BAB 10

Romance Completed 119020

Erin mengeluh lega apabila dia dan Rayyan selamat sampai di rumah keluarganya. Erin terus keluar dari perut kereta. Dia pasti Puan Elisya dan Tuan Zakri sedang menantikan mereka berdua kerana sekejap lagi Puan Elisya dan Tuan Zakri akan ke lapangan terbang.

"Mama!" Jerit Erin apabila melihat Puan Elisya berada di ruang tamu.

"Ya Allah! Terkejut mama. Kalau ye pun bagi la salam." Tegur Puan Elisya. Mengurut dada dia mendengar jeritan Erin itu.

"Sorry mama. Assalamualaikum." Erin terus memberi salam. Senyuman tidak bersalah ditampal pada bibir.

"Waalaikumsalam. Suami kamu mana? Kenapa kamu seorang jer ni?" Tanya Puan Elisya apabila tidak kelihatan kelibat Rayyan.

"Ada kat luar." Jawab Erin selamba.

"Ya Allah! Bertuah punya budak! Kenapa tak ajak Rayyan masuk?" Puan Elisya mencubit geram lengan Erin. Erin pantas mendesis sakit.

"Erin lupa. Excited sangat nak jumpa mama." Puan Elisya menjeling tajam.

"Tepi sikit!" Puan Elisya terus menolak Erin ke tepi. Langkah kakinya di bawa ke pintu utama. Terkedek-kedek Erin mengikut Puan Elisya dari belakang.

"Rayyan jemput la masuk. Kenapa tak masuk?" Tanya Puan Elisya apabila melihat Rayyan tercegat di depan pintu utama itu bersama beg pakaian. Rayyan tersengih sambil menggaru kepala.

"Assalamualaikum mama." Ucap Rayyan. Dia terus maju untuk bersalaman dengan Puan Elisya.

"Waalaikumsalam. Masuk la. Jangan malu-malu. Kan dah jadi rumah Rayyan juga ni." Kata Puan Rodziah lembut.

"Okay mama." Sahut Rayyan seraya tersenyum. Dia terus mengikut langkah Puan Elisya dan Erin masuk ke dalam rumah.

"Sorry!" Bisik Erin kepada Rayyan.

Rayyan tidak mengendahkan bisikan itu. Dia meletakkan beg pakaiannya di tepi lalu melabuhkan duduk di atas sofa. Erin mencebik apabila tiada reaksi dari Rayyan. Dia berjalan melepasi Rayyan lalu duduk di sebelah lelaki itu.

"Papa mana?" Tanya Erin.

"Papa kat atas. Kejap lagi turun la tu." Jawab Puan Elisya. Erin mengangguk perlahan.

"Jadi macam mana? Semuanya baik-baik saja?" Tanya Puan Elisya. Erin dan Rayyan menjungkit kening. Baik-baik dari segi mana?

"Kami okay." Jawab Rayyan. Sekilas dia memandang Erin dan mengukir senyuman.

"Dah sampai rupanya anak dan menantu papa. Ingatkan belum sampai." Tiba-tiba terdengar suara Tuan Zakri mencelah.

"Papa!" Cepat-cepat Erin bangun bergerak memeluk Tuan Zakri. Tuan Zakri tersenyum membalas pelukan itu.

"Manja-manja ni kenapa? Dah ada suami pun manja lagi ke?" Tanya Tuan Zakri sambil meleraikan pelukan.

"Alaaa nak manja-manja pun tak boleh! Seminggu tahu tak dapat jumpa papa dengan mama?" Erin mencemberutkan wajahnya.

"Eleh. Sebelum ni berbulan tak jumpa, okay aje?" Sindir Tuan Zakri. Semakin kuat Erin cemberutkan wajahnya. Tuan Zakri terus ketawa kecil.

"Dah-dah. Papa nak berangkat dah ni. Kan tak pasal-pasal tertinggal kepal terbang mama dan papa nanti." Kata Tuan Zakri lagi. Tidak mahu melayan kerenah Erin.

"Yelah. Semoga mama papa selamat sampai di sana dan selamat sampai pulang nanti. Jangan lupa buah tangan untuk Erin." Kata Erin.

"Yelah! Yang tu tak boleh lupa." Balas Puan Elisya.

"Esya mana?" Tanya Tuan Zakri tiba-tiba apabila tidak melihat kelibat Esya. Puan Elisya tidak menjawab. Hanya segaris senyuman di ukir.

"Ayyan papa dan mama pergi dulu." Kata Tuan Zakri kepada Rayyan.

"Okay papa. Take care." Rayyan bergerak bersalam dengan Tuan Zakri.

"Enjoy your trip mama." Kata Rayyan kepada Puan Elisya pula. Tangan Puan Elisya di salam.

Erin dan Rayyan terus menghantar Puan Elisya dan Tuan Zakri sehingga ke pintu. Erin memandang mama dan papanya menghilangkan diri ke dalam kereta di mana Pak Om akan menghantar mereka berdua ke lapangan terbang. Erin melambaikan tangannya apabila kereta itu mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah.

"Ayyan dan Erin dah sampai? Maaf! Mak Ngah sibuk kemas dapur sampai tak perasan kamu berdua sampai." Tegur Mak Ngah yang baru keluar dari ruang dapur. Terkejut melihat anak dan menantu majikannya berdiri di muka pintu.

"Mak Ngah!" Erin berlari anak memeluk Mak Ngah. Rindunya dia pada Mak Ngah.

"Ni kenapa ni? Dah jadi isteri orang pun masih manja." Mak Ngah menggeleng melihat kemanjaan Erin. Tidak ubah.

"Ishh mana ada Erin manja! Mak Ngah ni sama jer macam papa. Atau Mak Ngah tak sudi Erin peluk Mak Ngah?" Erin memasamkan wajahnya.

Rayyan yang memerhati gelagat Erin menjungkit kening. Tadi dengan mama dan papanya, sekarang dengan Mak Ngah pula. Dia tertanya-tanya adakah itu sikap sebenar Erin. Seorang yang manja.

"Ayyan buat la macam rumah sendiri. Jangan malu-malu." Kata Mak Ngah apabila melihat Rayyan hanya diam.

"Okay Mak Ngah." Jawab Rayyan seraya tersenyum.

"Erin dan Ayyan dah makan ke? Kalau belum Mak Ngah boleh masakan." Pelawa Mak Ngah.

"Eh tak apa Mak Ngah. Ayyan dan Erin dah sarapan rumah mummy tadi." Tolak Rayyan. Sungguh dia sudah makan sebelum bertolak ke rumah mentuanya tadi.

"Kalau macam tu, pergi la naik berehat. Kamu berdua mesti penat kan sibuk dengan majlis." Erin mengangguk kepalanya. Tak dinafikan!

"Kalau macam tu, kami naik bilik dulu Mak Ngah." Balas Erin. Mak Ngah mengangguk.

Mak Ngah terus beredar dari ruang tamu meninggalkan pengantin baru itu. Rayyan menarik beg pakaian lalu mengikut langkah Erin menuju ke tangga.

"Saya nak ambil barang dalam kereta kejap. Tunggu sini." Kata Rayyan apabila teringatkan tertinggal sesuatu di dalam kereta. Erin mengangguk perlahan.

Rayyan terus melangkah meninggalkan Erin bersama beg pakaiannya. Erin yang melihat beg pakaian milik Rayyan terus mengangkat beg itu di bawa naik tangga. Erin mengeluh kecil.

"Dia ni bawa bukit ke apa dalam beg? Berat sangat!" Omel Erin sendiri sambil terus melangkah naik.

Entah di mana silap langkahnya, Erin terjatuh dari tangga itu bersama beg pakaian Rayyan. Seketika ruang rumah itu bergema dengan jeritan Erin. Rayyan yang baru menutup pintu kereta terus bergegas masuk ke dalam rumah.

"Ya Allah Erin Aulya! Awak buat apa ni?!" Rayyan berlari anak mendapatkan Erin yang sudah menangis di atas tangga. Mak Ngah yang berada di belakang turut berlari ke depan apabila mendengar jeritan Erin.

"Awak kaki saya!" Erin terus menangis sambil memegang kakinya yang terasa sakit.

"Awak main apa Erin?" Pening kepala Rayyan. Matanya terus tertacap pada beg pakaiannya yang turut jatuh dari tangga itu. Rayyan menjentik geram dahi Erin.

"Hadiah sebab awak suka-suka angkat beg berat tu. Ada saya suruh? Tak ada penyakit cari penyakit!" Semakin menjadi-jadi tangisan Erin apabila mendengar bebelan itu.

"Mak Ngah tolong Erin Mak Ngah. Kaki Erin sakit." Matanya terus beralih memandang Mak Ngah.

"Ayyan Mak Ngah rasa kita kena bawa Erin ke hospital. Dah bengkak kaki tu. Mesti terseliuh." Kata Mak Ngah sambil melihat buku lali Erin mula membengkak.

"Tak apa la Mak Ngah. Ayyan bawa Erin ke hospital." Rayyan terus mencempung tubuh Erin dengan hati-hati. Erin terus mendesis sakit.

Laju Rayyan berjalan keluar dari rumah itu diikuti oleh Mak Ngah. Mak Ngah membantu Rayyan membukakan pintu kereta. Rayyan meletakkan tubuh Erin di atas kusyen kereta itu perlahan. Bimbang jika kaki Erin semakin membengkak.

Dalam perjalanan ke hospital, berbuih mulut Rayyan membebel. Erin terus menangis. Sakit di kaki bergerak ke hatinya apabila Rayyan tidak henti menyalahkannya. Tapi dia tak mampu melawan kerana sememangnya itu salah dia.

*
* *
* *

Rayyan memakirkan keretanya di garaj. Erin yang sudah tertidur di sebelahnya dipandang. Kaki itu sudah berbalut. Rayyan terus keluar dari perut kereta lalu melangkah ke pintu sebelah penumpang. Rayyan mencempung tubuh Erin yang masih lena untuk masuk ke dalam rumah.

Di ruang tamu, Rayyan berpampasan dengan Mak Ngah. Mak Ngah yang sememangnya menantikan kepulangan mereka terus mendekati Rayyan. Mak Ngah bertanya pada pada Rayyan adakah Erin ok dengan hanya menggerakkan bibirnya. Rayyan pantas mengangguk.

Selepas itu, Rayya terus meminta izin untuk bawa Erin ke bilik. Mak Ngah memberitahu bilik Erin berada di sebelah kiri tangga. Rayyan mengangguk. Dia terus memanjat naik anak tangga. Di atas tangga dia berpampasan dengan Esya. Langsung tidak memandang ke arah gadis itu.

Dengan hati-hati Rayyan meletakkan Erin di atas katil. Kaki Erin yang berbalut di betulkan. Rayyan memandang wajah polos Erin yang tidur. Mata sudah kelihatan sedikit sembab kerana menangis.

Rayyan kembali melangkah keluar dari bilik itu untuk turun mengambil beg pakaiannya di bawah. Rayyan berdecik sebal apabila sekali lagi terserempak dengan Esya dan Esya menahan langkahnya untuk kembali naik ke atas.

"Bahagianya adik ipar I. Bawa isteri ke bilik pun siap berdukung." Sindir Esya.

"Pengantin baru mana yang tak bahagiakan? Kenapa? You dengki ke?" Balas Rayyan dalam nada sindiran juga.

"I tak tahu apa yang you nampak pada Erin tu. Nak kata cantik, I lagi cantik tapi you langsung tak pandang I."

"I tak pandang kecantikan, yang I pandang adalah keikhlasan seseorang itu."

"You pasti ke Erin ikhlas terima you?"

"Dia isteri I jadi I percayakan isteri I. You boleh tak jangan masuk campur urusan rumah tangga I? Meluat tahu tak?" Cemuh Rayyan. Rayyan mahu melangkah pergi tetapi sekali lagi Esya menahannya.

"Rayyan wait!" Esya memegang lengan Rayyan tetapi cepat-cepat Rayyan menepisnya.

"Don't touch me. Kulit I hanya Erin yang boleh sentuh!" Kata Rayyan geram. Esya pantas menggigit bibir.

Rayyan terus berlalu dari situ. Tidak mahu melayan kerenah Esya yang cukup menyakitkan hatinya itu. Sebaik masuk ke dalam bilik, Rayyan melihat Erin sudah bangun dan duduk bersandar pada kepala katil. Hanya sekilas. Dia sudah tiada mood.

"Awak..." Panggil Erin lembut apabila melihat Rayyan bergerak duduk di sofa yang ada dalam biliknya.

"Apa?" Tanya Rayyan kasar. Erin terkedu.

"Tak ada apa la." Erin mengendurkan suaranya. Tidak berani meneruskan niatnya. Rayyan mengeluh kecil.

"I'm sorry! Kenapa?" Rayyan kembali bertanya tetapi kali ini dengan nada cukup lembut.

"Saya nak tanya sesuatu boleh?" Lembut Erin bertanya. Sebenarnya ada sesuatu yang bermain di fikirannya. Dari rumah mentuanya lagi.

"Tanya la." Balas Rayyan. Sambil itu rubuhnya di baringkan ke atas sofa.

"Siapa tetamu semalam tu? Kenapa dia boleh ada sekali masa sarapan tadi." Jujur Erin bertanya.

Sememangnya dia terkejut apabila tetamu yang sempat dia lihat sekali imbas semalam berada di meja makan bersama mereka. Yang peliknya tiada sesiapa memperkenalkan tetamu itu pada dirinya. Wajah Puan Rodziah juga terlihat datar sepanjang sarapan pagi tadi membuatkan dirinya berasa sedikit tidak selesa.

"Abang saya." Singkat Rayyan menjawab tetapi Erin terkejut.

"Awak ada abang?" Tanya Erin tidak percaya. Rayyan mengangguk.

"Saya tak pernah nampak pun. Masa majlis kita pun dia tiada. Tiba-tiba muncul semalam." Kata Erin. Seperti ada sesuatu yang tidak kena dalam keluarga itu.

"Abang saya baru jer balik dari luar negara. Sebelum ini kami sendiri tidak tahu di mana dia tinggal. Yang kami tahu dia tinggalkan kami hanya kerana cinta hatinya." Entah kenapa Erin berasa di hujung ayat itu terdengar nada kecewa dari Rayyan.

"Boleh saya tahu selanjutnya? Kalau awak tak sudi bercerita tak apa." Rayyan berpaling memandang Erin di atas katil.

Rayyan mengeluh kecil. Rayyan memejamkan matanya dan berdiam diri. Buat beberapa minit, Rayyan membuka mulut untuk bercerita tentang keluarganya. Tentang abangnya Raiq Qhai. Bertahun-tahun lamanya hilang tiba-tiba muncul di rumah semalam.

Puan Rodziah pernah ingin menjodohkan Raiq dengan anak kenalannya. Tetapi Raiq membantah sekeras-kerasnya. Raiq memberitahu bahawa dia sudah ada pilihan sendiri. Tetapi pilihan Raiq tidak menepati kriteria yang Puan Rodziah inginkan.

Puan Rodziah tidak kisah jika seorang perempuan itu tidak pandai memasak atau tidak bertudung tetapi Puan Rodziah tidak suka perempuan yang memakai pakaian tidak cukup kain dan tidak tahu cara menghormati orang tua. Di sebabkan itu Puan Rodziah tidak merestui hubungan Raiq dan perempuan itu.

Disebabkan itu jugalah Raiq telah membuat keputusan untuk kahwin dengan perempuan itu dengan membelakangi mereka sekeluarga. Mereka tahu pun setelah Raiq pulang dan memberitahu dia sudah berkahwin dan mahu keluar dari rumah itu.

Saat itu, mereka semua melutut merayu pada Raiq supaya jangan pergi. Puan Rodziah juga berkata dia akan merestui hubungan mereka dengan syarat Raiq tetap di rumah. Tetapi Raiq terlalu buat dengan cintanya. Dia tetap pergi meninggalkan mereka tanpa sedikit perasaan.

Itulah salah satu sebab mereka berpindah ke Malaysia. Setelah Raiq keluar dari rumah mereka di LA, Puan Rodziah hampir gila. Hari-hari menangis berharap Raiq pulang. Dia dan daddynya hampir sahaja kehilangan Puan Rodziah.

"Jadi itulah sebab awak tak nak tolak rancangan perkahwinan kita ni?" Tanya Erin setelah Rayyan diam. Rayyan mengangguk. Tiba-tiba Erin berasa simpati tetapi apakan daya. Dia juga tidak mampu untuk menolak.

"Jadi macam mana dengan mummy. Mummy dah maafkan abang awak?" Tanya Erin. Sekali Rayyan menggeleng.

"Dia pergi tinggalkan kami tanpa sedikit rasa simpati, dia pulang dengan senang hati hanya untuk menagih kata maaf dengan sebatas ayat penyesalan? Tidak mungkin semudah itu!" Kata Rayyan sinis.

Erin terdiam. Dia memandang wajah Rayyan yang kelihatan tertekan. Mungkin memikirkan tentang abangnya itu. Entah kenapa Erin berasa bersalah.

"Maaf." Tutur Erin.

"Kenapa awak minta maaf?" Tanya Rayyan pelik.

"Tak tahu. Tapi saya tetap minta maaf." Jawab Erin.

"Saya nak tidur. Kejutkan saya kalau masuk waktu zohor nanti." Kata Rayyan. Erin tidak menjawab. Hanya anggukkan kecil sahaja sebagai tanda ok.

Tahu lewat tapi tetap nak published >.< Next ->

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience