BAB 20

Romance Completed 119020

Erin duduk di ruang tamu sendiri. Dia sedang menanti kepulangan Rayyan. Sesekali matanya melirik ke arah jam. Erin mula tidak sedap duduk. Jam sudah hampir pukul 11.30 malam tetapi Rayyan masih belum pulang.

Erin terus bersabar menunggu. Dia berharap tiada apa yang berlaku kepada Rayyan. Tidak lama selepas itu, bunyi deruman enjin kereta di luar rumah kedengaran membuatkan Erin melepaskan nafas lega. Orang yang dinanti akhirnya sampai.

Erin bergegas berlari membuka pintu. Rayyan yang kebetulan ingin membuka pintu sedikit terkejut apabila Erin lebih mendahuluinya. Tanpa berkata apa-apa, Erin terus memeluk erat tubuh Rayyan. Sekali lagi Rayyan terkedu.

"Awak pergi mana sekarang baru balik? Kenapa langsung tak inform saya? Awak tahu tak saya risaukan awak? Dari tadi saya tunggu awak pulang!" Tanya Erin bertalu-talu.

"Maaf. Saya tertidur di office tadi." Jawab Rayyan ringkas. Dia terlalu penat.

"Jom masuk dulu." Ajak Erin.

Erin meleraikan pelukan pada tubuh Rayyan. Dengan lembut dia menarik Rayyan masuk ke dalam rumah. Erin mengunci pintu utama rumah itu terlebih dahulu manakala Rayyan bergerak duduk di atas sofa panjang.

"Awak nak air? Saya boleh ambilkan." Rayyan hanya menggeleng mendengar pelawaan Erin.

Erin mengangguk lalu duduk bersimpuh depan Rayyan. Stoking yang masih tersarung di kaki Rayyan terus di bukakan. Rayyan hanya membiarkan sahaja perbuatan Erin kerana dia tiada tenaga untuk menghalang.

Setelah itu, Erin bergerak bangun lalu duduk di sebelah kanan Rayyan. Wajah penat Rayyan dipandang. Dia tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku sehingga membuatkan Rayyan betul-betul kelihatan penat.

"Erin...bergerak ke kanan sedikit." Arah Rayyan.

"Kenapa?" Tanya Erin pelik.

"Buat sahaja!"

Erin yang tidak mahu menghancurkan angin baik Rayyan hanya menurut. Dia terus bergerak sedikit ke kanan seperti yang diarahkan menyebabkan adanya jarak antara dia dan Rayyan. Tanpa sepatah kata, Rayyan merebahkan badannya. Peha Erin dijadikan bantal.

"Awak..." Erin terkejut dengan perbuatan Rayyan itu. Tidak pernah di buat oleh Rayyan.

"Sekejap saja. Saya ingin berehat." Kata Rayyan perlahan.

Erin menghembuskan nafas lega. Dia cuba menstabilkan semula detak jantungnya yang berdegup laju. Erin memandang semula wajah penat Rayyan. Lebih dekat dalam keadaan begitu.

"Ada sesuatu terjadi hurmm?" Tanya Erin lembut walaupun dia tahu mungkin tidak dapat jawapan dari Rayyan.

"Hurmm...seorang buruh di Melaka meninggal dunia tengah hari tadi akibat jatuh dari bangunan di tapak pembinaan." Jawab Rayyan dengan matanya terpejam rapat. Bibir Erin pula merekah dengan senyuman. Petanda baik!

"Macam mana boleh jatuh?"

"Ada pergaduhan berlaku dan dia ditolak oleh seorang buruh lain. Semuanya huru-hara apabila menjadi hal polis. Saya sepatutnya ke Melaka tadi."

"Habistu, kenapa awak tak pergi?"

"Daddy dah pergi. Daddy akan uruskan semuanya di sana. Sekarang saya tengah update dari daddy."

Erin mengangguk faham. Jadi itulah yang membuatkan Rayyan betul-betul kelihatan penat? Fikir Erin, kerja di pejabat seperti Rayyan tidak perlu menghadap masalah seperti itu. Rupanya ada.

Dengan perlahan, Erin memberanikan diri mengusap rambut lebat milik Rayyan. Kepala Rayyan dielus lembut. Tiada bantahan daripada Rayyan.

"Erin..." Panggil Rayyan.

"Hurmm?"

"Maaf." Ucap Rayyan tiba-tiba membuatkan Erin mengerutkan dahi.

"Kenapa awak minta maaf? Setahu saya awak tak ada buat salah."

"Terlalu banyak maaf yang saya maksudkan. Maaf kerana saya tak mampu membantah, awak terikat dalam perkahwinan ini. Maaf sebab lamgsung tak mampu cintakan awak walaupun saya tahu pelbagai cara awak buat supaya saya jatuh cinta pada awak." Tangan Erin yang sedang mengusap rambut Rayyan terhenti apabila mendengarkan itu. Jantungnya terus bertukar rentak. Dari tenang berdegup laju.

"Jujur saya katakan, awak perempuan yang cukup sempurna jika dipandang oleh semua lelaki. Saya akui itu tetapi saya tak pasti kenapa saya tak cintakan awak. Mungkin hubungan kita ini hanyalah sementara? Mungkin juga jodoh kita yang sebenarnya ada di masa depan suatu hari nanti?" Sambung Rayyan.

Erin terdiam. Bibirnya digigit kuat. Sakit tetapi tidak setanding rasa sakit di hatinya. Dia terasa dengan kata-kata Rayyan. Adakah Rayyan sebenarnya ingin mengatakan bahawa dia akan mengakhiri hubungan mereka itu tanpa mencuba?

"Maaf..." Sekali lagi kata maaf meluncur keluar dari bibir Rayyan. Erin menarik nafas dalam lalu di hembus perlahan. Emosinya terganggu.

"Tak apa. Saya faham. Saya tak salahkan awak dalam hal ni. Boleh saya katakan kita sebenarnya mangsa keadaan?" Erin tertawa pedih di hujung ayatnya. Rayyan pula mengangguk.

Awak tak akan pernah cintakan saya kerana awak tidak pernah cuba mencintai saya! Kalau la awak tahu saya mencintai awak, terlalu mencintai awak saat ini? Adakah awak akan balas cinta saya Rayyan Qhai? Hati Erin menjerit ingin memberitahu bahawa dia mencintai Rayyan tetapi Erin tiada kekuatan. Bimbang jika luahannya ditolak mentah-mentah oleh Rayyan.

Erin melihat wajah Rayyan yang sudah terlelap di atas pehanya. Air matanya yang ingin menetes cuba di tahan. Dia tidak akan mengalah! Dia akan pertahankan rumah tangganya selagi tiada talak dijatuhkan oleh Rayyan. Dia akan buat apa sahaja supaya Rayyan jatuh padanya.

*
* *
* *

Tengah hari itu, Erin meminta Alicia datang ke rumah. Ada sesuatu yang ingin dia ceritakan kepada sahabatnya itu. Rayyan pula pagi-pagi lagi sudah bergegas ke pejabat. Sarapan yang di sediakan juga tidak disentuhnya.

"Kerja lebih penting dari isteri!" Omel Erin sendiri. Tidak puas hati!

Sebaik aahaja bunyi loceng pintu utama ditekan, Erin terus bergegas untuk membuka pintu. Alicia tersenyum manis kepada Erin. Erin lantas memeluk erat tubuh Alicia. Alicia pula yang terkedu dengan perbuatan Erin.

"Kalau ye pun rindu aku, jemput la aku masuk rumah dulu. Panas tau kat luar ni." Kata Alicia.

"Sorry...jemput la masuk." Balas Erin bersama senyuman tawar. Pelukan pada tubuh Alicia dileraikan. Alicia pantas melangkah masuk.

"Kenapa kau tiba-tiba jemput aku datang rumah kau ni?" Tanya Alicia sambil melabuhkan duduk. Wajah keruh Erin di kerling sekilas.

"Aku ada masalah besar sekarang ni."

"Cuba ceritakan. Apa yang besar sangat masalah kau tu sampai muka seperti lori cuka kemalangan? Masam sahaja!"

Erin mengeluh berat. Dia terus menceritakan segalanya pada Alicia apa yang berlaku malam tadi. Apa yang dikatakan oleh Rayyan. Sepanjang bercerita, entah kenapa Erin berasa seperti dadanya ditikam dengan sesuatu yang tajam. Sakit! Air matanya mula mengalir.

"Kau tahu tak kau sebenarnya cintakan Rayyan?" Ulas Alicia sebaik sahaja Erin habis bercerita.

"Aku tahu!" Jawab Erin jujur. Dia tidak boleh berbohong tentang itu.

"Jadi buatkan Rayyan cintakan kau balik."

"Dah bermacam cara aku buat. Aku goda dia dengan baju-baju yang kau belikan tu tapi apa hasilnya? Dia langsung tak tergoda. Dia juga tahu aku buat semua tu semata-mata ingin menggodanya dan dia tetap juga tak mampu cintakan aku." Sekali lagi Erin mengeluh berat. Alicia menggigit jarinya. Otaknya ligat memikirkan cara untuk membantu sahabatnya.

"Kau rasa Rayyan akan ceraikan aku?" Tanya Erin perlahan.

"Hei! Apa yang kau cakap ni? Jangan berfikiran terlalu jauh boleh tak?" Alicia menggeleng kepala perlahan.

"Aku rasa kau mesti ikat Rayyan secepat mungkin supaya dia tak akan mampu pergi jauh dari kau." Cadang Alicia.

"Macam mana aku nak ikat dia? Perlu cari tali tambat dia pada katil? Macam tu?" Erin menggeleng.

"Eh bodoh la kau ni Erin! Maksud aku ikat dia dengan dapatkan anak. Kau perlu mengandung. Dengan itu Rayyan tidak dapat lepaskan kau."

"Hell! Macam mana aku nak mengandung kalau antara aku dan Rayyan tidak pernah terjadi apa-apa. Rayyan tidak pernah sentuh aku bahkan kami tidur pun bilik berasingan. Takkan aku perlu mengandung dengan cara menggunakan bayi tabung uji?"

Alicia ketawa kecil mendengar kata-kata yang laju meluncur keluar dari bibir Erin. Dari awal dia sudah agak semua itu. Walaupun Erin berusaha menyoroknya tetapi dia tetap dapat mengagak daripada luahan Erin. Seteruk itu rumah tangga sahabatnya.

"Jadi cari cara untuk kau dan Rayyan tidur sebilik dan sekatil. Yang paling penting Rayyan jatuh ke dalam pelukan kau." Kata Alicia.

Erin menggigil bibir. Dia baru sahaja tersedar dia sudah bongkarkan semuanya. Sekarang Alicia sudah tahu bahawa dia dan Rayyan tidak pernah terjadi apa-apa. Mereka hanyalah rakan serumah.

"Macam mana?"

"Aku ada cadangan." Alicia tersenyum licik. Erin sepatutnya bersyukur dapat sahabat otak geliga sepertinya.

Alicia terus menceritakan cadangannya kepada Erin. Erin mendengar dengan teliti cadangan itu. Dia berharap cadangan seterusnya betul-betul menjadi.

"Kau pasti ke boleh jadi?" Tanya Erin ragu-ragu.

"Pastilah! Apabila mak mentua kau tidur sini, bermakna kau dengan Rayyan haruslah tidur sebilik. Jika tidak, mak mentua kau akan tahu bagaimana hubungan korang sebenarnya." Jawab Alicia.

"Tapi kalau mummy tidur sini, bagaimana pula dengan abang Rayyan? Takkan dia nak tinggal seorang dekat rumah sana?" Tanya Erin.

"Alaa biarkan aja dia tinggal sorang. Dia kan lelaki..." Balas Alicia selamba sambil membetulkan duduknya. Selang beberapa saat, Alicia baru tersedar sesuatu.

"Wait! Wait! Kau cakap apa tadi? Abang? Abang Rayyan? Rayyan ada abang ke?" Terteleng kepala Alicia memandang Erin. Erin berdecik sebal.

"Ye! Dia ada abang. Aku pun baru tahu selepas kitorang sah bergelar suami isteri." Jawab Erin.

"Tapi...aku rasa aku tak ada nampak pun abang Rayyan yang kau maksudkan tu sewaktu majlis korang hari tu." Alicia menjungkit kening.

Erin mengeluh kecil. Erin terus menceritakan serba sedikit tentang abang Rayyan itu. Sama seperti yang Rayyan ceritakan padanya. Alicia mendengar mengangguk-angguk faham.

"Sekarang baru aku faham kenapa Rayyan takut untuk membantah dalam perjodohan ini. Kalau aku pun, aku akan lakukan benda yang sama. Siapa sanggup kehilangan senyuman seorang ibu?" Ulas Alicia. Erin mengangguk setuju.

"Arr tapi apa pun, kau mesti cuba. Aku tengok mak mentua kau sayang sangat dekat kau jadi aku pasti mak mentua kau tak akan tolak permintaan." Putus Alicia. Itulah satu-satunya cara supaya Erin dapat bersatu dengan Rayyan.

"Aku cuba." Sahut Erin.

"Good girl! Tak sabar aku nak tengok perut kau membuyung besar." Terkekeh-kekeh Alicia ketawa membayangkan Erin nanti.

"Hishh kau ni! Belum jalan pun kau dah bayangkan sampai hujung dunia sana." Erin menepuk geram lengan Alicia. Wajahnya terasa berbahang.

"Apa salahnya? Berangan dulu kenyataan kemudian." Alicia tersenyum. Dia pasti plan kali ini menjadi.

Erin dan Alicia terus berbual dan bergelak ketawa. Seketika hilang segala masalah yang ada di kepala Erin. Sahabatnya itu betul-betul mampu membuatkan dirinya lupa akan masalah walaupun seketika.

Maybe too late but SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN SEMUA<33

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience