BAB 29

Romance Completed 119020

Erin mengerling jam di dinding. Sudah pukul 11 malam tetapi Rayyan masih belum pulang. Erin masih setia menanti walaupun matanya sudah mengantuk.

"Banyak sangat ke kerja di pejabat sampai dah lewat malam macam ni pun belum pulang?" Bebel Erin sendiri. Dia berniat mahu memujuk Rayyan tetapi Rayyan masih juga belum pulang.

Setelah jam hampir menunjukkan pukul 12 tengah malam, Erin akhirnya memilih untuk naik ke bilik. Dia bimbang jika tertidur di ruang tamu. Erin merebahkan diri ke atas katil. Matanya dikatup rapat. Dia betul-betul mengantuk.

Lena Erin terganggu apabila bunyi pancuran air dari bilik air. Perlahan Erin membuka matanya. Fikirnya pasti Rayyan sudah pulang. Erin melihat jam di telefon. Pukul 1.30 pagi.

Erin bangun bersandar pada kepala katil menanti Rayyan keluar dari bilik air. Tidak lama selepas itu, bunyi pancuran air sudah hilang digantikan dengan bunyi pintu bilik air dibuka. Erin melihat Rayyan keluar dari bilik air hanya mengenakan tuala di pinggang.

"Awak baru balik?" Tanya Erin lembut. Matanya tidak lepas memandang Rayyan yang bergerak ke almari pakaian.

"Hurmm..." Jawab Rayyan dengan gumamam.

"Awak dari mana?" Tanya Erin lagi. Rayyan tidak menjawab. Dia terus memakai baju dan seluar pendek paras lutut.

"Saya penat nak tidur. Jangan tanya apa-apa sebab saya tak suka." Tegas Rayyan berkata sambil membaringkan tubuhnya membelakangi Erin. Erin terasa dengan kata-kata itu.

"Saya minta maaf pasal tengah hari tadi. Saya cuma tak sengaja." Kata-kata Erin bagaikan angin berlalu. Rayyan hanya buat tak endah.

"Awak..." Erin memandang belakang Rayyan. Langsung tiada sahutan dari lelaki itu.

Erin bergerak merapat pada Rayyan. Tubuh Rayyan dipeluk. Tetapi itu hanya sementara apabila Rayyan menolak kasar tangannya. Erin tersentak dengan tindakan kasar Rayyan itu.

"Awak..." Tubir mata Erin mula terasa hangat.

"Tidur Erin Aulya! Kalau awak tak nak tidur, awak boleh keluar dari bilik ni. Jangan ganggu saya!" Marah Rayyan.

Erin mengigit bibirnya. Hatinya berasa sakit. Begitu sekali Rayyan memarahinya? Sehingga tidak mahu bercakap dengannya. Air mata Erin mula mengalir.

Rayyan terus memejamkan matanya. Esakkan Erin tidak dihiraukan. Akhirnya Erin terlelap setelah penat menangis. Dia sendiri tidak sadar pukul berapa dia tertidur.

Keesokan harinya, Erin tersedar apabila terasa cahaya cukup silau. Erin menggosok matanya sebelum di buka. Hari sudah siang. Dia langsung tidak sedar. Subuh sudah jauh ketinggalan.

Erin memandang katil sebelahnya. Kosong! Rayyan pasti sudah ke pejabat kerana jam menunjukkan pukul 8 pagi. Erin mengeluh. Rayyan sudah mula semula!

*
* *
* *

Pagi sabtu itu, Erin tersedar dari lenanya apabila bunyi azan berkumandang. Terpisat-pisat Erin bangun. Kepalanya terasa sakit. Dua tiga malam ini dia tidur dalam keadaan menangis. Erin memandang katil di sebelah. Kosong. Rayyan tidak pulangkah semalam?

Erin mencapai telefonnya. Dia melihat pesanan ringkas yang dia hantar kepada Rayyan semalam. Langsung tidak dibaca. Erin terus cuba mendail nombor Rayyan. Hampeh. Panggil itu bersambung ke mel suara.

Erin menarik nafas dalam. Senyuman kelat terukir di bibirnya. Rayyan betul-betul mengelak daripada bersua muka dengannya. Setiap pagi Rayyan keluar tanpa menjamah sarapan yang dia hidangkan dan malam pulang bila dia tidur. Malam itu Rayyan langsung tidak pulang pula.

Erin terus bangkit turun dari katil menuju ke bilik air. Mahu menunaikan perkara yang wajib satu itu. Di saat selesai menunaikan solat subuh, sekali lagi air mata Erin tumpah. Kenapa dia berasa sakit dengan layanan Rayyan itu? Kenapa setiap kali memikirkan Rayyan mengelak daripadanya, hatinya terasa pedih?

Seperti yang dijanjikan dengan Puan Rodziah, hari itu mereka akan mengadakan kejutan ulang tahun Rayyan. Tepat pukul 10 pagi, sebuah kereta BMW berwarna hitam melepasi pagar rumah. Erin pantas bangun berdiri.

"Hai pretty. Sorry I'm late." Sapa Raiq sebaik sahaja keluar dari perut kereta. Berlari anak dia mendekati Erin.

"It's okay. Hanya 10 minit." Balas Erin sambil tersenyum.

Erin terpaksa meminta bantuan Raiq untuk menjemputnya di rumah. Dia tidak mahu memandu sendiri. Fikirnya dia akan ke sana bersama Rayyan kerana Puan Rodziah sudah menyiapkan segalanya tetapi disebabkan Rayyan tidak pulang semalam, dia meminta bantuan Raiq.

"Jom." Ajak Raiq. Erin mengangguk. Dia terus berjalan menuju ke kereta. Raiq pula bergerak membantu membuka pintu kereta untuk Erin.

"Thank you." Ucap Erin sambil meloloskan diri ke dalam kereta.

"You're welcome pretty." Balas Raiq. Dia menutup pintu kereta sebelah Erin sebelum bergerak ke pintu kereta sebelah pemandu.

"So pretty, you dah cakap dekat husband you supaya terus ke rumah mummy nanti?" Tanya Raiq sambil memasang tali pinggang keledar.

"Dah!" Jawab Erin. Dia tersengih. Terpaksa berbohong berkata Rayyan keluar berjumpa kawan.

"Ayyan tahu ke yang kita semua plan untuk sambut birthday dia?"

"Tak. Erin tak bagitahu. Kalau bagitahu tak suprise la nanti."

Raiq tersenyum sambil mengangguk mengiyakan. Dia terus mengundurkan kereta keluar meninggalkan perkarangan rumah. Masing-masing mula diam melayan perasaan sendiri.

Erin membuang pandang ke luar cermin kereta. Sesekali dia melirik skrin telefon. Rayyan masih tidak membaca mesejnya. Panggilannya juga tidak dijawab. Erin mula resah. Bagaimana kalau Rayyan tidak muncul di rumah mummynya nanti?

"Pretty dah beli hadiah untuk Ayyan? Abang tengok pretty tak bawa apa-apa." Tanya Raiq untuk mengajak Erin berbual. Sekilas dia memandang wajah Erin.

"Oh my good! Erin lupa!" Erin menegakkan tubuhnya. Matanya membulat memandang Raiq.

"Macam mana ni? Erin lupa belikan hadiah untuk abang." Erin mencebik. Dia betul-betul lupa. Dia asyik memikirkan tentang merajuk Rayyan.

"Don't worry pretty. Masih ada masa untuk pergi beli. Majlis tu kan malam." Kata Raiq menenangkan Erin yang gelisah.

"Boleh ke? Nak pergi beli mana waktu-waktu macam ni?" Erin mengigit hujung kukunya.

"Semua supermarket dah buka sekarang. Biasanya pretty selalu pergi shopping dekat mana?"

"Biasanya Erin kerap ke Pavilion." Jawab Erin.

"So kalau macam tu. Kita ke Pavilion dulu sebelum ke rumah mummy." Erin menarik nafas lega. Nasib baiklah Raiq seorang yang tenang dan mudah.

"Abang Raiq, boleh Erin cakap sesuatu?" Tanya Erin lembut.

"Silakan pretty." Balas Raiq.

"First, Erin minta maaf tapi boleh abang Raiq berhenti panggil Erin 'pretty'? Erin bukan tak suka tetapi kalau Ayyan dengar, dia pasti membentak tidak suka." Kata Erin jujur. Dia bimbang panggilan Raiq terhadapnya itu akan menjadi masalah lain.

"Jadi abang patut panggil apa kalau bukan pretty?" Raiq memandang wajah manis Erin.

"Ermm panggil sahaja Erin. Erin tak kisah." Jawab Erin. Raiq mengangguk.

"Erin ada satu permintaan lagi..." Sambung Erin.

"Teruskan." Balas Raiq.

"Boleh Erin panggil abang Raiq 'along'?" Erin tersengih.

"Bagi sebab kenapa Erin tiba-tiba ingin tukar panggilan terhadap abang." Kata Raiq.

"Sebab...ermm susah la untuk bercakap nanti bila ada dua abang. Ayyan pun Erin kena panggil abang, abang Raiq pun Erin kena panggil abang jadi lebih baik Erin panggil abang Raiq along. Dapat beza sikit." Jawab Erin. Sebenarnya Rayyan yang tidak suka. Tak akan nak jujur? Kan Raiq terasa pula.

"Okay abang faham. Kalau macam tu panggil abang along." Setuju Raiq. Erin menarik nafas lega.

"Maaf kalau along tak suka." Kata Erin. Raiq ketawa kecil.

"You terlalu baik la dear. Along tak kisah asalkan jangan panggil pelik-pelik." Raiq tersenyum sumbing.

Erin mengangguk. Kenapalah Rayyan tidak seperti Raiq. Perwatakan dua beradik itu bagaikan langit dengan bumi. Rayyan sangatlah dingin dan susah untuk diajak berbual manakal Raiq seorang yang sangat lemah lembut dan peramah.

Raiq dan Erin sama-sama shopping mencari hadiah untuk Rayyan. Raiq juga membantu Erin untuk memilih hadiah kepada Rayyan. Mereka berjalan mengelilingi Pavilion sambil berbual dan bergurau senda. Seketika Erin terlupa tentang masalahnya dan Rayyan.

Tanpa pasangan itu sedar, ada satu pasang mata memerhati setiap gerak geri mereka dengan perasaan menggelegak panas. Tangannya terkepal erat melihat keakraban pasangan itu. Giginya diketap rapat menahan gelodak di hati.

"Hey bro! Kau tengok apa?" Tiba-tiba seseorang menyapanya membuatkan dia terkejut.

"Tak ada apa." Jawab Rayyan ringkas.

"Kalau macam tu jom. Kau dah janji nak bawa aku keliling KL hari ni." Ajak Amir Irfan.

"Cis! Kau ingat sempat ke?" Rayyan sekeh kepala Amir Irfan.

"Tak sempat, sambung esok. Kau tak sibuk pun kan?"

Rayyan mengjulingkan mata. Dia terus berjalan mendahului Amir Irfan. Amir Irfan menggeleng kepala. Langkah kakinya dibawa mengikut Rayyan. Rayyan pula melirik ke arah tadi tetapi pasangan yang dia lihat tadi sudah hilang.

Last chapter untuk hari ini...thanks for reading... disebabkan Ariss dapat komen positif, jadi Ariss semangat untuk terus sambung novel ni...Sekali lagi, terima kasih kerana sudi baca dan tunggu update...Jumpa esok pula...Love you<33

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience