BAB 37

Romance Completed 119020

Rayyan memandang Erin yang sedang menyediakan sarapan pagi dengan perasaan pelik. Wajah Erin tidak seceria selalu. Jelas kelihatan wajah gadis itu kosong seolah tiada perasaan.

"Awak jemput makan." Kata Erin datar setelah siap menghidangkan sarapan untuk Rayyan.

"Awak tak makan sekali?" Tanya Rayyan apabila melihat Erin hanya menghidangkan satu pinggan nasi gorang hanya untuknya sahaja.

"Saya tak lapar." Jawab Erin dengan gelengan kecil.

"Kalau awak tak nak makan, saya pun tak nak makan." Rayyan menolak pinggan yang berada di depannya sedikit jauh.

"Awak makan la dulu. Awak perlu ke pejabat. Saya di rumah, bila-bila masa boleh makan."

"Sama juga saya di pejabat. Kalau saya lapar, bila-bila masa saya boleh keluar pejabat untuk pergi makan." Erin mengeluh mendengar balasan Rayyan.

"Kalau macam tu, saya kemas balik!" Kata Erin.

Dia terus bergerak untuk mengemas semula pinggan dan cawan di atas meja. Rayyan pantas menangkap pergelangan tangan Erin sehingga Erin yang baru ingin memegang pinggan terhenti.

"Erin..." Rayyan menatap ke dalam anak mata Erin di mana Erin turut menatapnya.

"Awak ada masalah?" Tanya Rayyan lembut. Mood isterinya itu terlihat tidak baik.

"Saya ni bagaikan katak bawah tempurung, tak tahu pun apa yang berlaku di luar sana. Macam mana nak ada masalah?" Jawab Erin sambil menarik tangannya dari pegangan Rayyan.

"Tapi awak nampak lain sangat hari ni. Kalau awak ada masalah, awak boleh cerita pada saya." Pujuk Rayyan.

"Saya ok. Saya tak ada masalah. Tak ada apa yang saya nak ceritakan." Balas Erin dingin.

"Tapi semalam awak..." Rayyan terdiam. Tidak jadi untuk menghabiskan ayatnya.

"Saya apa?" Tanya Erin semula.

"Tak ada apa." Jawab Rayyan.

Dalam diam Rayyan melepaskan keluhan. Dia masih tidak dapat memahami Erin. Dengan mood Erin yang suka berubah-ubah itu membuatnya semakin keliru. Tak akan sebab Alicia ingin ke UK, Erin dingin dengannya?

Rayyan pantas bangun berdiri lalu menarik Erin supaya berdiri di sisinya. Setelah itu dia kembali duduk. Erin menjungkit kening kepada Rayyan apabila lelaki itu tiba-tiba sahaja menariknya untuk dia berdiri sebelah dia.

"Duduk." Arah Rayyan sambil menepuk pehanya. Erin semakin mengerutkan dahi.

"Duduklah!" Sekali lagi Rayyan menyuruh Erin duduk di atas ribanya.

"Ishh apa ni? Saya boleh duduk di atas kerusi la!" Tolak Erin lalu bergerak sedikit jauh dari Rayyan.

Rayyan yang geram dengan penolak Erin terus memaut pinggang Erin dan menarik isterinya itu sehingga jatuh ke atas ribanya. Rayyan tersenyum senget mendengar jeritan Erin.

"Awak apa ni?!" Merah padam muka Erin menahan marah dan malu.

"Lain kali jangan la degil sangat." Kata Rayyan lalu memeluk erat pinggang Erin.

"Awak lepaslah." Erin cuba melepaskan tangan Rayyan yang melilit pinggangnya tetapi lelaki itu bertindak memperkemaskan lagi lilitan pada pinggangnya.

"Duduk diam-diam Erin Aulya!" Tegur Rayyan tegas. Erin terus berhenti bergerak. Bibirnya di cebik tidak puas hati.

"Buka mulut." Arah Rayyan sambil menyuakan sesudu nasi kepada Erin.

"Tak nak! Awak makan la dulu. Awak perlu cepat. Nanti awak lewat ke pejabat." Erin memalingkan wajahnya ke arah lain enggan membuka mulut.

"Saya bos jadi tiada siapa nak marah walaupun saya masuk office selepas zohor. Cepat buka mulut awak." Erin mencebik mendengar balasan Rayyan.

"Tak nak! Saya tak lapar." Erin mula meronta untuk melepaskan diri daripada Rayyan.

"Saya tengah lapar ni Erin. Jangan sampai saya makan awak!" Ugut Rayyan.

"Ishh apa ni? Selalu main ugut-ugut orang!" Erin mencubit pinggang Rayyan geram. Rayyan hanya tersenyum melihat ketidakpuasan hati Erin.

"Kalau awak turutkan apa yang saya katakan, saya tak akan ugut." Rayyan terus mengigit-gigit lembut bahu Erin. Erin pula menolak muka Rayyan supaya tidak terus mengigit-gigit bahunya. Geram pula dia dengan kerenah Rayyan yang memaksa dirinya untuk makan.

"Awak stop! Saya tak ada mood untuk bergurau sekarang." Erin memandang Rayyan tajam.

"Habistu awak ingat saya ada masa nak bergurau? Cepat makan." Sekali lagi Rayyan menyuakan sesudu nasi kepada Erin.

Erin mengalah. Mulutnya di buka. Kalau dia tetap berkeras, alamatnya mahu sampai ke esok pun mereka akan tetap berada dalam keadaan seperti itu.

"Sedap tak?" Tanya Rayyan.

"Mestilah sedap! Masakan Erin Aulya ni!" Jawab Erin berbangga diri.

"Tak malu. Masuk bakul angkat sendiri!" Kutuk Rayyan. Rayyan turut menyuap sesudu nasi ke dalam mulutnya. Tidak di nafikan!

"Masa awak belajar dulu awak ambil bidang apa?" Tanya Rayyan.

"Business. Papa nak saya jadi ahli perniagaan seperti dia." Jawab Erin.

"Tapi macam mana awak boleh pandai masak?" Rayyan tertanya-tanya tentang itu. Susah untuk cari perempuan yang pandai masak seperti Erin.

"Kalau waktu saya balik hujung minggu atau cuti sem, saya suka teman Mak Ngah memasak kat dapur. Jadi sedar tak sedar, ilmu Mak Ngah tu turun kepada saya." Jawab Erin sebelum membuka mulut apabila Rayyan menyuakan nasi lagi kepadanya. Rayyan hanya mengangguk faham.

"Awak, nanti hujung minggu balik rumah mama ye?" Pinta Erin lembut.

"Ok." Jawab Rayyan sepatah. Erin terus tersenyum lebar.

Rayyan melepaskan nafas lega melihat senyuman itu. Rayyan terus memperkemaskan pelukan pada pinggang Erin. Sebelah tangan lagi sibuk menyuap nasi ke mulutnya dan mulut Erin. Akhirnya mereka makan berkongsi pinggan dan sudu yang sama.

*
* *
* *

Rayyan melangkah santai menuju ke pejabatnya. Bibirnya tidak henti tersenyum memikirkan kemanjaan Erin. Dia suka melihat isterinya itu manja.

"Good morning boss!" Sapa Sarah sebaik melihat Rayyan melintasi mejanya.

"Morning." Jawab Rayyan.

"Bos Encik Raiq berada dalam bilik bos." Beritahu Sarah. Tidak mahu bosnya itu terkejut apabila melihat Raiq di dalam pejabatnya.

Rayyan berkerut dahi. Dah kenapa abangnya itu tiba-tiba muncul di pejabatnya seawal pagi itu. Tidak awal sangat kalau jam sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi. Dia lewat kerana melayan kerenah Erin yang tidak mahu makan tadi. Tanpa berkata apa-apa, Rayyan terus berjalan menuju ke pejabatnya.

"Morning Ayyan!" Tegur Raiq sebaik sahaja Rayyan melangkah masuk ke dalam pejabat itu.

"Morning." Balas Rayyan malas. Dia melihat abangnya yang sedang santai duduk sambil memutar-mutarkan kerusinya.

"Silakan duduk." Kata Raiq sambil menunjukkan ke salah satu kerusi beroda yang berada berdepan dengannya. Rayyan berdecik.

"Siapa bos siapa tetamu sekarang ni?" Tanya Rayyan tetapi tetap melabuhkan duduk berdepan dengan Raiq. Raiq hanya tersenyum.

"Lewat Ayyan masuk office hari ni? Jalan jem ke?" Tanya Raiq tetapi dalam nada mengusik.

"Hah memang jem pun!" Jawab Rayyan sambil menjeling tajam kepada Raiq. Terkekeh-kekeh Raiq ketawa.

"Yang abang tiba-tiba muncul di pejabat pagi ni kenapa?" Tanya Rayyan. Wajah Raiq ditatap.

"Sebenarnya abang ada masalah sekarang ni." Kata Raiq.

"Ayyan tak nak tolong." Rayyan cepat-cepat mengangkat kedua belah tangannya.

"Haishh! Abang cakap abang ada masalah. Abang tak cakap pun suruh Ayyan tolong." Raiq menggeleng.

"Ceh!" Rayyan memandang Raiq dengan rasa tidak puas hati. Kedua belah tangannya dijatuhkan.

"Cakap la. Apa masalah abang tu." Rayyan terus memeluk tubuh.

"Abang fikir abang nak balik LA." Kata Raiq. Terus membulat mata Rayyan.

"Mummy tak akan benarkan." Balas Rayyan.

"Abang tahu..." Perlahan Raiq membalas. Rayyan menarik nafas dalam.

"Bagi satu sebab kenapa abang tiba-tiba nak balik LA? Abang baru jer balik Malaysia."

"Ada sesuatu yang abang nak selesaikan di sana."

"Tentang apa?"

Raiq hanya mengukir senyuman tipis. Rayyan yang melihat senyuman itu terus dapat menangkap maksud. Sekali lagi dia menarik nafas dalam.

"Abang tak tahu nak yakinkan mummy macam mana yang abang akan pergi ke sana sekejap sahaja." Kata Raiq. Dia tahu mummynya akan membantah tegas keputusan dia mahu balik ke LA walaupun hanya untuk sementara.

"Habistu abang nak suruh Ayyan buat apa?" Tanya Rayyan. Dia tahu abangnya mahu meminta pertolongannya.

"Tak banyak. Tolong yakinkan mummy yang abang pergi sana sekejap sahaja. Abang betul-betul perlu uruskan hal ni secepat mungkin." Jawab Raiq.

"Tapi bukan ke abang dah berpisah dengan Emylin?"

"Tak. Abang hanya tinggalkan dia begitu sahaja selepas abang tahu dia berbuat curang belakang abang. Jadi sebab itu abang perlu balik ke sana. Abang dah fikir masak-masak. Abang tak nak ikat dia lagi. Dia bukan perempuan baik untuk dijadikan isteri." Jawab Raiq jujur.

Rayyan diam. Dia tidak yakin dia dapat membantu Raiq walaupun hanya menyakinkan mummynya tetapi dia juga kesian melihat abangnya. Kalau betul apa yang Raiq katakan, lebih baik Raiq tamatkan ikatan itu secepat mungkin. Sekurang-kurangnya Raiq tidak perlu lagi menanggung dosa perempuan itu.

"Ayyan cuba." Putus Rayyan. Raiq terus tersenyum lebar.

"Do you want a kiss as a thank you?" Tanya Raiq.

"Tapak kaki Ayyan!" Balas Rayyan. Tangannya mengangkat penumbuk. Raiq terus ketawa.

"Alang-alang tu, abang nak tanya sesuatu, tentang Erin." Kata Raiq lagi.

"Kenapa dengan Erin?" Tanya Rayyan semula.

"Ayyan kan yang tak benarkan Erin panggil abang 'abang'?" Raiq memicingkan matanya memandang Rayyan.

"Erin bagitahu abang?"

"Tak tapi hari tu Erin ada cakap dia nak panggil abang 'along'. Alasannya susah sebab dia kena panggil abang dan Ayyan 'abang'. Pada mulanya abang nak percaya tapi bila fikirkan balik, tak masalah pun sebenarnya kalau dia panggil abang 'abang'." Kata Raiq. Rayyan terus diam.

"Ayyan cemburu kan sebab Erin panggil abang 'abang'?" Duga Raiq.

"Mana ada. Ayyan cuma tak suka sahaja." Balas Rayyan.

"Eleh tak nak mengaku. Tak suka sama jer dengan cemburu." Usik Raiq lagi.

"Mana sama! Ejaan pun lain." Bantah Rayyan. Raiq ketawa geli hati.

"Cemburu tapi tak nak mengaku." Ejek Raiq membuatkan telinga Rayyan merah kerana malu.

"Tengok telinga Ayyan dah merah. Betul la tu kan? Ayyan cemburu?" Kata Raiq sambil menunjuk ke arah telinga Rayyan yang merah. Pantas Rayyan menekup kedua belah telinganya.

"Abang kalau dah tak ada nak cakap benda lain, baik abang balik la. Banyak kerja Ayyan nak buat ni!" Balas Rayyan geram dengan usikan itu.

"Sayangnya abang tak ada kerja dan abang akan terus ganggu Ayyan di pejabat hari ni." Raiq bangkit. Lidahnya di jelir.

Raiq terus berlari lalu menghempaskan tubuhnya ke atas sofa panjang yang berada di dalam pejabat itu. Rayyan yang melihat gelagat Raiq gigit bibir. Ishh ada juga yang dia tolak keluar melalui cermin bangunan pejabat itu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience