BAB 17

Romance Completed 119020

Setelah puas berpusing di mall itu, akhirnya Erin memilih untuk pulang. Alicia hanya bersetuju sahaja. Dia juga sudah naik penat. Mereka berdua sama-sama menuju ke kereta.

"Thanks Ca sudi keluar dengan aku. Tak adalah bosan sangat aku terperap dekat rumah." Ucap Erin sebaik sahaja mereka berdua sudah berada di tempat parkir kereta.

"No problem. Lagipun aku tengah free." Balas Alicia.

"Aku balik dulu. Kau drive hati-hati." Pesan Erin.

"Kau pun sama. Dan kau, jangan kau lupa pula tentang projek tu." Balas Alicia seraya mengingatkan projek yang dia wujudkan untuk Erin. Projek memikat suami.

"Ye aku ingat. Aku akan usahakannya." Jawab Erin.

"Good girl!"

Alicia dan Erin pantas berpelukan. Perkara biasa yang mereka lakukan sebelum berpisah. Setelah itu, Alicia terus menuju ke keretanya yang tidak jauh dari tempat parkir kereta Erin.

Erin yang baru ingin membuka pintu kereta tersentak apabila seseorang menolak tubuhnya kuat sehingga dia jatuh terduduk kerana tidak sempat menyeimbangkan tubuhnya. Kunci kereta di tangannya turut terlepas. Erin mendongak memandang siapa yang menolaknya.

"Esya Auliya! Kau dah kenapa?!" Marah Erin. Dia terus bangun berdiri.

"Kau panggil aku apa tadi? Kau pangg aku Esya Auliya? Hei perempuan! Aku ni kakak kau tahu tak? Mana rasa hormat kau pada aku hah?!" Esya menunjal-nunjal kepala Erin beberapa kali membuatkan langkah Erin terundur ke belakang dan tersandar pada kereta.

"Macam mana aku nak hormat kau kalau kau tak hormat aku sebagai adik kembar kau?! Kau yang datang entah dari mana tiba-tiba tolak aku dah kenapa?" Balas Erin berani. Tangan Esya ditepis kasar. Tajam matanya memandang wajahnya yang sangat mirip dengan wajahnya.

"Kurang ajar ye kau sekarang? Mentang-mentang kau dah jadi menantu orang kaya, kau lupa diri?"

"Aku jadi kurang ajar bukan sebab aku jadi menantu orang kaya, tapi sebab kau! Kau yang ajar aku jadi kurang ajar!" Jerit Erin. Dadanya turun naik menahan amarah. Kalau ikutkan hatinya, ingin sahaja dia tampar wajah Esya.

Esya yang geram mendengar kata-kata Erin, terus mengangkat tangan tinggi untuk menampar Erin. Erin memejamkan matanya rapat menanti tamparan itu tetapi tamparan itu tidak hinggap di pipinya membuatkan Erin kembali membuka mata. Dia terkejut melihat Alicia memegang tangan Esya.

"Kau ni dah kenapa Esya? Apa yang kau dengkikan sangat dengan Erin sehingga kau tak puas hati dengan dia?" Alicia melepas tangan Esya kasar. Tubuh itu ditolak menjauh dari Erin.

Dia yang baru ingin masuk ke dalam kereta terkejut mendengar jeritan Erin. Dia dapat melihat Erin dan Esya bertengkar. Itu yang membuatkan dia kembali mendapatkan Erin.

"Kau siapa? Kau tak perlu masuk urusan aku dengan adik aku!"

"Adik kau?" Kata Alicia sinis.

"Kalau betul kau anggap dia adik kau, kau tak akan layan dia seperti itu. Buli dia setiap hari. Dengki dengan dia tanpa sebab. Itu ke yang kau panggil adik kau?" Kata Alicia lagi. Kecil besar sahaja dia pandang Esya ketika itu.

"Dah la tu Ca. Kau pergi la balik. Tak payah layan kakak aku." Pujuk Erin.

Dia tahu jika Alicia sudah membuka mulut, bermakna pergaduhan besar akan berlaku. Erin berasa sedikit malu apabila melihat ramai orang mula berkumpul. Ada beberapa orang mula merakam dan mengambil gambar.

"Kau yang patut balik Erin. Hiraukan minah sewel ni!" Balas Alicia. Kunci kereta yang jatuh dikutipnya. Dia terus tolong membukakan pintu kereta untuk Erin.

Belum sempat Erin masuk ke dalam kereta, Esya tiba-tiba menarik rambut panjang Erin. Wajah Erin ditampar kuat sehingga kepala Erin terteleng. Alicia terkejut dengan tindakan drastik Esya. Dia tidak sempat menghalang.

"Kau tahu tak sebab kau semuanya hancur? Rayyan tu sepatutnya jadi milik aku, bukan milik kau! Dasar adik perampas!" Jerit Esya seperti orang gila. Erin memegang pipinya yang terasa sakit.

"Hei perempuan! Kau gila ke? Kau tu sebenarnya perampas! Rayyan tu sah-sah suami Erin dan tiada kena mengena langsung dengan kau. Macam mana Erin boleh jadi perampas?!" Lawan Alicia. Sakit hatinya melihat perangai Esya. Pandangan orang sekeliling sudah tidak dihiraukan.

"Kau boleh pergi dari sini tak? Kau tak ada kena mengena dalam hal ni!" Esya terus menghalau Alicia.

"Kau yang sepatutnya pergi dari sini sebelum aku panggil polis ada perempuan gila meroyan dekat tempat parkir kereta ni!" Sindir Alicia.

Esya melihat sekeliling. Kawasan parkir sudah penuh. Ada yang berbisik sesama sendiri dan ada juga yang merakam apa yang terjadi. Dengan lagak gediknya, Esya berlalu dari situ dengan perasaan marah yang masih berbaki. Dia tak akan biarkan Erin bahagia!

"Erin kau ok? Maaf aku tak sempat nak halang kakak kembar gila kau tu!" Alicia memegang wajah Erin. Pipi gadis itu sudah merah.

"Jangan la nangis." Alicia pantas memeluk tubuh Erin apabila melihat air mata Erin mengalir.

"Apa salah aku pada dia? Kenapa Esya selalu tidak puas hati dengan aku?" Tanya Erin dalam tangisannya. Hatinya sakit dengan perbuatan Esya.

"Aku pun tak faham dengan kakak kau tu. Entah apa yang dia dendamkan dengan kau!"

Alicia menggosok lembut belakang Erin. Dia turut jatuh kasihan melihat nasib Erin yang mendapat kakak seperti syaitan itu.

*
* *
* *

Malam itu Rayyan pulang sedikit awal dari kebiasaannya. Dia berasa sedikit penat dengan kerja yang berlambak di pejabat. Tidak termasuk lagi dengan pekerja yang bermasalah. Tidak tahu bezakan kerja dengan hal peribadi.

Rayyan melangkah masuk ke dalam rumah. Dia pelik apabila rumah itu sunyi sahaja sedangkan jam baru menunjukkan pukul 8 malam. Tak akan Erin sudah tidur?

Baru sahaja dia ingin melangkah naik ke atas, kakinya terus terpesong ke ruang makan apabila melihat kelibat seseorang yang berada di meja makan. Rayyan mengerutkan dahinya melihat Erin tertunduk di meja makan itu dengan rambut yang serabai.

"Awak dah kenapa Erin? Ada angan-angan nak jadi hantu kat dapur ni ke?" Tanya Rayyan dalam nada sindiran. Erin terkejut dengan sapaan itu. Dia tidak sedar dengan kepulangan Rayyan kerana terlalu sibuk mengelamun.

"Awal awak balik hari ni? Awak dah makan?" Tanya Erin tanpa memandang wajah Rayyan.

"Penat sikit. Saya belum makan." Jawab Rayyan dan ketika itulah perutnya berbunyi. Rayyan merasakan wajahnya berbahang. Dasar perut tak guna! Marah hati Rayyan.

"Awak nak makan? Saya boleh panaskan lauk yang saya masak untuk saya tadi." Pelawa Erin. Nasib baik dia ada memasak lebih tadi.

"Boleh juga. Terima kasih." Ucap Rayyan. Dia terus melabuhkan duduk berdepan dengan Erin. Erin pula bangkit untuk memanaskan semula lauk tom yam yang dimasaknya.

Rayyan pelik melihat gelagat Erin yang asyik menunduk itu. Rambut panjangnya juga jatuh menutup wajahnya. Dia tertanya-tanya, Erin sedang melakonkan watak apa pula malam itu.

Siap memanaskan lauk, Erin terus menghidangkan lauk itu bersama nasi. Air kosong menjadi pelengkap. Haruman bau tom yam itu membangkitkan lagi selera Rayyan yang sememangnya sedang lapar.

"Jemput makan." Kata Erin.

"Pandang saya bila bercakap. Saya tak suka seseorang bercakap tanpa memandang saya." Kata Rayyan.

"Maaf." Ucap Erin. Dia rasa bersalah apabila ditegur sebegitu oleh Rayyan. Terasa dirinya kurang ajar dengan suaminya.

"Pandang saya Erin Aulya!" Tekan Rayyan dengan suara sedikit meninggi. Erin pantas memandang wajah Rayyan kerana takut jika Rayyan memarahinya lebih lagi.

"Kenapa dengan pipi you Erin?" Rayyan yang tadinya duduk terus berdiri. Dagu Erin dipegang. Jelas kelihatan pipi itu bengkak. Mata Erin juga kelihatan sembab.

"I tanya Erin, kenapa dengan pipi you?" Tajam mata Rayyan menikam mata Erin. Erin mengigit bibirnya.

"Erin Aulya!" Jerkah Rayyan sehingga bahu Erin terhinjut kerana terkejut.

"Esya...dia tiba-tiba datang serang saya dekat Suria KLCC waktu saya keluar dengan Alicia tengah hari tadi." Jawab Erin takut. Air matanya mengalir perlahan. Dia takut melihat wajah garang Rayyan.

"What?! Gila punya perempuan!" Marah Rayyan. Hilang rasa laparnya tadi digantikan dengan rasa marah.

"I nak keluar sekejap. You pergi naik berehat." Arah Rayyan.

"Awak nak pergi mana?" Erin takut jika Rayyan pergi mencari Esya.

"Ada sesuatu yang I nak uruskan. Tak payah tunggu I balik." Rayyan mengucup lembut dahi Erin. Tanpa menunggu lebih lama, dia terus berlalu dari rumah itu.

Erin hanya memandang langkah Rayyan dengan pandangan kabur disebabkan air matanya yang sudah memenuhi kelopak mata. Bahunya terhinjut-hinjut menahan tangis. Sikap Rayyan tadi membuatnya berasa takut. Rayyan betul-betul nampak marah.

Next ->

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience