangguk sahaja. Di dalam hati dia berdoa agar tiada apa-apa yang berlaku pada mamanya.

Rayyan bergerak ke almari mencari pakaian yang sesuai untuk Erin. Setelah mendapatkannya, Rayyan kembali mendekati Erin di atas katil.

"Abang tolong tukarkan ok?"

"Saya tukar sendiri."

Erin pantas mengambil pakaiannya dari tangan Rayyan. Perlahan Erin turun dari katil menuju ke bilik air untuk menggantikan pakaiannya.

"Sayang tukar je la dalam bilik ni. Bukan salah pun. Lagipun abang dah tengok semuanya kan?" Sengaja Rayyan mengusik Erin. Tidak mahu gadis itu terlalu risaukan mamanya.

"Tak nak! Saya tak percayakan awak." Erin menjeling Rayyan yang sedang tersengih. Huh! Lihatlah sengihan itu. Langsung tidak dapat di percayai.

Sementara menunggu Erin menukar pakaian, Rayyan mengemaskan tempat tidur mereka. Setelah itu, Rayyan mengambil cardigan Erin dari dalam almari untuk Erin pakai. Maklum saja awal pagi begitu sangatlah sejuk.

"Dah siap! Kata Erin segar selepas membasuh muka. Rayyan memandang Erin dengan senyuman.

"Cantik isteri abang walaupun tak mandi." Puji Rayyan seraya mendekati Erin. Anak rambut Erin di selitkan ke belakang telinga.

"Awak tak yah mengada. Jom cepat. Saya betul-betul risaukan mama sekarang. Macam mana kalau apa-apa berlaku pada mama?"

"Ye ye tapi sebelum pakai ni dulu. Sejuk kat luar tu. Tak bagus untuk kesihatan sayang dan baby ni." Rayyan terus memakaikan cardigan itu untuk Erin.

"Terima kasih." Ucap Erin. Rayyan mengangguk sambil tersenyum manis.

"Awak nanti teman saya pergi buat checkup ye? Saya dah tak larat la asyik rasa pening macam ni." Kata Erin lemah. Ketika itu pun dia masih terasa hanyut.

"Okay sayang." Sahut Rayyan ceria. Erin sendiri yang mengajak, lagi memudahkan kerjanya.

"Jom." Rayyan memimpin tangan Erin lalu di tarik lembut supaya mengikut langkahnya.

Sampai sahaja di kereta, Rayyan membantu Erin untuk masuk ke dalam kereta. Dia juga turut membantu memakaikan tali pinggang keledar untuk Erin.

"Sayang are you okay?" Tanya Rayyan risau apabila melihat Erin kembali lemah.

"Pening sikit." Jawab Erin. Dia sendiri tidak pasti kenapa dia asyik berasa pening. Sebab dia mengandung ke?

"Sementara tunggu sampai rumah mama, sayang tidurlah dulu. Nanti sampai abang kejutkan." Kata Rayyan. Risau dia melihat keadaan Erin ketika itu.

"Ok." Jawab Erin.

Rayyan melabuhkan satu kucupan di dahi Erin. Erin pula memejamkan matanya rapat apabila merasakan bibir hangat Rayyan di dahinya. Erin berasa cukup tenang saat itu.

*
* *
* *

Rayyan menghembuskan nafas lega apabila selamat sampai di rumah mentuanya. Dia terpaksa memandu perlahan kerana dia juga mengantuk. Rayyan melihat jam. Sepuluh minit sebelum lima pagi. Rayyan menguap mengantuk.

"Sayang bangun. Kita dah sampai rumah mama ni." Rayyan menyentuh pipi Erin dengan tangannya yang sejuk. Cepat sahaja Erin terjaga dari tidurnya.

"Dah sampai?" Erin menegakkan tubuhnya. Pandangan terus di buang ke luar cermin kereta.

"Ye sayang." Jawab Rayyan lembut sambil melekapkan tapak tangannya pada dahi Erin untuk merasakan suhu tubuh gadis itu. Rayyan perasan suhu tubuh Erin berubah setiap masa.

"Sejuknya tangan awak." Tegur Erin apabila merasakan kesejukan tangan Rayyan di dahinya. Perlahan Erin memegang tangan Rayyan.

"Biasalah pagi-pagi macam ni." Balas Rayyan sambil tersenyum tipis.

Erin meraih tangan Rayyan sebelah lagi lalu di genggam dengan tangannya. Perlahan Erin tunduk meniup tangan Rayyan bagi memberi kehangatan. Bahagia Rayyan rasakan melihat Erin cuba memberi kehangatan kepadanya.

"Lebih baik sayang peluk abang. Lagi hangat." Kata Rayyan. Matanya memandang tepat ke dalam anak mata Erin.

"Boleh?" Tanya Rayyan.

Erin mengangguk. Tanpa membuang masa, Rayyan terus memeluk erat tubuh Erin. Dia senang dengan persetujuan Erin. Itu membuatkan Rayyan semakin yakin Erin betul-betul mencintainya cuma Erin tidak mahu meluahkannya.

"Awak..." Erin mula menolak tubuh Rayyan supaya meleraikan pelukan itu apabila terasa lama mereka berada dalam keadaan begitu.

"Maaf sayang." Kata Rayyan lalu meleraikan pelukan.

"Jom la kita masuk. Kesian mama dari tadi tunggu." Rayyan pantas mengangguk.

Mereka berdua terus keluar dari pintu kereta dan berjalan ke pintu utama rumah itu. Erin menarik nafas dalam. Entah kenapa dia dapat rasakan ada sesuatu yang buruk berlaku di dalam. Rayyan menggosok lembut belakang Erin menenangkan gadis itu.

Sebaik melangkah masuk, Erin dan Rayyan sama-sama mengerutkan dahi melihat Esya yang menangis teresak-esak sambil melutut di depan Tuan Zakri. Wajah Tuan Zakri kelihatan tegang manakala Puan Elisya yang duduk di sebelah Tuan Zakri kelihatan sedih.

"Assalamualaikum." Ucap Erin perlahan sambil mendekati tiga orang itu.

"Waalaikumsalam. Ya Allah Erin, sampai pun kamu!" Puan Rodziah pantas bangun lalu memeluk erat tubuh Erin. Di bahu Erin, teresak-esak dia menangis.

"Kenapa ni mama? Apa yang jadi sebenarnya? Papa? Kakak?" Erin memandang satu persatu wajah yang ada di situ.

"Esya..." Puan Elisya tidak mampu meneruskan kata-katanya. Erin masih menanti jawapan. Kenapa dengan kakaknya?

"Esya mengandung!"

Mata Erin dan Rayyan terus membulat cantik sebaik mendengar patah perkataan yang meluncur keluar dari bibir Tuan Zakri. Empat pasang mata itu memandang Esya yang sedang menangis dengan perasaan terkejut.

"Es...Esya mengandung?" Tanya Erin tidak percaya. Puan Elisya yang berada di dalam pelukan Erin mengangguk.

Erin memandang ke arah Rayyan. Rayyan terus menjungkit bahu tanda tidak tahu. Tidak tahu bagaimana Esya boleh mengandung.

"Kita duduk dulu mama." Kata Erin apabila terasa sedikit lemah. Puan Elisya mengangguk. Erin terus membantu Puan Elisya duduk di sofa manakala dia perlahan duduk di tepi Esya.

"Kak..." Erin menegur lembut Esya.

"Sumpah aku tak buat semua tu Rin! Aku di rogol." Kata Esya teresak-esak menangis.

"Kalau betul kamu di rogol, kenapa baru malam ni kamu nak cakap Esya? Kenapa malam ni?!" Herdik Tuan Zakri sehingga Erin sedikit terkejut mendengar suara papanya yang meninggi. Sebelum ini papanya tidak pernah meninggikan suara kepada mereka.

"Papa jangan la marah macam ni. Kita bincang baik-baik." Pujuk Erin. Tuan Zakri hanya mendengus marah.

"Kak cuba kau cita kat aku macam mana kau boleh mengandung." Pinta Erin. Melihat dari air mata Esya yang tidak berhenti mengalir itu membuatkan Erin percaya kakaknya tidak melakukan perkara terkutuk itu.

"Kalau aku cerita, kau akan percayakan aku Erin?" Tanya Esya. Dia sudah puas bercakap jujur tetapi Puan Elisya dan Tuan Zakri langsung tidak mempercayainya.

"Mestilah aku percayakan kau. Kau kakak aku. Aku kenal kau." Erin tersenyum tipis.

"Aku di rogol Rin. Aku di rogol. Aku mengaku malam tu aku mabuk dan aku tak ingat dengan siapa aku keluar minum. Aku juga tak ingat siapa yang rogol aku sebab aku mabuk teruk. Bila aku sedar saja aku dah ada dekat sebuah hotel." Terang Esya.

"Habistu kenapa kau tak bagitahu kami awal-awal kak?" Tanya Erin lagi.

"Hari tu aku ada cuba untuk bagitahu kau tapi aku takut untuk cerita. Aku tak tahu siapa yang rogol aku." Erin memicit dahinya yang terasa pening. Bila? Adakah waktu mereka berjumpa hari tu atau...

Tiba-tiba Erin teringatkan ketika dia masuk bilik Esya hari tu. Adakah ketika itu Esya sudah di rogol? Itukah kelainan yang dia perasan pada Esya? Itu ke apa yang Esya mahu memberitahunya ketika memanggilnya kembali ketika dia mahu beredar dari biliknya?

"Jadi sebab itulah kamu asyik duduk rumah dan berkurung dalam bilik?" Celah Puan Elisya. Esya pantas mengangguk.

"Aku hantar kau sekolah tinggi-tinggi tapi ni yang kau bagi pada kami! Anak seperti apa kau ni Esya?!" Tuan Zakri masih tidak dapat menerima kenyataan itu. Kalau orang luar tahu, mana dia mahu letak mukanya?

"Apa kata kalau kita buat report?" Cadang Erin.

"Kalau kau buat report pun apa yang kita dapat? Dah sebulan. Benih tu dah bercambah dah pun. Hari ni baru nak buat report?" Sinis Tuan Zakri berkata.

"Sekurang-kurangnya kita ada peluang untuk tahu siapa pelakunya. Pihak polis boleh minta rakaman CCTV hotel tu sebulan yang lalu. Dari situ kita mungkin akan tahu siapa pelakunya." Erin menggeleng. Kenapalah papanya susah untuk di bawa berbincang saat-saat seperti itu.

"Kita tenang dulu. Nanti kita fikir balik macam mana nak selesaikan perkara ni." Kata Rayyan yang dari tadi diam.

Melihat daripada Tuan Zakri yang masih marah, dia percaya apa pun yang mereka bincangkan tak akan bertemu penyelesaian. Akhirnya suasana sepi. Hanya Esya yang masih menangis sambil melutut.

Rayyan menarik Erin supaya naik duduk di atas sofa. Erin hanya menurut tanpa bantahan. Kepalanya di sandarkan pada bahu Rayyan. Rayyan mengusap lembut pipi Erin.

"Pening lagi?" Tanya Rayyan. Erin mengangguk.

"Sini baring. Abang picitkan." Rayyan menepuk-nepuk perlahan pehanya supaya Erin berbaring di ribanya. Sekali lagi Erin menurut. Puan Elisya yang melihat wajah pucat Erin mula tertanya-tanya.

"Kamu tak sihat Erin?" Tanya Puan Elisya.

"Pening sikit mama." Jawab Erin.

"Dah pergi hospital?" Erin menggeleng.

"Erin fikir esok baru nak pergi. Kak kau ikut aku ye? Kita buat checkup sama-sama." Erin memandang ke arah Esya.

"Kenapa pula kamu nak buat checkup dengan Esya?" Tanya Puan Elisya pelik. Erin hanya tersenyum tipis. Nantilah dia cerita.

"Kau ikut aku ye kak?" Kata Erin kepada Esya. Esya hanya mengangguk.

Erin kembali bangkit dari pembaringan. Dia turun dari sofa lalu menarik lembut tangan Esya supaya duduk di sofa. Rayyan memandang tingkah Erin. Bibirnya merekah dengan senyuman tipis. Hati Erin begitu lembut. Walaupun sudah macam-macam Esya perlakukan dirinya tetapi dia masih juga baik.

"Kau jangan risau kak. Aku dengam abang percaya yang kau tak buat semua tu. Jadi jangan sedih lagi sebab kami akan bantu kau untuk cari jalan penyelesaian." Erin memandang Rayyan sekilas. Rayyan terus mengangguk sambil tersenyum.

"Terima kasih sebab percayakan aku Erin. Aku betul-betul tak buat benda tu." Esya memeluk erat tubuh Erin. Erin hanya membalas pelukan itu berharap dia mampu memberi ketenangan kepada Rayyan.

GOOD MORNING >.<

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience