Epilog

Romance Completed 119020

Erin dan Alicia duduk di atas pasir persisiran pantai. Erin menyandarkan kepalanya pada bahu Alicia manakala Alicia mengusap lembut lengan Erin. Angin yang bertiup terasa semakin sejuknya. Maklum sahaja, malam semakin larut.

"Ca, bukan ke ada sesuatu yang patut kau jelaskan pada aku?" Tanya Erin memecah keheningan antara dia dan Alicia.

"Tentang apa?" Tanya Alicia semula buat-buat tidak faham dengan soalan Erin.

"Tentang bagaimana kau boleh ada di sini sekarang sedangkan kau sepatutnya berada di UK?" Erin memperincikan tentang pertanyaannya itu.

"Hurmm, actually aku masih tak sampai di UK. Aku batalkan penerbangan aku pada hari yang kau cakap kau nak berpisah dengan Rayyan. Dan aku sepatutnya terbang ke UK dua hari lepas, pada hari majlis kakak kau tetapi Rayyan pula yang membatalkan penerbangan aku sebab dia perlukan pertolongan aku untuk rancangan dia malam ini." Jelas Alicia.

"Heh? Maknanya orang yang Rayyan pergi jemput dekat airport tu adalah kau?" Erin membuat wajah tidak percaya. Rayyan benar-benar pakar dalam bab berbohong.

"Kenapa?" Tanya Alicia pelik.

"Tak ada la. Bila aku tanya malam tu, dia cakap dia pergi jumpa kawan dan alang-alang tu pergi ambil Along dekat airport." Jawab Erin. Alicia tertawa kecil.

"Mungkin itu satu-satunya idea yang timbul di kepala dia?" Sekilas Alicia memandang Erin. Erin mengangguk bersetuju.

"Jadi betulah kau orang yang bagi penampar pada Rayyan dekat restoran tu?" Tanya Erin lagi. Kali ini Alicia tersengih.

"Hehehe, sorry babe. Aku tahu aku tak sepatutnya sentuh suami kau tapi dia tu dah melampau. Dia cakap dekat aku dia cintakan kau tapi dia keluar dengan perempuan lain. Sebab tu aku bagi dia penampar. Biar dia sedar sikit." Jawab Alicia penuh rasa geram mengingatkan itu.

"Kejap, kejap. Apa maksud kau Rayyan cakap dekat kau yang dia cintakan aku?" Erin pantas menegakkan tubuhnya sebelum dipusing menghadap Alicia. Alicia pula menggeleng. Nampaknya Erin benar-benar tidak tahu apa-apa.

"Okay cerita dia macam ni. Beberapa hari sebelum aku nak terbang ke UK, Rayyan ada ajak aku jumpa. Dia hanya ingin bagitahu aku yang dia jatuh cinta pada kau tapi dia takut untuk luahkan pada kau. Dia takut kalau cintanya bertepuk sebelah tangan disebabkan oleh aturan yang dia buat. Sebab itu pada hari kau cakap ingin berpisah dengan Rayyan, aku suruh kau berbincang baik-baik dengan Rayyan. Aku dah tahu perasaan sebenar Rayyan pada kau. Waktu tu, aku ingin sangat bagitahu kau tentang kebenaran tetapi aku tak dapat buat semua tu. Aku nak Rayyan sendiri yang luahkan pada kau bukan aku yang menyampaikan. Disebabkan aku risau dengan emosi kau ketika itu, aku nekad untuk batalkan penerbangan aku." Jelas Alicia panjang lebar.

Erin terkedu. Seluruh tubuhnya terkaku. Dia tidak sangka sejauh itu Alicia bertindak kerana dia. Dia tidak sangka Alicia sanggup menangguhkan impiannya hanya kerana ingin memastikan dia dan Rayyan baik-baik saja. Erin betul-betul terharu.

"Jadi bermakna, kau tahu tentang segalanya? Tentang apa yang berlaku antara kakak aku dan abang Kha?" Tanya Erin perlahan. Alicia hanya mengangguk.

"Bahkan waktu kau masuk wad disebabkan ulah Esya pun aku tahu. Aku pergi melawat kau cuma dari jauh. Rayyan pun tahu tentang tu. Aku yang minta Rayyan rahsiakan semua ni daripada kau. Aku cuma nak bagi masa untuk korang berdua jujur dengan perasaan sendiri. Mengalah dengan ego yang melangit. Aku minta maaf kalau apa yang aku buat ni, buat kau rasa aku menyibuk tetapi percayalah. Aku tak ada niat lain melainkan aku nak tengok kau dan Rayyan sama-sama bahagia."

Erin mengangguk faham. Sekarang semuanya sudah jelas. Bagaimana dia ingin gambarkan perasaannya ketika itu? Terkejut? Terharu? Semua ada. Dia bangga dengan Alicia yang jauh berfikiran lebih matang walaupun terkadang gadis itu terlihat tidak matang.

"Ca terima kasih. Terima kasih atas apa yang kau lakukan untuk aku dan Rayyan. Terima kasih sangat-sangat." Erin bergerak memeluk erat tubuh Alicia.

"Kau tak perlu berterima kasih kepada aku. Apa yang jadi semua nikmat daripada Allah. Terima kasih padanya. Aku hanya lakukan apa yang aku boleh lakukan." Alicia mengusap lembut belakang Erin.

Erin menarik nafas dalam. Matanya dipejam rapat. Dia tidak mahu melepaskan pelukan itu. Nikmat mana lagi yang mahu dia dustakan? Allah sudah berikan dia segala kemewahan dari segi keluarga yang bahagia, pasangan hidup dan sahabat. Erin melafazkan kata syukur atas segala nikmat yang dia rasa saat itu.

"By the way Ca, kau tak nak jadi kakak ipar aku ke?" Tanya Erin dengan tawa kecil di hujung ayatnya.

"Maksud kau?" Tanya Alicia tidak faham.

"Aku rasa along suka kau." Jawab Erin.

"Mengarut la kau!" Alicia mencubit lembut belakang tubuh Erin.

"Betul la. Sepanjang kita makan ramai-ramai tadi, aku asyik nampak along pandang kau jer. Bila kau senyum along pun senyum." Alicia sembunyi senyum. Tidak perlu Erin bagitahu kerana dia tahu itu.

"Kau tak nak ke? Rugi babe. Along anak tan sri tau? Tengok aku ni. Duduk rumah goyang kaki jer. Duit setiap hari berjalan." Lagi-lagi Erin tertawa sendiri. Sengaja dia mahu mengusik Alicia.

"Ish kau ni! Aku tahu la kau faham jiwa aku tapi jangan la cakap macam tu. Dengar oleh orang nanti, tak pasal-pasal dia cakap aku ni kaki kikis."

"Okay okay. Tapi kau nak tak? Kalau nak, aku boleh tolong."

Alicia hanya menjungkit bahu. Tetapi entah kenapa pipinya terasa panas. Erin menggeleng kepala. Mereka kembali berdiam diri tanpa melepaskan pelukan itu.

"Ehem!" Bunyi seseorang berdehem membuatkan Erin dan Alicia sama-sama meleraikan pelukan. Mereka berdua pantas mendongak.

"Seronok berpelukan dalam gelap ni?" Tanya Rayyan dalam nada menyindir.

"Mestilah. You tu tiba-tiba datang menyibuk." Balas Alicia. Erin tersenyum tipis mendengar balasan Alicia.

"Sibuk tak sibuk, yang you peluk tu isteri I." Rayyan menjeling Alicia tajam.

"Ceh. Baru sekarang." Alicia mengherotkan bibir mengejek. Semakin tajam Rayyan memandang Alicia.

"Yelah isteri you." Alicia mengalah. Tidak mahu berdebat.

"Babe aku masuk dulu. Jumpa pagi esok." Kata Alicia. Dia pantas bangkit berdiri.

"Okay. Sweet dreams Ca." Ucap Erin bersama senyuman manis.

"You too." Balas Alicia. Tangannya dilambai sebelum mengorak langkah meninggalkan Erin dan Rayyan.

Erin dan Rayyan menghantar langkah Alicia dengan pandangan mata. Apabila memastikan Alicia betul-betul sampai di depan resort, barulah mereka berdua mengalihkan pandangan.

*
* *
* *

"Apa yang sayang bualkan dengan Alicia sampai berpelukan?" Tanya Rayyan. Punggungnya dilabuhkan duduk sebelah Erin.

"Sesuatu yang lelaki tidak boleh tahu." Jawab Erin.

"Tapi abang suami sayang. Abang ada hak nak tahu." Erin tersenyum tipis mendengar nada tidak puas hati daripada Rayyan itu.

"Sama juga seperti sayang. Sayang isteri abang tetapi terlalu banyak perkara yang sayang tidak tahu. Jadi adil la kan kalau sayang juga berahsia?" Rayyan menjungkit kening mendengar kata-kata itu.

"Apa maksud sayang terlalu banyak perkara yang sayang tidak tahu? Bukan ke abang sudah jelaskan semuanya?" Lembut Rayyan bertanya. Erin berpaling menatap wajah Rayyan.

"Abang pasti abang dah jelaskan semuanya pada sayang? Bagaimana tentang abang pergi jumpa Alicia dan cakap pada dia yang abang cintakan sayang? Tentang abang dapat penampar daripada Alicia? Tentang kawan yang abang pergi jumpa pada hari majlis kakak?" Bertalu Erin mengajukan soalan.

"Abang mintak maaf. Abang bukan tak nak bagitahu tentang tu, cuma saja abang malu. Cuba sayang bayangkan kalau berita abang dapat penampar daripada seorang perempuan tersebar, jatuh la martabat abang sebagai seorang lelaki." Jelas Rayyan. Erin mengangguk-anggukan kepalanya.

"Okay sayang terima alasan tu tetapi bagaimana pula dengan kawan yang abang pergi jumpa pada hari majlis kakak tu? Kawan yang abang maksudkan tu Alicia kan? Abang pergi jemput Alicia di airport dan bukannya Along." Rayyan mengeluh.

"Sekali lagi abang minta maaf. Ye kawan yang abang maksudkan tu sebenarnya Alicia. Abang pergi jemput dia dekat airport. Abang terpaksa cakap dekat sayang kawan sebab kalau abang cakap kawan itu ialah Alicia, tak jadi la suprise abang malam ni. Satu lagi, abang tak tipu tentang abang pergi jemput Along dekat airport. Lepas hantar Alicia ke hotel, Along tiba-tiba sahaja call abang. Dia minta abang pergi jemput dia dekat airport. Sebab tu abang balik lambat." Jujur Rayyan lagi. Erin pula membuat wajah tidak percaya.

"Kalau sayang tak percaya, sayang boleh pergi tanya Along sendiri." Sambung Rayyan apabila Erin diam.

Erin kembali membuang pandang ke laut yang kelam. Nafas dalam lalu dihembus perlahan. Rayyan yang melihat reaksi Erin mula gelisah. Kecewakah Erin?

"Sayang marah? Abang minta maaf." Perlahan suara Rayyan menyapa pendengaran Erin. Lagi-lagi Erin hanya diam.

"Sayang..." Rayyan meraih tangan Erin lalu digenggam erat. Wajah Erin dipandang dari sisi.

"Pandang abang please. Abang minta maaf sangat-sangat. Abang janji abang tak akan berahsia apa-apa lagi dari sayang." Erin pantas memandang wajah Rayyan yang meminta simpati.

"Boleh ke sayang percayakan kata-kata abang ni?" Tanya Erin ragu. Laju Rayyan mengangguk menjawab pertanyaan itu.

"Kali ni, abang akan buktikan. Sayang hanya perlu percayakan abang sahaja." Kata Rayyan tegas.

"Kalau macam tu, lebih baik abang pegang janji abang tu. Lepas ni kalau sayang tahu ada sesuatu yang abang sorokkan daripada sayang, sayang betul-betul akan tinggalkan abang." Rayyan hanya mengangguk perlahan.

"Terima kasih sayang sebab bagi abang peluang. Terima kasih sebab percayakan abang. Abang minta maaf tentang sebelum ini. Maaf sebab dah sakitkan hati sayang." Erin tersenyum. Kepalanya diangguk. Perlahan Erin menyandarkan kepalanya di bahu Rayyan.

"Sayang pun minta maaf dengan abang. Maaf kalau sayang tak mampu jadi isteri seperti yang abang impikan." Balas Erin.

"Sayang tak salah apa dengan abang dan sayang adalah isteri paling sempurna malah lebih sempurna daripada apa yang abang inginkan. Terima kasih sayang sebab terima abang seadanya." Erin tersenyum lega mendengarkan itu.

Seketika suasana bertukar sepi. Hanya bunyi desiran ombak sahaja. Erin mahupun Rayyan, sama-sama melafazkan kata syukur atas kebahagiaan itu.

"Sayang, jom buat peraturan baru." Kata Rayyan tiba-tiba. Tubuhnya sedikit ditegakkan membuatkan Erin turut menegakkan tubuhnya.

"Peraturan apa?" Tanya Erin. Sebelah keningnya diangkat.

"Peraturannya mudah sahaja. Setiap pagi, mesti ada morning kiss seiring dengan kata I love you. Sama juga malam sebelum tidur. Kalau salah seorang daripada kita langgar peraturan itu, dia mesti di denda." Jawab Rayyan. Erin menggeleng kepala mendengar peraturan itu.

"Deal?" Tanya Rayyan.

"Okay deal." Jawab Erin.

"Sayang ada satu lagi." Sekali lagi Erin menjungkit kening.

"Apa?" Tanya Erin.

"Can you be mine tonight?" Tanya Rayyan perlahan.

"Just tonight?"

"No! Abang nak sayang jadi milik abang untuk selamanya cuma malam ni..." Rayyan menggantungkan ayatnya. Dia tersengih. Erin sudah dapat tangkap maksud Rayyan.

"Bagaimana kalau sayang kata tidak?" Usik Erin.

"Please sayang. Abang tak boleh nak puasa lagi." Rayyan membuat wajah kasihan.

"Abang cintakan sayang kan?" Tanya Erin tiba-tiba. Rayyan mengerutkan dahi.

"Mestilah. Abang cintakan sayang sangat-sangat." Jawab Rayyan lancar.

"Then buktikan dengan berpuasa selama sembilan bulan ni." Erin tersenyum jahat. Rayyan sudah terlopong. Sembilan bulan?

"Deal?" Tanya Erin. Rayyan mencebik.

"Deal..." Balas Rayyan perlahan. Langsung tidak kedengaran ikhlas.

Erin menggeleng. Tawa halus terlepas dari bibirnya. Wajah kecewa Rayyan dipandang simpati.

"Shall we?" Perlahan Erin bangkit berdiri. Pasir yang terlekat di dressnya dikebas.

"Nak pergi mana?" Tanya Rayyan. Dia mendongak memandang Erin yang berdiri.

"I will be yours. Not just for tonight, but forever. I'm yours." Jawab Erin tenang. Wajah kecewa Rayyan sebentar tadi terus hilang sebaik mendengar kata-kata Erin.

"Thank you sayang. I love you." Sontak Rayyan bangkit berdiri.

"Jom balik bilik." Ajak Erin.

Laju Rayyan mengangguk. Pantas dia memeluk erat bahu Erin. Mereka berdua terus mengorak langkah untuk ke bilik. Seiring dengan kaki yang melangkah, seiring itu juga hati membisik doa.

Erin dan Rayyan sama-sama berharap, kebahagiaan itu akan kekal hingga ke jannah. Jika ada rintangan yang akan datang, mereka hanya ingin dikurniakan sedikit kesabaran agar mereka berdua sama-sama pertahanankan hubungan itu.

HAPPY READING<33

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience