BAB 42

Romance Completed 119020

Hari demi hari hubungan Rayyan dan Erin semakin dingin. Tiada perbualan berlaku di antara mereka. Masing-masing ego. Mereka juga hanya akan bersua muka pada waktu subuh dan waktu malam bila mahu tidur.

Erin mengalah. Dia sudah penat untuk mencuba kerana percubaannya tiada hasil. Bermacam cara dia lakukan dan akhirnya Rayyan tetap mencari yang lain. Erin terfikir, apakah dia langsung tiada harga di mata Rayyan?

Erin bersiap untuk menuju ke airport. Hari itu ialah hari di mana Alicia akan berangkat ke UK. Belum pun lagi Alicia pergi tetapi dia sudah rasa cukup kehilangan.

Sebaik sahaja sampai di KLIA2, Erin terus mencari kelibat Alicia. Masih berbaki satu jam sebelum gadis itu akan terbang. Sebaik sahaja ternampak kelibat Alicia, Erin terus berlari mendapatkan sahabatnya itu.

"Assalamualaikum." Ucap Erin.

"Waalaikumsalam. Ya Allah Erin! Sampai pun kau. Aku ingatkan kau dah tak nak datang hantar aku." Alicia terus memeluk erat tubuh Erin.

"Gila aku tak datang? Mestilah aku datang!" Erin tersenyum walaupun hatinya di landa kesedihan ketika itu.

"Mana mama papa kau? Diorang tak hantar kau ke?" Tanya Erin apabila tidak melihat kelibat orang tua Alicia.

"Diorang nak datang tapi aku tak benarkan. Kau pun tahu la mama aku tu. Nanti tak pasal-pasal dia buat drama air mata kat sini." Cebik Alicia. Erin ketawa kecil. Bukankah itu perkara biasa? Hati orang tua mana tidak sedih terpaksa melepaskan anaknya jauh ke negara orang.

"Sedihnya aku sebab akan berpisah dengan kau. Bertahun kita asyik berkepit dan hari ni kita terpaksa berpisah." Kata Alicia. Tubuh Erin masih di peluk erat.

"Kau ingat kau jer yang sedih? Aku lagi sedih! Lepas ni dah tak ada tempat untuk aku cerita tentang masalah aku." Tubir mata Erin mula terasa hangat. Tunggu masa sahaja air jernih jatuh ke pipinya.

"Siapa kata tak ada? Kita hanya berpisah jarak bukan berpisah hubungan. Walaupun aku tak ada depan kata kau lepas ni, kau tetap boleh cerita apa sahaja masalah kau melalui telefon. Aku selalu ada untuk kau." Kata Alicia panjang lebar sambil meleraikan pelukan pada tubuh Erin.

Erin mengangguk perlahan. Nafasnya di tarik dalam lalu di hembus perlahan-lahan. Rasa sedih yang bertandang tadi sedikit beransur hilang.

"Kau dengan Rayyan macam mana? Masih juga sama?" Tanya Alicia. Perlahan dia menarik tubuh Erin supaya duduk. Erin mengangguk.

"Kau tak buat ke rancangan yang aku cadangkan hari tu?"

"Aku buat, tapi..." Erin kembali berasa sebak.

"Tapi apa?" Alicia risau melihat kesedihan Erin itu. Erin pantas menggeleng. Air matanya mula jatuh bercucuran.

"Weyh kenapa ni? Kau gaduh dengan Rayyan? Atau Rayyan ada berkasar dengan kau?" Tanya Alicia risau.

"Rayyan..." Erin tidak dapat menghabiskan ayatnya kerana sedih lebih menguasai diri.

"Hurmm? Kenapa dengan Rayyan?" Alicia sabar menanti Erin mengatakan ayat seterusnya.

"Rayyan ada perempuan lain!" Terus terhambur tangisan Erin manakala Erin tercengang. Rayyan curang?

"Mana kau tahu Rayyan ada perempuan lain? Kau nampak dengan kepala kau sendiri?" Tanya Alicia. Erin pantas menggeleng.

"Habistu apa bukti kau untuk mengatakan suami kau curang?"

Erin tidak menjawab sebaliknya terus mengeluarkan telefonnya dan menunjukkan gambar-gambar Rayyan dengan seorang perempuan yang dia terima hampir setiap hari. Alicia melihat satu persatu gambar itu.

"Siapa yang hantar gambar ni?" Tanya Alicia. Marahnya cuba di tahan.

"Aku tak tahu!" Dia betul-betul tidak tahu siapa yang menghantar gambar itu kepadanya. Setelah menghantar gambar itu, pemilik nombor itu pasti akan menyekat nombornya.

"Erin jangan percayakan gambar-gambar ni. Mungkin orang yang menghantar gambar-gambar ni hanya untuk hancurkan hubungan kau dan Rayyan?" Kata Alicia.

Jauh dalam hati Alicia membentak keras dengan kebodohan Rayyan. Lain yang dikatakan lain yang di buat. Alicia mengepal tangannya.

"Macam mana aku tak percayakan gambar tu kalau Rayyan terus berahsia? Dia langsung tak jelaskan apa-apa pada aku! Kalai aku tanya, dia akan jawab tak perlu sibuk urusan dia!" Erin menyeka air matanya. Sakit hatinya dengan sikap Rayyan.

"Aku dah fikir masak-masak. Aku nak berpisah dengan Rayyan. Aku mengalah! Dia langsung tak cintakan aku. Aku tak nak lagi tanggung dosa jadi aku fikir lebih baik kami berpisah." Kata Erin tegas manakala sekali lagi Alicia terkejut.

"Weyh kau cakap apa ni? Bincang dulu dengan Rayyan elok-elok. Bukannya terus bercakap hal berpisah." Tegur Alicia. Susah bila dua-dua keras kepala. Masing-masing ego.

"Tak ada apa yang nak di bincangkan lagi. Sikap Rayyan betul-betul buat aku mengalah..." Erin mengeluh berat.

"Erin kau percaya tak kalau aku cakap Rayyan sebenarnya cintakan kau? Dia cuma malu untuk mengaku yang dia sebenarnya cintakan kau!" Erin tersenyum sinis mendengar kata-kata Alicia.

"Sangat mustahil! Rayyan langsung tak tunjukkan dia cintakan aku malah dia tunjuk betapa tak sukanya dia pada aku sehingga dia cari perempuan lain." Kata Erin sinis. Hanya dia yang bodoh kerana boleh jatuh cinta pada Rayyan sedangkan berpesan padanya supaya jangan jatuh cinta!

"Erin sebenarnya..." Alicia terdiam apabila mendengar pengumuman yang di buat air airport itu.

"Flight kau kan? Pergilah. Nanti kau tertinggal pula." Kata Erin. Nafas dalam di tarik supaya tidak lagi kedengaran sedih.

"Tapi macam mana dengan kau?" Tanya Alicia risau.

"Kai jangan risau pasal aku. Pandai la aku uruskan rumah tangga aku." Senyuman tipis Erin ukirkan untuk Alicia.

"Erin aku cuma nak pesan satu jer pada kau. Bincang dengan Rayyan elok-elok. Lepastu kalau masih juga sama, barulah fikir langkah seterusnya. Jangan terus bercakap hal berpisah. Aku cuma nak tengok kau bahagia dan aku tahu hanya Rayyan yang boleh buat kau bahagia." Kata Alicia. Kedua bahu Erin di pegang.

"Aku cuba..." Kata Erin lemah.

"No! Kau tak boleh cuba tapi kau mesti lakukannya. Luahkan perasaan kau pada Rayyan supaya Rayyan tahu kau cintakan dia. Dari situ kau juga akan tahu perasaan sebenar Rayyan pada kau." Tegas Alicia. Erin hanya mengangguk.

"Cepat la pergi sebelum kau terpaksa beli tiket kapal terbang yang baru." Kata Erin.

"Okay. Ingat tau. Kau jangan risau, apa pun yang berlaku, aku akan selalu ada di sisi kau!"

Sekali lagi Erin mengangguk. Alicia berdiri lalu terus menarik Erin ke dalam pelukannya. Belakang Erin di gosok lembut sebelum pelukan itu di leraikan.

"Aku pergi dulu. Assalamualaikum." Ucap Alicia.

"Waalaikumsalam." Jawab Erin.

Alicia tersenyum manis kepada Erin sebelum dengan berat hati dia berlari menuju ke pintu berlepas. Erin yang tidak sanggup melihat kepergian Alicia terus berlalu dari situ terlebih dahulu.

*
* *
* *

Erin mengerutkan dahi apabila kereta yang dinaiki itu tersengguk-sengguk seperti mengantuk. Erin terus memberi signal untuk masuk ke kiri bagi berhenti di bahu jalan.

"Waktu-waktu macam ni juga kau nak buat hal." Bebel Erin. Erin cuba menghidupkan kembali enjin kereta tetapi tidak hidup.

"Arghhhhh!" Erin mengetuk-ngetuk stereng kereta. Tertekan! Kereta pula buat hal. Boleh membuatnya gila.

Erin mencapai telefon. Dia berfikir mahu meminta bantuan siapa. Dia bukannya pakar hal kereta. Yang dia tahu hanya naik dan bawa saja. Erin mengetuk-ngetuk skrin telefon berfikir pada siapa yang boleh dia meminta bantuan.

Lama Erin berfikir tetapi pada akhirnya hanya Rayyan yang bermain di fikirannya. Erin mencebik tetapi dia tetap mendail nombor Rayyan. Tak akan dia mahu terus berada di dalam kereta tengah-tengah panas itu?

Erin cuba menanti dengan sabar jika panggilan di jawab. Hampa apabila akhirnya masuk ke peti suara. Sekali lagi Erin mencuba tetapi sama sahaja. Erin mula mengeluh. Malang apa lagi yang menimpanya? Kali ketiga dail, tiada beza. Tidak berjawab. Erin mendengar marah.

"Sibuk keluar dengan awek la tu!" Bebel Erin.

Erin menyandarkan tubuhnya sambil tangannya memeluk tubuh. Dia tidak tahu pada siapa patut dia minta tolong. Otaknya tidak dapat berfikir lagi.

Lama Erin termenung di dalam kereta sehinggalah ada sebuah kereta lain yang berhenti di depan keretanya. Erin menegakkan tubuh. Dia mula tertanya-tanya kereta siapa? Bagaimana kalau penculik? Erin mula gugup.

Erin melihat seorang jejaka yang tinggi lampai keluar dari perut kereta itu. Jejaka itu terus berjalan ke arah keretanya. Erin melepaskan nafas lega apabila dapat mengecam jejaka itu.

Erin menarik nafas dalam lalu di apabila lelaki itu mengetuk cermin keretanya. Erin memilih untuk terus keluar sahaja. Lelaki itu berundur beberapa tapak ke belakang apabila Erin menolak pintu kereta.

"Erin?" Jelas lelaki itu terkejut apabila Erin yang keluar dari perut kereta.

"Abang Kha..." Erin tersengih cantik.

"Erin buat apa tepi jalan ni? Abang ingatkan siapa tadi." Kata Khaleed masih lagi terkejut. Dia baru berfikir ingin menolong apabila melihat kereta itu menghidupkan hazard light.

"Kereta tiba-tiba mati. Tak boleh nak start enjin." Jawab Erin sambil mencebik bibir.

"Biar abang tengok." Kata Khaleed.

Erin hanya mengangguk. Erin memerhatikan gerak geri Khaleed yang cuba melihat apa masalah keretanya itu. Sambil-sambil itu dia mengipas wajahnya yang terasa berbahang.

"Cuba hidupkan enjin." Arah Khaleed. Erin mengangguk lalu kembali masuk ke dalam kereta. Enjin kereta cuba di hidupkan tetapi tidak hidup.

"Apa masalah sebenarnya ni abang?" Tanya Erin sedih.

"Abang pun tak pasti kenapa enjin kereta tak dapat hidupkan. Semuanya nampak elok sahaja tetapi enjin tak nak hidup." Kata Khaleed. Dia turut hairan.

"Menyebalkan macam pemilik dia." Kata Erin perlahan mengutuk Rayyan.

"Erin cakap apa?" Tanya Khaleed tidak berapa dengar apa yang di perkatakan Erin.

"Tak ada apa abang. Ermm boleh tak Erin minta tolong?" Tanya Erin.

"Apa dia?"

"Abang ada kenal mana-mana mekanikal yang boleh tolong tengokkan kereta ni tak?" Erin berharap ada seseorang yang boleh membantu.

"Abang panggil kawan abang la. Mungkin dia boleh bantu."

Erin hanya mengangguk setuju. Tidak kisahlah siapa janji boleh melihat apa masalah keretanya itu.

"Erin pergi la duduk dalam kereta abang dulu. Panas ni." Kata Khaleed.

"Ehh tak apa la abang. Erin duduk kat sini saja sambil-sambil tunggu kawan abang datang."

"Panas ni. Lagipun mungkin makan masa juga kawan abang tu ke sini. Jadi lebih baik Erin pergi duduk dalam kereta abang. Jangan risau, abang akan duduk kat kereta Erin."

Erin mengalah. Akhirnya dia terus masuk ke dalam kereta Khaleed manakala Khaleed duduk dalam keretanya. Dari dalam kereta Khaleed, Erin mencuri pandang jejaka itu. Jejaka yang cukup baik sifatnya.

Setelah hampir satu jam berpanas, akhirnya Erin terpaksa balik di hantar oleh Khaleed. Kawan Khaleed juga tidak tahu apa masalah keretanya itu. Sentuh sana sentuh sini tetapi enjin tetap tak nak hidup. Akhirnya kereta itu terpaksa di tarik dan di bawa ke bengkel.

"Abang dah bagi nombor telefon Erin pada kawan abang, nanti dia call Erin bila dah siap baiki apa yang menyebabkan kereta tu tak nak hidup." Kata Khaleed sambil matanya fokus ke jalan.

"Terima kasih abang. Maaf sebab dah susahkan abang. Erin pun tak sangka kereta tu nak buat hal." Kata Erin rasa bersalah.

"Tak ada apa yang susah. Kebetulan abang lalu jalan tu lepas hantar kawan abang ke airport." Jawab Khaleed.

"Abang hantar siapa? Sama la. Erin pun lepas hantar Alicia tadi." Kata Erin teruja. Sudah lama dia tidak berbual dengan Khaleed.

"Oh really? Alicia pergi mana?" Khaleed memandang Erin sekilas di sebelahnya.

"Alicia pergi sambung belajar."

"Dekat mana?"

"UK."

Khaleed mengangguk kepala. Seketika Erin mendiamkan diri.

"Abang. Boleh Erin tanya abang tentang sesuatu perkara?"

"Tanya la. Apa pun yang Erin tanya abang akan jawab."

Erin tersenyum manis. Lebih selesa bercakap dengan Khaleed daripada Rayyan yang dingin itu!

"Erin nak tahu siapa sebenarnya perempuan yang pernah abang cakap dekat Erin di universiti dulu..." Erin berpusing menghadap Khaleed. Wajah Khaleed dari sisi di pandang dengan penuh rasa debar menanti jawapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience