BAB 52

Romance Completed 119020

Erin dan Rayyan sama-sama melangkah turun dari atas ke bawah dan terus ke ruang tamu. Di ruang tamu dia melihat Puan Elisya dan Tuan Zakri sudah berada di ruang tamu. Memang dia yang meminta mereka berdua berada di ruang tamu. Ada perkara penting yang dia akan sampaikan.

"Apa yang penting sangat kamu nak cakap sampai minta kami berkumpul?" Tanya Tuan Zakri.

"Kita tunggu kejap ye papa? Ada seseorang mahu bertemu dengan papa dan mama." Lembut Erin membalas.

Puan Elisya dan Tuan Zakri memandang Erin dan Rayyan silih berganti tetapi pada akhirnya mereka berdua hanya memandang Rayyan yang menunduk. Erin pelik melihat mama papanya memandang Rayyan.

"Rayyan..." Lembut Puan Elisya memanggil. Rasa itulah saatnya.

"Ye mama?" Perlahan Rayyan menjawab sambil panggung kepala memandang Puan Elisya.

"Rayyan marahkan mama dan papa?" Tanya Puan Elisya.

"Kenapa pula Rayyan nak marahkan mama dan papa?" Rayyan mengjungkit kening.

"Papa dan mama minta maaf tentang apa yang kami cakap hari tu. Kami tak sepatutnya cakap macam tu pada kamu. Kami betul-betul minta maaf." Kata Tuan Zakri. Dia dapat melihat Rayyan mula kekok.

"Tak apa papa mama. Rayyan tak ambil hati. Lagipun itu memang salah Rayyan. Rayyan sepatutnya jujur sahaja tidak perlu sorokkan apa-apa. Pada akhirnya semua orang tetap tahu." Rayyan mengukir senyuman tipis.

"Mama dan papa betul-betul minta maaf. Kami juga nak berterima kasih pada Rayyan. Terima kasih sebab jaga anak mama dengan baik. Terima kasih kerana bahagiakan Erin dan terima kasih pada hadiah yang bakal kamu berdua berikan kepada kami." Ucap Puan Elisya pula.

Erin dan Rayyan berbalas pandangan. Senyuman terus terukir di bibir mereka. Rayyan memegang tangan Erin lalu mengelus lembut.

"Rayyan yang sepatutnya terima kasih pada mama papa dan Erin. Terima kasih kerana percayakan Rayyan. Terima kasih kerana beri peluang kepada Rayyan untuk memiliki Erin. Dan kepada sayang, terima kasih sebab sudi bertahan dengan abang. Terima kasih untuk segalanya." Rayyan menggenggam erat tangan Erin sambil matanya terus menatap Erin.

"Sama-sama." Balas Erin lalu mengucup lembut pipi Rayyan.

Puan Elisya dan Tuan Zakri yang melihat tersenyum bahagia. Mereka lega apabila melihat Erin bahagia bersama Rayyan. Apa yang ditunjukkan di depan mereka itu tidak sedikit terlihat seolah mereka berlakon seperti sebelum ini. Dari awal Puan Elisya dan Tuan Zakri tahu dua orang itu hanya berlakon tetapi mereka diam kerana ingin memberi peluang. Syukur peluang itu di gunakan sebaiknya oleh kedua-dua mereka.

"Ni siapa yang mahu jumpa papa? Kenapa dia nak jumpa papa?" Tuan Zakri sedikit pelik. Tiba-tiba sahaja anak menantunya mengatakan ada orang mahu bertemu dengannya.

"Haah. Mama pun nak tahu juga. Biasanya kalau ada orang nak jumpa papa ajak jumpa di luar. Ni tiba-tiba di rumah. Macam pelik ajer. Apatah lagi kamu berdua yang ajak orang tu ke rumah." Celah Puan Elisya turut berasa pelik.

"Kita tunggu dia sampai okay mama papa? Dia dah hampir sampai." Jawab Erin.

Sebenarnya Erin berasa cukup gelisah saat itu. Dia tidak tahu bagaimana reaksi Puan Elisya dan Tuan Zakri atas apa yang bakal dia sampaikan sekejap lagi. Erin memandang Rayyan. Rayyan hanya mengangguk supaya Erin bertenang. Dia pasti tak ada perkara luar jangkaan akan berlaku.

Hampir setengah jam berlalu, akhirnya orang yang ditunggu tiba. Debar di dada semakin terasa. Rayyan menepuk tangan Erin sebelum bangun berdiri untuk pergi menyambut tetamu mereka.

"Hey Bro! Jauh benar kau pusing ye? Kebas punggung aku duduk atas sofa tu tunggu kau!" Kata Rayyan bergurau. Tidak mahu membuatkan tetamunya itu berasa kekok.

"Sorry. Jalan jem sikit." Jawab Khaleed tidak terusik dengan sindiran Rayyan.

"Dah ready?" Tanya Rayyan. Perlahan Khaleed mengangguk.

"Berani buat berani tanggung. Jemput la masuk." Sempat Rayyan berkata sebelum menjemput Khaleed masuk.

"Abang..." Sapa Erin sebaik sahaja melihat Khaleed dan Rayyan.

Puan Elisya dan Tuan Zakri sama-sama mengerutkan dahi. Abang? Yang mana satu? Rayyan atau lelaki yang bersama Rayyan itu?

"Siapa ni Erin?" Tanya Puan Elisya.

"Ermm mama papa, kenalkan. Khaleed. Senior Erin waktu di universiti dulu." Jawab Erin memperkenalkan Khaleed kepada Puan Elisya dan Tuan Zakri.

"Abang kenalkan, ini mama dan papa Erin." Kata Erin kepada Khaleed pula. Khaleed terus bergerak menyalami tangan Tuan Zakri.

"Jemput la duduk." Kata Tuan Zakri lembut.

"Terima kasih." Ucap Khaleed.

Puan Elisya dan Tuan Zakri tersenyum melihat kesopanan Khaleed. Mereka semua terus kembali melabuhkan duduk. Erin memandang wajah Khaleed. Dia berharap Khaleed bersedia menerima apa sahaja yang bakal Puan Elisya dan Tuan Zakri katakan.

"Jadi inilah yang nak jumpa papa tu?" Tanya Tuan Zakri apabila tiada sesiapa yang bersuara.

"Ye papa. Sebenarnya ada perkara penting yang kami ingin sampaikan kepada papa dan mama. Erin harap papa dan mama mampu menerimanya dengan tenang." Kata Erin memulakan bicara.

"Apa yang penting tu? Macam serius sahaja." Celah Puan Elisya. Entah kenapa dia merasakan hal itu betul-betul mustahak.

"Mama sebenarnya..."

Rayyan menyentuh lembut lengan Erin. Erin terus memandang Rayyan. Rayyan hanya menggunakan isyarat mata dengan gelengan kecil supaya Erin tidak meneruskan kata-katanya. Dia mahu Khaleed sendiri yang berterus terang. Itu lebih baik. Setelah itu, Rayyan memandang Khaleed. Kepalanya di angguk memberi isyarat dia boleh meneruskan kata-katanya.

"Sebenarnya ini tentang Esya." Perlahan Khaleed berkata tetapi cukup di dengari oleh semua.

Sebaik mendengarkan itu, terus berubah wajah Puan Elisya dan Tuan Zakri. Pemuda itu mahu bertemu dengan Tuan Zakri tetapi tentang Esya. Tentang apa? Tentang Esya mengandung? Kalau ye, bagaimana pula pemuda itu tahu? Bermacam soalan bermain di benak fikiran Tuan Zakri dan Puan Elisya.

Khaleed meramas tangannya yang mula sejuk. Melihat tajamnya mata Tuan Zakri menikam dirinya membuatkan Khaleed teragak-agak untuk meneruskan kata. Tetapi dia tetap harus melakukannya. Dia mesti tebus kesalahannya. Dipandang wajah Erin dan Rayyan silih berganti. Rayyan dan Erin sama-sama mengangguk.

"Se... sebenarnya saya ya...yang telah rosakkan Esya..." Kata Khaleed tergagap-gagap.

Bagaikan di sambar petir. Puan Elisya dan Tuan Zakri sama-sama kejung. Bulat mata mereka memandang Khaleed. Tidak ada suara yang keluar. Hanya dada mereka yang berombak kencang itu sahaja menunjukkan mereka masih bernafas.

"Auntie Uncle tolong maafkan saya. Saya janji saya akan bertanggungjawab atas apa yang saya lakukan." Perlahan Khaleed turun dari sofa dan duduk melutut di depan Puan Elisya dan Tuan Zakri.

Erin menggenggam tangan Rayyan. Rayyan menepuk-nepuk lembut tangan Erin supaya dia bertenang. Rayyan memandang mentuanya yang terdiam. Wajah mereka tidak menunjukkan sebarang reaksi. Kosong. Sedih pun tidak, kecewa pun tidak jauh sekali marah. Rayyan tidak dapat membaca apa yang ada di dalam fikiran mentuanya.

-FLASHBACK-

Rayyan menghirup kopi yang berada di dalam cawan depannya. Mata melilau mencari kelibat seseorang yang masih belum tiba. Sesekali dia melirik ke arah jam di pergelangan tangannya.

"Assalamualaikum. Maaf lambat!" Rayyan sedikit tersentak dengan sapaan itu. Cepat sahaja dia panggung kepala memandang ke arah wajah yang berada di depannya.

"Waalaikumsalam. It's okay. Duduklah." Rayyan terus menjemput lelaki itu duduk.

"Aku tak nak cakap banyak, kita teruskan pada sebab sebenar aku ajak kau jumpa." Serius wajah Rayyan memandang Khaleed apabila lelaki itu sudah duduk di depannya.

"Tentang apa bang?" Tanya Khaleed. Sebenarnya dia sedikit pelik apabila Rayyan tiba-tiba sahaja menghubunginya dan mengajak bertemu.

"Tentang Esya. Tak perlu aku jelaskan siapa dia sebab aku pasti kau kenal Esya." Jawab Rayyan.

"Kenapa dengan Esya?"

Khaleed semakin pelik. Apa kena mengena Esya dengan pertemuan mereka?

"Aku nak kau kahwin dengan Esya dalam masa terdekat ini. Kau mesti bertanggungjawab atas apa yang telah kau buat!" Tegas Rayyan berkata. Nada suaranya tidak kedengaran seperti berbincang melainkan seperti satu arahan.

"Apa maksud abang? Kenapa saya mesti kahwin dengan Esya? Tanggungjawab apa yang abang cuba sampaikan?" Bertalu Khaleed bertanya dengan wajah bingung.

"Kalau aku cakap kau pasti tak percaya jadi kau lihat dan fikirkanlah."

Serentak dengan itu. Rayyan mengeluarkan telefonnya. Seketika suasana sunyi. Setelah jumpa apa yang di cari, Rayyan terus meletakkan telefonnya di depan Khaleed.

"Kau tengok dah fikirlah sendiri." Kata Rayyan dingin. Dia kembali duduk memeluk tubuh. Matanya tajam memandang Khaleed.

Khaleed yang masih bingung hanya mengambil telefon Rayyan lalu melihat video yang di tunjukkan oleh Rayyan itu. Beberapa kali dia memutar video itu. Tangan Khaleed mula berpeluh. Wajahnya berubah pucat.

"Jadi kau faham kan kenapa aku suruh kau kahwin dengan Esya dalam masa terdekat ini?" Soal Rayyan apabila melihat Khaleed kembali meletakkan telefonnya ke atas meja.

Khaleed meraup wajahnya. Sesekali rambutnya yang jatuh ke dahi diraup ke belakang. Apa yang telah dia buat? Kenapa dia langsung tidak mengingati tentang itu? Khaleed duduk menengkup wajahnya.

Saat itu satu persatu memori sebulan yang lalu menerjah masuk ke kotak ingatan Khaleed. Dia kembali ingat di mana dia ke klub malam semata-mata ingin menghilangkan rasa sedihnya setelah mengetahui Erin menjadi milik orang lain. Di saat dia mabuk, dia terlihat seorang gadis yang mirip dengan Erin.

Gadis itu juga berada dalam keadaan mabuk. Di sebabkan rasa sedih, kecewa bercampur menjadi sebati, dia telah membawa gadis itu ke hotel. Dia langsung tidak sedar apa yang telah dia lakukan kerana air yang di minumnya telah mengawal dirinya. Kenapa dia tidak sedar gadis itu adalah Esya? Waktu dia meninggalkan bilik hotel juga dia tidak melihat wajah gadis itu, dia hanya keluar meninggalkan gadis itu yang masih tidur.

"Kau ingat sekarang?" Sekali lagi suara Rayyan menerjah masuk ke pendengaran Khaleed. Khaleed memandang Rayyan dengan rasa tidak dapat dia gambarkan.

"Abang..." Khaleed menggempal tangan erat. Dia marah kepada diri sendiri. Hanya mengikut rasa sedih akhirnya dia telah merosakkan anak orang.

"Aku tak nak dengar penjelasan dari kau. Yang aku tahu kau akan bertanggungjawab ke atas Esya! Kau tahu Esya sudah separuh gila di rumah?!" Kedengaran kasar tetapi Rayyan tidak kisah. Dia benci melihat keadaan Erin yang murung di dalam bilik tanpa secalit senyuman di bibir.

"Sa...saya akan bertanggungjawab!" Kata Khaleed senafas. Ye! Dia tidak boleh lari. Itu salahnya yang mesti dia tanggung.

"Bagus! Kalau macam tu kau terus saja ke rumah keluarga Esya hujung minggu nanti. Kau mesti mengaku sendiri." Rayyan mengukir senyuman tipis. Dia mengambil semula telefonnya.

"Tapi bang..." Khaleed mula ragu-ragu.

"It's okay. Aku dan Erin akan ada di sana sekali." Kata Rayyan seolah memahami apa yang ada di fikiran Khaleed.

"Okay!" Setuju Khaleed walaupun dia berasa was-was.

"Aku nak cakap itu sahaja. Aku pergi dulu. Assalamualaikum." Rayyan pantas bangkit berdiri.

"Waalaikumsalam." Perlahan Khaleed menjawab salam Rayyan.

Rayyan menepuk lembut bahu Khaleed sebelum berlalu pergi. Khaleed memandang kosong meja di depannya. Bolehkah dia melakukan itu? Memang dia akan bertanggungjawab tetapi untuk berdepan dengan kedua orang tua Esya seperti dia menyerah dirinya kepada hujung mata pedang.

-END FLASHBACK-

*
* *
* *

"Kau tak guna!" Suara jeritan itu menghancurkan lamunan Rayyan.

Belum apa-apa, satu tamparan hinggap di pipi Khaleed. Bukan daripada Tuan Zakri bukan juga daripada Puan Elisya tetapi tamparan itu daripada Esya. Semua yang berada di ruang tamu terkejut dengan kemunculan Esya tiba-tiba di ruang tamu.

"Kau jantan tak guna! Kau rogol aku lepas tu kau senang-senang datang sini mengaku! Kau betul-betul jantan tak guna Khaleed!" Sekali lagi Esya mengangkat tinggi untuk menampar Khaleed tetapi Erin pantas berdiri.

"Kak!" Erin memegang tangan Esya.

Khaleed hanya diam. Dia tidak marah. Sememangnya dia layak menerima tamparan itu. Khaleed memandang wajah Esya. Wajah itu kelihatan cengkung. Khaleed berasa bersalah.

"Esya saya..."

Khaleed menarik nafas dalam. Dia kembali memandang Puan Elisya dan Tuan Zakri. Tajamnya pandangan Tuan Zakri ke atas dirinya tidak Khaleed hiraukan. Apa sahaja akan berlaku dia akan terima.

"Uncle Auntie! Saya betul-betul minta maaf. Saya janji saya bertanggungjawab atas Esya." Khaleed memandang wajah Tuan Zakri dan Puan Elisya silih berganti.

"Tak! Aku tak nak bersuamikan binatang macam kau!" Jerit Esya.

"Lepaskan aku Erin! Aku akan ajar jantan tak guna ni cukup-cukup. Apa dia fikir aku binatang?" Esya mula meronta-ronta minta Erin lepaskan pegangan pada lengannya.

"Kak kita duduk dulu. Kita bincang baik-baik." Pujuk Erin.

"Esya cakaplah awak nak cakap apa pun. Pukul la saya kalau itu boleh puaskan hati awak. Tapi saya tetap dengan keputusan saya. Saya akan bertanggungjawab atas apa yang saya buat. Saya akan bertanggungjawab atas anak tu." Kata Khaleed. Sayu matanya memandang Esya.

"Kau tak perlu bertanggungjawab. Aku akan gugurkan kandungan ni dan kau akan merengkok dalam penjara! Aku akan buat report polis atas apa yang kau buat." Balas Esya sambil meronta minta Erin lepaskan.

"No! Saya tak akan benarkan awak buat semua tu! Anak tu tak bersalah. Yang bersalah adalah saya! Saya akan bertanggungjawab untuk tebus kesalahan tu." Tegas Khaleed berkata. Dia rela kalau Esya membunuhnya jika itu mampu membuat Esya puas dan anak itu selamat.

"Aku tak nak! Aku tak nak bersuamikan lelaki macam kau dan aku tak nak anak ni ada bapa tak guna macam kau!"

Tuan Zakri memicit kepala. Jeritan Esya yang memenuhi ruang rumah itu membuatkannya sakit kepala. Puan Elisya hanya terdiam. Tidak tahu apa yang patut dia katakan.

"Lepaskan aku Erin!" Sekali lagi Esya cuba merentap tangannya.

"Duduk Esya Auliya! Kau Khaleed pergi duduk sana!"

Seketika ruang tamu itu sunyi. Bahu Puan Elisya terhinjut akibat terkejut dengan jerkahan daripada Tuan Zakri. Mulut Esya terkunci rapat. Rayyan memandang Erin.

"Kak kita duduk dulu." Perlahan Erin menarik Esya supaya duduk. Tangan Erin pula menggeletar. Dia takut mendengar suara kuat papanya itu.

Rayyan menepuk bahu Khaleed. Dengan isyarat mata, dia menyuruh Khaleed kembali ke tempat duduknya. Perlahan Khaleed bangkit lalu duduk di sofa tadi. Kepalanya di tunduk memandang lantai.

"Papa dah buat keputusan. Kamu Esya mesti kahwin dengan Khaleed hujung bulan nanti." Tegas Tuan Zakri berkata. Kali ini semua mata menumpu perhatian kepada Tuan Zakri pula.

"No papa! Esya tak nak kahwin dengan jantan tak guna ni!" Bantah Esya.

"Kalau kamu tak nak kahwin dengan Khaleed kamu nak kahwin dengan siapa? Kamu ingat ada lelaki yang sanggup jadi kambing hitam?" Soal Tuan Zakri. Esya terdiam.

"Kak dengarkan apa yang papa cakap. Walaupun macam mana pun kau mesti kahwin dengan abang Kha. Kau sendiri cakap kau tak nak anak ni lahir tanpa ayahkan? Jadi hanya ini pilihan yang kau ada." Pujuk Erin.

"Aku lebih sanggup lahirkan anak ni tanpa ayah. Aku tak nak bersuamikan lelaki durjana seperti Khaleed. Dia rogol aku sehingga aku mengandung. Lepastu dia datang sini untuk bertanggungjawab. Aku rasa terhina sangat. Aku rasa maruah aku di pijak-pijak oleh Khaleed."

"Lebih hina kalau kau lahirkan anak tu tanpa seorang ayah Esya. Apa orang luar akan cakap nanti? Kalau kau kahwin dengan Khaleed, sekurang-kurangnya kau mampu untuk tutup kebusukan kau tu!" Sinis Tuan Zakri berkata.

"Abang tak baik cakap macam tu!" Kali ini barulah Puan Elisya bersuara. Tegas dia menegur Tuan Zakri.

"Keputusan muktamad. Setuju tak setuju, Khaleed mesti berkahwin dengan Esya! Anak itu anak Khaleed jadi Khaleed mesti bertanggungjawab!"

Semuanya terdiam. Tetapi Rayyan dan Erin lega apabila Tuan Zakri membuat keputusan seperti itu dan menerima keputusan Khaleed dengan baik. Itu lebih baik.

"Erin aku tak nak kahwin dengan dia..." Esya mula menangis di bahu Erin.

"Kak percayalah abang Kha akan jadi suami terbaik untuk kau dan anak tu. Aku percaya abang Kha tak akan ulang lagi apa yang berlaku sekarang di masa depan. Kau boleh lihat abang Kha sanggup datang bertemu dengan papa dan mama untuk tebus kesalahan dia buat. Kalau lelaki lain, aku tak rasa mereka sanggup lakukan seperti mana abang Kha lakukan sekarang." Erin mengusap lembut lengan Esya cuba memancing emosi kakaknya.

Esya diam. Dia menyembamkan mukanya di bahu Erin. Hanya esakkan sahaja kedengaran. Erin membiarkan Esya menangis sehingga kakaknya itu tenang.

"Esya..." Panggil Khaleed lembut apabila melihat keadaan Esya sedikit tenang. Esya terus memandang Khaleed.

"Kahwin dengan saya? Saya akan tebus kesalahan tu. Saya akan bertanggungjawab atas awak dan anak tu." Lembut Khaleed berkata.

Semua memandang Esya. Menanti jawapan daripada gadis itu. Erin mengusap-ngusap lembut belakang Esya.

"Kak..." Tegur Erin perlahan.

Akhirnya Esya mengangguk. Senyuman terus terukir di bibir Khaleed melihat anggukan itu. Erin dan Rayyan sama-sama menghembuskan nafas lega. Erin terus menarik Esya lalu di peluk. Belakang Esya di usap.

"Aku nak naik ke bilik." Bisik Esya di telinga Erin.

"Jom. Aku hantarkan kau ke bilik." Erin melepaskan pelukannya pada tubuh Esya.

"Mama papa abang dan abang Kha. Erin bawa kakak ke bilik dulu." Kata Erin.

Semua yang ada di situ mengangguk. Erin pantas bangkit bersama Esya sebelum berlalu meninggalkan ruang tamu. Mereka berjalan beriringan menuju ke atas.

"Auntie Uncle, terima kasih kerana beri peluang kepada saya. Sekali lagi saya minta maaf atas apa yang berlaku." Kata Khaleed setelah kelibat Erin dan Esya hilang.

"Hurmm...Uncle harap kamu tak akan ulangi apa yang kamu buat sekarang di masa hadapan. Terima kasih kerana berani datang ke sini untuk mengaku kesalahan kamu. Uncle bangga dengan keperibadian kamu." Lembut Tuan Zakri membalas.

"Jaga anak Auntie baik-baik seperti mana Rayyan jagakan Erin. Hanya mereka puteri kami yang tak mungkin akan ada peganti." Kata Puan Elisya pula.

"InshaAllah Uncle Auntie. Saya akan cuba yang terbaik. Terima kasih sekali lagi." Seketika Khaleed rasa lega. Lega seolah terlepas daripada tali gantung.

"Saya akan beritahu mummy dan daddy untuk datang merisik Esya dalam masa terdekat." Kata Khaleed lagi dan mendapat anggukan daripada Tuan Zakri dan Puan Elisya.

"Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu." Khaleed terus bangkit berdiri di ikuti oleh Puan Elisya, Tuan Zakri dan Rayyan.

"Yelah! Hati-hati drive." Kata Tuan Zakri.

Khaleed terus bergerak menyalami tangan Tuan Zakri. Senyuman manis dia ukirkan untuk Puan Elisya.

"Rayyan hantar Khaleed ke depan." Kata Rayyan.

Rayyan terus mengikut langkah Khaleed. Dia menghantar Khaleed sehingga ke kereta.

"Taniah bro! Kau dah buat yang terbaik!" Kata Rayyan. Bahu Khaleed ditepuk.

"Terima kasih bang. Terima kasih sebab sedarkan saya." Ucap Khaleed.

"Aku hanya buat yang terbaik supaya Erin dan Esya tersenyum." Balas Rayyan. Khaleed mengangguk perlahan.

"Saya balik dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

Khaleed terus meloloskan diri ke dalam kereta. Rayyan mengukir senyuman tipis. Lega. Semuanya selesai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience